Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

2.2 POKOK PAGARAN. Pengenalan Kepada Pokok Pagaran Pokok Pokok hiasan yang seterusnya unsur ialah daripada yang jenis pagaran. bertujuan

pagaran

merupakan

landskap

penting

menentukan sempadan.

Tujuan pagaran dibina ialah untuk pengasingan, kurang elok dan sebagainya. Pokok

hadangan daripada pandangan yang Pagaran terdiri

daripada pelbagai jenis tumbuhan. Penanaman pokok keseluruhan landskap dari segi ukuran,

pagaran hendaklah sesuai dgn

tekstur, warna dan bentuk., dan boleh dibina melengkok atau dibina untuk ruang tanaman, corak dan bentuk dipilih untuk mengurangkan pemandangan yang membosankan.

Pokok Bunga Raya Dijadikan Sebagai Pagar Dalam Menentukan Sempadan Kawasan.

19

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Di Malaysia, bunga pagaran merupakan unsur landskap yang penting kerana menentukan sempadan kawasan rumah. Selain itu, tanaman pagaran dapat menimbulkan keindahan artistik dalam sesebuah taman dengan mencantas pucuk tumbuhan bertunas hingga membentuk "bangunan" yang cantik. Ada pula pokok pagaran yang berbunga, mekar, hingga menampilkan kesan semarak dan bertenaga.

Ukuran dan jenis tumbuhan yang dipilih biarlah sesuai dengan fungsi pagaran. Jika tersalah pilih tumbuhan, corak, bentuk, tekstur dan ukuran pagaran akan memburukkan landskap dan membazir wang sahaja kerana pembinaan pagaran memang mahal perbelanjaannya. Pemilihan tumbuhan biarlah sesuai dengan keseluruhan landskap. Penanaman pokok jenis pagaran tidak perlu mengikut garisan sempadan kawasan. Pagaran boleh bentuk melengkok atau dibina untuk ruang tanaman, corak dan bentuk dipilih untuk mengurangkan pemandangan yang membosankan. Selain menggunakan menanam pokok renek jenis daun dan jenis berbunga , pagaran boleh dibina dengan besi keluli atau simen konkrit. Pokok jenis pagaran memang mudah disesuaikan dengan keseluruhan landskap, tetapi penjagaannya agak rapi, terutama jika pagaran ini di corak dalam pelbagai bentuk. Cantasan perlu dibuat setiap masa supaya pokok sentiasa kelihatan kemas dan menarik.

20

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Bukan semua tumbuhan boleh digunakan untuk pagaran. Hanya tumbuhan yang mempunyai ciri berikut yang boleh dicadangkan untuk

pokok pagaran:

Sesuai tumbuh di semua keadaan tanah dan cuaca. Ciri-ciri tumbuhan yang sesuai dijadikan sebagai pagaran dalam tanaman hiasan Pertumbuhan yang lambat. Tidak beracun. Senang hidup dan tanah terhadap serangan serangga dan penyakit.

Tahan kepada pemangkasan.

Mudah

didapati,

murah

perbelanjaan

Mempunyai pertumbuhan daun dan ranting yang padat dan lebar.

Peranan Pokok Pagaran Dalam Seni Lanskap

21

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Pemanaman pokok pagaran bukan sahaja melembutkan kawasan tetapi juga menggalakkan pergerakan udara sekeliling dan ini dapat menyejukkan suasana. Ukuran ketinggian pagaran ini tertaluk kepada undang-undang kerajaan tempatan. Jika dalam bandar, tinggi yang paling sesuai ialah kurang daripada 2 meter. Ini bertujuan supaya pemandangan ke kawasan rumah tidak dihalang berterusan. Dalam pelandskapan,

pemandangan yang menarik di kawasan rumah perlu didedahkan untuk menikmati oleh pemerhati, sama ada dalam atau luar kawasan rumah. Tanaman pagaran juga boleh digunakan untuk tujuan hiasan, hadangan dan penentuan sempadan. Tanaman pagaran untuk hiasan ialah daripada pokok renek atau pokok hiasan yang berdaun lebat dan padat. Pokok renek yang lambat pertumbuhannya dan tahan digunting atau dipangkas pendek mengikut kesesuaian dengan landskap amat sesuai untuk ditanam sebagai pagaran. Tumbuhan Hiasan Pokok Pagaran Yang Dipilih. ( Bunga Tasbih) Pengenalan Kepada Bunga Tasbih.

