Agreement Subcorn 1

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

*0612100415120506A*

0612100415120506A Ruj. Kami : JH429/151/1 JLD.13(01)


RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN
Tarikh : 20/04/2023
NO 68 JLN BM 4/1
SEKSYEN 4
BANDAR BUKIT MAHKOTA 0150903 TH REMBAU
43000 KAJANG
No. KP 700614106297

Tuan/Puan,
MUSIM HAJI 1444H/2023M:
SURAT TAWARAN UNTUK MENUNAIKAN FARDU HAJI (TERPILIH)

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Setelah memberi pertimbangan rayuan tuan /puan, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan
TERPILIH untuk menunaikan fardu haji pada Musim Haji 1444H/2023M tertakluk kepada terma dan syarat
tawaran ini.
3. "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu
sesiapa yang mampu sampai kepadanya" (Surah Ali Imran, Ayat 97). Sehubungan itu, resolusi-resolusi
Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan telah menetapkan bahawa tuan/puan bertanggungjawab membayar
sepenuhnya perbelanjaan sebenar untuk menunaikan haji mengikut kadar semasa yang ditentukan oleh
pihak berkuasa. Kemampuan (istito'ah) merujuk dari segi kesihatan, kewangan, keselamatan dan terpilih
dalam kuota haji.
4. Jumlah perbelanjaan untuk menunaikan haji bagi seorang jemaah Muassasah yang dikendalikan
oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk 1444H/2023M adalah RM30,850 (Kos Haji). Ianya termasuk kos-
kos untuk tiket penerbangan, bilik penginapan, sajian makan, visa, insurans serta pelbagai kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan seperti perkhemahan, perkhidmatan Mutawif dan pengangkutan bas.
5. Bayaran haji tuan/puan yang membuat rayuan tunai haji serta telah memberi persetujuan membayar
penuh adalah seperti berikut:

Kos Haji Tolak Bantuan Kewangan Haji Bayaran Haji

RM30,850 - RM30,850
Nota: Sila rujuk jadual bayaran haji Bil. 2 di dalam terma dan syarat tawaran menunaikan fardu haji.
6. TH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kerana tuan/puan bersetuju untuk
membuat bayaran haji sepenuhnya yang selari dengan syarat istito’ah.
7. Tuan/puan hendaklah membaca dengan teliti dan memahami isi kandungan Terma dan Syarat
Tawaran Menunaikan Fardu Haji seperti di Lampiran I bagi tujuan menjawab tawaran sebelum atau pada
05/05/2023.
8. Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk ke pejabat TH yang berhampiran atau menghubungi Tabung
Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-62071919 atau emel ke th-info@lth.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Bahagian Operasi Domestik, Jabatan Haji


b.p. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif
LEMBAGA TABUNG HAJI
Nota: Surat ini adalah cetakan berkomputer dan tidak memerlukan tandatangan.

BANGUNAN TABUNG HAJI, TINGKAT BAWAH, LOT 63, JALAN LE POON 71300, REMBAU, THiJARi
No Tel: 06-6851010 No Faks: 06-6858184 2023-05-22 06:58:51
-2-

