Professional Documents
Culture Documents
E-Luar Negara Manual
E-Luar Negara Manual
http://eluarnegara.terengganu.gov.my
eLUARNEGARA boleh dilayari di alamat http://eluarnegara.terengganu.gov.my
eLUARNEGARA boleh diguna berdasarkan kepada kad pengenalan sebagai id pengguna dan kata
laluan sebagaimana skrin di bawah :
Masukkan no kad pengenalan pada ruang id pengguna dan kata laluan jika kali pertama masuk ke
dalam aplikasi eLUARNEGARA dan klik butang <hantar>, skrin di bawah akan dipaparkan :
Terdapat 9 menu dalam gambar di atas iaitu :
− Utama
− Kemaskini Peribadi
− Permohonan baru
− Papar Permohonan
− Cetak Surat Kelulusan
− Kemaskini Permohonan
− Batal Permohonan
− Tukar Kata Laluan
− Keluar.
Kemaskini Peribadi.
Menu ini adalah untuk ke skrin pengemaskinian maklumat peribadi. Klik pada menu Kemaskini
Peribadi, skrin di bawah akan dipaparkan :
Sila kemaskini segala maklumat yang terdapat dalam skrin tersebut dan klik pada butang Kemaskini
Maklumat Peribadi untuk hantar, jika terdapat sebarang masalah sila rujuk dengan admin di jabatan
anda bertugas.
Permohonan Baru
Menu Permohonan Baru adalah untuk ke skrin permohonan ke luar negara persendirian. Klik pada
menu dan skrin seperti di bawah akan dipaparkan :
Maklumat yang anda perlu masukkan ialah maklumat negara yang hendak dilawati, tempoh lawatan,
tarikh mula, tarikh balik, tujuan, perbelanjaan dijangka dan punca perbelanjaan. Apabila semua
maklumat diisi dan klik pada butang Daftar Maklumat Permohonan untuk hantar. Permohonan yang
dihantar akan dipaparkan pada skrin senarai permohonan pada menu admin jabatan anda bertugas.
Di sini pentingnya maklumat peribadi dikemaskini terlebih dahulu bagi memudahkan penghantaran
permohonan cuti ke admin jabatan yang sebenar.
Papar Permohonan
Menu ini adalah untuk ke skrin paparan permohonan ke luar negara yang anda telah memohon sebelum
ini. Senarai permohonan ini dipaparkan mengikut tahun lawatan. Klik pada menu dan skrin papar
permohonan di bawah akan dipaparkan. Antara maklumat yang dipaparakan ialah negara yang dilawati,
tarikh mula lawatan, tarikh akhir lawatan,tempoh lawatan dan status permohonan.
Status permohonan terbahagi kepada :
− Belum diluluskan oleh Jabatan.
− Tidak diluluskan oleh Jabatan
− Belum diluluskan oleh SUK.
− Tidak diluluskan oleh SUK
− Telah diluluskan.
Skrin papar permohonan seperti di bawah :
Menu ini adalah untuk mempaparkan skrin Senarai Permohonan Lawatan Ke Luar Negara yang telah
diluluskan. Klik pada cetak surat untuk cetak slip kebenaran ke luar negara.
Slip Jawapan Permohonan Ke Luar Negara akan dipaparkan.
Di samping itu pengguna boleh mencetak senarai permohonan lawatan ke luar negara yang telah
diluluskan. Klik pada < cetak senarai permohonan lawatan > dan skrin di bawah akan dipaparkan.
Kemaskini Permohonan
Menu ini adalah untuk mempaparkan senarai permohonan ke luar negara yang belum disokong oleh
admin jabatan. Pengguna boleh mengemaskini atau memadam maklumat permohonan yang telah
dibuat. Skrin di bawah akan dipaparkan jika pengguna klik pada menu tersebut :
Untuk membuat pengemaskinian pengguna hanya perlu klik <kemaskini> dan skrin di bawah akan
dipaparkan. Pengguna boleh membuat pembetulan semula dan klik butang simpan.
Jika ingin memadam permohonan lawatan tersebut pengguna hanya perlu klik pada pautan <padam>.
Skrin di bawah akan dipaparkan :
Pengguna boleh juga membuat permohonan baru dari menu ini. Pengguna hanya perlu klik pada pautan
<daftar permohonan lawatan baru> dan skrin di bawah akan dipaparkan.
Tukar Kata Laluan
Untuk semua pengguna, kata laluan yang diberi pada permulaan adalah no kad pengenalan. Jadi
pengguna dinasihatkan menukar kata laluan sendiri. Untuk menukarkan kata laluan tersebut pengguna
hanya perlu klik pada menu tukar kata laluan. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan
Untuk menukar kata laluan, pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan yang lama dan juga kata
laluan yang baru dan klik simpan.
Keluar
Untuk langkah keselamatan, pengguna dinasihatkan klik pada menu keluar jika telah selesai
menggunakan eLUARNEGARA atau ingin keluar dari aplikasi eLUARNEGARA.