Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TAJUK SAJAK: MUAFAKAT KELUARGA MALAYSIA

KARYA: NORAIDAHWATI MD. NOWAR

Malaysia
Empayar kesatuan lakaran sejarah
Darah dan keringat menjadi taruhan
Tanah Melayu titik bermulanya kisah
Sabah Sarawak wasilah ceritera
Hidup serumpun di bawah satu naungan

Malaysia
Indah terjalin sebuah pertalian
Pelbagai warna bukan halangan
Berbilang bangsa bukan soalnya
Mencorak tamadun kegemilangan watan
Keunikan bersulam kasih kebersamaan

Malaysia
Ideologi tersendiri simbol kedaulatan
Berbeza anutan bukan cabaran
Pelbagai bahasa bukan konfliknya
Kebebasan asasi dirai nusa
Kehormatan dijaga tonggak perpaduan
Malaysia
Tatkala bahtera digoncang badai
Onak dan ranjau silih berganti
Teguhkanlah benteng kesatuan
Eratkan lagi genggaman muafakat
Demi ukhwah penyeri watan

Malaysia
Ayuh kita bangun bersama
Meniti keharmonian tanpa semua sengketa
Walau bersaudara bukan kerana darah
Tetaplah damai
Dalam satu kata
Demi Keluarga Malaysia

You might also like