Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

980702-12-5382

1.0 PENGENALAN

Menurut laman web rasmi negeri Sabah, Sabah negeri kedua terbesar di Malaysia,
terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan
seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer. Ibukota
negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa
zaman kolonialisme. Dikenali dengan gelaran “Negeri Di Bawah Bayu”, Sabah yang
terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan mempunyai warisan budaya
penduduknya. Sabah kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan seperi Rafflesia iaitu bunga
terbesar di dunia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di
Sabah. Sabah juga mempunyai penduduk yang berbilang kaum, masyarakat aslinya
terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan etnik yang utama.

Berdasarkan penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-


kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai ke Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan
ke-6 melalui pedagang Arab dan India serta hasil dari pengembangan kerajaan kesultanan
Melayu Brunei. Sabah telah ditadbir oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari
tahun 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Namun demikian,
setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada pihak British pada 31
Ogos 1957 senario kehidupan rakyat Sabah berubah sama sekali.

Menurut laman web rasmi Sandakan, Sandakan yang dahulunya dikenali sebagai
Elopura, bandar kedua terbesar di Sabah selepas bandar Kota Kinabalu. Sandakan berada
di sebelah pantai timur pulau Borneo.

Dari segi sejarah, bandar ini pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo
Utara semasa zaman pemerintahan British. Kawasan ini juga pernah menjadi tapak kem
tahanan perang dan pembinaan lapangan terbang tentera Jepun semasa perang dunia
kedua tahun 1941-1945. Peristiwa Kawat Maut Sandakan (Sandakan death march) di
prnghujung perang dunia kedua bermula di daerah ini.

Mengikut catatan sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu iaitu
“SANDAK” bererti “pajak gadai”. Jadi pengertian keseluruhannya adalah “bandar yang
di pajak gadai”. Catatan sejarah mengenai bandar ini bermula pada abad ke-15 hingga

1
980702-12-5382

kini. Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di buka oleh suku kaum taosug
(Suluk). Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga 1969 sebelum
Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan Jepun pada tahun 1942-1945 telah
banyak meninggalkan banyak peristiwa pahit di kalangan penduduk Sandakan
terutamanya golongan peniaga berbangsa cina. Bandar Sandakan merupakan bandar yang
cukup unik dengan tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga kini.

Berdasarkan laman web rasmi perniagaan atas talian, perniagaan ini merupakan
satu usaha memasarkan produk menggunakan internet dan menjalankan perniagaan
tersebut secara maya. Walaupun produk yang dibeli tidak dapat dirasa atau disentuh, ia
merupakan satu peluang terbaik untuk usahawan yang ingin memulakan atau
memasarkan produk mereka ke peringkat global. Berpadanan dengan zaman teknologi
serba canggih ini, memudahkan lagi perniagaan produk secara atas talian dijual secara
meluas. Peningkatan perniagaan atas talian semakin hari semakin meningkat dan
mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan memandangkan
perniagaan ini mendapat tempat di hati peminat. Dalam kata lain juga, perniagaan atas
talian bermaksud sebuah perniagaan yang dijalankan sepenuhnya secara atas talian
dengan menggunakan internet sebagai pengantara atau penghubung di antara peniaga dan
pembeli. Perniagaan atas talian menjadi pilihan ramai ketika ini kerana ciri-ciri dan
keistimewaan yang ada pada sesebuah perniagaan atas talian. Perniagaan atas talian
secara asasnya boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu perniagaan produk fizikal,
perniagaan produk digital dan penawaran perkhidmatan.

Menurut kajian Andreas Kaplan dan Michael Haenlein di dalam tajuk  Users of the
world, unite! The challenges and opportunities of Social Media (2010), mendefinisikan
media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi melalui internet yang berkembang
berdasarkan ideologi dan teknologi Web 2.0 yang membolehkan penciptaan dan
pertukaran komunikasi. Berdasarkan definisi ini, mereka telah mengklasifikasikan
kumpulan media sosial kepada beberapa kategori berdasarkan karakter seperti projek
kerjasama, blog, komuniti, laman rangkaian sosial, dunia permainan maya, dan dunia
sosial maya.

