Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(T) KAMPONG BARU BATU MATANG,

34750 MATANG, PERAK.

MINIT MESYUARAT PBPPP


2022

Tarikh : 11.05.2022 (Rabu)


Masa : 1.00 pm
Tempat : Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran :
Pn. A.Kalai Arasi (Guru Besar)
Pn.C.Helen
Pn.M.Kasturi
Pn.K.Uma Devi
Pn.D.Syiamala
Cik M.Umageswari
Pn.G. Kamalawani

Agenda Mesyuarat
 Ucapan Pengerusi
 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2022
 Jawatankuasa PBPPP Peringkat Sekolah
 Penilai Pertama dan Penilai Kedua
 Komponen Instrumen
 Kerangka Konsep PBPPP
 Takwim Pelaksanaan
 Hal-hal Lain
1.0 Ucapan Pengerusi
1.1 Tuan Pengerusi mengucapkan salam sejahtera dan mengalu-alukan kedatangan
semua guru atas kesudian menghadiri mesyuarat Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan 2022. Pengerusi meminta kerjasama semua guru untuk
menjayakan mesyuarat ini.
Tindakan : Semua guru

2.0 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2022


2.1 Instrumen Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
dibangunkan berasaskan keputusan dalam makmal Government Transformation
Programmes (GTP).
2.2 PBPPP telah diluluskan untuk menggantikan penilaian prestasi sedia ada.
2.3 Penilaian ini juga akan menggantikan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).
2.4 Pelaksanaan PBPPP ini adalah diwajibkan kerana perkara ini memberi implikasi
terhadap perkhidmatan setiap PPP seperti kenaikan pangkat.
Tindakan : Semua guru
3.0 Jawatankuasa PBPPP Peringkat Sekolah
Pengerusi : Pn.A.Kalai Arasi (Guru Besar)
Setiausaha : Pn.C.Helen (Guru Kanan Pentadbiran)
Ahli : Pn.M.Kasturi (Penolong Kanan HEM)
Urusetia : Pn.P.Mariamah (Pembantu Tadbir)

4.0 Penilaian Pertama dan Penilai Kedua


4.1 Dimaklumkan mengenai Penilai Pertama dan Penilai Kedua bagi guru-guru.
- Senarai PP1 dan PP2 dilampirkan Bersama

5.0 Komponen Instrumen


5.1 1. Generik
2. Fungsional
3. Keberhasilan
5.2 Generik – Semua PPP dinilai berdasarkan Dimensi, Elemen dan Aspek yang sama.
5.3 Fungsional- Dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas
masing-masing.
5.4 Keberhasilan – Dinilai berdasarkan peningkatan berasaskan bidang tugas. (Kumpulan
PdP dan PTA)
Tindakan : Semua guru

6.0 Kerangka Konsep PBPPP


- Prestasi Rendah (0 – 59.99%)
- Prestasi Sederhana (60 -79.99%)
- Prestasi Tinggi (80 – 89.99%)
- Prestasi Cemerlang (90-100%)

7.0 Takwim Pelaksanaan


7.1 Tempoh penilaian adalah 2 kali
Fasa 1 – 4hb. April hingga 1hb. Julai 2022
Fasa 2 – 3hb. September hingga 2hb. Disember 2022
8.0 Hal-hal lain
8.1 Guru – guru diminta menyerahkan Borang keberhasilan.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00pm.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

__________________ __________________
(HELEN A/P CHANDRA) (KALAI ARASI A/P ALAGARASAMY)
SETIAUSAHA GURU BESAR

You might also like