Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hubungan Antara Tahap Kompetensi, Kesediaan Dan Sikap


Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi
Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
(The Relationship Between The Level Of Competence, Readiness And
Attitude Of Teachers In The Use Of Thinking Skills Of Six Thinking
Hats In Teaching Malay In Primary Schools)
Dominic Henry1*, Zamri Mahamod2
1
Sekolah Kebangsaan Nanga Oyan, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 96800, Kapit, Sarawak
2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: cikgudom49@gmail.com

Accepted: 15 February 2021 | Published: 1 March 2021


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara tahap kompetensi, kesediaan
dan sikap guru dengan faktor pengalaman mengajar dan lokasi sekolah dalam menggunakan
kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
di daerah Kapit, Sarawak. Kajian yang dijalankan berbentuk tinjauan berbentuk inferensi
yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada
104 orang guru Bahasa Melayu di 45 buah sekolah rendah di daerah Kapit, Sarawak. Sampel
kajian dipilih dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data analisis kajian
dianalisis menggunakan pakej perisian statistik The Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 23.0. Statistik korelasi Pearson telah digunakan untuk menguji hipotesis kajian.
Dapatan korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara
kompetensi dan kesediaan guru dalam menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran
dengan faktor pengalaman mengajar tetapi mempunyai hubungan yang tidak signifikan
antara sikap guru dengan faktor pengalaman mengajar. Selain itu, dapatan kajian juga
menunjukkan hubungan yang signifikan antara kompetensi dan sikap dengan faktor lokasi
sekolah tetapi mempunyai hubungan yang tidak signifikan antara kesediaan guru dengan
lokasi sekolah menggunakan kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran
Bahasa Melayu sekolah rendah. Implikasi kajian ialah faktor pengalaman mengajar dan lokasi
sekolah memberi kesan positif kepada pengajaran kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran.

Kata kunci: kompetensi, kesediaan, sikap, pengalaman mengajar, lokasi sekolah, enam topi
pemikiran

Abstract: This study aims to examine the relationship between the level of competence,
readiness and attitude of teachers with experiences in teaching and school locations using the
thinking skills of Six Hats Thinking in teaching Malay in primary schools in Kapit, Sarawak.
The study was conducted in the form of inferential surveys that use questionnaires as research
instruments. The respondents comprised of 104 English teachers in 45 primary schools in
Kapit, Sarawak. The study sample was selected using objective sampling techniques. The data
of the study were analysed using the statistical software package The Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 23.0. Pearson correlation statistics were used to test the
research hypothesis. Pearson correlation findings showed that there was a significant
relationship between teacher’s competence and readiness in using the thinking skills of Six

46
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Thinking Hats with teaching experience factors but there was an insignificant relationship
between teacher attitudes and teaching experience factors. In addition, the study also showed
a significant relationship between teachers’s competence and attitude with the location of the
school, but there was no significant relationship between locations of the school readiness of
teachers in applying the thinking skills Six Thinking Hats in teaching Malay in primary schools.
The implication of the study is that the factors of teaching experience and school locations
make a positive impact on the teaching of thinking skills of Six Thinking Hats.

Keywords: competence, readiness, attitude, teaching experience, school location, Six


Thinking Hats
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang diperkenalkan oleh Tan
Sri Mohd Muhyiddin Mohd Yassin selaku Menteri Pelajaran pada tahun 2012 yang kini
merupakan tonggak utama kepimpinan negara iaitu Perdana Menteri Malaysia telah
membuktikan bahawa kesungguhan dan keprihatinan KPM untuk menjadikan sistem
pendidikan di negara kita setanding dengan pendidikan di negara-negara maju (KPM, 2013).
Transformasi kurikulum pendidikan dalam PPPM 2013-2025 memberi penekanan kepada
konsep KBAT atau High Order Thinking Skills (HOTS) yang berupaya melahirkan generasi
yang mempunyai pemikiran kritis dan kreatif (Fadilla, 2019). Kaedah-kaedah pengajaran yang
dikeluarkan oleh KPM perlulah diaplikasi dalam dunia pendidikan masa kini. Antaranya ialah
kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran oleh Edward De Bono. Hal ini kerana menurut Hazlin
& Zamri (2016), kaedah pengajaran yang digunakan di dalam bilik darjah amat mempengaruhi
proses pemikiran murid seterusnya menentukan hasil pembelajaran mereka. Justeru,
perkembangan kemahiran berfikir murid harus didedahkan sejak peringkat rendah lagi.

Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono (1992) iaitu seorang pemikir dan penulis
terkemuka Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif,
melihat sesuatu perkara diri pelbagai sudut dan masa yang berlainan menyelesaikan masalah
dan membuat keputusan yang terbaik. Berfikir secara parallel bermaksud berfikir secara selari,
teratur dan sistematik. Contohnya enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari
antara satu sama lain dan tidak dibanding bezakan, dipertikaikan serta tidak dibuktikan betul
atau salah tetapi sebaliknya mencari kelebihan daripada setiap peranan topi tersebut. Hal ini
kerana teknik berfikir Enam Topi Pemikiran ini sesungguhnya mengembangkan pemikiran
murid untuk berfikir secara kreatif dalam aspek pemikiran tertentu. Justeru, murid-murid perlu
didedahkan dengan KBAT sejak di bangku sekolah rendah lagi. Selain daripada itu, kemahiran
berfikir merupakan kemahiran yang paling asas yang boleh dikembangkan di dalam bilik
darjah dan merupakan kunci kepada pencapaian yang tinggi bagi semua murid (Nessel &
Graham, 2007).

2. Ulasan Kajian Lepas

Apa yang menjadi masalah ialah dalam kalangan guru dari segi kefahaman, kemahiran dan
kesediaan mereka untuk memberi input dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
diperlukan pada abad ke-21. Nurzarina dan Roslinda (2017) dalam kajiannya telah menegaskan
bahawa pengintegrasian teknologi di dalam bilik darjah diperlukan dan dibimbing oleh guru.
Namun, pengintegrasian teknologi bagi membina kemahiran abad ke-21 bukan sekadar
menggunakan pelbagai teknologi di dalam PdP. Kemahiran-kemahiran abad ke-21 antara lain

47
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja mampu mengaplikasikan segala
kecanggihan ICT, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, pelajar yang berdaya saing dan
mempunyai sahsiah diri dan interpersonal yang tinggi (Zamri, 2015).

Kajian yang menjurus kepada Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran di negara masih
berada di paras bawah di mana hanya terdapat beberapa kajian yang meninjau tahap
penggunaan Enam Topi Pemikiran terhadap guru. Kebanyakan kajian melibatkan Kemahiran
Berfikir Peta Pemikiran. Walau bagaimanapun terdapat satu kajian yang meninjau penggunaan
Enam Topi Pemikiran ini di kawasan bandar iaitu di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Dalam kajian Mohd Qhairil dan Zamri (2018), dapatan tahap pengetahuan dan amalan guru di
kawasan tersebut berada pada tahap yang tinggi. Dalam kajian lain, Rohani (2011) mendapati
tahap pengetahuan guru di Malaysia cuma berada pada tahap sederhana sahaja terhadap inovasi
kaedah yang wujud pada PdP masa kini. Manakala, tahap amalan guru dalam penggunaan
Enam Topi Pemikiran masih berada pada tahap sederhana sahaja. Melalui dapatan-dapatan ini,
pengkaji ingin meninjau penggunaan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran guru Bahasa
Melayu di kawasan pedalaman.

Kajian luar negara kebanyakannya mengkaji keberkesanan Enam Topi Pemikiran pada pelajar-
pelajar universiti misalnya Indramini (2018), Umi dan Edwin (2017), Saraswati et al (2014),
Asri (2012) dan Purwanti Widhy (2010). Walau bagaimanapun terdapat kajian Charles
Kivunja (2015) iaitu pengkaji Australia yang memfokuskan kepada penggunaan Enam Topi
Pemikiran Edward De Bono ini dalam mengajar kemahiran kritis dan penyelesaian masalah.
Dalam kajian tersebut, beliau menekankan bahawa kemahiran ini sangat penting dan
kemahiran ini perlu diajar di dalam kurikulum untuk menyediakan murid dalam menghadapi
dunia digital komunikasi abad ke -21. Kemahiran berfikir ini bukan hanya digunakan di dalam
kelas sahaja, jika dilihat dari Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum merangkumi banyak
aspek. Berdasarkan kajian-kajian lepas, dapat dibuktikan bahawa jurang penyelidikan yang
dilakukan oleh pengkaji. Pengkaji telah memilih tiga konstruk utama iaitu kompetensi,
kesediaan dan sikap guru dalam Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran. Kajian lepas lebih
mengkaji tentang Kemahiran Berfikir lebih menjurus kepada Peta Pemikiran atau Peta I-Think.
Walau bagaimanapun, pengkaji memilih sampel guru kerana guru merupakan pendidik yang
mempunyai tanggungjawab dan amanah besar.

