Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

PANDUAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN BERSEPADU

1. Pengenalan

Pendidikan keusahawanan bersepadu ( EIE ) di Malaysia adalah bertujuan untuk melahirkan


mahasiswa yang holistik bagi menjayakan penghasilan sebuah rangka kerja penjana
pekerjaan melalui satu formasi perkongsian bersepadu, perakuan keperluan setimbal,
perkongsian masalah dan penyelesaian dalam kalangan pemegang taruh. Pendidikan
Keusahawanan Bersepadu ( EIE ) merupakan salah satu aspirasi daripada Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025. Oleh itu, pihak pengurusan institusi
memainkan peranan penting dalam menjalankan  program-program yang bersepadu serta
berdaya saing dalam merangkumkan ilmu baharu seperti memastikan setiap pendidik mampu
menggunakan teknologi terkini dan sentiasa membuat penilaian kualiti pendidikan. Jelaslah
bahawa, penerimaan sokongan kuat daripada tadbir urus keusahawanan dari Kementerian dan
IPT  merupakan salah satu garis panduan bagi menjayakan aspirasi pendidikan keusahawanan
untuk melahirkan agenda keusahawanan pelajar di negara ini. Pihak Pengurusan IPT juga
dikehendaki untuk mencungkil bakat keusahawanan mahasiswa melalui pelbagai aktiviti
seperti mengadakan Hari Keusahawanan di universiti. 

Perubahan drastik terhadap terhadap sistem pendidikan di negara Malaysia adalah kerana
ingin berdaya saing dengan pembangunan negara ini yang semakin pesat. Oleh itu, dengan
pendedahan ilmu pendidikan keusahawanan ini kepada pelajar dapat memperkasakan
kebolehpasaran graduan serta menggalakkan juga para graduan untuk menjadi pencipta
pekerjaan dan bukan hanya bergantung kepada budaya makan gaji (Bakar et al., 2001).
Seterusnya, pendidikan keusahawanan ini juga berperanan untuk memupuk minat mahasiswa
dalam bidang perniagaan serta mampu melahirkan graduan yang mempunyai kebolehan diri
secara menyeluruh dan seimbang dengan falsafah pendidikan negara. Bukan itu sahaja, dalam
menubuhkan sesuatu perniagaan juga berasakan pemahaman dan pengalaman seseorang
individu terhadap bidang keusahawanan itu. Hal ini demikian kerana, untuk menjayakan
sesuatu perniagaan perlulah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku
seperti kemerosotan ekonomi negara, sumber keperluan yang semakin terhad dan sebagainya.
Tidak dinafikan, dalam menjalankan sesuatu aktiviti keusahawanan terdapat juga beberapa
risiko yang perlu diambil kira oleh para graduan sekiranya tidak mempunyai ilmu
pengetahuan mengenai keusahawanan serta pengalaman dalam menjalani aktiviti
keusahawanan. 

2.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Pendidikan keusahawanan telah menjadi salah satu keutamaan kerajaan untuk


menggalakkan pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi negara. Industri
pengajian tinggi telah diamanahkan untuk memastikan segala program dan kurikulum
akademik adalah relevan dengan pertumbuhan ekonomi mengikut perkembangan dari
semasa ke semasa. Justeru itu, tumpuan kepada membangunkan dan mengamalkan
pendidikan keusahawanan yang inovatif merupakan salah satu sokongan terhadap visi
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan menjelang 2030
( Dasar Keusahawanan Negara ( DKN ), 2030 ). 
Oleh itu, kejayaan dasar  pendidikan keusahawanan yang diperkenalkan dalam sistem
pendidikan amatlah bergantung kepada pelaksanaan rancangan pendidikan di setiap
institusi pendidikan. Tuntasnya, kejayaan program pendidikan keusahawanan ini akan
diambil kira sekiranya tanggapan pelajar terhadap usahawan berubah daripada
pemikiran negatif ke pemikiran positif. Bukan itu sahaja, kesan kejayaan daripada
program ini juga dapat melahirkan pelajar yang mempunyai ciri keusahawanan yang
tinggi dan sentiasa mempunyai aspirasi yang positif terhadap keusahawanan. 

