Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1

KERTAS KERJA
CADANGAN PROGRAM
SEMARAKKAN CINTA :
ND
SMARTSTART 2
HONEYMOON 2016

ANJURAN :

PERSATUAN SENI BUDAYA


KOTA KINABALU
2

KANDUNGAN
Bil Butiran Muka Surat
1. TAJUK 3
2. TUJUAN 3
3. LATAR BELAKANG 3
4. OBJEKTIF 4
5. KOMPONEN PROGRAM 4
5.1 CADANGAN TARIKH 4
5.2 CADANGAN TEMPAT 4
5.3 KUMPULAN SASAR 4
5.4 BILANGAN PESERTA 4
5.5 BILANGAN PROGRAM 5
5.6 KAEDAH PELAKSANAAN 5
6. TENTATIF ATUR CARA PROGRAM 6-7
7 ANGGARAN PERBELANJAAN 8
8. FAEDAH 8-9
9. KESIMPULAN 10
3

1. TAJUK
Program Semarakkan Cinta : SMARTSTART 2nd Honeymoon 2016

2. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mencadangkan pelaksanaan Program
SMARTSTART 2nd Honeymoon 2016 kepada Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

3. LATAR BELAKANG
Laporan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke-5 (MPFS-5) yang
dijalankan LPPKN menunjukkan bahawa konflik dan ketegangan dalam
rumah tangga berpunca daripada tiada persefahaman, curang, sikap tidak
bertanggungjawab dan masalah kewangan.
Menyedari peningkatan kes sebegini, LPPKN mengambil inisiatif dan rasa
tanggungjawab untuk menyebarluaskan pengetahuan berkenaan
perkahwinan, cara-cara untuk berkomunikasi, merancang dan menangani
konflik dalam perkahwinan. Oleh yang demikian, pendedahan awal program
pemantapan perkahwinan seperti ini diharapkan dapat mengurangkan
penceraian di kalangan pasangan suami isteri yang baru berkahwin atau yang
telah lama berkahwin.
Program SMARTSTART 2nd Honeymoon 2016, merupakan sebuah program
kesinambungan dari Program Praperkahwinan SMARTSTART. Pakej berbulan
madu selama 3 hari 2 malam ini disediakan secara percuma kepada pasangan
sebagai langkah mengurangkan kadar penceraian di awal perkahwinan.
Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan Seni Budaya Kota Kinabalu ingin
mengambil inisiatif dalam mengukuhkan institusi kekeluargaan dengan
menganjurkan program ini dengan menganjurkan Program Semarakkan
Cinta : SMARTSTART 2nd Honeymoon 2016.

4. OBJEKTIF
4

4.1 Memberikan maklumat dan kemahiran menguruskan alam


rumahtangga dan perkahwinan
4.2 Meningkatkan kesedaran kepentingan pasangan memainkan peranan
masing-masing dalam mengukuhkan perkahwinan.
4.3 Menyemai dan menyemarakkan perasaan kasih sayang pasangan suami
isteri.
4.4 Membantu pasangan suami isteri menyesuaikan diri dengan alam
perkahwinan mengikut konteks budaya Malaysia.

5. KOMPONEN PROGRAM
5.1 Cadangan Tarikh Perlaksanaan ialah pada 2 hingga 4
Disember 2016 dan 16 Hingga 18 Disember 2016.

5.2 Cylen Resort, Kundasang, Ranau, Sabah bagi siri satu dan
Kasih Sayang Resort, Kota Kinabalu, Sabah

5.3 KUMPULAN SASAR


(a) Pasangan yang telah berkahwin lebih daripada 5 tahun.
(b) Profil pasangan diperolehi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama
Negeri.
(c) Profil pasangan bukan Muslim, diperolehi daripada Jabatan
Pendaftaran Negara yang telah mendaftarkan perkahwinan.

5.4 BILANGAN PESERTA


25 pasangan (50 orang) bagi satu program dengan jumlah
penyertaan ialah sebanyak 50 pasangan dan 100 orang peserta.

5.5 BILANGAN PROGRAM


Adalah dicadangkan perlaksanaan ini dilaksanakan
sebanyak dua kali penganjuran bagi memberi ruang dan
lebih banyak peluang kepada masyarakat di negeri Sabah
serta dapat mempromosi program dengan lebih baik.
5

5.6 KAEDAH PELAKSANAAN


Bil Tarikh Tempat Bil. Kaedah Pelaksaan
Peserta
1. 2- 4 Cylen Resort, 50 Ceramah dan bengkel
Disember Kundasang
2016

1. 16- 18 Kasih Sayang 50 Ceramah dan bengkel


Disember Resort. Kota
2016 Kinabalu

Perlaksanaan program ini akan dijalankan oleh tenaga penceramah dari pihak
LPPKN yang telah berpengalaman mengendalikan program ini serta penceramah jemputan
luar. Pendekatan perlaksanaan program ialah seperti berikut :

- Main peranan (role play) antara pasangan


- Perbincangan dalam kumpulan
- Interaksi antara pasangan
- Dance Therapy
- Art Therapy
- Kajian kes