2
980702-12-5382

Library of Parliament, (2010), mendefinisikan media sosial sebagai talian berdasarkan


internet dan perkhidmatan mudah alih yang membolehkan pengguna terlibat dalam
pertukaran talian, menyumbang maklumat atau berinteraksi dengan masyarakat melalui
dunia maya. Ia berkait rapat dengan media sosial atau Web 2.0 termasuk rangkaian
seperti berikut;

Masa kini, kita dapati banyak negara yang telah mengalami pertumbuhan
perniagaan yang sangat pesat. Penglibatan dalam perniagaan dijangka akan terus
berkembang. Ini disebabkan oleh era moden teknologi maklumat dan peluang perniagaan
baru di seluruh dunia yang semakin berkembang luas. Setiap organisasi tanpa mengira
saiz serta kompleksiti operasi dan pasarannya perlu bersaing bagi menawarkan produk
yang dikeluarkan. Dengan kata lain, dalam ekonomi global, setiap barangan atau
perkhidmatan yang dikeluarkan perlu bersaing sesama sendiri di dalam dunia pasaran.
Hal ini secara tidak langsung menyebabkan ramai usahawan turut melibatkan diri dalam
penggunaan media sosial untuk memastikan firma dan perniagaan mereka boleh terus
wujud dan kekal bersaing. Penggunaan media sosial oleh para peniaga diseluruh dunia
telah menjadi satu fenomena yang tidak asing lagi dalam strategi untuk mereka
meningkatkan keberhasilan dalam aktiviti pemasaran.

'Media sosial dianggap sebagai satu platform penggerak perniagaan di seluruh


dunia. Malaysia juga sebagai negara yang menekankan perniagaan digital menggalakkan
usahawan menggunakan kaedah media sosial sebagai pemangkin perniagaan. Menurut
tinjauan socialmediaexaminer.com, ramai usahawan setuju bahawa media sosial
memainkan peranan penting dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan yang
dikenali dan juga tidak dikenali'

3
980702-12-5382

Selanjutnya, rasional kajian ini dilakukan kerana pengkaji memilih tema


Perniagaan Atas Talian (Ekonomi), pengkaji memilih tema ini kerana tema ini menarik
minat pengkaji untuk melakukan kajian dan mengetahui lebih lanjut lagi serta memberi
pengalaman dan ilmu baharu bagi diri pengkaji mengenai perniagaan dalam talian ini.
Pelbagai produk yang telah dikomersialkan melalui laman sosial seperti facebook, dan
instagram. Umum mengetahui laman sosial ini telah banyak digunakan oleh masyarakat
kini, oleh itu penggunaan laman sesawang untuk menjalankan perniagaan dalam talian
adalah salah satu cara yang sesuai untuk mendapat banyak sambutan dari pengguna. Oleh
itu, bagi pengkaji kajian ini amat menarik dan menimbulkan persoalan yang dapat
mendorong pengkaji untuk mengkaji lebih mendalam lagi mengenai perniagaan dalam
talian ini.

Rasional pengkaji memilih Puan Julianah sebagai kajian dalam perniagaan secara
dalam talian ini kerana Puan Julianah sudi untuk dikaji megenai perniagaan tudung secara
dalam talian yang beliau jalankan. Media sosial yang beliau gunakan untuk menjalankan
aktiviti penjualan tudung secara dalam talian ialah Instagram, facebook dan whatsapp.

Rasional pengkaji juga memilih perniagaan tudung kerana tudung salah satu item
yang banyak diniagakan secara dalam talian kerana mendapat sambutan yang timggi
daripada pembeli. Selain itu, perniagaan tudung secara dalam talian yang dijalankan oleh
Puan Julianah menarik minat pengkaji terhadap cara penjualan tudung tersebut. Objektif
kajian ini ialah mengenal pasti jenis-jenis tudung yang dijual oleh Puan Julianah,
mengkaji faktor-faktor yang mendorong Puan Julianah menjual tudung secara dalam
talian, dan menganalisis masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam
talian oleh Puan Julianah di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

4
980702-12-5382

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti jenis-jenis tudung yang dijual oleh Puan Julianah secara dalam
talian di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

2. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong Puan Julianah menjual tudung secara


perniagaan dalam talian di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

3. Menganalisis masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam talian
oleh Puan Julianah di Taman Sejati Ujana, Batu7, Sandakan.

