Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

4.

0 KAEDAH KAJIAN

Dalam laporan ini, dua aspek penting yang diperlukan iaitu bagaimana sesuatu hazad itu dikenal

pasti (risk identification) dalam aktiviti kerja-kerja mengikat bata dan bagaimana risiko bagi

setiap hazad yang telah dikenalpasti dapat ditafsirkan (risk assessment) berdasarkan data-data

dan maklumat yang diperolehi. Hasil penafsiran risiko ini akan digunakan untuk merangka

kaedah-kaedah kawalan (risk control) yang sesuai mengikut hierarki kawalan hazad .

4.1 KAEDAH MENGENALPASTI HAZARD

Terdapat 3 kaedah yang digunakan di dalam tugasan ini untuk mengenalpasti hazard yang ada

bagi kerja-kerja mengikat bata. 3 kaedah itu adalah seperti berikut:

Pemeriksaan

Pemerhatian Maklumat/Temuramah

KAEDAH

1
a) Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian perlu dilakukan dengan teliti supaya hazard dan risiko dapat

dikenalpasti. Perhatian yang teliti perlu diberikan sepenuhnya terhadap aktiviti kerja-kerja

mengikat bata dari segi aspek keselamatan dan kesihatan. Melalui kaedah ini ia dapat

mengenalpasti hazard dan risiko yang wujud semasa kerja dilakukan. Selain itu ia dapat

melihat sekiranya ada kelakuan tidak selamat (Unsafe act) atau keadaan tidak selamat

(unsafe condition) semasa kerja dilakukan. Selain itu, mesyuarat tapak bina bersama pihak

klien dan kontraktor dijalankan sebulan sekali bagi membincangkan setiap isu yang

dibangkitkan.

b) Pemeriksaan

Pemeriksaan secara bulanan dan mingguan dilakukan bersama kontraktor utama. Melalui

kaedah ini, hazard dapat dikenalpasti melalui pemeriksaan tempat kerja, peralatan dan

kelakuan pekerja.

C) Maklumat/Temuramah

Melalui kaedah ini, hazard dapat dikenalpasti dengan maklumat yang dapat melalui

mesyuarat tapak 1 bulan sekali dan menemubual beberapa pekerja supervisor. Pekerja yang

melakukan kerja-kerja mengikat bata terdedah kepada hazard dan bertanya hazard yang

wujud atau bahaya yang ada semasa mereka melakukan kerja tersebut.

2
4.2 Kaedah Penaksiran Risiko Dan Penilaian Risiko

Kaedah ini merupakan satu kaedah menganalisis hazad keselamatan dan kesihatan yang telah

dikenalpasti berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi. Kaedah ini terbahagi kepada

kaedah kualitatif dan kuantitatif.

4.2.1 Kaedah Kualitatif

Proses penaksiran dan penilaian risiko bermula dengan pengumpulan maklumat mengenai

kesemua hazad yang telah dikenalpasti. Dengan menggunakan kaedah kualitatif, hazad-hazad

yang dikenalpasti akan dianalisis dan dikategorikan berdasarkan kepada faktor:

a) Kemungkinan (Likelihood)

b) Keterukan (Consequence)

a) Faktor Kemungkinan

KEMUNGKINAN CONTOH
Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku
Paling mungkin

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa

Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang

Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun

Tidak dapat dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku
Jadual 1: Faktor kemungkinan dan contoh

3
b ) Faktor Keterukan

KETERUKAN CONTOH

Mala petaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan


pengeluaran tidak dapat dipulihkan
Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta
benda jika hazard berlaku
Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal
Menyebabkan hilang upaya tetapi bukan
Ringan
kecederaan kekal
Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis
Sedikit sahaja
rawatan kecemasan
Jadual 2: Faktor keterukan dan contoh

Setelah mengenalpasti setiap kemungkinan dan keterukan akibat daripada setiap keadaan dan

tindakan yang tidak selamat, risiko akan ditetapkan berdasarkan tahap keseriusan dengan

menggunakan jadual risiko. Berikut merupakan jadual penilaian risiko kualitatif yang dibentuk

berdasarkan kepada faktor kemungkinan dan keterukan.

4
Jadual 3: Jadual matrik penafsiran risiko

Jadual 4: Perihal risiko dan tindakan

5
4.2.2 Kaedah Kuantitatif

Kaedah ini dilakukan dengan memberikan nilai atau angka kepada setiap factor kemungkinan
dan keterukan.

KEMUNGKINAN (L) CONTOH KADAR

Paling mungkin Hazard/kejadian yang paling mungkin berlaku 5

Mungkin Mungkin boleh berlaku dan bukannya luar biasa 4

Dapat dijangka Mungkin berlaku pada masa akan datang 3

Jarang sekali Belum diketahui berlaku selepas beberapa tahun 2

Tidak dapat dijangka Boleh dikatakan mustahil dan tidak pernah berlaku 1

Jadual 5 :Faktor kemungkinan kaedah kuantitati

KETERUKAN (S) CONTOH KADAR

Mala petaka Banyak kematian, kerosakan harta benda dan 5

pengeluaran tidak dapat dipulihkan

Fatal Kira-kira satu kematian, kerosakan besar harta 4

benda jika hazard berlaku

Serius Kecederaan yang tidak fatal, hilang upaya kekal 3

Ringan Menyebabkan Hilang upaya tetapi bukan 2

kecederaan kekal

Sedikit sahaja Sedikit lelasan, lebam, luka, kecederaan jenis 1

rawatan kecemasan

Jadual 6: Faktor Keterukan kaedah kuantitatif

6
Setelah memberikan nilai kepada faktor kemungkinan dan keterukan. Sesuatu risiko yang
dikenalpasti dapat dinilai dengan menggunakan formula yang berikut:-

RISIKO = KEMUNGKINAN (L) X KETERUKAN (S)

NO HAZARD KEMUNGKINAN (L) KETERUKAN (S) RISIKO (R=L x S)

1 Mengikat bata 4 3 12

ditempat tinggi tanpa

pengadang

2 Pengendalian manual 4 3 12

Jadual 7 : Contoh penafsiran risiko kuantiti

You might also like