3. Hipotesis Kajian

Pengkaji telah membahagikan kepada enam hipotesis kajian berdasarkan persoalan-persoalan


kajian. Berikut merupakan hipotesis-hipotesis kajian:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam
menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu berdasarkan pengalaman mengajar.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dalam
menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu berdasarkan pengalaman mengajar.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap sikap guru dalam menggunakan
Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu
berdasarkan pengalaman mengajar.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kompetensi guru dalam
menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu berdasarkan lokasi sekolah.

48
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kesediaan guru dalam
menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu berdasarkan lokasi sekolah.
Ho6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap sikap guru dalam menggunakan
Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu
berdasarkan lokasi sekolah

4. Metodologi

Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian ini merupakan jenis kuantitatif secara tinjauan berbentuk inferensi yang
menggunakan borang soal selidik (Google Forms). Satu set soal selidik digunakan untuk tujuan
pengumpulan data. Kaedah tinjauan yang dijalankan adalah untuk melihat hubungan antara
tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam
Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mengajar dan
lokasi sekolah.

Lokasi Dan Pensampelan Kajian


Kajian ini dijalankan di daerah Kapit yang melibatkan guru-guru Bahasa Melayu sekolah
rendah. Sebanyak 46 buah sekolah rendah yang menjadi populasi dalam kajian ini yang
dikategorikan luar bandar, pedalaman 1, pedalaman 2 dan pedalaman 3. Sampel kajian yang
digunakan dalam kajian ini pula seramai 104 orang. Teknik pensampelan dalam kajian ini
adalah menggunakan teknik persampelan bukan rawak. Maka, dalam pensampelan bukan
rawak, pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan.

Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Soal selidik dibentuk dan diubah suai
oleh pengkaji berdasarkan kajian-kajian lepas iaitu Hazlin (2016) dan Fadilla (2019). Soal
selidik untuk kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian
C dan bahagian D. Bahagian A ialah bahagian demografi responden. Bahagian B,C dan D
merangkumi aspek yang diukur berkaitan dengan tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru
dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Responden akan menjawab soal selidik berdasarkan skala Likert lima mata. Setiap
item dalam instrumen mempunyai lima mata, iaitu 1= Sangat Baik, 2= Baik, 3=Sederhana,
4=Lemah dan 5= Sangat Lemah.

Analisis Data
Data soal selidik yang dikumpul telah dinalisis menggunakan perisian Statistical Package For
The Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis inferensi digunakan untuk melihat hubungan
antara tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir
Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Pekali Korelasi
Pearson digunakan untuk mengukur dan menilai hubungan antara dua atau lebih pemboleh
ubah selanjar dan linear. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pekali korelasi Pearson
untuk menjelaskan kekuatan hubungan atau menguji hipotesis nol antara pengalaman mengajar
dan lokasi sekolah dengan tahap kompetensi, kesediaan dan sikap guru dalam menggunakan
Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran. Aras signifikan yang digunakan dalam kajian ini
ialah p <0.05.

49
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

5. Dapatan Kajian

Demografi Responden
Sampel kajian yang menggunakan kaedah persampelan bertujuan ini terdiri daripada 104 orang
guru Bahasa Melayu sekolah rendah dari 45 buah sekolah di daerah Kapit, Sarawak. Jadual 1
menunjukkan profil demografi responden yang lebih terperinci hasil daripada responden yang
mengisi soal selidik.

