David Ausubel

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

David Ausubel (1963, 1977) mengemukakan teori pembelajaran yang

mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran


resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model
Pembelajaran Ekspositori. Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna
(meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan
hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal.
Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran
bermakna.
(a) Model Pembelajaran Ekspositori
Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh Ausubel menekankan
penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan
dijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan
pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada
spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998).
(b) Penyusunan Awal
Penyusunan awal (advance organizer) telah diperkenalkan oleh Ausubel untuk
menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran
optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut
ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada “penyusunan awal”. Ia
merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak
disampaikan pada hari tersebut. Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan
kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu
tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan
konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal,
iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan
hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar
untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.
Penggunaan Prinsip Pembelajaran dan Pengajaran Ausubel
Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam
pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:
 Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi
(penerimaan) atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan
maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.
 Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan
pelajar mengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan
konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-
perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

You might also like