Professional Documents
Culture Documents
Teks Ucapan GB Sempena BLN Merdeka
Teks Ucapan GB Sempena BLN Merdeka
Bismillahirrahmanirrahim.
Apa khabar semua? Saya doakan murid-murid dan guru-guru Sk.RTB Bukit Changgang
berada dalam keadaan sihat walafiat.
1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya kita
dapat bersama-sama meraikan Pelancaran Program Sambutan Kemerdekaan peringkat
sekolah bagi tahun 2021.
2. Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini bertemakan “Malaysia Prihatin”. Tema
ini amat bertepatan dengan aspirasi yang didukung kerajaan , bahawa seluruh rakyat
MALAYSIA hendaklah turut bersama-sama memerangi musuh di kala ini iaitu wabak Covid-
19. Manakala PRIHATIN menunjukkan inisiatif kerajaan yang merangkumi pelbagai aspek
ekonomi, kebajikan dan kelangsungan rakyat Malaysia.
3. Sinonim dengan Ogos ialah bulan kemerdekaan, maka, pelbagai program dan
pertandingan menarik telah dirangka pihak sekolah untuk aktiviti murid-murid bagi
memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan peringkat sekolah..Antaranya ada pertandingan
Kuiz Kemerdekaan Tik tok, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan melukis
poster dan banyak aktiviti menarik lagi. Sudah semestinya segala aktiviti yang dirancang ini
dibuat secara norma baru iaitu secara dalam talian memandangkan aktiviti secara
bersemuka masih belum dapat dilaksanakan. Maka melalui platform inilah diharap murid-
murid dapat menonjolkan bakat dan pengetahuan masing-masing tentang negara kita
tercinta, Malaysia.
4. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat segala perancangan dan persediaan
program-program menarik bagi mengisi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.
5. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim saya ,Guru Besar Sk.RTB Bukit
Changgang, Puan Hajjah Siti Hajar Binti Mohd Ali dengan ini melancarkan program
Sambutan bulan Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2021.