Panduan Pendidikan keusahawanan Bersepadu ( EIE ) di setiap peringkat tahap


pendidikan adalah untuk membuka minda anak muda di Malaysia ini agar dapat
membudayakan aktiviti keusahawanan dengan bermulanya dari peringkat menengah
sehinggalah peringkat siswazah. Tujuan utama dalam melaksanakan Panduan
Pendidikan Keusahawanan Bersepadu (EIE) di peringkat IPT adalah untuk
memastikan budaya keusahawanan ini tidak menjadi asing lagi dalam diri graduan
selepas sahaja tamat pembelajaran mereka di IPT. Justeru itu, penghasilan ekosistem
keusahawanan yang tepat serta jelas dapat melahirkan pelajar yang mempunyai
pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku yang mencerung kepada minda usahawan.
Seterusnya, terdapat 4 prinsip panduan dalam merangka pendidikan keusahawanan
bersepadu iaitu prinsip menghubungkan kurikulum dengan dunia perniagaan sebenar,
prinsip pembelajaran berasaskan masalah dan pengalaman, prinsip kurikulum yang
bercirikan teknologi dan prinsip menghubungkan IPT-industri-komuniti.

3.  Konsep Pendidikan Keusahawanan

Sasaran Malaysia menjelang tahun 2020 ialah mewujudkan sebuah negara maju
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Oleh itu, sektor perniagaan akan
menjadi lebih penting dan tidak sekadar menjadi sektor sokongan kepada negara.
Sehubungan itu, sektor perniagaan akan memainkan peranan penting dalam
menyediakan asas dan teknologi bagi memastikan kejayaan pembangunan perusahaan
yang lebih besar.

Menurut artikel (Hassan & Pendidikan, 2010) terdapat beberapa definisi


keusahawanan yang berbeza mengikut cadangan para sarjana dalam bidang
keusahawanan. Walaubagaimanapun, berdasarkan kajian Schumpeter ( 1934 )
mendapati keusahawanan ini bermaksud menjalankan kombinasi baharu seperti
produk atau perkhidmatan baharu. Sehubungan itu, keusahawanan juga dilihat melalui
ciri-ciri usahawan dalam mencari peluang-peluang yang ada, mengambil risiko yang
belum pasti dan mempunyai kecenderungan untuk menjadikan idea sebagai realiti.
Oleh itu, keusahawanan ini telah diterapkan dalam pendidikan agar pelajar dapat ilmu
pengetahuan tentang segala kegiatan yang dilakukan oleh usahawan melalui
pengajaran dan pembelajaran. 

Tujuan pendidikan keusahawanan didedahkan kepada pelajar adalah untuk


mengembangkan potensi pelajar agar menjadi lebih kreatif, proaktif dan lebih bijak
membuat keputusan. Selain itu itu, menurut kajian daripada (Education, n.d.)
menyatakan bahawa pendidikan keusahawanan ini merupakan salah satu elemen
dalam mempromosikan pembangunan keusahawanan dan juga ekonomi negara. 
Antara ciri-ciri keusahawanan yang perlu dibentuk melalui pendidikan keusahawanan
ialah kepimpinan, kreativiti, keyakinan, perhubungan inisiatif, pengambilan risiko,
imaginasi dan kemahiran analisis. Kepentingan pendidikan keusahawanan ini semakin
dirasai apabila wujudnya masalah pengangguran dikalangan belia yang makin
meningkat setiap tahun di Malaysia (Hassan & Pendidikan, 2010).

Sehubungan dengan itu, usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan


keusahawanan dalam diri pelajar dengan cara mempelbagaikan strategi untuk
mengintegrasikan pendidikan keusahawanan ke dalam sistem pendidikan negara
melalui pelaksanaan kurikulum secara formal mahupun melalui kurikulum dari
peringkat sekolah hingga universiti. Justeru, pihak Kementerian Pengajian Tinggi
( KPT ) telah mengambil inisiatif dalam mewajibkan pengambilan subjek
keusahawanan di setiap fakulti universiti awam bagi memastikan setiap mahasiswa
memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan motivasi untuk memupuk nilai
keusahawanan dalam diri mahasiswa. Seterusnya, terdapat beberapa elemen
pendidikan keusahawanan yang perlu diambil kira dan dinilai oleh setiap institusi agar
ilmu keusahawanan ini dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Elemen-
elemen pendidikan keusahawanan yang perlu dititikberatkan oleh setiap IPT di
Malaysia ialah elemen kurikulum keusahawanan bersepadu, aktiviti keusahawanan
pelajar, program pembangunan keusahawanan pelajar, ekosistem keusahawanan dan
terakhir adalah penilaian keusahawanan. Penerangan secara terperinci mengenai 5
fokus elemen dalam pendidikan keusahawanan adalah seperti berikut;

1. Kurikulum Keusahawanan Bersepadu

Pembelajaran bersepadu yang menggabungkan perniagaan dan teknologi dalam


kurikulum. Pembelajaran bersepadu yang perlu difokuskan pada pengajaran mengenai
keusahawanan dengan memilih pensyarah yang berpengalaman dalam bidang
keusahawanan bagi memastikan pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.

