Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1

KURSUS

SKAD 6413 ADVOKASI PEMBANGUNAN

SEMESTER 2 2022/2023

TAJUK

TUGASAN BERKUMPULAN
PELAN ADVOKASI JOM PINGGAN SIHAT

PENSYARAH
DR. SUHANA XXX

NAMA
ABDUL HANAN BIN ABDUL RAHIM (P127235)
2

1.5.2 Strategi Pelaksanaan Program

a) Sesi libat urus Kesedaran Pemakanan Sihat

Menurut laporan 2022-2030 National Strategic Plan to Combat the Double Burden of
Malnutrition Among Children in Malaysia, dianggarkan kira-kira 5.6 juta kanak-kanak
menghadapi masalah keseimbangan nutrisi. Ini seterusnya menyebabkan masalah tumbesaran
yang semakin meningkat kepada 21.8% pada tahun 2019 berbanding 17.7% pada tahun 2015
bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan
Kesihatan dan Morbiditi.

Justeru, kesedaran mengenai pentingnya pemakanan yang sihat adalah kritikal berdasarkan
penemuan-penemuan ini. Sesi libat urus kesedaran ini perlu melibatkan ibu bapa, guru, murid
sekolah dan pengusaha kantin melalui bantuan pakar pemakanan daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia atau syarikat swasta yang berkaitan.

b) Empowerment kepada pentadbiran sekolah

Kerajaan telah memperkenalkan Garis Panduan Penjualan Makanan dan Minuman di


Kantin Sekolah. Garis panduan ini juga menggalakkan pengusaha kantin memastikan tahap
3

keselamatan dan juga kebersihan dalam penyediaan makanan kepada pelajar-pelajar. Walau
bagaimanapun, penjualan burger, hotdog, nugget, ‘junk food’, minuman ringan dan berperisa
terus berleluasa dijual kerana makanan inilah yang paling laris dan menarik perhatian pelajar-
pelajar dan mendatangkan keuntungan cepat kepada pihak pengusaha kantin.

Oleh itu, sudah tiba masanya pentadbiran sekolah menguatkuasakan garis panduan ini
bagi mengelakkan makanan berproses terus menjadi pilihan kurang sihat para murid. Antara
langkah empowerment yang boleh diambil oleh pentadbiran sekolah adalah seperti berikut:

i) Melantik Duta Guru Sihat dan Duta Murid Sihat berdasarkan kriteria yang bersesuaian
Duta ini akan bertindak sebagai mentor dan rakan sebaya dalam membimbing murid-
murid lain dan komuniti sekolah berkenaan amalan pemakanan sihat. Tenaga pengajar
bertauliah daripada Kementerian Kesihatan akan melatih duta-duta ini berdasarkan
konsep Training for Trainers;
ii) Mengenakan denda kepada pengusaha yang menjual makanan yang dilarang serta
mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan makanan;
iii) Memberikan keutamaan kepada pengusaha kantin yang mencadangkan menu makanan
yang paling sihat (rendah kalori, kurang lemak, lebih zat) semasa proses
tender/sebutharga; dan
iv) Mewajibkan pengusaha kantin untuk membeli hasil tanaman Kebun Sekolah yang akan
dijadikan sebahagian bahan menu sihat seperti di para 1.5.2 (d)

c) Penyediaan bahan infografik pemakanan sihat

Infografik merupakan bahan bantuan mengajar yang amat efektif untuk tujuan
pengajaran dan pendidikan. Menurut Jurnal Impact of Visual Aids in Enhancing the Learning
Process Case Research: District Dera Ghazi Khan di Pakistan, penggunaan bahan visual
membantu dalam:

 Meningkatkan motivasi murid


 Meningkatkan pemahaman kandungan pembelajaran
 Meningkatkan penggunaan kata kerja
 Mengurangkan masa penyediaan bahan pengajaran
 Mengelakkan rasa bosan murid
4

 Menggalakkan proses pembelajaran melalui bentuk objek

Makanan merupakan satu objek yang nyata dan jelas. Justeru penggunaan bahan
infografik adalah amat bertepatan dalam memupuk kesedaran. Bahan infografik ini dicadang
untuk dicetak dalam bentuk banner, bunting, poster dan flyer dan diletakkan di tempat yang
sesuai di sekolah seperti papan kenyataan sekolah / kelas, kantin, dewan serbaguna, dan
kawasan-kawasan strategik yang lain. Selain itu, pihak sekolah juga dicadang memberikan
masa sekurang-kurangnya 5 minit setiap minggu antara sela kelas untuk memaparkan infografik
ini dengan bantuan penerangan daripada Duta Guru Sihat /Duta Murid Sihat. Penggunaan
infografik sedia ada daripada KKM seperti Pinggan Sihat Malaysia, Penyediaan Makan Secara
Sihat dan Makanan Yang Membantu Mengurangkan Stres boleh digunakan bagi tujuan ini.

d) Kebun Sekolah

Kemuncak bagi program Jom Pinggan Sihat ini adalah pelaksanaan program Kebun
Sekolah. Program ini merupakan manifestasi libat urus, empowerment dan pengajaran secara
infografik. Program Kebun Sekolah telah berjaya dilaksanakan terutama di negara-negara maju
seperti Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan United Kingdom. Kerjasama bersama syarikat
Baba E-Shop dicadangkan memandangkan syarikat ini mempunyai set pakej lengkap urban
farming yang mudah dilaksanakan walaupun oleh murid sekolah.

