Minit Mesyuarat Bengkel Sivik 8.5.2023

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT CURAI MESYUARAT BENGKEL PENDIDIKAN SIVIK DI SEKOLAH RENDAH

SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI

TARIKH : 8 /5 /2023
HARI : ISNIN
MASA : 2.00 PM
TEMPAT : BILIK GERAKAN, SJKT MAHATHMA GANDHI KALASALAI
JEMPUTAN : PN. MUHILAH

Hadir

1. Pn. Jayaluxmi A/P Uganda -Guru Besar


2. Pn.Azizah Begam Binti Muhd.Ismail - Guru Penolong Kanan HEM
3. En.Ganesh A/L Kandasamy - Guru Penolong Kanan Ko-Ko
4. Cik.S.Dharmawathy Sundra Sagrah
5. Cik.Dhivya Praba A/P Sugumaran
6. Pn.Durgatevi A/P Kalai Arasu
7. Pn.Mahaletchumi Durga Devi A/P V.Krishnan
8. Cik. Komathy A/P Rengasamy
9. Pn. Sangeetha A/P Mahadevan
10. Pn. Sivalakchmi A/P Guruguloo
11. Pn. Yogeswari A/P Krishnasamy
12. Pn. Umaselvi A/P Periasamy
13. Pn. Sisiliya A/P Joseph
14. Pn. Krishnaveni A/P Muniandy
15. En. Loganathan A/L Manian
16. Pn. Hemavathy A/P Muruggiah
17. Pn. Sumithra A/P Vijayakumar
18. Pn. Thurgadevi A/P Sekaran
19. Pn. Sheela Kavitha Bt Abdullah
20. Pn. Priyatarisini A/P Manokaram
21. Pn. Thenessuwary A/P Devatathan
22. Pn. Nurul Husna Binti Hasan
23. Pn.Nurul Syazana binti Ahmad Fauzi
24. Pn. Puvanesvari A/P Samy
25. Pn. Emamalini A/P Nyanasekharan
26. En.Ganesh A/L Kandasamy
27. Cik. Pulomina A/P Joseph
28. En. Kalidas A/L Balakrishnan
29. Pn. Sumithra A/P Vijayakumar
30. Pn. Mariammal A/P A.Muniandy
31. Pn. Syalini A/P Manoharan
32. Pn.Umathevi A/P Krishnan

Tidak Hadir
1) Pn. Malathy Dharmalingam - Penolong Kanan Pentabiran
2) Pn. Nanthini A/P Subramaniam

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 Guru Besar, Puan Jayaluxmi mengalu-alukan kedatangan penceramah
Pn.Muhilah dari SJKT Tun Sambanthan, penolong kanan HEM, Penolong
Kanan Kokurikulum dan guru-guru ke bengkel.

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR


2.1 Guru besar meminta guru-guru berada dalam keadaaan sedia untuk bengkel
ini dan menggunakan masa ini untuk meningkatkan kefahaman guru-guru
mengenai tajuk kita pada hari ini Pendidikan Sivik di sekolah rendah

3.0 BENGKEL
3.1 Puan.Muhilah telah memperkenalkan dirinya. Beliau menyatakan beliau
bekerja di sekolah SJKT Tun Sambanthan dan beliau mempunyai
pengalaman yang tinggi dalam bidang ini.
3.2 Beliau memberitahu ada 5 mata pelajaran yang mengandungi unsur
Pendidikan Sivik. Antaranya, subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Sejarah.
3.3 Beliau juga menyatakan bahawa Pendidikan Sivik ini perlu diaplikasikan
dalam perhimpunan, kokurikulum dan pdpc. Keselarasan pemilihan
kandungan perlu dilaksanakan mengikut penetapan KPM. Seluruh sekolah
akan memfokus pada satu kandungan yang telah ditetapkan oleh KPM.
3.4 Beliau memberitahu Pendidikan Sivik telah dilancarkan pada Jun 2019.
Namun, penggunaannya merosot kerana wabak kovid mula meningkat dan
pdpc secara talian mula diamalkan. Sekarang, kita sudah mula pdpc secara
fizikal seperti biasa oleh itu, kita perlu meneruskan pengaplikasian
Pendidikan Sivik di sekolah rendah. Pemantauan oleh pegawai berkaitan
Pendidikan Sivik pun telah mula oleh itu, guru-guru perlu memastikan
pengaplikasiannya.
3.5 Setiap minggu ke-4 adalah minggu yang dipilih oleh KPM untuk memfokus
Pendidikan Sivik di sekolah rendah.
3.6 Kandungan yang ditetapkan perlu sama di seluruh sekolah. Guru-guru perlu
pastikan keselarasan pengaplikasian Pendidikan Sivik di sekolah.
3.7 Ketua panitia perlu menetapkan jadual waktu untuk memastikan guru-guru
mengaplikasikan Pendidikan Sivik di kelas.
3.8 Beliau memberitahu guru-guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Sejarah perlu
menyelitkan nilai teras dalam RPH masing-masing. Nilai sivik perlu
disenaraikan semasa guru-guru menetapkan objektif.
3.9 Objektif yang ditetapkan oleh guru-guru yang mengandungi nilai sivik
mempunyai tiga cabang. Iaitu, pengetahuan, sosioemosi dan tindakan.
3.10 RPH perlu sama dengan kandungan Pendidikan Sivik yang telah
ditetapkan oleh KPM dan sekolah.
3.11 Evidens yang berkaitan pengaplikasian Pendidikan Sivik di kelas perlu
disediakan.
3.12 Beliau juga menyatakan guru yang mengajar Pendidikan Moral perlu
mengambil 3 kemahiran sehari. Contohnya, 3 kandungan yang paling atas
guru boleh pilih tetapi yang 2 kemahiran yang paling hujung perlu diselitkan
semasa guru menulis RPH Pendidikan Moral.
3.13 Beliau mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk
memberi bengkel ini.

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Tiada.

5.0 UCAPAN PENUTUP


5.1 Guru besar telah mengucapkan terima kasih kepada Pn.Muhilah dan guru-
guru kerana sudi meluangkan masa untuk menjayakan aktiviti Jaringan dan
Jalinan ini serta menyampaikan maklumat dengan cekap.
5.2 Beliau juga menyatakan beliau telah berkongsi modul sivik dalam kumpulan
telegram untuk rujukan guru-guru.
5.3 Beliau merumuskan kandungan bengkel pada hari ini seperti strategi
pengaplikasian Pendidikan Sivik dalam pdPC.
5.4 Guru besar memberi cenderamata sebagai tanda penghargaan kepada
Pn.Muhilah.
5.5 Bengkel ditangguhkan pada pukul 2.40 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_________________________________ _________________________________

(CIK.DHIVYA PRABA A/P SUGUMARAN) (PN. JAYALUXMI A/P UGANDA)

SETIAUSAHA MESYUARAT GURU GURU BESAR

You might also like