Pokok

bunga

tasbih

merupakan

tumbuhan jenis pagaran berbatang lembut. Nama botaninya dikenali sebagai Canna dari keluarga Cannaccac adalah pokok hiasan yang sesuai ditanam dalam seni lanskap. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Bunga tasbih berasal dari daerah Tropis Amerika dan dikenali bunga kana, namun di asia bunga ini dikenali sebagai bunga tulip asia dan bunga tasbih. Bunga ini dikenali sebagai bunga tasbih karana bijinya yang keras boleh dibuat tasbih. Sifat dan ciri morfologi bunga ini memikat dan mampu menghiasi halaman rumah dengan lebih menarik.

22

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Tanaman ini tergolong tanaman luar dan iyanya amat sesuai dijadikan sebagai item pagaran dalam seni lanskap. Bunga tasbih biasanya tumbuh di kawasan hutan dan pegunungan. Sturktur bunga tasbih yang cantik dan menarik menyebabkan ramai pengemar seni lanskap memilih tumbuhan ini sebagai penghias laman mereka . Selain itu, tumbuhan ini mampu hidup di dataran rendah hingga ketinggian 1.000 m di atas permukaan laut.

Bunga Tasbih juga boleh digunakan sebagai tanaman penghijau di pinggir-pinggir jalan dan di kawasan tepi-tepi kolam dan bunga ini juga turut dijadikan sebagai ubat tradisional dalm seni perubatan melayu.. Bunga tasbih yang biasa dikenal di Jawa Barat sebagai Ganyol Leuweung serta dalam Bahasa Melayunya Gany Hutan dapat tumbuh ini memiliki umbi, daun besar, warna bunga cerah (merah, kuning), bijinya bulat seperti buah tasbih.

23

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi Bunga Tasbih.

Kepelbagaian Variasi Bunga Tasbih

Bunga tasbih memiliki lebih daripada 500 jenis variasi namun di negara kita hanya terdapat 35 jenis variasi sahaja antaranya ialah:

variasi Alberich

Ciri-ciri

Ketinggian tumbuhan bersaiz pendek antara 55 hingga 60 cm. Morfologi bunga bersifat gempal dan tebal. Daun hijau gelap dan batang kemerahan. Bunga berwarna merah jambu.

Caballero Bunga bersaiz besar berwarna kuning dan mempunyai warna merah di bahagian lingkaran tengah bunga. Dedaun hijau, ketinggian sederhana.

24

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


variasi
Calimero

Penerangan Ketinggian sederhana, daun berwarna hijau. Bunga campuran,dan berwarna blotches merah terang di atas latar belakang kuning

Carnaval

Carnaval merupakan variasi baru dan bunganya bersaiz besar bewarna oren dengan sempadan kuning. Berdaun hijau. Ketinggian sederhana (1m).

Centenaire de Rozain Boucharlat'

Ketinggian sederhana (1m). Berdaun hijau. Besar bunga berwarna merah jambu benar. Variasi lama berasal dari perancis.

Champion Daripada jenis variasi tinggi dengan berdaun warna gangsa dan bunganya besar berwarna merah jambu salmon .

Corail Berketinggian 60cm, berbungadengan cepat dengan daun gangsa dan bunga karang merah.

25

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


variasi Corrida Daripada jeni variasi berketinggian pendek dengan daun berwarna hijau dan bunga warna merah terang dengan pucat dibahagian tepi. Penerangan

Embleme Bunga besar oren-merah gelap dan berdaun coklat dedaunan. Sederhana tinggi.

En Avant

Ketinggian Sederhana (1m). Daun Hijau cerah. Bunga kuning besar seragam bertitik merah. variasi ini daripada Klasik kuning-spottedred canna.

Extase'

Variasi Perancis (Ecstasy) lama. berketinggian besar berdaun hijau gempal dan berwarna bunga solmon pekat.

Feu Magique'

Ketinggian sederhana, daun berwarna gangsa, bunga berwarna ungu gelap

26

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi
Grand Duc'

Penerangan

Ketinggian sederhana (1.5m), daun berbentuk tombak gangsa, dan bunganya berwarna oren.

Knigin Charlotte'

Merupakan jenis variasi lama dari Jermen. Ketinggian sederhana. Berusuk daun hijau cerah. Bunga lebat dengan kelopak yang sama bahagian merah dan kuning.