2. Aktivti Keusahawanan pelajar


       
Aktiviti keusahawanan ini adalah berperanan untuk membantu pelajar memperoleh
pengalaman perniagaan yang sebenar. Aktiviti ini merangkumi perkongsian
pengalaman perniagaan, memberi gambaran keusahawanan dan akhir sekali
mewujudkan hubungan di peringkat global.      

3.    Program pembangunan keusahawanan pelajar   

Program pembangunan keusahawanan pelajar adalah berfokuskan pada kemahiran


keusahawanan secara berterusan seperti membimbin perniagaan dan kepimpinan
perniagaan, bersiap sedia menghadapi sebarang risiko dan berani meneroka peluang
baharu.

4. Ekosistem keusahawanan
 
             
Ekosistem keusahawanan bertujuan untuk memfokuskan kepada memupuk
pembangunan keusahawanan dalam institusi yang merangkumi semua aspek
termasuklah struktur tadbir urus, inkubator, inovasi dan makmal teknologi.

5. Penilaian Keusahawanan
            
Penilaian keusahawanan ini memfokuskan pada bilangan syarikat perniagaan,
sesebuah syarikat bermula ( start-up ) dan penyelidikan industri bagi memantau tahap
keusahawanan tersebut. Walaubagaimanapun, pemikiran pelajar perlu diambil kira
bagi mengubah cara pemikirannya terhadap pengertian dan pemahaman mengenai
keusahawanan.

4. Isu dan cabaran pelaksanaan.

4.1 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran

Pensyarah masih mengekalkan cara pembelajaran yang lama dan sangat berbeza
dengan cara pembelajaran terkini mengikut ciri-ciri Generasi X, Y dan baby boomer
yang tidak menekankan dinamisme sekali gus mengurangkan motivasi dalam proses
pembelajaran generasi tersebut. Keadaan ini lebih jelas kelihatan semasa
pembelajaran di atas talian ( online ) di mana terdapat beberapa pensyarah yang masih
kekok dalam penggunaan pembelajaran melalui platform digital seperti platform
google meet menyebabkan objektif pembelajaran pada masa itu tidak tercapai. Oleh
itu, pengurangan penggunaan teknologi terkini dalam pembelajaran juga memberi
impak negatif semasa sesi pembelajaran di mana generasi kini sukar untuk memahami
sesuatu sekiranya pembelajaran tersebut tidak secara dinamik. Bukan itu sahaja,
keupayaan untuk mengajar melalui platform digital ini masih belum mencukupi untuk
menghasilkan pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti kerana ianya merupakan
komunikasi secara sehala. Seterusnya, pembelajaran secara tradisional tidak
mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran menyebabkan generasi baharu sukar untuk menjadi seorang yang
inovasi terutamanya di dalam kurikulum keusahawanan.

4.2 Kandungan Kurikulum

Kandungan kurikulum yang terbaik mampu melahirkan identiti keusahawanan dalam


diri mahasiswa dengan memastikan mereka berjaya mencipta perniagaan dan syarikat
baharu. Walaubagaimanapun, kejayaan yang diperolehi oleh mahasiswa itu masih lagi
dalam peringkat awal kerana ilmu keusahawanan yang mereka miliki masih di tahap
umum dan asas berbanding dengan usahawan-usahawan yang sedia ada. Seterusnya,
memandangkan sukatan pelajaran keusahawanan untuk mahasiswa telah disampaikan
dalam tempoh masa yang singkat menyebabkan mahasiswa tidak terinspirasi untuk
menjadi seorang usahawan di masa akan datang. Bahkan, projek-projek yang
dijalankan di IPT secara ‘One-off’ juga tidak dapat memupuk daya tahan dalam diri
pelajar. Sehubungan itu, mahasiswa hanya mampu mengembangkan kemahiran
mengurus perniagaan sahaja tetapi kurang mampu untuk merancang strategi secara
kognitif, tidak berupaya menghadap masalah yang rumit, dan kurang ketekunan serta
kerohanian untuk menjadi seorang usahawan yang sejati.

