PKRC PDRM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

POLIS DIRAJA MALAYSIA

PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 (PKRC)

A. OBJEKTIF UTAMA

Membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menguatkuasakan di bawah Akta


Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) seperti termaktub dalam Warta
Kerajaan “PERATURAN –PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN
PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH- LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN
JANGKITAN) 2020” bertarikh 18 Mac 2020 P.U (A) 91.

B. FUNGSI DAN PERANAN

1. Mengukuhkan tahap keselamatan dan ketenteraman awam .

2. Melindungi harta dan nyawa .

3. Menetapkan kawasan selamat .

4. Bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan di dalam dan di luar


kawasan perimeter PKRC .

5. Ketua Polis Daerah akan menentukan jumlah dan kekuatan petugas


PDRM berdasarkan penilaian dan nasihat Ketua Bahagian
Ketenteraman Awam atau pegawai yang bertanggunjawab ke atas operasi.

6. Memastikan kenderaan yang dibenarkan sahaja boleh memasuki


kawasan PKRC .

5. Memastikan aliran trafik berjalan dengan lancar .

7. Menempatkan pos-pos kawalan statik (Green Zone) di sekitar kawasan


PKRC bagi memastikan keselamatan petugas dan pesakit terjamin dan
tidak diceroboh.

8. Bantuan eskot / iringan jika diperlukan .

9. Mengesan sebarang barang larangan atau senjata berjadual agar tidak


dibawa masuk ke PKRC .

10. Markas Taktikal atau Subtek PDRM hendaklah didirikan mengikut


kesesuaian lokasi PKRC .

11. Memastikan petugas atau pesakit sentiasa mematuhi arahan dan


peraturan yang telah ditetapkan .

12. Siap sedia memberi bantuan kepada semua agensi di PKRC bagi
melancarkan sebarang permasalahan .
C. TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN RED ZONE PKRC MELIBATKAN
TAHANAN :-

1. Tahanan / Reman (PDRM)

Orang Yang Kena Tahan (OKT) PDRM jika dihantar ke PKRC adalah
tanggunjawab PDRM .

2. Tahanan / PATI (Imigresen)

Tanggunjawab Jabatan Imigresen Malaysia.

3. Tahanan / Reman (Penjara)

Tanggunjawab Jabatan Penjara Malaysia.

D. KEPERLUAN DAN PERALATAN

1. Bilik / Khemah untuk pengaktifan Martek atau Subtek PDRM .

2. Pegawai Perhubungan antara agensi diperlukan bagi memudahkan


maklumat-maklumat disalurkan .

3. Talian telefon dan walkie talkie (perhubungan antara agensi) .

4. Khemah bagi penugasan Pos Kawalan Statik.

5. Papan tanda Dilarang Masuk .

6. Kelengkapan PPE / Sarung Tangan / Pelitup Muka

7. Senarai Ketua Agensi yang terlibat berserta nombor telefon .

8. Lain –lain kerperluan difikirkan perlu .

You might also like