LAMPIRAN I
TERMA DAN SYARAT TAWARAN MENUNAIKAN FARDU
HAJI MUSIM HAJI 1444H/2023M
1. Menjawab Tawaran
1.1 Tawaran tuan/puan adalah tertakluk kepada kelulusan dan jumlah kuota oleh kerajaan Arab Saudi dan
kebenaran oleh kerajaan Malaysia untuk menghantar Bakal Haji (BH) ke Tanah Suci atas faktor
keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia sepanjang berada di Arab Saudi.
1.2 Tuan/puan hendaklah melayari laman sesawang www.thijari.com.my untuk menjawab tawaran
sebelum atau pada 05/05/2023.
1.3 Sekiranya tuan/puan tidak berjaya melayari laman sesawang www.thijari.com.my, tuan/puan bolehlah
mengisi dan melengkapkan Surat Pengesahan Menerima/Menolak Tawaran Terpilih di Lampiran A
dan menyerahkannya sendiri ke pejabat TH yang berhampiran sebelum atau pada 05/05/2023.
1.4 Sekiranya menolak tawaran, tuan/puan boleh menyerahkan Surat Pengesahan Menerima/Menolak
Tawaran Terpilih melalui salah satu kaedah berikut:-
a. Melalui laman sesawang www.thijari.com.my;
b. Emelkan ke th-info@lth.gov.my;
c. Poskan ke alamat TH yang berhampiran;
d. Menyerahkan sendiri di mana-mana kaunter TH.
1.5 Sila pastikan tuan/puan mendapat pengesahan Akuan Terimaan Surat Pengesahan
Menerima/Menolak Tawaran selepas menjawab tawaran.
1.6 Sekiranya TH tidak menerima apa-apa pengesahan jawapan daripada tuan/puan selepas tarikh tutup di
atas, maka tuan/puan dianggap telah menolak tawaran ini dan tiada jaminan untuk diberi tawaran
pada musim-musim haji berikutnya. Ini bermakna status terpilih tuan/puan akan gugur secara
automatik.
2. Bayaran Haji
2.1 Tuan/puan hendaklah mencukupkan Bayaran Haji di dalam akaun TH sebelum atau pada 05/05/2023
bagi tujuan menjawab tawaran.
2.2 Bayaran Haji yang telah dipenuhkan akan dibekukan dari akaun simpanan TH tuan/puan selepas
pengesahan setuju untuk menunaikan haji diterima TH.
2.3 Jumlah keseluruhan Bayaran Haji yang ditetapkan oleh TH akan didebit terus dari akaun simpanan
tuan/puan apabila tiba masa yang ditentukan oleh TH.
2.4 Bayaran Haji tuan/puan adalah tetap dan tiada rayuan bagi tujuan pengurangan Bayaran Haji atau
penukaran status kategori (B40, M40 atau T20).
2.5 Bayaran haji bagi tuan/puan yang membuat rayuan dan diluluskan untuk menunaikan haji adalah
RM30,850.
2.6 Bayaran Haji bagi tuan/puan yang memilih untuk mengikuti pakej TH Travel Services Sdn. Bhd (THTS)
atau syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh TH adalah tertakluk kepada kadar
bayaran yang ditetapkan mengikut pakej-pakej yang disediakan oleh syarikat berkenaan.
2.7 Kadar bayaran haji adalah seperti berikut:

Warganegara Malaysia (Muassasah) Pemastautin


Tetap (PR)
Perkara Pertama Kali Pernah/Rayuan (Muassasah)
B40 M40 Tunai Haji/T20

Kos Haji RM30,850 RM30,850 RM30,850 RM30,850

Tolak (Bantuan Kewangan Haji) RM18,870 RM14,870 RM0 RM0

Tolak Bantuan Kerajaan Malaysia RM1,000 RM0 RM0 RM0

Bayaran Haji RM10,980 RM15,980 RM30,850 RM30,850

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-3-

3. Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA)


3.1 Bagi warganegara Malaysia, tuan/puan hendaklah menyegerakan urusan membuat Pasport Malaysia
Antarabangsa (PMA) di pejabat Imigresen atas tanggungan sendiri. Sekiranya tuan/puan telah
mempunyai PMA, sila pastikan:-
a. Tempoh sahlaku PMA hendaklah melepasi tarikh 01 Januari 2024; dan
b. Mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong berturut-turut.
3.2 Tuan/puan hendaklah bersedia menyerahkan PMA bersama dua (2) keping gambar bersaiz 4cm x 6cm
berlatar putih semasa menjawab tawaran.

4. Bakal Haji Hamil

4.1 Berdasarkan nasihat perubatan, bakal haji wanita yang hamil diminta menangguhkan pemergian ke
Tanah Suci kerana boleh mendatangkan risiko keguguran dan kesihatan semasa menunaikan ibadat
haji.
4.2 Sekiranya bakal haji didapati tidak mengisytiharkan status kandungan mereka, segala risiko adalah di
atas tanggungan diri sendiri.

5. Persediaan di Malaysia Untuk Tunai Haji


5.1 Tuan/Puan hendaklah mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan
pihak berkuasa Arab Saudi dari masa ke semasa.
5.2 Tuan/puan hendaklah mempunyai telefon pintar (smartphone) untuk kegunaan aplikasi berikut:-

THiJARI - bagi keperluan urusan transaksi melalui akaun TH, semasa berada di Tanah Suci
i.
(contohnya untuk urusan bayaran dam dan lain-lain).
THhujjaj - bagi kegunaan mendapat pelbagai maklumat termasuk e-bimbingan di Tanah Air
ii.
dan Tanah Suci.

iii. Saudi Visa Bio - bagi kegunaan untuk permohonan visa.

iv. Nusuk - bagi kegunaan untuk urusan umrah dan masuk ke Raudah di Tanah Suci.