La Quintinie'

Daun berwarna gangsa dengan bunganya berwarna oren berbulu cerah. Ketinggian sederhana.

Libert' Wyoming

Mempunyai dahan pokok tengah yang sangat tinggi tumbuhan (2m keatas). daun keras berwarna gangsa. Bunga bersaiz besar berwarna oren kepucatan.

Lolita

Bunga berwarna merah dengan tepi berwarna kuning. berdaun hijau. berketinggian agak pendek (60cm).

27

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi

Penerangan

Louis Cayeux'

Berketinggian 2 m keatas dengan daun berwarna hijau. Bunga berwarna berkrim-merah jambu.

Lucifer

Bunga merah yang pudar dengan warna kuning di bahagian tepi.

Montaigne

Ketinggian sederhana (1.2m). Daun berwarna gangsa gelap. Bunga bersaiz besar dan berwarna merah gelap.

Oiseau de Feu'

Daripada jenis variasi tinggi. Berdaun hijau, bunga merah keorenan.

Oiseau d'Or'

Sederhana hingga tinggi (1.2m). Berdaun hijau, dan Bunganya berwarna kuning cahaya.

28

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi
Panama

Penerangan Bunga bersaiz besar dan berwarna kuning terang yang tulen. Berdaun hijau. Ketinggian sederhana (1m).

Phasion' 'Durban'/

Daun berwarna merah dengan jalur-jalur hijau pada urat daun. Ketinggian sederhana (1.5m).

Picadore'

Ketinggian sederhana, berdaun hijau, dan bunga berwarna merah segar.

Pretoria'
('Striatum' 'Bengal Tiger' C. malawiensis)

Daun hijau dengan berwarna kekuningan pada urat daun. bersaiz agak tinggi, tetapi biasanya sekitar 1.5m.

Purpurea

Sangat tinggi (lebih 3m). Daun berwarna gangsa gelap. Bunga oren kecil.

29

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi
Roi Soleil'

Penerangan Ketinggian sederhana (1.2m), daun hijau, dan bunga berwarna merah.

Saladin'

Bunga merah jambu dengan kemilau perak. daun berwarna gangsa. Sederhana hingga tinggi (1.8m).

Salsa

Bersaiz pendek dan mempunyai daun berwarna hijau. bunga yang berwarna kuning jelas.

Saumur

Berketinggian antara 80cm ke bawah dengan daun yang berwarna hijau dan bunga berwarna oren.

Semaphore'

Jenis variasi berketinggian tinggi dengan daun berwarna gangsa dan bunga berwarna kuning.

30

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Variasi
Strasbourg

Penerangan Variasi berketinggian pendek dengan berdaun hijau gelap yang mempunyai pinggir gelap. Bunga berwarna merah gelap.

Stuttgart

Tumbuhan dedaun yang sangat tinggi (3m) . daun berwarna hijau dan berjalur-jalur warna krim.

Tafraout

Tumbuhan jenis Pendek berdaun hijau dengan bunga Cerise.

Triomphe' Daripada jenis variasi berketinggian tinggi. Berdaun hijau dan bunga yang berwarna merah keorenan.

Viva

Variasi sederhana tinggi dengan daun-daun berwarna gangsadan bungaberwarna merah

31

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Ciri-Ciri Dan Sifat Fizikal Dan Ciri Botani Bunga Tasbih.

Bunga Tasbih adalah sejenis tanaman berperdu, tingginya lebih kurang 2 meter. Bunga Tasbih mempunyai pelbagai jenis, antaranya ialah Canna Indica, Canna Generalis dan Canna Endulis. Untuk tujuan perubatan biasanya dari jenis Canna Indica Linn dicari. Bunga Tasbih besar dan keluar di hujung pucuk. Bunganya ada bermacammacam jenis warna. Ada yang berwarna merah, kuning dan jingga. Tumbuhan ini memiliki rimpang yang tebal seperti umbi. Memiliki daun besar dan lebar, menyirip jelas warna hijau (ada juga yang berwarna tengguli).

Daun Berbentuk Menyirip

32

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad

Bunga tasbih

Buah tasbih

Bunganya besar dengan warna-warna cerah (merah dan kuning). Buahnya berupa buah kendaga, berbiji banyak dan berbentuk bulat. Hampir selalu ditanam sebagai tanaman hias, dan juga dapat tumbuh liar di hutan dan daerah pegunungan samapi ketinggian 1.000 m dari permukaan laut. Daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air. Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya. Apapun, bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman. Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.

Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabilc dari keluarga Amaryllindaccac.

33

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Kegunaan Bunga Tasbih. Pokok bunga tasbih mempunyai pelbagai kegunaan seperti boleh menurunkan panas badan, menurunkan tekanan darah tinggi, chronic dysentery, haid terlalu banyak, keputihan, sakit kuning dan batuk darah.luka berdarah, radang kulit bernanah, jerawat (acne vulgaris).

Cara pengunaan bunga tasbih dengan mengeringkan akar 15-30 gram yang kering atau 30-60 gr yang basah dan 10-15 gr bunganya untuk pengubatan seperti Sakit kuning : Rebus akar tasbih 60-120 gr dengan (. 250 gram) dengan air secukupnya, rebus hingga masak dan diminum sehari 2 kali selama 20 hari . Menghentikan pendarahan : 10-15 gr bunga tasbih direbus dengan air dan minum. secukupnya

Kandungan kimia yang terdapat di bunga tasbih antara lain enam bahan phenol, dua terpene, empat coumarin, pati, glukose, lema alkaloid dan getah. Bagian yang dapat dimafaatkan adalah akar, daun, bunga dalan keadaan segar maupun kering. Manakala di Australia bunga tasbih digunakan untuk penghasil

tepung. Rasa akar yang manis dan bersifat sejuk menjadikan umbinya sebagai penyejuk, pereda demam, peluruh kencing, penenang dan menurunkan tekanan darah. Sedangkan bunganya bersifat hemostatis. Sedangkan daunnya mengandung tannin dan sulfur. Selain itu, dalam seni tanaman hiasan bunga ini begitu popular sekali digunakan sebagai tanaman hiasan pagaran berfungsi sebagai sempadan untuk mennyerikan lagi laman lanskap yang dibina.

34

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Amalan Kultur Bunga Tasbih. Persedian Tanah Dan Penanaman.

Bunga tasbih merupakan tumbuhan yang sesuai hidup dalam iklim hawa sederhana kerana tumbuhan ini memerlukan jumlah air yang banyak untuk tumbesaran. Untuk menjadikan bunga tasbih sebagai tanaman pagaran pokok bunga tasbih hendaklah ditanam secara pagaran sepeti rajah dibawah.

Jarak tanaman yang sesuai ialah 1.5 m x 1.5 m atau 2 m x 2 m empat segi sama (jaraknya lebih rapat untuk tanah yang kurang subur). Pancang dan gali lubang sebesar 30 cm x 30 cm x 30 cm dan campurkan tahi lembu dan baja seperti rock phosphate. Tanam pokok pada awal musim hujan. Buang beg plastik sebelum menanam pokok. Selepas menanam, padatkan tanah di sekeliling pokok dan ikatkan pada kayu sokongan. Pokok bunga tasbih boleh ditanam di tanah rendah hingga dataran tanah yang tinggi 1,500 m daripada paras laut. Iklim kawasan yang cukup lembap dan panas adalah sesuai untuk pertumbuhan pokok yang subur. Selain itu, tanah mestilah mempunyai saliran yang baik. Tanah jenis peroi dalam terutamanya di kawasan cerun sedikit adalah paling baik. Tanah gembur, tanah liat berpasir atau liat peroi juga didapati sesuai.
35

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Pembajaan Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok bunga tasbih yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran pokok bunga tasbih terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahanbahan yang diperlukan oleh pokok. Baja tahi lembu dan tahi kambing amat sesuai digunakan sebagai baja asli bagi tanaman pokok bunga tahi ayam. Baja-baja ini hendaklah

dilonggokkan kira-kira 0.6 m - 0.9 m dari pangkal pokok. Kadar ialah lebih kurang 4 pungkis sepokok, setiap 6 bulan sekali. Baja-baja ini janganlah

ditabur kerana akan menjadi cepat kering dan kurang berkesan. Cara pembajaan bunga tasbih boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti; a) Cara taburan Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement) Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Cara ini digunakan pada tanaman pagaran seperti bunga tasbih, bunga raya, bunga ros, dan sebagainya. c) Baja permukaan(Top dressing) Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar.