5
980702-12-5382

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Taman Sejati Ujana, Fasa 6, Jalan Airport, Batu 7,
Sandakan, Sabah. Lokasi ini terletak lebih kurang 12 km dari Bandar Sandakan dan
mengambil masa lebih kurang 15 minit dalam perjalanan dari tempat kajian ke bandar
Sandakan menggunakan kenderaan sendiri.

Gambar 1: Negeri Sabah

Sumber: http://maps.google.com

Peta 1: Peta Daerah Sandakan

Sumber: http://maps.google.com

6
980702-12-5382

Peta 2: peta kawasan Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan

Sumber: http://maps.google.com

Gambar 3: SMK Elopura Bestari

Sumber: kajian lapangan 2017

7
980702-12-5382

Gambar 4: simpang lokasi kajian

Sumber: kajian lapangan 2017

Gambar 5: kediaman Puan Julianah

Sumber: kajian lapangan 2017

8
980702-12-5382

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian ini ialah cara mendapatkan maklumat yang boleh mencapai
sesuatu objektif penyelidikan. Terdapat beberapa kajian yang digunakan oleh pengkaji
untuk membuat kajian ini. Antara kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam
menjalankan kajian ini ialah kaedah borang temu bual, pemerhatian dan rujukan.

TEMU BUAL

Kaedah temu bual telah digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai


perniagaan tudung secara dalam talian yang dijalankan oleh informen di Taman Sejati
Ujana, Batu 7, Sandakan. Tujuan temu bual diadakan untuk mendapatkan maklumat
mengenai jenis-jenis tudung yang dijual dalam talian, faktor-faktor yang mendorong
informen meniagakan tudung secara dalam talian dan menganalisis masalah yang
terdapat dalam aktiviti perniagaan tudung secara dalam talian. Semasa kaedah temu bual
ini dijalankan, pengkaji mendapat banyak maklumat yang berguna untuk mencapai
objektif kajian. Pengkaji mengajukan soalan kepada informen mengikut susunan objektif
kajian untuk memudahkan pengkaji menyusun maklumat semasa membuat dapatan
kajian. Pengkaji memberi soalan yang berbentuk umum dan khusus. Pengkaji
mengajukan soalan berbentuk khusus kepada informen sebanyak 11 soalan dan 8 soalan
berbentuk umum.

Masa yang pengkaji perlukan untuk mendapatkan maklumat daripada informen


ialah selama 1 hari sahaja iaitu pada tanggal 17 Mac 2017. Namun, informen
mengizinkan pengkaji untuk bertanyakan soalan melalui media sosial seperti whatsapp
sekiranya ada maklumat yang tidak lengkap.

Kesimpulannya, kaedah temu bual sangat membantu pengkaji untuk mencapai


objektif kajian ini.

9
980702-12-5382

PERMERHATIAN

Kaedah pemerhatian merupakan kaedah alternatif yang ada dalam pengumpulan


maklumat selain borang temu bual. Kaedah pemerhatian ini memerlukan pengkaji untuk
datang mengunjungi sendiri tempat perniagaan tudung secara dalam talian beroperasi
iaitu di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

Kaedah ini memudahkan pengkaji untuk menangkap beberapa gambar yang boleh
dijadikan bukti dalam dapatan kajian dan pengkaji dapat merasai sendiri suasana
kediaman seorang peniaga tudung secara dalam talian. Pada 17 March 2017 yang
berlangsung pada 1.00 petang sehingga 4.00 petang, pengkaji telah berkunjung ke rumah
informen untuk menjalankan pemerhatian. Melalui kaedah ini, pengkaji dapat mencari
maklumat mengenai jenis-jenis tudung yang diniagakan oleh informen secara dalam
talian. Pengkaji menjalankan kaedah ini dengan lebih teratur dan terperinci agar tiada
sebarang maklumat lagi yang tidak lengkap. Pengkaji memperolehi maklumat dan
sumber melalui pengunaan teknologi seperti telefon untuk menangkap gambar. Tujuan
menangkap gambar semasa temu bual dan lokasi kajian adalah untuk membuktikan
bahawa pengkaji telah menjalankan tugas kajian ini tanpa ada penipuan. Data yang
diperolehi akan ditunjukkan sama ada pada lokasi kajian dan juga di dapatan kajian.

