Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Maktab Rendah Sains Mara Tun

Mustapha Tawau

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3

TAJUK:
AMALAN KITAR SEMULA DI SEKITAR
KAWASAN TEMPAT TINGGAL

Disediakan oleh:
Muhammad Izzudin Shah bin Samrah
Tingkatan 3 Saintifik
Senarai Kandungan

Penghargaan 1

Pendahuluan 1

Objektif Kerja Lapangan 1

Kawasan Kerja Lapangan 1

Kaedah Kerja Lapangan 2

Hasil Kerja Lapangan 3

Rumusan 5

Rujukan 6

Lampiran 7
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cik Jalaini bin Ismail, Pengetua MRSM
TUN MUSTAPHA TAWAU kerana memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja
lapangan ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru Geografi saya, cikgu
Zubaidah binti Chamangai yang sentiasa memberikan bimbingan dan tunjuk ajar. Saya juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberikan
sokongan dan dorongan sepanjang kerja lapangan ini dilaksanakan, Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan saya, Naufall syann bin Lesan, Yuzairyn Daniel bin Mohd Zaidy, Razza adam bin
Ramlan atas bantuan dan Kerjasama yang telah diberikan. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada responden dan semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan kerja lapangan ini.

Disediakan oleh,

Izzudin
MUHAMMAD IZZUDIN SHAH BIN SAMRAH
STUDENT

PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk Amalan Kitar Semula di sekitar Kawasan tempat tinggal, Wilayah
perseketuan Tawau. Saya memilih tajuk ini kerana Kawasan ini merupakan antara Kawasan
tumpuan pengunjung yang datang melawat ke Tawau. Kawasan ini juga terletak
berhampiran dengan sekolah saya, iaitu menepati tema kerja lapangan yang memerlukan
pemilihan Kawasan berhampiran dengan tempat tinggal atau sekolah. Saya akan mengkaji
tentang potensi amalan kitar semula yang dapat dijalankan, masalah yang berlaku dan
cadangan yang dapat mengatasi masalah yang berlaku di Kawasan kerja lapangan saya.
Masa yang diberikan untuk menyiapkan kerja lapngan ini ialah lapan minggu. Kerja lapngan
ini perlu ditulis secara individu.

OBJEKTIF KERJA LAPANGAN


Objektif kerja lapangan ini adalah seperti yang berikut:
(a) Mengenal pasti amalan kitar semula yang berpotensi di MRSM Tun
Mustapha Tawau
(b) Menghuraikan masalah-masalah kitar semula di MRSM Tun Mustapha Tawau
(c) Menjelaskan langkah-langkah untuk mengatasi masalah kitar semula di MRSM Tun
Mustapha Tawau

KAWASAN KERJA LAPANGAN


Kawasan kerja lapangan saya ialah MRSM Tun Mustapha Tawau yang terletak di Majlis
Perbandaran Tawau. Kawasan ini terdapat dua blok asrama, blok akademik,kemudahan seperti
Coopmart, cafeteria dan juga tempat untuk beriadah dan bersenam.
Bentuk muka bumi Kawasan ini ialah bergunung ganang dan berbukit di Kawasan pendalaman.

Persiaran
Dengkil

Per
sia n Sel
a ta n
Jra
alanP
5

Peta 1 Kawasan kerja lapangan di MRSM Tun Mustapha Tawau, Bandar Tawau

KAEDAH KERJA LAPANGAN


Saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menyiapkan kajian ini.
Antaranya ialah:

Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah ini untuk memerhati jenis amalan kitar
semula dan kemudahan yang terdapat di kawasan kerja lapangan

Soal selidik
Saya telah menyediakan borang Google Form soal selidik untuk diedarkan kepada 10
orang responden di Kawasan kerja lapangan

Rujukan
Saya telah melayari Internet bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai
kawasan kerja lapangan. Saya juga telah merujuk buku teks, keratan akhbar dan
berkunjung ke rumah-rumah sekitar MRSM Tun Mustapha Tawau bagi mendapatkan
segala maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan kerja lapangan saya.
HASIL KERJA LAPANGAN
Contoh amalan kitar semula yang efektif dan berpotensi dimajukan
Hasil kerja lapangan yang telah saya jalankan, saya dapati kawasan ini efektif dan
berpotensi untuk mengamalkan amalan kitar semula.

Mengolah semula bahan yang boleh dikitar semula


MRSM Tun Mustapha Tawau amat sesuai untuk dijadikan tempat mengutip bahan kitar semula
dan menjadikan satu barangan lain dari bahan tersebut. Ini kerana sampah yang dibuang
berbeza bahan dan bentuk seperti plastik minuman botol atapun kertas manila yang dibuang.
Oleh yang demikian, perancangan haruslah dibuat agar amalan ini dapat di amalkan dan dapat
diproaktifkan di kawasan tersebut.

Pengasingan jenis sampah ( konsep 3R)


Daripada kajian saya tentang Kawasan kerja lapangan saya, saya mendapati bahawa
pemasangan tong sampah mengikut konsep 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle
merupakan satu cara yang efektif untuk mengelakan pembuangan bahan yang boleh
kitar semula, mengurangkan peruntukan wang Negara untuk proses pelupusan sisa
pepejal, Memudahkan proses pengurusan dan perawatan sisa pepejal selanjutnya dan
juga berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa
pepejal ke tapak pelupusan. Oleh itu, kita harus mempraktikkan pemasangan tong
sampah berkonsepkan 3R ke Kawasan ini agar pembaziran ke tapak pelupusan dan
dimikian tidak berlaku.