36

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Kawalan Rumpai. Pokok bunga tasbih merupakan sejenis tumbuhan yang dikelaskan sebagai tumbuhan yang mempunyai daya tahan yang sederhana dalam dijangkiti penyakit.. Oleh itu, untuk mendapatkan hasil yang berkualiti penjagaan pokok bunga tasbih perlulah dilakukan untuk mendapatkan hasil yang baik seterusnya dapat memberi keuntungan yang maksimum kepada pengusaha.

Apabila pokok bunga tasbih masih muda, rumpai di keliling pokok boleh dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok dan di keliling pokok yang lebih matang boleh dikawal dengan sebanyak 20-25 c.c./4.5 liter air. Buatkan sungkupan dengan daun-daun dan rumpai kering. Kawalan rumpai terhadap tanaman pagaran bunga tasbih boleh dilakukan melalui: Menggunakan Racun Rumpai 1. Gunakan racun rumpai apabila pokok tasbih telah mempunyai kulit berwarna perang setinggi 30 sm dari permukaan tanah. 2. Gunakan alat pelindung semburan racun apabila menggunakan racun jenis serap supaya kecederaan pokok dapat dikurangkan. Secara Manual (Mencangkul) 1. Dilakukan pada peringkat awal selepas menanam kerana anak pokok tasbih boleh dicederakan oleh racun kimia. 2. Memerlukan tenaga buruh yang banyak.

37

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Kawalan rumpai antara barisan tanaman dilakukan dengan menebas atau meracun. Racun yang selamat digunakan bagi tahun pertama adalah racun sentuh seperti paraquat. Racun jenis sentuh mengakibatkan pertumbuhan semula rumpai yang cepat dan perlu meracun sehingga 6 pusingan setahun.

Kawalan Penyakit Dan Perosak.

Pokok bunga tasbih mempunyai keberangkali yang tinggi untuk diserang oleh penyakit dan perosak, walaubagaimanapun, dengan adanya program pencegahan secara berkala ditambah dengan rawatan yang betul ia boleh memastikan pokok bunga tasbih anda akan hidup subur sepanjang tahun.

Pada permulaan perlulah memastikan penjagaan kebersihan persekitaran bunga tasbih terkawal iaitu dengan membuang bahagian dahan, daun dan ranting yang menunjukkan tanda diserang, dijangkiti, lemah dengan memangkas 1 inci daripada bahagian yang rosak atau mati.

Pokok bunga tasbih yang dijangki penyakit

Amalan baik tanaman bunga tasbih adalah memastikan bunga yang telah layu dan gugur kelopaknya dibuang/potong tanpa tangguh. Sentiasa buang/cabut rumpai yang tumbuh di dalam pasu atau sekitar radius 2 kaki dari batang pokok yang mungkin menjadi habitat kepada penyakit dan perosak. Sentiasa mengembur tanah dan mendedahkannya kepada cahaya matahari terik bagi memastikan tiada serangga berlindung di dalam media tanaman

38

Hak cipta terpelihara zulhilme bin mohamad


Pembiakan Aseks ( Rhizom)

Pembiakan rhizom dapat dilakukan melalui bahagian-bahagian tertentu bunga tasbiht tersebut. Cara ini biasa dilakukan untuk tumbuhan yang sukar menghasilkan biji benih yang biasanya menghasilkan bunga dan benih yang steril (mandul). Cara ini juga dilakukan untuk memastikan tumbuhan anak akan mempunyai sifat yang sama dengan tumbuhan induk.

Rhizom

ialah sejenis akar yang menjalar di dalam permukaan tanah. Tiap jenis

rumput akan mempunyai sifat rhizomatous yang akan menunjukkan bagaimana ia paling mudah dibiakkan. Pucuk daun atau akar akan keluar dari nod. Jika stolon atau rhizom mempunyai nod dan jatuh di kawasan yang mempunyai sekitaran yang sesuai; ia akan mengeluarkan pucuk akar dan daun untuk memulakan hidup baru sebagai suatu tumbuhan yang baru.
Dikerat Anak pokok baru

Faktor kejayaan pembiakan. Kaedah pembiakn ini merupakan kaedah pembiakan paling sesuai sekali digunakan untuk pembiakan tumbuhan tanaman bunga tasbih kerana pokok bunga tasbih sukar mengeluarkan biji benih dan tidak mempunyai struktur batang yang keras untuk pembiakan secara keratan batang. Sebagai kesimpulanya, pembiakn inin amat sesuai sekali digunakan.

39

You might also like