RUJUKAN

Kaedah rujukan digunakan untuk mencari maklumat mengenai perniagaan secara


dalam talian, sejarah kawasan kajian, peta dan maklumat lain yang berkaitan dalam
kajian ini. Kaedah ini juga penting untuk melengkapkan lagi kajian ini kerana banyak
maklumat yang diperolehi dalam kajian ini pengkaji dapati daripada kaedah rujukan sama
ada melalui talian dan buku-buku ilmiah yang berkenaan.

10
980702-12-5382

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai analisis maklumat dan memaparkan hasil
penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang temu bual, pemerhatian dan
rujukan untuk mencapai objektif kajian ini mengenai jenis-jenis tudung yang dijual oleh
informen, faktor-faktor yang mendorong penjualan tudung secara dalam talian oleh
informen dan menganalisis masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam
talian. Maklumat yang diperolehi telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti nilai
peratusan.

I. Mengenal pasti jenis-jenis tudung yang dijual oleh Puan Julianah secara
dalam talian di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

Foto 1: Bawal Crepe


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 1 menunjukkan salah satu jenis tudung yang diniagakan oleh informen,
tudung ini dikenali sebagai Bawal Crepe. Terdapat beberapa ukuran bidang yang
ditawarkan oleh informen, contohnya Bawal Crepe 55 bidang dan 45 bidang.
Harga Bawal Crepe ini antara RM3 hingga RM6 sehelai mengikut ukuran bidang
tersendiri. Menurut informen, Bawal Crepe antara jenis tudung yang mendapat

11
980702-12-5382

banyak sambutan daripada pelanggan. Informen berpendapat bahawa Bawal


Crepe laris dijual kerana kabanyakan pelanggan beliau terdiri daripada para
pelajar dan gadis remaja. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar sekarang
menggunakan Bawal Crepe untuk ke sekolah mahupun melakukan aktiviti luar.
Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan sebanyak 33.33% daripada 300
unit tudung yang dijual secara dalam talian pada bulan Januari.

Foto 2: Shawl Bubble


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 2 menunjukkan tudung jenis marbel yang dikenali sebagai Shawl Bubble.
Harga Shawl Bubble yang ditawarkan oleh informen ialah RM13 sehelai. Shawl
Bubble mendapat banyak sambutan daripada pelanggan yang bekerjaya, oleh
kerana Shawl Bubble sesuai dipakai dalam suasana formal mahupun tidak formal.
Terdapat juga sesetengah pelanggan informen membeli Shawl Bubble yang terdiri
daripada pelajar dan suri rumah. Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan
sebanyak 25% daripada 300 unit tudung yang dijual secara dalam talian pada
bulan Januari.

12
980702-12-5382

Foto 3: Shawl Keknis


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 3 menunjukkan tudung jenis syifon yang dikenali sebagai Shawl Keknis.
Harga Shawl Keknis yang ditawarkan oleh informen ialah RM8.50 sehelai.
Informen menawarkan pelbagai jenis warna tudung yang menarik. Shawl Keknis
juga sesuai digunakan dalam suasana formal dan tidak formal. Shawl Keknis
dapat digayakan dengan pelbagai jenis gaya pemakaian mengikut kesukaan dan
keselesaan tersendiri. Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan sebanyak
16.67% daripada 300 unit tudung yang dijual secara dalam talian pada bulan
Januari.

13
980702-12-5382

Foto 4: Bawal Pucci


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 4 menunjukkan tudung jenis satin yang dikenali sebagai Bawal Pucci.
Informen menawarkan Bawal Pucci yang berukuran 45 bidang sehelai. Bawal
Pucci mempunyai pelbagai jenis corak yang menarik. Harga tudung ini ialah
RM20 sehelai. Bawal Pucci salah satu jenis tudung yang paling kurang mendapat
sambutan daripada pelanggan.Informen berpendapat bahawa Bawal Pucci kurang
mendapat sambutan kerana tudung jenis ini masih belum cukup terkenal dalam
kalangan wanita sekarang. Hal ini demikian kerana, Bawal Pucci baru sahaja
diperkenalkan oleh para peniaga kepada pelanggan-pelanggan secara dalam
talian. Selain itu, harga Bawal Pucci yang mahal berbanding jenis tudung lain
juga salah satu faktor tudung ini kurang mendapat sambutan. Tudung ini hanya
mendapat sambutan para pelanggan sebanyak 3.33% daripada 300 unit tudung
yang dijual secara dalam talian pada bulan Januari.

