Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

ORDINAN

DARURAT
(KUASA-KUASA PERLU) 2021

Apa yang perlu anda tahu?


Jabatan Penerangan Malaysia
Apa itu Ordinan Darurat?

LATAR BELAKANG

~~ Ordinan ini dibuat menurut Fasal (2B) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan
lanjutan daripada suatu Proklamasi Darurat yang telah dikeluarkan oleh Yang
di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021 [P.U. (A) 7/2021].

~~ Ordinan ini mengandungi lapan belas seksyen dan satu Jadual.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 1


Apakah Skop Ordinan?
~~ Untuk memperuntukkan kuasa-kuasa perlu yang dikehendaki bagi menjamin
dan mengekalkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam
dalam tempoh darurat berkuat kuasa.

SEKSYEN 1: TAJUK RINGKAS DAN PERMULAAN KUAT KUASA

~~ Ordinan ini dinamakan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 dan


disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 11 Januari 2021.

SEKSYEN 2: JAWATANKUASA KHAS BEBAS

~~ Suatu jawatankuasa khas bebas ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan


Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar.

~~ Anggota jawatankuasa khas bebas itu hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong.

SEKSYEN 3: KUASA UNTUK MENGAMBIL MILIKAN SEMENTARA TANAH,


BANGUNAN ATAU HARTA ALIH

~~ Yang di-Pertuan Agong boleh mengambil milikan sementara mana-mana


tanah, bangunan atau harta alih atau mana-mana bahagian untuk digunakan
bagi apa-apa maksud yang difikirkannya perlu.

~~ Contoh: Pengambil milikan sementara tanah, bangunan atau harta alih


hospital swasta, penggunaan aset hospital swasta seperti ambulans bagi
tujuan mengangkut merawat pesakit COVID-19 dan pesakit-pesakit lain.

SEKSYEN 4: PERMINTAAN BAGI PENGGUNAAN SUMBER

~~ Yang di-Pertuan Agong boleh meminta apa-apa sumber untuk digunakan bagi
apa-apa maksud yang difikirkannya perlu.

~~ Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan berhubung


penggunaan, pengurusan dan kawalan sumber kepada orang yang sumbernya
diminta.

2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021


~~ Contoh: Membuat permintaan untuk penggunaan sumber hospital swasta
bagi tujuan merawat pesakit COVID-19 dan pesakit-pesakit lain.

SEKSYEN 5: PAMPASAN

~~ Pampasan bagi pengambil milikan tanah, bangunan atau harta alih dan
permintaan sumber hendaklah ditaksirkan oleh orang yang diberi kuasa oleh
Yang di-Pertuan Agong.

~~ Pampasan yang ditaksirkan itu adalah muktamad dan konklusif dan tidak
boleh dicabar atau dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah atas apa-
apa alasan.

SEKSYEN 6: ARAHAN UNTUK RAWATAN, IMUNISASI, PENGASINGAN,


PEMERHATIAN ATAU PENGAWASAN

~~ Mana-mana orang boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk


mengeluarkan arahan rawatan, imunisasi, pengasingan, pemerhatian atau
pengawasan.

~~ Arahan itu disifatkan sebagai arahan orang yang diberi kuasa di bawah Akta
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 3


SEKSYEN 7: KUASA TAMBAHAN ANGKATAN TENTERA

~~ Memperuntukkan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa, atas arahan Yang


di-Pertuan Agong, Angkatan Tentera Malaysia selain kuasa yang sedia ada,
mempunyai kuasa seorang pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan
dalam Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

SEKSYEN 8 : KUASA UNTUK MENGECUALIKAN

~~ Seksyen 8 ini bertujuan untuk mempercepat pengurusan wabak penyakit


berjangkit koronavirus (COVID-19) iaitu untuk mengecualikan mana-mana
profesional jagaan kesihatan yang dikawal selia di bawah undang-undang
dalam Jadual daripada kehendak untuk mematuhi alamat tempat amalan
utama yang dinyatakan dalam mana-mana perakuan amalan tahunan atau
yang setaranya.