Jadual 1: Analisis Demografi Responden Kajian


Faktor Kategori Frekuensi Peratusan
Demografi (%)

Jantina Lelaki 47 45.0


Perempuan 57 55.0
Pengalaman 1-3 tahun 16 15.0
Mengajar
5-7 tahun 33 32.0
8-10 tahun 35 34.0
Lebih 10 tahun 20 19.0
Lokasi Sekolah Luar Bandar 36 34.6
Pedalaman1 2 2.0
Pedalaman 2 6 5.8
Pedalaman 3 60 57.6

Hubungan Korelasi antara Kompetensi Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir


Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Pengalaman
Mengajar
Berdasarkan jadual 2, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.027 (p < 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 2 ini telah ditolak. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan negatif yang
signifikan kompetensi guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mengajar. Nilai r yang rendah
mempunyai hubungan yang lemah. Hal ini bermaksud faktor pengalaman mengajar
mempengaruhi kompetensi guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi
Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 2: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara


kompetensi guru dan pengalaman mengajar
Pengalaman Kompetensi
Mengajar
Pengalaman Mengajar Pearson Correlation 1 -.027
Sig. (2-tailed) .782
N 104 104
Kompetensi Pearson Correlation .027 1
Sig. (2-tailed) .782
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

50
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Hubungan Korelasi antara Kesediaan Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir


Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Pengalaman
Mengajar
Berdasarkan jadual 3, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.031 (p < 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 5 ini telah ditolak. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan negatif yang
signifikan kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mengajar. Nilai r yang rendah
mempunyai hubungan yang lemah. Hal ini bermaksud faktor pengalaman mengajar
mempengaruhi kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 3: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara kesediaan
guru dan pengalaman mengajar
Pengalaman Kesediaan
Mengajar
Pengalaman_Mengajar Pearson Correlation 1 .031
Sig. (2-tailed) .751
N 104 104
Kesediaan Pearson Correlation .031 1
Sig. (2-tailed) .751
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

Hubungan Korelasi antara Sikap Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam
Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Berdasarkan jadual 4, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.086 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 8 ini telah diterima. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang
signifikan sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan pengalaman mengajar. Nilai r yang tinggi mempunyai
hubungan yang kuat. Hal ini bermaksud faktor pengalaman mengajar tidak mempengaruhi
sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran
Bahasa Melayu.

Jadual 4: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara sikap
guru dan pengalaman mengajar
Pengalaman Sikap
Mengajar
Pengalaman_Mengajar Pearson Correlation 1 .086
Sig. (2-tailed) .751
N 104 104
Sikap Pearson Correlation .086 1
Sig. (2-tailed) .383
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

Hubungan Korelasi antara Kompetensi Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir


Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Lokasi Sekolah
Berdasarkan jadual 5, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.013 (p < 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 3 ini telah ditolak. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan negatif yang
signifikan kompetensi guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan lokasi sekolah. Nilai r yang rendah mempunyai

51
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

hubungan yang lemah. Hal ini bermaksud faktor lokasi sekolah mengajar mempengaruhi
kompetensi guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 5: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara


kompetensi guru dan lokasi sekolah
Lokasi Kompetensi
Sekolah
Lokasi Sekolah Pearson Correlation 1 .013
Sig. (2-tailed) .895
N 104 104
Kompetensi Pearson Correlation .013 1
Sig. (2-tailed) .895
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

Hubungan Korelasi antara Kesediaan Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir


Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Lokasi Sekolah
Berdasarkan jadual 6, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.129 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 6 ini telah diterima. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan positif yang
signifikan kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan lokasi sekolah. Nilai r yang tinggi mempunyai
hubungan yang kuat. Hal ini bermaksud faktor lokasi sekolah mengajar tidak mempengaruhi
kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu.

Jadual 6: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara


kesediaan guru dan lokasi sekolah
Lokasi Kesediaan
Sekolah
Lokasi Sekolah Pearson Correlation 1 .129
Sig. (2-tailed) .193
N 104 104
Kesediaan Pearson Correlation .129 1
Sig. (2-tailed) .193
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

Hubungan Korelasi antara Sikap Guru Dalam Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam
Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Lokasi Sekolah
Berdasarkan jadual 7, keputusan kajian mendapati nilai r = 0.025 (p < 0.05). Oleh itu, hipotesis
nol 9 ini telah ditolak. Keputusan ini telah menunjukkan terdapat hubungan negatif yang
signifikan sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam
pengajaran Bahasa Melayu berdasarkan lokasi sekolah. Nilai r yang rendah mempunyai
hubungan yang lemah. Hal ini bermaksud faktor lokasi sekolah mengajar mempengaruhi sikap
guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu.