5.3 Aplikasi di atas boleh dimuat turun di Play Store atau App Store.
5.4 Untuk makluman, TH tidak menyediakan perkhidmatan kaunter kewangan untuk pengeluaran atau
simpanan wang di Tanah Suci. Tuan/puan dinasihatkan membawa bersama wang tunai yang
mencukupi (mengikut had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia) atau kad debit sebagai
persiapan untuk kegunaan sepanjang berada di Tanah Suci.
5.5 Tuan/puan adalah dinasihatkan untuk memohon Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji yang
memberi beberapa kelebihan kepada Bakal Haji bagi memudahkan urusan kewangan di Tanah Suci.

5.6 Tuan/puan dilarang membawa barang-barang masuk ke Arab Saudi untuk tujuan berniaga seperti
emas, kain, barang elektronik dan sebagainya sama ada kepunyaan sendiri atau orang lain.

5.7 Tuan/puan juga dilarang menjalankan sebarang urus niaga atau aktiviti yang tidak berkaitan sepanjang
tempoh berada di Arab Saudi termasuk mengambil upah melontar, urus niaga pertukaran matawang,
penghantaran air zam-zam ke Tanah Air dan sebagainya.

6. Pemeriksaan Kesihatan dan Suntikan Vaksin


6.1 Tuan/puan hendaklah :

6.1.1 Mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH) daripada mana-mana pejabat TH
Cawangan bagi tujuan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan yang ditetapkan.
6.1.2 Telah lulus pemeriksaan kesihatan untuk menjawab tawaran.

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-4-

6.1.3 Mengambil suntikan vaksin yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan
Kerajaan Arab Saudi.
a. Meningococcal Meningitis QUADRIVALENT ACYW-135 Vaccine;
b. Melengkapkan vaksin COVID-19 (dos pertama, dos kedua dan perlu mengambil dos
penggalak). Sila kemukakan salinan Sijil Vaksin COVID-19 ke TH Cawangan.
c. Seasonal Influenza (Pilihan);
d. Pneumococcal (Pilihan); dan
e. Lain-lain vaksin tambahan yang diarahkan.

7. Perjalanan Dan Ibadat Haji Di Tanah Suci

7.1 Tuan/puan hendaklah bersedia untuk menerima dan mematuhi sebarang perubahan jadual
perjalanan/atur cara ibadat haji mengikut arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi dan TH.
7.2 Pelaksanaan ibadat umrah sunat, solat berjemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta
program ziarah luar semasa di Makkah dan Madinah serta penggunaan keretapi adalah tertakluk
kepada peraturan pihak berkuasa Arab Saudi dan pengumuman oleh pihak TH.

7.3 Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada arahan terkini Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

8. Senarai Semak Untuk Menjawab Tawaran Tunai Haji

Sila tandakan ( ) mana yang berkenaan.

Bil. Perkara Lampiran Tindakan

8.1 Borang Maklumat Ahli JP003


8.2 Surat Pengesahan Menerima/Menolak Tawaran Terpilih Lampiran A
Perakuan Persetujuan Untuk Pemprosesan Data Peribadi
8.3 Lampiran C
Sensitif.
8.4 Serahan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH)

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-5-
LAMPIRAN A
Untuk cetakan validation line

Nama RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN


Tarikh Tutup Tawaran
No Akaun TH 630501058788067 05/05/2023
No. Daftar Haji 0612100415120506A
Kod Keluarga

*0612100415120506A*
140

MUSIM HAJI 1444H/2023M


SURAT PENGESAHAN MENERIMA/MENOLAK TAWARAN TERPILIH
Dengan ini saya mengesahkan:

1.1 Menerima tawaran sebagai bakal haji terpilih (Sila tandakan ( ) pada kotak
dalam musim haji 1444H/2023M; yang berkenaan. Tuan/puan
wajib mengisi perenggan 2
1.2 Menolak tawaran sebagai bakal haji terpilih dalam hingga 6 sekiranya menerima
musim haji 1444H/2023M. (*) tawaran).

1.2.1 Alasan menolak tawaran :


A. Hamil/Isteri Hamil K. Pembiayaan Rumah
B. Kesihatan L. Pembiayaan Kenderaan
C. Kematian M. Tidak Mendapat Maklumat
D. Kemalangan N. Bayar Hutang
E. Tiada Mahram O. Masalah Cuti
F. Masih Dalam Edah P. Bencana
G. Muflis/Larangan Mahkamah Q. Peribadi
H. Tidak Cukup Perbelanjaan Haji R. Lain-lain(Nyatakan)
I. Pembiayaan Perkahwinan
J. Pembiayaan Pelajaran

1.2.2 *Tuan/puan akan kekal pada tahun diperuntukkan


semasa pendaftaran haji dibuat dan sila turunkan Tahun Tahun
tandatangan/cap jari di ruangan yang disediakan. peruntukan Pilihan
1450
(Tuan/Puan hanya perlu menghantar muka surat ini : Baru:
sahaja).