4.3 Pengembangan Minda


 
Pelajar yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan juga kompetensi dalam aktiviti
keusahawanan ini merupakan salah satu peluang kejayaan mereka untuk memiliki
pekerjaan berkaitan keusahawanan. Walaubagaimanapun, pemikiran pelajar masih
lagi di peringkat rendah di mana mereka masih berfikiran makan gaji sudah cukup
untuk menerusikan kehidupan mereka. Tambahan pula, perasaan takut dalam
menghadapi kegagalan juga merupakan salah satu punca pelajar tidak menceburi
dalam bidang keusahawanan. Perasaan negatif ini wujud dalam diri pelajar juga
berpunca daripada kurangnya sokongan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat
menyebabkan diri pelajar tersebut kurang mendapat motivasi dan inspirasi untuk
menceburi bidang keusahawanan ini.  Justeru, pengembangan minda amatlah penting
agar dapat mewujudkan lebih banyak lagi peluang pekerjaan di negara ini.

5. Cadangan pemerkasaan pelaksanaan

5.1.1 Pendedahan kaedah pengajar menggunakan teknologi terkini

Pihak pengurusan IPT boleh mengambil langkah untuk mewajibkan semua fakulti di
universiti awam memberi perhatian khusus kepada pembelajaran menggunakan
teknologi modern semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik yang
kerap mendapat pendedahan mengenai teknologi terkini dalam pembelajaran akan
mempunyai kefahaman yang lebih jelas berkaitan fungsi terknologi tersebut dan juga
tahap keyakinan pendidikan juga akan meningkat untuk menjadi seorang pendidik
yang kreatif dalam mengintegrasikan teknologi modern dalam pengajaran mereka.
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa aspek perlu diketengahkan bagi
menunjukkan bahawa kegunaan teknologi modern dalam pembelajaran amatlah
penting dan perlu dipelajari oleh setiap pensyarah. Oleh itu, pembelajaran secara
inovasi serta kreatif perlu dititikberatkan oleh pensyarah terutamanya dalam mengajar
pendidikan keusahawanan kerana generasi kini bercirikan pemikiran terbuka dan
kreatif. 

5.1.2 aktiviti kurikulum yang proaktif

Perantis keusahawanan (EA) dan Kurikulum Tambahan (EC) perlu direka bentuk
untuk meningkatkan penggunaan ilmu dan pembangunan kemahiran pelajar. Pelajar
yang mempunyai minat yang kuat dalam keusahawanan dan perniagaan harus diberi
peluang untuk mengambil EA sebagai alternatif kepada latihan amali industri yang
konvensional. Peluang ini perlu diperluaskan kepada pelajar keusahawanan
perniagaan (BES) dan pelajar bukan keusahawanan perniagaan (non-BES) agar
mereka dapat mengasah bakat mereka dalam bidang keusahawanan. Sehubungan itu,
pihak EA perlu memberi tumpuan kepada penglibatan pelajar dalam memulakan
syarikat atau pelajar yang dalam proses bimbingan untuk memulakan perusahaan
baru. Hal ini demikian kerana, pelajar yang bukan (BES) akan menggunakan platform
EA dan EC untuk memperolehi ilmu pengetahuan lanjutan dan kemahiran dalam
keusahawanan. Justerus itu, aktiviti kurikulum yang proaktif memain peranan penting
dalam memastikan pelajar dapat pengetahuan tambahan mengenai keusahawanan.

5.1.3  Pemikiran positif terhadap keusahawanan

Para pendidikan perlulah memainkan peranan besar dalam mengubah tanggapan


pelajar dari negatif kepada positif.  Oleh itu, dengan mengadakan program
keusahawanan secara kerap dapat mengatasi kebimbangan pelajar dalam menghadapi
sebarang risiko semasa menjalani keusahawanan. Selain itu, dengan menjemput
usahawan-usahawan hebat ke IPT untuk berkongsi pengalaman dan memberikan
sedikit motivasi kepada pelajar juga merupakan salah satu cara meningkatkan
keyakinan pelajar terhadap aktiviti keusahawanan. Jelaslah bahawa, terdapat pelbagai
cara untuk meningkatkan keyakinan pelajar dan tidak hanya memfokuskan kepada
pembelajaran keusahawan di dalam kelas sahaja.

Bakar, A., Konting, M. M., & Satisfaction, C. (2001). Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan di
Malaysia : Kesan Terhadap Aspirasi Keusahawanan Pelajar. January.

Education, E. I. (n.d.). No Title.

Hassan, S. C., & Pendidikan, J. A. (2010). PENGUASAAN KEMAHIRAN INSANIAH ( KEMAHIRAN


KEUSAHAWANAN ) DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH DI MALAYSIA. November, 8–10.

You might also like