Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

LAMPIRAN B2:

Ad Litem Defendan (kes induk) - Pemohon melantik orang lain sebagai penjaga

BORANG MS 3

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(TERENGGANU) 2001

(Subseksyen 13(1))

PERMOHONAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PELANTIKAN PENJAGA AD–LITEM

PERMOHONAN NO : _________________________2019

XXX BIN YYY


PEMOHON
KP: 123456

Kepada XXX BIN YYY, KP: 123456 yang beralamat di ………………….. Kuala Terengganu,
Terengganu.

Ambil perhatian bahawa XXX BIN YYY, KP:123456, Pemohon yang dinamakan diatas akan memohon
kepada Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu di Kuala Terengganu pada hari …………. pada
………..haribulan ………..2019 pukul …………… pagi/petang untuk mendapatkan suatu perintah
bahawa (1) Permohonan Pelantikan Penjaga Ad-Litem atas alasan yang dinyatakan dalam afidavit yang
dilampirkan.

...…….………………………….………………………
(Pemohon dan Peguam Syari’e bagi Pemohon)

BORANG MS 26
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH
(TERENGGANU) 2001

( Subseksyen 113 (2) )

AFIDAVIT

DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI KUALA TERENGGANU
DI NEGERI TERENGGANU

DALAM PERKARA PERMOHONAN PELANTIKAN PENJAGA AD–LITEM

PERMOHONAN NO : _________________________2019

XXX BIN YYY


PEMOHON
KP: 123456
AFIDAVIT

Pemohon XXX BIN YYY, KP: 123456 adalah seorang warganegara Malaysia yang telah cukup umur
sesungguhnya bersumpah dan menyatakan seperti berikut :

1. Pemohon dalam kes ini, XXX BIN YYY, KP: 123456 berumur …….tahun yang beralamat
di………………….Kuala Terengganu, Terengganu yang boleh dihubungi melalui talian Telefon
No: …………….... (Satu salinan Kad Pengenalan Pemohon dilampirkan sebagai ekshibit
bertanda XY“1”).

2. Pada 05 September 2018, Bapa Kandung kepada Pemohon iaitu HHH BIN JJJ (No.Sijil
Kematian/No. KP) telah meninggal dunia kerana sakit……………………di Hospital Sultanah
Aminah, Johor Bharu (Satu salinan Sijil Kematian dilampirkan sebagai ekshibit bertanda
XY“2”).

3. Si mati meninggalkan ahli waris yang merupakan kanak-kanak yang masih di bawah umur (iaitu
saudara seibu sebapa kepada Pemohon) (selepas ini disebut “kanak-kanak tersebut”) seramai
2 (dua) orang iaitu :

BI NAMA NO. Sijil Kelahiran / UMUR


L No. MyKid/ KP
1. AAA BIN JJJ AJ 234567 TAHUN 10
2. VVV BINTI JJJ BX 237688 05 TAHUN

(Satu salinan Sijil Kelahiran kanak-kanak dilampirkan sebagai ekshibit bertanda XY“3”).

4. Si mati meninggalkan waris yang masih di bawah umur yang akan dinamakan sebagai pihak-
pihak (sebagai Defendan 3 dan Defendan 4) di dalam Kes Tuntutan Harta Sepencarian yang akan
difailkan oleh ibu Pemohon sendiri dan juga merupakan ibu kepada kanak-kanak tersebut,
ABC BINTI XYZ, KP : 123456789 di Mahkamah ini setelah mendapat kebenaran bagi
pelantikan penjaga ad litem bagi kedua-dua orang kanak-kanak tersebut.

5. Untuk makluman Mahkamah yang Mulia ini, Pemohon adalah saudara lelaki seibu sebapa
(abang kandung yang sulung) kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut dan simati adalah juga
bapa kandung Pemohon. Pemohon juga akan dinamakan sebagai pihak Defendan dalam tuntutan
Harta Sepencarian yang akan difailkan kelak.

Untuk makluman Mahkamah, si mati masih mempunyai Bapa Kandung (Datuk kepada
Pemohon dan kanak-kanak tersebut) bernama ABC BIN QVW, KP:123456789 yang tinggal
bersama-sama di Kuala Terengganu berusia 70 tahun dan keadaan kesihatan fizikal dan ingatan
beliau masih sihat dan baik dan beliau sentiasa bertindak menjaga kebajikan kanak-kanak
tersebut setelah ketiadaan bapa mereka. Datuk kanak-kanak tersebut tinggal di Kuala Terengganu
dan bekerja sebagai Pesara Kerajaan.

Manakala, 2 (dua) orang saudara kandung lelaki seibu sebapa simati (iaitu bapa saudara
Pemohon dan kanak-kanak tersebut) masih ada, namun kedua-duanya pada masa ini menetap
di luar negara dan amat sukar untuk pulang ke tanahair. Kesemua pihak-pihak mempunyai
hubungan kekeluargaan yang rapat dan saling berhubung antara satu sama lain.

5. Pemohon memohon kepada Mahkamah untuk melantik Datuk kepada kanak-kanak tersebut,
ABC BIN QVW, KP:123456789 sebagai Penjaga Ad-Litem bagi kedua-dua orang kanak-kanak
tersebut bagi bertindak mewakili mereka di dalam prosiding tuntutan Harta Sepencarian tersebut
berdasarkan alasan-alasan berikut :

5.1…………………………………………………………….………………….…………………
5.2……………………………………………………………………….………………………….
5.3……………………………………………………………………….………………………….

6. Oleh yang demikian, Pemohon memohon kepada Mahkamah yang mulia ini untuk melantik
Datuk kepada kanak-kanak tersebut, ABC BIN QVW, KP:123456789 secara sah sebagai Penjaga
Ad-Litem kepada diri dan harta bagi kanak-kanak tersebut yang masih di bawah umur DAN
sebagai Penjaga Ad-Litem yang sah kepada kanak-kanak tersebut, serta diberi kuasa untuk
bertindak bagi pihak kedua-dua kanak-kanak tersebut demi kebajikan mereka di dalam prosiding
kes tuntutan Harta Sepencarian yang akan difailkan kelak.

7. Pemohon memohon kepada Mahkamah untuk meluluskan pelantikan Datuk kepada kanak-kanak
tersebut, ABC BIN QVW, KP:123456789 sebagai Penjaga Ad-Litem yang sah ke atas diri dan
harta anak-anak tersebut bagi prosiding tuntutan Harta Sepencarian yang dinamakan di atas
berdasarkan peruntukan seksyen 24 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Terengganu
2001.

Diangkat sumpah pada………………………….


Haribulan……………………………………..2019
Di Mahkamah Syariah Terengganu
oleh Pemohon

………………………..
Tandatangan

Di hadapan saya,

……………………….
Hakim / Pendaftar
BORANG MS 27

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH


(TERENGGANU) 2001

( Subseksyen 114 (2) )


PENGENALPASTIAN EKSHIBIT

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH TERENGGANU


DI NEGERI TERENGGANU

PERMOHONAN NO :__________________________2019

ANTARA

XXX BIN YYY


PEMOHON
KP : 1234567
Ini ialah ekshibit bertanda_____________yang disebut dalam afidavit Permohonan Pelantikan
Penjaga Ad–Litem yang diangkat sumpah di hadapan saya pada_________________.

______________________

Hakim/Pendaftar

You might also like