14
980702-12-5382

Foto 5: Bawal Monochrome


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 5 menunjukkan tudung jenis cotton yang dinamakan Bawal Monochrome.


Tudung ini mempunyai pelbagai jenis corak yang menarik. Bawal Monochrome
hanya menggunakan warna hitam dan putih. Harga tudung ini ialah RM9 sehelai.
Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan sebanyak 10% daripada 300 unit
tudung yang dijual secara dalam talian pada bulan Januari.

15
980702-12-5382

Foto 6: Geometric Shawl


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 6 menunjukkan tudung jenis satin yang dikenali sebagai Geometric Shawl.
Informen menawarkan pelbagai jenis corak yang menarik melalui gabungan
pelbagai jenis warna. Informen menawarkan Geometric Shawl yang berukuran
180cm × 70cm sehelai. Tudung ini dinamakan Geometric Shawl kerana corak
geometric yang terdapat pada tudung tersebut. Harga tudung ini ialah RM25
sehelai. Walaupun tudung ini mahal daripada jenis tudung lain yang diniagakan
oleh informen secara dalam talian, namun tudung ini bukanlah antara tudung yang
kurang mendapat sambutan, kerana corak dan warnanya yang menarik dapat
memikat hati pelanggan. Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan
sebanyak 6.67% daripada 300 unit tudung yang dijual secara dalam talian pada
bulan Januari.

16
980702-12-5382

Foto 7: Exclusive Shawl


Sumber: Instagram Puan Julianah

Foto 7 ialah jenis yang terakhir sekali pengkaji perolehi daripada maklumat yang
informen berikan. Berikut ialah tudung jenis satin yang dikenali sebagai
Exclusive Shawl. Tudung ini juga mempunyai pelbagai pilihan menarik yang
ditawarkan oleh informen. Harga tudung ini ialah RM20 sehelai. Exclusive Shawl
sesuai digunakan dalam suasana tidak formal kerana coraknya yang nampak
santai. Tudung ini mendapat sambutan para pelanggan sebanyak 5% daripada 300
unit tudung yang dijual secara dalam talian pada bulan Januari.

Menurut informen, beliau menjual tudung secara dalam talian mengikut fesyen terkini.
Ini kerana informen ingin menjual produk yang menguntungkan dan mendapat banyak
sambutan daripada pelanggan dalam talian. Antara jenis tudung yang mengikut fesyen
terkini yang diniagakan oleh Puan Julianah secara dalam talian ialah Bawal Crepe, Bawal
Keknis, Shawl Bubble dan Bawal Monochrome. Jenis tudung ini memang mendapat
banyak sambutan daripada pelanggan kerana banyak wanita zaman sekarang memakai
tudung-tudung jenis ini semasa keadaan formal dan tidak formal.

17
980702-12-5382

Jenis-jenis tudung Jumlah tudung yang Peratusan Sudut


mendapat sambutan (%)
pada bulan Januari
(unit)
Bawal Crepe 100 33.33 120
Bawal Monochrome 30 10 36
Shawl Keknis 50 16.67 60
Shawl Bubble 75 25 90
Geometric Shawl 20 6.67 24
Bawal Pucci 10 3.33 12
Exclusive Shawl 15 5 18
Jumlah 300 100 360

Jadual 1: analisis data tudung yang mendapat sambutan daripada pelanggan pada
bulan Januari
Sumber: kajian temu bual 2017

PERATUSAN TUDUNG YANG MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA


PELANGGAN PADA BULAN JANUARI TAHUN 2017 SECARA
DALAM TALIAN OLEH PUAN JULIANAH DI TAMAN SEJATI UJANA,
BATU 7, SANDAKAN

Bawal Crepe
Bawal Monochrome
Shawl Keknis
3%5%
7% Shawl Bubble
33% Geometric Shawl
Bawal Pucci
25% Exclusive Shawl

10%
17%

Carta pai 1: analisis data tudung yang mendapat sambutan daripada pelanggan
Sumber: kajian temu bual 2017

18
980702-12-5382

Jadual 1 menunjukkan hasil 300 unit tudung yang mendapat sambutan daripada
pelanggan pada bulan Januari 2017. Tudung yang paling banyak mendapat
sambutan ialah Bawal Crepe yang berjaya dijual sebanyak 100 unit diikuti Shawl
Bubble sebanyak 75 unit, seterusnya Shawl Keknis sebanyak 50 unit, Bawal
Monochrome 30 unit, Geometric Shawl sebanyak 20 unit, Exclusive Shawl 15
unit dan yang mendapat sambutan terendah ialah Bawal Pucci iaitu sebanyak 10
unit sahaja.