~~ Contoh : Akta Perubatan 1971 [Akta 50] memperuntukkan kehendak alamat


tempat amalan utama dinyatakan dalam perakuan amalan tahunan.

SEKSYEN 9 : KESALAHAN

~~ Pelanggaran seksyen 3 atau 4, atau kegagalan mematuhi mana-mana


permintaan atau arahan Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu kesalahan
dan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

~~ Seksyen 9 juga memperuntukkan tentang tanggungan seorang pengarah,


pegawai pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang
seumpamanya berkenaan dengan kesalahan oleh syarikat, perkongsian liabiliti
terhad, firma atau pertubuhan.

4 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021


SEKSYEN 10 : PERLINDUNGAN TERHADAP TINDAKAN GUAMAN DAN
PROSIDING UNDANG-UNDANG

~~ Seksyen ini bertujuan untuk memberi perlindungan kepada Kerajaan, mana-


mana pegawai awam atau mana-mana orang yang dilantik di bawah subseksyen
6(1) daripada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain.

SEKSYEN 11 : KUASA EKSEKUTIF DAN PERUNDANGAN

~~ Seksyen ini bertujuan untuk mengekalkan kuasa eksekutif Perdana Menteri


dan Jemaah Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri atau Kabinet Negeri yang wujud sebaik sebelum Proklamasi
Darurat dikeluarkan untuk tempoh darurat berkuat kuasa.

SEKSYEN 12 : PILIHAN RAYA PARLIMEN


SEKSYEN 13 : PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI

~~ Seksyen 12 memperuntukkan dalam tempoh darurat berkuat kuasa, tiada apa-


apa pelantikan bagi ahli Dewan Negara atau pemilihan bagi ahli Dewan Rakyat
sekiranya terdapat kekosongan artau kekosongan luar jangka.

~~ Seksyen 13 memperuntukkan dalam tempoh darurat berkuat kuasa, tiada apa-


apa pemilihan ke Dewan Undangan Negeri sekiranya terdapat kekosongan
luar jangka.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 5


SEKSYEN 14 : PERSIDANGAN PARLIMEN
SEKSYEN 15 : PERSIDANGAN DEWAN UNDANGAN NEGERI

~~ Seksyen 14 memperuntukkan Parlimen tidak akan bersidang sehingga suatu


masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

~~ Seksyen 15 memperuntukkan Dewan Undangan Negeri tidak akan bersidang


sehingga suatu masa yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas
berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan.

~~ Mana-mana mesyuarat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang telah


dipanggil sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Ordinan ini tetapi belum
diadakan adalah dibatalkan.

6 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021


SEKSYEN 16 : KUASA UNTUK MEMBUAT PERATURAN-PERATURAN

~~ Seksyen 16 memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh membuat


peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan Ordinan ini.

SEKSYEN 17 : KUASA DI BAWAH ORDINAN ADALAH TAMBAHAN KEPADA


KUASA DI BAWAH UNDANG-UNDANG BERTULIS LAIN
SEKSYEN 18 : UNDANG-UNDANG YANG MENGATASI

~~ Seksyen 17 memperuntukkan bahawa kuasa yang diberikan di bawah Ordinan


ini adalah tambahan kepada kuasa yang diberikan oleh atau di bawah mana-
mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa.

~~ Seksyen 18 memperuntukkan bahawa peruntukan Ordinan ini hendaklah


mengatasi peruntukan undang-undang bertulis lain yang bercanggah
dengannya.

Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 7


8 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 9
10 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 11
12 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 13
14 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 15
16 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 17
18 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 19
20 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 21
22 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 23
24 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 25
26 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 27
28 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021
Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 29
Diterbitkan oleh:
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

www.penerangan.gov.my
webmaster@inform.gov.my
dbook.penerangan.gov.my

B.006 (B.M/B.I) MAC 2021 (009.)


Jabatan Penerangan Malaysia
@JPenerangan
@Japenmalaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia

You might also like