52
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 9: Keputusan ujian korelasi Pearson bagi melihat hubungan antara


sikap guru dan lokasi sekolah
Lokasi Sikap
Sekolah
Lokasi Sekolah Pearson Correlation 1 .025
Sig. (2-tailed) .801
N 104 104
Sikap Pearson Correlation .025 1
Sig. (2-tailed) .801
N 104 104
*Signifikan pada aras signifikan 0.05

6. Perbincangan

Hubungan Korelasi antara Kompetensi, Kesediaan dan Sikap Guru Dalam


Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu Berdasarkan Pengalaman Mengajar
Kompetensi merupakan kebolehan individu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang
diberikan dengan baik, cekap dan berkesan (Hasnah dan Jamaludin 2017). Kompetensi yang
ada pada guru di dalam kelas akan membolehkan guru tersebut menghasilkan satu pengajaran
yang berkesan. Dapatan kajian yang melihat hubungan dari aspek pengalaman mengajar, faktor
pengalaman mengajar dilihat mempengaruhi kompetensi guru dalam menggunakan Kemahiran
Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini merujuk kepada
pengalaman mengajar dari tahun pertama sehingga lebih 10 tahun dalam dunia pendidikan ini
akan mempengaruhi kompetensi ataupun pengetahuan dalam penggunaan kemahiran ini.
Dapatan ini menyamai kajian yang dilakukan oleh Noordiana dan Zamri (2017) yang
mendapati penerapan kemahiran abad ke-21 dipengaruhi oleh pengalaman mengajar.
Kemahiran yang baharu sahaja diperkenalkan ini, sememangnya akan mengakibatkan
pengalaman mengajar akan mempengaruhi tahap kemahiran menggunakan Kemahiran Berfikir
Enam Topi Pemikiran.

Dapatan kajian dari aspek kesediaan pula, hubungannya antara pengalaman mengajar juga
menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan. Nilai r yang rendah mempunyai
hubungan yang lemah iaitu nilai r = 0.031 (p < 0.05). Hal ini menunjukkan faktor pengalaman
mengajar mempengaruhi kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi
Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Setiap guru harus berusaha dalam meningkatkan
keberkesanan dalam PdP, sentiasa akan meneroka strategi, kaedah dan teknik yang
diperbaharui dalam dunia pendidikan masa kini tidak kira dari baru setahun mengajar ataupun
lebih 10 tahun sudah mengajar Bahasa Melayu.

Sikap ditakrifkan sebagai perbuatan atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat. Sikap
yang dimaksudkan di dalam kajian ini ialah sikap guru itu sendiri dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 di dalam kelas. Dapatan kajian terhadap hubungan
sikap guru dengan pengalaman mengajar ialah menunjukkan terdapat hubungan positif yang
signifikan. Nilai r yang tinggi mempunyai hubungan yang kuat di mana keputusan kajian
mendapati nilai r = 0.086 (p > 0.05). Hipotesis kajian telah gagal ditolak. Hal ini bermaksud
faktor pengalaman mengajar tidak mempengaruhi sikap guru dalam menggunakan Kemahiran
Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Merujuk kepada kenyataan
Mohd Qhairil & Zamri (2018), yang menyatakan bahawa guru mata pelajaran harus sentiasa
mempunyai sikap positif dalam mengoptimumkan prestasi, pengetahuan dan kefahaman
pelajar dalam PdP. Walaupun guru itu berpengalaman dalam pengajaran, tidak semestinya

53
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mempengaruhi tahap sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi
Pemikiran. Dalam kajian Hasnah dan Jamaludin (2017) berpendapat sikap guru terhadap
KBAT terletak pada tahap yang tinggi. Seseorang guru itu mampu mempunyai sikap yang
positif dalam pelaksanaan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran walaupun hanya baru
setahun dalam dunia pendidikan dan sebaliknya. Justeru, guru yang sentiasa bersikap positif
akan memberikan impak yang positif dalam PdPc di dalam kelas (Mohd Qhairil dan Zamri
2018).

Hubungan Korelasi antara Kompetensi, Kesediaan dan Sikap Guru Dalam


Menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran Dalam Pengajaran Bahasa
Melayu Berdasarkan Lokasi Sekolah
Dapatan kajian menunjukkan hipotesis nol telah ditolak. Nilai r yang rendah mempunyai
hubungan lemah. Hal ini bermaksud faktor lokasi sekolah mengajar mempengaruhi kompetensi
guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Kompetensi seseorang guru itu boleh dipengaruhi oleh faktor lokasi. Perkara ini
mungkin disebabkan perbezaan kemudahan-kemudahan dalam pendedahan tentang kemahiran
ini sama ada di sekolah yang berlokasi di pedalaman mahupun luar bandar. Melalui dapatan
ini, tidak terdapat kajian lepas yang merujuk kepada faktor sekolah mengajar dapat
mempengaruhi kompetensi guru dalam menggunakan kemahiran berfikir ini.