6. TENTATIF PROGRAM

TENTATIF PROGRAM Semarakkan Cinta : SMARTSTART 2nd


Honeymoon 2016
6

HARI PERTAMA PERKARA

2.00 petang – 3.00 petang Check in/Pendaftaran


Taklimat program
3.00 petang – 4.00 petang
Sesi 1 : Mengenali Dirimu Sayang
Sesi 2 : Ingat luahkan perasaan anda (kad cinta) /
4.00 petang - 5.30 petang
imbas kembali kad cinta
5.30 petang – 7.30 malam Minum petang/rehat
Makan malam beradu (candle light dinner) - isteri/
7.30 malam – 8.45 malam
rehat
9.00 malam – 10.00 malam Sesi 3: Membina keintiman
10.00 malam – 11.00 mlm Imbas kembali candle light dinner
11.00 mlm Rehat

HARI KEDUA PERKARA

7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan


8.30 pagi - 10.00 pagi Sesi 4 : Menangani konflik dan cabaran
10.00 pagi - 10.30 pagi Minum pagi
10.30 pagi – 12.30 tghari Sesi 5 : Mengurus Sumber keluarga
12.30 tghari – 2.30 Petang Makan tengahari / solat/rehat
Sesi 6 : Ingat ! Luahkan perasaan anda
2.30 petang – 4.30 petang
-Art Therapy
4.30 petang – 7.30 malam Minum petang / rehat/ solat/ makan malam
7.30 malam – 8.30 malam Sesi 7 : Makan malam beradu (candle light dinner) -
7

Suami/ rehat
8.30 malam – 9.00 malam Imbas kembali candle light dinner
Sesi 8 : Membina Keintiman
9.00 malam – 11.00 malam
-Tari terapi (Dance Theraphy)

HARI KETIGA PERKARA

7.30 pagi – 8.30 pagi Sarapan


8.30 pagi - 10.00 pagi Sesi 9 : Meneroka harapan kita : Ikrar Cinta
10.00 pagi - 10.30 pagi Minum pagi
10.30 pagi – 11.30 pagi Sesi 9 : Sambungan Meneroka Ikrar Cinta
11.30 pagi – 12.30 tghari Majlis Perasmian
12.30 tghari Makan tengahari / solat
1.00 tengahari Bersurai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN
PROGRAM SMARTSTART 2nd Honeymoon 2016
a. Pakej Bengkel 50 orang dengan penginapan (Termasuk Urusetia)
Twin Sharing RM180.00 x 30 bilik x 2 mlm : RM 10,800.00
8

Pakej Seminar RM80.00 x 60 orang x 3 hari: 14,400.00


Pakej makan malam beradu
(candle light dinner) RM80.00 x 60 orang : 9,600.00
X 2 malam
b. Alat tulis/ peralatan bengkel/ percetakan
RM 80.00 x 50 orang : 4,000.00

c. Aktiviti Promosi/media : 2,000.00


d. Honorarium Fasilatator : 10,800.00
(RM80.00 sejam x 23 jam x 5 orang)
e. Backdrop / Banner : 1,000.00
f. Bahan program (Buku SmartStart) : 1,250.00
g. Insurans : 300.00
h. Pengangkutan : 1,000.00
i. Urusetia : 1,000.00
j. Pembantu Program : 2,500.00
k. Lain-lain kontigensi : 1,000.00
_____________________________________________________
Jumlah Perbelanjaan Untuk Setiap Siri : RM 59,650.00
_____________________________________________________
Jumlah Perbelanjaan untuk 2 siri Program : RM59,650.00 x 2 siri = RM 119,300.00

Sumber kewangan yang akan disediakan:-


i. Peruntukan Pertubuhan Sendiri: Tiada.
ii. Sumbangan kewangan daripada sumber lain: Tiada.
iii. Kutipan bayaran daripada peserta:
iv. Peruntukan kewangan yang dipohon dari KPWKM:
9

9. FAEDAH

i. Mengenali diri dan pasangan dengan lebih mendalam.


- Interaksi antara satu sama lain akan lebih efektif dan
perselisihan faham akan dikurangkan.

ii. Menerokai harapan dalam perkahwinan bersama-sama.


- Pasangan suami isteri boleh membina harapan terhadap
perkahwinan mereka yang berpatutan dan seterusnya
membina keluarga yang bahagia.

iii. Memiliki cara-cara untuk menangani konflik dan cabaran dengan


lebih berkesan.
- Pasangan suami isteri akan lebih mahir dalam
menyelesaikan konflik dan cabaran bersama-sama.

iv. Mengetahui cara-cara berkomunikasi yang lebih efektif dan


sesuai.
- Pasangan suami isteri akan lebih jelas tentang cara
komunikasi antara mereka dan seterusnya berkomunikasi
dengan lebih berkesan.

v. Mempunyai perhubungan seks yang intim.


- Oleh sebab perhubungan seks jarang dibincangkan, suami
isteri harus mempunyai pengetahuan tentang perkara ini.
Selepas menyertai program ini, mereka akan lebih
memahami subjek ini dan mempunyai perhubungan seks
yang lebih intim dan baik.

10. KESIMPULAN
Program Bengkel Semarakkan Cinta : SMARTSTART 2nd Honeymoon
2016 merupakan program yang dianjurkan secara bersama oleh LPPKN
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
10

dan Persatuan Seni Budaya Kota Kinabalu. Program ini merupakan


komitmen kerajaan mengukuhkan institusi perkahwinan bagi pasangan
suami isteri muda di Malaysia dengan memberikan pakej berbulan
madu sambil menuntut ilmu perkahwinan serta kekeluargaan dalam
mengurangkan kadar penceraian di awal perkahwinan.

You might also like