Minit Mesyuarat Bil.2

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT BIL.

2/2021
PROGRAM BICARA SENI TARI: KEPELBAGAIAN TARIAN TRADISIONAL KAUM DI MALAYSIA
Tarikh: 30 JUN 2022
Jam: 8.30 MALAM
Tempat: APLIKASI WHATSAPP

YANG HADIR :

Nur Syazwani Binti Mohd Rosli - Ketua Projek

Wan Nurfarah Izzati Binti Hishamuddin - Penolong Ketua Projek

Nurin Qistina Binti Mohd Faizal - Setiausaha Projek

Nur Syamimi Athira Binti Abdul Aziz - Bendahari Projek

Puteri Syafiqah Syazwa Binti Khairuddin - AJK Teknikal

Mohammad Hairie Syafiq Bin Rosdi - AJK Program

Mohammad Azri Hakim Bin Mohd Zali - AJK Multimedia

Afifah Husna Binti Ahmad - AJK Protokol

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN:


Tiada

1.0 UCAPAN ALU-ALUAN

Nur Syazwani Binti Mohd Rosli selaku pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli
yang sudi meluangkan masa dan hadir pada mesyuarat JK Program Bicara Seni Tari: Kepelbagaian
Tarian Tradisional Kaum di Malaysia Bil.2/2021 pada kali ini. Pegerusi mengucapkan syabas kepada para
ahli kerana memberi kerjasama yang terbaik dalam menjalankan tugas masing-masing. Pengerusi juga
memaklumkan tujuan mesyuarat ini dijalankan adalah untuk membentangkan dan menambahbaik hasil
kerja ahli jawatankuasa yang telah mereka usahakan.

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL.1/2021


Mesyuarat sebulat suara mengesahkan Minit Mesyuarat JK Program Bicara Seni Tari: Kepelbagaian
Tarian Tradisional Kaum di Malaysia Bil.1/2020 tanpa pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Mesyuarat dimaklumkan dan bersetuju dengan perkara-perkara berikut :-

a. Pemilihan video tarian tradisional


b. Pemilihan musik latar belakang
c. Aturcara program yang lebih teratur
4.0 LAPORAN AHLI JAWATANKUASA

4.1 J/K Program/Acara


Membincang dengan lebih terperinci mengenai aturcara program agar program yang akan
dilaksanakan lebih menarik dengan pembaharuan idea dari semua ahli jawatankuasa dan memberi
manfaat kepada para peserta.
Tindakan : AJK Protokol

4.2 JK Teknikal
Perubahan ke atas beberapa buah musik yang akan dimainkan sebagai latar belakang
program kepada musik yang lebih perlahan dan santai.
Tindakan: AJK Teknikal

5.0 HAL-HAL LAIN


Mesyuarat bersetuju dengan perkara berikut :

a. Menambaik idea ke atas aturcara program yang akan berlangsung.


b. Perubahan dalam pemilihan lagu dan music latar belakang.

6. PENUTUP

Pengerusi berharap agar semua Jawatankuasa dapat melaksanakan tugas dengan berkesan agar
semua program akan berjalan lancar walaupun masa yang diberikan amat singkat. Pengerusi juga
mengucapkan syabas kepada semua ahli jawatankuasa kerana membentangkan hasil kerja yang sangat
baik dan kreatif. Pengerusi turut berharap agar jawatankuasa terus konsisten dengan semangat yang
dipamerkan dalam menjayakan program ini berlangsung dengan cemerlang.
Disediakan oleh :

NURIN QISTINA BINTI MOHD FAIZAL


Setiausaha Projek
Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di Malaysia
Tarikh : 30/6/2022

Disemak oleh :

NUR SYAZWANI BINTI MOHD ROSLI


Pengarah Projek
Bicara Seni Tari: Kepelbagaian Tarian Tradisional Kaum di Malaysia
Tarikh : 30/6/22

Disahkan oleh :

HAZELINA GHAZALY
Tenaga Pengajar
Kursus LMCZ 4212 Pengurusan Seni
Pusat Kebudayaan Universiti
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tarikh : 5/7/2022

You might also like