Selain itu, dapatan berkaitan dengan hubungan korelasi antara faktor lokasi sekolah dengan
sikap guru juga menunjukkan terhadap hubungan negatif yang signifikan di mana keputusan
kajian nilai r = 0.025 (p<0.05). Hal ini bermaksud faktor lokasi sekolah mengajar
mempengaruhi sikap guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu. Jika dilihat dalam kajian Mohd Qhairil dan Zamri (2018),
hasil dapatan tahap sikap guru di kawasan bandar pada tahap yang tinggi. Sikap guru boleh
berada pada tahap yang rendah atau tinggi tanpa mengira lokasi sekolah. Oleh itu, sikap guru
dalam merancang pdp ini memberi pengaruh kepada pencapaian murid. Perkara ini disokong
dalam kajian Ainun Rahmah et al. (2017) yang menyatakan pelajar dapat meningkatkan minat
dan berasa seronok dalam mempelajari Bahasa Melayu hasil daripada bantuan pengajaran dari
guru itu sendiri.

Dapatan hasil hubungan faktor lokasi sekolah dan kesediaan guru berbeza berbanding dengan
tahap kompetensi dan sikap. Hal ini merujuk kepada hipotesis kajian telah diterima iaitu faktor
lokasi sekolah mengajar tidak mempengaruhi kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran
Berfikir Enam Topi Pemikiran dalam pengajaran Bahasa Melayu. Nilai r yang tinggi telah
menunjukkan hubungan yang kuat. Perkara ini merujuk kepada kesediaan guru dalam
menggunakan kemahiran berfikir ini tidak dipengaruhi lokasi sekolah sama ada di luar bandar
ataupun pedalaman. Guru sememangnya harus peka dan sentiasa bersedia dengan perubahan
dunia pendidikan yang menjurus kepada penggunaan kaedah yang bersesuaian. Penyataan ini
disokong Norshariani (2019), perlu bagi seseorang guru yang efektif untuk menggunakan
kaedah dan strategi moden dalam mengembangkan pemikiran kreatif murid. Walau
bagaimanapun, menurut Zamri (2014) yang berpendapat guru masih mengamalkan kaedah
pengajaran secara tradisional yang hanya bersifat pengajaran berpusatkan guru semata-mata
seperti syarahan, hafalan, soal-jawab dan perbincangan. Hal ini bermaksud terdapat guru masih
belum mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pembelajaran abad ke-21.

54
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

7. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, analisis inferensi menunjukkan tidak terdapat hubungan yang


signifikan antara kompetensi dan kesediaan guru dalam menggunakan Kemahiran Berfikir
Enam Topi Pemikiran dengan faktor pengalaman mengajar tetapi menunjukkan hubungan yang
tidak signifikan antara sikap guru dengan faktor pengalaman mengajar. Seseorang guru yang
baharu setahun mengajar mampu mempunyai kompetensi dan kesediaan yang berbeza dengan
guru yang sudah lama mengajar. Walau bagaimanapun, guru harus mempersiapkan diri dengan
perubahan arus pendidikan abad ke-21 setaraf dengan negara maju yang lain.

Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara kompetensi dan
sikap dengan faktor lokasi sekolah tetapi mempunyai hubungan yang tidak signifikan antara
kesediaan guru dengan lokasi sekolah menggunakan Kemahiran Berfikir Enam Topi Pemikiran
dalam pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Lokasi sekolah sama ada luar bandar atau
pedalaman mempengaruhi kompetensi dan sikap guru menggunakan enam topi pemikiran ini.
Guru-guru yang ditempatkan di kawasan pedalaman tidak seharusnya menjadikan kemudahan
yang terbatas untuk merancang teknik dan strategi pengajaran yang dapat meningkatkan
kemahiran berfikir secara kritis. Kemahiran berfikir Enam Topi Pemikiran ini sememangnya
kemahiran yang harus diterapkan oleh setiap guru dalam melahirkan murid yang berfikiran
secara menyeluruh. Kaedah tradisional yang sering diterapkan sesetengah guru harus dikaji
semula supaya pendidikan di Malaysia tidak menurun ditelan arus pendidikan global masa
kini.

