Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN PILIHAN MORAL

Undang-undang merupakan peraturan yang konsisten dan digubal oleh masyarakat untuk
mengawal kelakuan masyarakat dan telah diterbitkan (published), diterima (generally
accepted) dan dikuatkuasakan (enforced). Secara ringkasnya, undang-undang adalah set
peraturan yang dibina oleh masyarakat untuk menguasai atau mengawal kelakuan manusia di
dalam sesebuah masyarakat. Undang-undang akan mengatur perjalanan hidup manusia tanpa
mengira pangkat, warna kulit, agama, ideologi politik dan sebagainya agar perjalanan hidup
mereka seiring dengan norma baharu yang dibenarkan dan diterima pakai oleh masyarakat.

Di Malaysia, badan kehakiman dipertanggungjawabkan untuk menjaga undang-undang dan


ianya terletak di hierarki yang tinggi dalam negara. Sebagai rakyat Malaysia, perlu
melafazkan ikrar untuk patuh kepada undang-undang dan perlembagaan bagi membuktikan
ketaatan dan kesetiaan terhadap undang-undang tersebut. Selain daripada itu juga, kedaulatan
undang-undang berfungsi untuk mengawal dan menentukan peranan institusi atau badan
kerajaan serta rakyatnya. Undang-undang juga dilaksanakan untuk mengawal ahli-ahli
masyarakat daripada melakukan sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri serta
orang ramai. Individu yang melanggar peraturan dan undang-undang akan dikenakan
hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Hukuman tersebut dibuat bertujuan untuk
memberi pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai agar tidak terdorong untuk melakukan
pelbagai kesalahan. Oleh yang demikian, hak-hak dan kebebasan setiap individu akan
terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan politik yang stabil dapat
diwujudkan.

Kedaulatan undang-undang dapat dijadikan sebagai panduan untuk pilihan moral sebagai
contoh seseorang individu di dalam sesebuah masyarakat perlu merujuk kepada undang-
undang apabila berhadapan dengan dilema etika.

Contoh 1

Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan
negara. Saya mempunyai rakan tugas yang dilantik sebagai seorang Pegawai
Penilaian di Unit Perolehan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Semasa di dalam
tugasan, beliau tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang keputusan bagi calon
yang berjaya di dalam pemilihan tender kerajaan di laman sosial atau pun kepada
orang awam. Keputusan hanya boleh dibuat oleh pihak Datuk Bandar setelah
mengambil kira

keperluan dan pertimbangan yang sewajarnya di dalam Mesyuarat Jawatankuasa


Perolehan. Keputusan rasmi bagi pemilihan tender kerajaan akan diumumkan di
dalam laman sesawang Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Sekiranya beliau gagal
serta ingkar semasa menjalankan tugas dan jika disabitkan kesalahan di bawah
Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 menjelaskan bahawa mana-mana individu yang
didapati membocorkan sesuatu rahsia rasmi, kod, isyarat timbal atau kata laluan
rasmi yang rahsia, boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang
daripada satu tahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun.

Contoh 2.

Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 42(1) bertujuan untuk memastikan pemandu
kenderaan sentiasa memandu dengan berhemah serta tidak memandu secara melulu
dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain. Saya
mempunyai seorang jiran yang gemar mengajak saya untuk keluar makan malam.
Kejadian ini berlaku ketika saya dan jiran berada di persimpangan lampu isyarat,
tiba-tiba berlaku kemalangan yang melibatkan sebuah kereta telah melepasi lampu
isyarat merah dan telah melanggar sebuah motosikal yang menyebabkan penunggang
motosikal tersebut tercampak ke atas jalan. Pemandu motokar tersebut telah
melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 42(1) iaitu
mana-mana orang yang memandu suatu kenderaan motor di jalan dengan melulu
atau dengan kelajuan atau dengan cara yang merbahaya kepada orang awam,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan hendaklah dihukum penjara
selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima
ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima belas ribu ringgit atau sabitan kali kedua di
penjara selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun dan denda tidak kurang
daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada dua puluh ribu ringgit.
Contoh 3

Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Seksyen 233 bertujuan agar
mengekang rakyat daripada menyebarkan maklumat palsu, lucah dan maklumat yang
boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara. Saya mempunyai rakan
kerja yang gemar menyebarkan mesej bersifat ekstrimis, kebencian dan fitnah di
media-media sosial. Kelakuan beliau adalah salah dan boleh menyebabkan situasi
semasa menjadi panik dan boleh menyebabkan keselamatan dan keharmonian negara
terancam. Beliau telah melakukan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan
Multimedia (AKM) 1998, Seksyen 233 dan jika disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara setahun atau
kedua-duanya sekali

You might also like