1.2.3 Perakuan menolak tawaran : Tandatangan/cap jari:


Saya faham dan mengaku bahawa, apabila saya
menolak tawaran menunaikan fardu haji pada tahun
ini, maka peluang saya untuk menunaikan fardu haji di
musim-musim berikutnya adalah tertakluk kepada
kekosongan, tanpa jaminan khusus.Saya juga
mengaku telah diberi penerangan oleh pegawai TH,
mengenai perkara ini dan saya amat memahaminya.
Tarikh :

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-6-

2. Sila isi dan lengkapkan Borang Maklumat Ahli JP003 dan Perakuan Persetujuan Untuk
Pemprosesan Data Peribadi Sensitif (Lampiran C) dan kembalikan bersama-sama dengan Surat
Pengesahan Menerima/Menolak Tawaran Terpilih (Lampiran A) semasa menjawab tawaran.

2.1 Kewarganegaraan:
Sila tandakan ( ) pada kotak yang berkenaan.

A. Warganegara Malaysia
B. Pemastautin Tetap (PR) Nyatakan Negara Asal (PR) :

2.2 Taraf Pendidikan:

A. Ph.D F. SPM/MCE dan setaraf


B. Sarjana G. SRP/PMR dan setaraf
C. Sarjana Muda H. Sekolah Rendah
D. Diploma I. Lain-lain
E. STPM dan setaraf

3. Butir-butir dua waris di Malaysia adalah seperti berikut:-


(orang yang boleh dihubungi jika perlu)

WARIS 1 WARIS 2

Nama Nama
Alamat Alamat

No. Akaun TH No. Akaun TH

No. K/P No. K/P

No. Tel. Rumah No. Tel. Rumah

No. Tel. Pejabat No. Tel. Pejabat


No. Tel. Bimbit No. Tel. Bimbit
Pertalian Pertalian

4. Pilihan penerbangan saya ke Tanah Suci adalah seperti di bawah. (Sila tandakan ( ) pada kotak
yang berkenaan) :-

Lapangan Terbang Destinasi

KLIA Kuching ke Madinah dahulu


Bayan Lepas Kuala Terengganu atau
Senai Alor Setar ke Makkah dahulu
Kota Kinabalu Kota Bharu

(Pilihan di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.)

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-7-

5. BH wanita TIDAK disyaratkan menunaikan haji bersama mahram. Walau bagaimanapun, tuan/puan
boleh mengemukakan nama mahram jika ingin menunaikan haji bersama mahram:

No. Kad
Nama No. Akaun TH Pertalian Status
Pengenalan

Saya maklum dan faham bahawa pemergian saya ke Tanah Suci adalah tidak tertakluk samada mahram saya
TERPILIH ataupun TIDAK.

6. Ahli keluarga yang akan pergi bersama :-


.
Senaraikan ahli keluarga yang tuan/puan bercadang untuk pergi bersama (termasuk mahram seperti
bil.5) dan nyatakan status semasanya (Terpilih, atau Rayuan).
.
Bilangan ahli keluarga adalah seramai 6 orang termasuk bakal haji.
.
Keutamaan ahli keluarga adalah suami/isteri/anak/ibu/bapa/mertua.

No. Kad
Bil. Nama No. Akaun TH Pertalian Status
Pengenalan
1. RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN 630501058788067 700614106297
2.
3.
4.
5.
6.

7. Saya mengesahkan bahawa seandainya ditakdirkan saya meninggal dunia di Arab Saudi, TH akan
menguruskan pengkebumian saya seperti mana yang diperuntukkan oleh pihak berkuasa tempatan Arab
Saudi dan tiada pemulangan Bayaran Haji kepada waris.
8. Saya dengan ini memahami kandungan terma dan syarat di para 2 (Lampiran I) dan bersetuju
membenarkan jumlah keseluruhan bayaran haji yang ditetapkan oleh TH didebit (ditolak) dari akaun
simpanan TH saya pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh TH.
9. Saya dengan ini akan mematuhi sepenuhnya semua syarat-syarat dan peraturan perkhidmatan penginapan
dan pengangkutan yang disediakan oleh TH dan pihak berkuasa Arab Saudi.