Selain menyediakan sumber makanan yang segar dan lebih sihat berbanding yang dijual
di pasar raya / pasar basah, terdapat pelbagai manfaat yang boleh diperoleh melalui program ini
seperti berikut:
5

i) Mendedahkan murid mengenai asal usul dan menghargai sumber makanan;


ii) Membolehkan murid mendapat satu kemahiran hidup yang berharga melalui aktiviti
bercucuk tanam;
iii) Menggalakkan penyertaan komuniti antara pentadbiran sekolah, ibu bapa, murid, badan
Kerajaan dan badan bukan Kerajaan melalui aktiviti berasaskan Kebun Sekolah;
iv) Meluaskan konteks pembelajaran yang tidak terhad dalam ruang lingkup kelas semata-
mata;
v) Memberi pendedahan amali dalam bidang sains terutama melibatkan ekologi dan
ekosistem tumbuh-tumbuhan;
vi) Menggalakkan kerjasama berpasukan dalam menjayakan projek tanaman sayur-sayuran
dan buah-buahan;
vii) Memupuk rasa kepunyaan yang lebih tinggi terhadap sekolah; dan
viii) Sebagai satu aliran pendapatan melalui penjualan hasil tanaman kepada pengusaha
kantin dan badan perniagaan di luar sekolah.

Program rintis bagi kesemua komponen dalam Program Jom Pinggan Sihat ini akan
dilaksanakan di Sekolah XXX terlebih dahulu setelah mendapat persetujuan Pejabat Pendidikan
Daerah. Hasil program rintis ini akan dibentangkan dalam satu Jawatankuasa Program Jom
Pinggan Sihat Peringkat Sekolah yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah
dan dianggotai Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Pertanian Daerah, Syarikat Baba E-Shop dan
Sekolah XXX sebelum diperluaskan ke sekolah-sekolah lain dalam daerah sama.

1.5.3 Carta Pelaksanaan Program dan Output

Bil Perkara Bulan


1 2 3 4 5 6
1. Kenalpasti tapak projek rintis
2. Penyediaan dana rintis
3. Jemputan kepada pakar pemakanan dan peserta sesi libat
urus Kesedaran Pemakanan Sihat
4. Pencalonan, pelantikan dan latihan kepada Duta Guru Sihat
/ Duta Murid Sihat
5. Penambahbaikan dalam penawaran sebutharga yang baru
(memasukkan klausa denda, info kalori dan kewajipan
membeli hasil Kebun Sekolah)
6. Sesi libat urus Kesedaran Pemakanan Sihat
7. Penyediaan dan penyebaran/paparan bahan infografik
8. Penawaran dan penilaian sebutharga kepada pengusaha
kantin baru
6

9. Sesi penerangan 5 minit Jom Pinggan Sihat oleh Duta Guru


Sihat / Duta Murid Sihat
10. Taklimat dan latihan pelaksanaan Kebun Sekolah
11. Penawaran kepada pengusaha kantin baru
12. Pelaksanaan Program Kebun Sekolah
13. Pemantauan pematuhan syarat sebutharga operator kantin
sekolah
14. Penjualan hasil Kebun Sekolah kepada pengusaha kantin
yang dijadikan sebahagian kandungan menu
15. Pembentangan hasil rintis Program Jom Pinggan Sihat
kepada Jawatankuasa Program Jom Pinggan Sihat
Peringkat Sekolah
16. Perluasan program ke sekolah-sekolah lain di daerah sama

Jadual 1 : Carta Gantt Pelaksanaan Program Jom Pinggan Sihat.

1.5.4 Anggaran Kos Program Jom Pinggan Sihat.

Bil Perkara Anggaran kos


1. Sesi libat urus Kesedaran Pemakanan Sihat RM900

Bayaran penceramah : RM400


Makan minum : RM10 x 50 pax = RM500

PA sistem, rostrum, kerusi/meja dan dewan disediakan


pihak sekolah

2. Empowerment pentadbiran sekolah RM2125

Lencana Duta Guru Sihat : RM5 x 5 orang = RM25


Lencana Duta Murid Sihat : RM5 x 20 orang = RM100
Booklet rujukan : RM50 x 25 = RM1250
Bayaran tenaga pengajar : RM400
Makan minum : RM10 x 25 pax = RM250
Dokumen sebutharga : RM5 x 20 set = RM100

3. Penyediaan bahan infografik Jom Pinggan Sihat RM1705

Flyer : set 500 keping = RM145


Banner : RM90 x 4 set = RM360
Bunting : RM50 x 10 set = RM500
Poster : RM70 x 10 = RM700

Rekabentuk infografik menggunapakai sedia ada di


laman sesawang KKM
4. Program Kebun Sekolah RM3800

Set urban farming : RM110 x 30 set = RM3300


(termasuk baja, benih salad/sawi/tomato, tanah hitam,
bekas, dan peralatan)
7

Air Mineral : RM50 x 10 pek = RM500

Kos Kontigensi (10%) RM853


JUMLAH RM9383

You might also like