GPS Bukan Lagi Asas Penilaian KPI Sekolah Rendah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

GPS bukan lagi asas penilaian KPI sekolah rendah

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

suhaila.shahrul@bh.com.my

KONGSI ARTIKEL

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, Kementerian Pendidikan tidak lagi menjadikan Gred Purata Sekolah
(GPS) sebagai asas penilaian petunjuk prestasi utama (KPI) sekolah rendah kerana ia tidak menjurus
kepada pembangunan murid secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata ia juga bagi memastikan pelaksanaan
Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) diberikan penekanan sepatutnya untuk menentukan
kemenjadian murid secara holistik.

Katanya, GPS yang dijadikan amalan sejak dulu, tidak boleh dijadikan kayu pengukur kecemerlangan
sekolah atau muridnya.

"Apa yang berlaku bila adanya GPS ini, menyebabkan (gred purata) di negeri, Pejabat Pendidikan
Daerah (PPD) atau sekolah dibanding-bandingkan, sehingga kita akhirnya terlupa bahawa setiap
murid adalah unik dan ada kebolehan tersendiri.

"Kita lihat GPS ini tidak membawa impak positif seperti mana yang kita kehendaki, bagaimanapun ini
tidak bermakna, asasnya tidak bagus untuk menentukan kualiti, tetapi pada akhirnya kualiti itu
menjurus kepada berapa 'A' bukan kepada kemenjadian murid.

"GPS tidak boleh digunakan untuk bandingkan murid dan sekolah. Bukan itu caranya, itu tidak betul.
Sebab itu, saya minta supaya di sekolah rendah, GPS ini tidak digunakan kerana penumpuannya
bukan untuk peperiksaan, tetapi asasnya adalah untuk penekanan kepada pembentukan adab,
sahsiah dan karekter yang menentukan kemenjadian murid.

"Bagaimanapun, di peringkat sekolah menengah khususnya untuk peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) sesuai digunakan kerana penjurusan sudah berlaku," katanya pada sidang media selepas
merasmikan Bengkel Pembangunan Modul Inspirasi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YaPEIM) di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya mahu murid terutama sekolah rendah dididik secara holistik dan tidak
mementingkan pencapaian akademik semata-mata kerana mereka perlu dinilai secara menyeluruh
di bawah empat komponen dalam PPSR yang mula dilaksanakan tahun lalu.

"Sekolah rendah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana penilaian murid sekarang membabitkan
akademik, Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pelaksanaan program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah
Kementerian Pendidikan berjaya meningkatkan tahap penguasaan murid yang mempunyai kekangan
dalam kemahiran asas seperti membaca dan mengira.

Sementara itu, Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin
berkata yayasan itu memperuntukkan sebanyak RM12 juta tahun ini bagi pelaksanaan program
kecemerlangan pelajar iaitu Program Inspirasi Ramadan, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
dan SPM.

You might also like