10. Pemergian haji dan urusan visa haji tuan/puan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan undang-undang
semasa kerajaan Arab Saudi.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

........................................................ Tarikh : ................................


(Tandatangan atau cap ibu jari kiri)

Nama RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN


No. Akaun TH 630501058788067

No. Daftar Haji 0612100415120506A

*0612100415120506A*
THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-8-
LAMPIRAN C

PERAKUAN PERSETUJUAN UNTUK PEMPROSESAN DATA PERIBADI SENSITIF


BAKAL HAJI (Selaras Dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)

1. Nama: RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN 2. No. Kad Pengenalan: 700614106297

3. No. Daftar Haji: 0612100415120506A 4. No. Akaun Tabung Haji: 630501058788067

A. Definisi Data Peribadi Sensitif

Data Peribadi Sensitif merujuk kepada maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental
seseorang bakal Haji, pendapat politiknya, kepercayaan agamanya atau kepercayaan lain yang bersifat
seumpamanya. Selain itu, perlakuan atau penyataan perlakuan apa-apa kesalahan seseorang bakal Haji juga
adalah merupakan Data Peribadi Sensitif.

B. Syarat Pemprosesan Data Peribadi Sensitif

TH akan memproses Data Peribadi Sensitif mengenai bakal Haji mengikut peruntukan seksyen 40 Akta
Perlindungan Data Peribadi 2010 mengikut syarat di bawah Akta tersebut, antaranya:

(a) bakal haji telah memberikan persetujuan secara nyata bagi pemprosesan data peribadi itu;

(b) pemprosesan Data Peribadi Sensitif itu adalah perlu:

(i) bagi maksud perubatan dan dilakukan oleh:

(A) seorang profesional jagaan kesihatan; atau

(B) seseorang yang dalam hal keadaan itu mempunyai kewajipan kerahsiaan yang bersamaan
dengan kewajipan kerahsiaan yang akan berbangkit jika orang itu merupakan seorang
profesional jagaan kesihatan;

(ii) bagi TH menjalankan apa-apa fungsinya menurut Seksyen 4(1) Akta Tabung Haji 1995 yang
antara lain memberi kuasa kepada TH untuk mentadbir segala perkara yang berkenaan dengan
kebajikan jemaah haji dan untuk merumuskan dasar yang berkaitan dengannya.

C. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Sensitif

Data Peribadi Sensitif bakal Haji yang TH pegang akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, bagi
membolehkan TH menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan haji kepada bakal Haji
secara berkesan dan berterusan serta mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan dalam
menjalankan fungsinya menurut peruntukan Akta Tabung Haji 1995, TH mungkin perlu mendedahkan Data
Peribadi Sensitif bakal Haji kepada pihak-pihak seperti berikut sebagaimana yang difikirkan patut oleh TH :

i. Ejen dan penyedia perkhidmatan TH yang diberi kuasa yang dengannya TH telah mengikat perjanjian
kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti TH;

ii. Rakan kongsi strategik dan penasihat/konsultan TH;

iii. Pihak yang diberi kebenaran oleh bakal Haji; dan

iv. Untuk fungsi dalaman seperti menilai keberkesanan pemasaran, penyelidikan, pasaran, analisa dan
permodelan statistik, pelaporan, pengurusan audit dan risiko serta mencegah penipuan.

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-9-

PERAKUAN

1. Saya telah membaca dan faham syarat dan tujuan pemprosesan Data Peribadi Sensitif yang tertera di
atas.

2. Saya dengan ini bersetuju memberi persetujuan secara nyata (explicit consent) kepada TH untuk
mengumpul, memproses dan/atau mendedahkan Data Peribadi Sensitif saya dan juga tertakluk
kepada Notis Privasi TH.

3. Data Peribadi Sensitif yang saya berikan adalah tepat, lengkap dan terkini. Saya bertanggungjawab
memaklumkan kepada TH secepat mungkin jika berlaku perubahan terhadap Data Peribadi Sensitif
saya.

4. Saya juga faham sekiranya saya gagal memberikan Data Peribadi Sensitif tersebut atau menarik balik
persetujuan saya untuk TH memproses Data Peribadi Sensitif yang diberikan ia mungkin
mengakibatkan TH tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan haji
kepada saya secara berkesan dan berterusan.

atau Tarikh :
....................................... ..................................
Tandatangan Cap Jari
RAZLAN SHAH BIN MOHD JANAN

THiJARi
2023-05-22 06:58:51
-10-
-11-
-12-
-13-

You might also like