Rujukan

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod & Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad. (2017),
Pembelajaran abad ke-21 dan pengaruhnya terhadap sikap motivasi dan pencapaian
Bahasa Melayu pelajar sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 7(2): 77-
88.
Asri Widowati. (2012), Six hats thinking berbasis formasi kelompok sebagai strategi creative
and collaborative problem solving dalam pembelajaran sains. Prosiding Seminar
Nasional Pemelitian, Pendidikan dan Penerapan MIPA Fakultas MIPA, hlm. 1-9.
Charles Kivunja. (2015), Using De Bono’s six thinking hats model to teach critical thinking
and problem solving skills essential for success in the 21st century economy, Journal of
Creative Education, 6: 380-391.
De Bono, E. (1992), Six Thinking Hat for Schools. Melbourne: Hawker Brownlow Pty Ltd.
Fadilla Layang. (2019), Tahap pengetahuan, kesediaan dan sikap guru Bahasa Melayu sekolah
rendah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran peta pemikiran i-think, Jurnal
Pendidikan Malaysia. 44(1): 37-44.
Hazlin Mohamat. (2016), Tahap pengetahuan, sikap dan amalan penggunaan peta i-think dalam
kalangan guru bahasa Melayu. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hazlin Mohamat & Zamri Mahamod. (2016), Tahap Pengetahuan, Sikap dan Amalan
Penggunaan Peta Pemikiran i-Think dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu Kali
Kelima 2016, hlm. 179-194.
Hasnah Isnon & Jamaludin Badusah. (2017), Kompetensi Dan Cabaran Guru Dalam Penerapan
Pemikiran Aras Tinggi Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu. Fakulti
Pendidikan, UKM.

55
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 3, No. 1, 46-56, 2021
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Indramini. (2018), Peningkatan Keterampilan Menulis Paragraf Argumentasi Dengan Metode


Topi Pemikiran (Six Thinking Hats) Pada Siswa Kelas X Sma Guppi Samata. Konfiks:
Jurnal Bahasa Dan Sastra Indonesia, 5(1): 53-58.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013), Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mahamod. (2018), Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap
dan Amalan Mengggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina dan
Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan. Jurnal
Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2): 13-24.
Nessel, D. D., & Graham, J. M. (2007), Thinking Strategies for student achievement:
improving learning a cross the curriculum, K-12. (2nd ed.). Thousand oaks, Carlifonia:
Corwin Press. A SAGE Publication Company.
Nurzarina Amran dan Roslinda Rosli. (2017), Kefahaman Guru Tentang Kemahiran Abad Ke-
21. Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Komunikasi.
Noordiana Abu Bakar & Zamri Mahamod. (2017), Kesediaan guru terhadap implementasi
kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu daerah
Limbang. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan
Sarawak (Eksekutif) Kali Ke-6, 655-674. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norshariani Abd Rahman. (2019), Application of Sic Thinking Hats in Developing Values
through STEM Project-Based Learning. Proceedings 2nd International Seminar On
Islamic Civilization 2019.
Purwanti Widhy. (2010), The six thinking sebagai upaya peningkatan pembelajaran IPA yang
pakem. Majalah Ilmiah Pembelajaran, 8 (2).
Rohani Aziz. (2011), Pengetahuan, sikap dan kemahiran ICT di kalangan guru matematik di
sekolah menengah negeri Pahang. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Saraswati, N. P. A. P., Pudjawan, K., & Widiana, I. W. (2014), Pengaruh Metode Six Thinking
Hats berbantuan LKS Open-Ended terhadap Hasil Belajar Kovariabel Keterampilan
Berpikir Kritis. Journal Mimbar PGSD, 2(1).
Umi Chotimah & Edwin Nudiansyah. (2017), Meningkatkan high order thinking skills
mahasiswa semester III PPKn dalam pembelajaran Psikologi Sosial melalui penerapan
metode six thinking hats. Jurnal Civics: Media Kajian Kewarganegaraan, 14(1): 63-74.
Zamri Mahamod. (2014), Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Zamri Mahamod. (2015), Profesien Murid dalam Kemahiran Bahasa Melayu: Isu dan Cabaran.
Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
Kali Ke-4 2015, hlm. 1-8.

56
Copyright © 2021 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like