Soalan Penilaian Akhir

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SULIT

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA

PENILAIAN AKHIR SEMESTER II


FINAL ASSESSMENT SEMESTER II

SESI 2021/2022
SESSION 2021/2022

INSTITUT PENGURUSAN TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN

KOD KURSUS : BIPW1132


COURSE CODE

KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA


COURSE PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES

PENYELARAS : DR. MAHADI BIN ABU HASSAN


COORDINATOR

PROGRAM : BEEC, BEEE, BEEZ, BEKG, BEKM, BENG


PROGRAMME BITC, BITD, BITS, BITE, BITI, BMMM,
BMFG, BMFI, BMMA, BMMD, BMMF,
BMMK, BMMM, BMMP

TARIKH : 13 -14 JUN 2022 (MINGGU 14)


DATE 13-14 JUNE 2022 (WEEK 14)

ARAHAN KEPADA CALON


INSTRUCTION TO CANDIDATES

a) Kertas soalan ini mengandungi satu (1) bahagian sahaja.


This question paper consists of one (1) part only.

b) Sila jawab dua (2) soalan sahaja berdasarkan panduan tugasan penilaian akhir yang
disediakan.
Please answer two (2) questions only based on the final assessment guide provided.

c) Penilaian Akhir ini merangkumi 30% daripada markah keseluruhan penilaian kursus.
The Final Assessment includes 30% of the overall course assessment.

KERTAS SOALAN INI MENGANDUNGI EMPAT (4) MUKA SURAT SAHAJA


TERMASUK MUKA SURAT HADAPAN
THIS QUESTION PAPER CONSISTS OF FOUR (4) PAGES ONLY
(INCLUSIVE OF THE FRONT PAGE)
SULIT
SULIT
(BIPW1132)

BAHAGIAN A: SOALAN ESEI (30 MARKAH)


Arahan: Sila PILIH DAN JAWAB DUA (2) SOALAN SAHAJA berdasarkan panduan tugasan
penilaian akhir yang disediakan.

Soalan 1

Metafizik adalah kajian mengenai alam semesta di peringkat yang bersifat abstrak atau umum.
Dalam kajian Metafizik, kewujudan dianggap sebagai kewujudan secara hakiki berkaitan
kewujudan alam ini sebagai sesuatu yang bersifat material (fizikal) dan bukan material (bukan
fizikal) yang melahirkan Teori Materialisme dan Teori Idealisme.

a. Bincangkan apakah definisi Metafizik dari sudut falsafah dan sudut keagamaan dengan
satu (1) contoh yang sesuai.
(5 markah)

b. Huraikan lima (5) sistem atau aliran Metafizik yang boleh dikaitkan dengan fahaman
keagamaan berserta contoh.
(10 markah)

-2-
SULIT
SULIT
(BIPW1132)

Soalan 2

Soalan 2 merujuk kenyataan di bawah :

Kejadian manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu :


i. Jasmani (fizikal)
ii. Emosi
iii. Rohani (spiritual)
iv. Intelektual

Konsep insan menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah :


i. Melahirkan manusia yang seimbang dan harmonis dari semua aspek kemanusiaan.
ii. Manusia itu perlu sentiasa berusaha menjaga dan memperbaiki JERI.
iii. Tidak akan meminggirkan mana-mana komponen JERI.
iv. Menggabungjalinkan semua aspek agar menjadikan dirinya seorang insan yang
mempunyai pegangan agama, nilai-nilai murni serta berkemahiran.

a. Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan secara ringkas konsep insan sejahtera.


(5 markah)

b. Huraikan konsep insan dari perspektif tamadun Barat, tamadun Cina, tamadun India,
ajaran Buddha dan fahaman Confucian berserta contoh.
(10 markah)

-3-
SULIT
SULIT
(BIPW1132)

Soalan 3

Soalan 3 merujuk kenyataan di bawah.

Falsafah ialah cara pemikiran yang semula jadi tentang persoalan kehidupan kita yang dapat
mengembangkan kebolehan, kepandaian, kemahiran, kepintaran dan kebolehan melihat sifat
sebenarnya manusia.

Falsafah membantu manusia menguji kehidupannya, membantu manusia berfikir secara teliti
terhadap masa depan, memberi kepuasan dalam hidup, dapat membuat penilaian terhadap
perkara yang telah berlalu dengan pengetahuan, konsep atau cara untuk menjadi teladan dan
pengalaman kepada masa depan.
(Sumber: Azizi Yahya, et.al, 2008)

a. Berdasarkan kenyataan di atas, jelaskan lima (5) bidang atau cabang falsafah yang
dianggap sebagai bidang ilmu yang amat luas.
(5 markah)

b. Bincangkan bagaimana seseorang itu mampu mempraktiskan falsafah dalam


kehidupannya dengan menggunakan pendekatan psikologi.
(10 markah)

-TAMAT-

-4-
SULIT

You might also like