Foto 1 konsep 3R Foto 1 sisa kitar


semula

Foto 1 Pasu bunga dari kasut Foto 1 Botol plastik diubahsuai


Masalah amalan kitar semula yang wujud di Kawasan kerja lapangan

Kurang faham dalam amalan kitar semula


ilmu pengetahuan tentang amalan kitar semula jelas tidak ditekankan didalam
seseorang individu menyebabkan kurang kefahaman didalam amalan kitar semula. Hal
ini demikian kerana kalangan ramai masih lagi tidak pasti sama ada mereka melakukan
amalan tersebut betul atau salah, jesteru menyukarkan mereka untuk mengamalkan
amalan kitar semula setiap hari.

Kekurangan tong sampah/ kemudahan kitar semula


Hasil daripada soal selidik yang saya jalankan, responden juga menyatakan bahawa
sukar untuk mereka membuang sampah kerana kekurangan kesedian tong sampah
disediakan dikawasan-kawasan kalangan ramai. Mereka berpendapat, sepatutnya tong
sampah harus disediakan dalam kuantiti yang lebih banyak agar mudah untuk
membuang sampah jesteru mengelakkan pembuangan sampah merata-rata

Tidak mengambil kisah tentang alam sekitar


Masalah pembuangan sampah atau tidak mengamalkan amalan kitar semula datang
daripada sifat tidak ingin mengambil tahu atau tidak kisah tentang alam sekitar. Ini
merupakan sesuatu hal yang patut diambil tahu kerana kalangan masyarakat sekarang
tidak ingin mengambil kisah tentang alam sekitar kita.

Graf 1 Masalah amalan kitar semula yang wujud di Kawasan kerja lapangan

Berdasarkan graf di atas, seramai 5 orang responden menyatakan bahawa masalah


amalan kitar semula di kawasan ini adalah kurang faham dalam amalan kitar semula.
Seramai 3 orang memilih kekurangan tong sampah dan seramai dua orang memilih tidak
mengambil kisah tentang alam sekitar di kawasan kerja lapangan saya.
Cadangan mengatasi masalah amalan kitar semula di Kawasan kerja lapangan

Membuat Program/ Kempen kitar semula


Kesedaran tentang kitar semula harus diambil tahu kerana semakin hari semakin
sedikit jumlah kalangan masyarakat yang tahu dan mengambil kisah terhadap
perkara tersebut. Program atau kempen kitar semula dapat membantu dan dapat
menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya amalan kitar semula
terhadap Kawasan dan kebersihan sesuatu tempat. Oleh itu, kita harus
memperbanyakkan lagi kempen- kempen agar masyarakat dapat ketahui lebih
lanjut dan mendalam tentang kitar semula.

Menambah jumlah tong sampah


Saya sangat bersetuju dengan cadangan beberapa responden yang saya temui
mengenai kekurangan jumlah tong sampah. Disebabkan kekurangan tong
sampah, ini telah menyebabkan muncul beberapa perkara seperti membuang
sampah merata-rata, kadangkala ianya bukan sebab daripada sifat malas
seseorang, tetapi juga dari kemudahan pembuangan sampah tidak ada juga
membuatkan kita terpaksa membuang sampah itu ketempat lain jester
menyebabkan pembuangan merata-rata. Dengan itu, penambahan tong sampah
ini diharapkan dapat mengurangkan terjadinya masalah tersebut dan dapat
membantu dalam mengamalkan kitar semula.

RUMUSAN
Hasil daripada kerja lapangan yang telah saya jalankan, saya dapati kawasan sekolah
Maktab Rendah Sains Mara Tun Mustapha Tawau sangat berpotensi untuk menaik taraf
kemudahan serta mengamalkan amalan kitar semula. Dengan adanya aset seperti tong
sampah dan rumah pembuangan sampah, ianya membuatkan pembuangan dan
kitaran sampah efektif dan lebih mudah. Walau bagaimanapun, masih terdapat
beberapa perkara yang perlu diperbaiki agar dapat memenuhi keperluan dan
meningkatkan lagi taraf kawasan tersebut sebagai sebuah kawasan yang mengamalkan
amalan kitar semula. Kawasan MRSM Tun Mustapha Tawau mampu untuk menjadi
kawasan pengamalan kitar semula yang bukan sahaja untuk pelajar disana tetapi
juga untuk guru-guru dan pelawat yang datang mengkunjungi.
RUJUKAN

Melawat Tempat Kerja Lapangan


MRSM Tun Mustapha Tawau,
Batu 5 Jalan Apas, 91000 Tawau,
Sabah.

Internet
http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-pengasingan-sisa-sisa-pepejal-kepada-kesihatan-awam/
http://recycle-lah.blogspot.com/2015/08/pengasingan-sampah-di-rumah.html
https://www.flickr.com/photos/fathilullail/9618901298
https://siakapkeli.my/2018/11/20/gambar-botol-lama-jangan-dibuang-ini-antara-produk-kitar-
semula-yang-kita-boleh-hasilkan-untuk-kegunaan-di-rumah/

Buku
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3
LAMPIRAN
Lampiran 1: Borang Google Form soal selidik
Lampiran 2: Maklum balas borang soal selidik kerja lapangan
Lampiran 3: Surat Perakuan Murid Tentang Keaslian Kajian

You might also like