Ini menunjukkan Bawal Crepe mendapat sambutan yang paling banyak daripada
pelanggan secara dalam talian dan Bawal Pucci ialah jenis tudung yang paling
kurang mendapat sambutan daripada pelanggan secara dalam talian yang dijual
oleh informen.

19
980702-12-5382

II. Mengkaji faktor-faktor yang mendorong penjualan tudung secara dalam


talian oleh Puan Julianah di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

Faktor yang mendorong informen menjalankan perniagaan tudung secara


dalam talian adalah untuk dijadikan pendapatan sampingan. Keuntungan yang
diperolehi daripada penjualan tudung dapat membantu informen dalam
menambah pendapatan.

Seterusnya, perniagaan tudung lebih fleksibel berbanding barang lain juga


menjadi faktor yang mendorong informen memilih penjualan tudung secara dalam
talian. Menurut informen, penjualan tudung lebih mudah diniagakan daripada
meniaga produk lain seperti kasut, aksesori telefon dan pakaian yang banyak
diniagakan oleh peniaga secara dalam talian sekarang. Informen juga berpendapat
bahawa perniagaan tudung mudah diniagakan kerana skop perniagaan ini hanya
ditumpukan kepada kaum wanita sahaja. Oleh itu, mudah untuk informen lebih
memahami cita rasa dan fesyen tudung terkini yang menjadi pilihan ramai kaum
wanita.

Selain itu, faktor minat juga menjadi pendorong kepada informen untuk
menjalankan penjualan tudung secara dalam talian. Informen menjalankan aktiviti
penjualan tudung secara dalam talian pada mulanya kerana ingin mencuba sesuatu
yang baharu dan mengisi masa lapang sebagai suri rumah. Selepas itu, penjualan
ini menjadi minat beliau kerana banyak pengalaman baharu yang diperolehi
seperti pengalaman bersama pelanggan secara dalam talian dan cabaran-cabaran
dalam perniagaan tudung secara dalam talian. Minat yang mendalam terhadap
penjualan tudung secara dalam talian tidak mematahkan semangat informen
dalam menghadapi cabaran dan masalah-masalah yang dihadapi.

20
980702-12-5382

Akhir sekali, faktor yang mendorong penjualan tudung secara dalam talian
terhadap informen ialah kos perniagaan yang lebih murah. Penjualan tudung
secara langsung memerlukan kos yang tinggi berbanding kos jualan secara dalam
talian. Penjualan secara langsung memerlukan kos input, kos pengangkutan, kos
tetap (sewa bangunan), dan sebagainya. Penjualan secara dalam talian hanya
memerlukan kos input dan kos pembelian data internet sahaja. Oleh itu, kos
penjualan tudung secara dalam talian menjadi pendorong kepada informen untuk
menjalankan perniagaan tudung secara dalam talian.

Faktor-faktor yang mendorong perniagaan tudung secara dalam talian


terhadap informen memberi kebaikan kepadanya untuk terus menceburi bidang
perniagaan secara dalam talian ini.

21
980702-12-5382

III. Menganalisis masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam
talian oleh Puan Julianah di Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan

Masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam talian oleh
informen ialah gangguan talian. Informen pernah mengalami gangguan talian
semasa menjalankan aktiviti penjualan tudung secara dalam talian. Contohnya,
talian internet yang lambat dan talian internet hilang secara tiba-tiba. Gangguan
ini juga memberi kesan terhadap proses penjualan tudung kerana informen tidak
dapat berhubung dengan pelanggan menyebabkan proses jual beli bersama
pelanggan secara dalam talian terganggu. Selain itu, beliau tidak dapat memuat
naik gambar-gambar dan promosi tudung di laman sosial, secara tidak langsung
penjualan tudung tergendala. Oleh itu, beliau telah memikirkan alternatif lain
sekiranya gangguan talian internet berlaku semasa proses jual beli bersama
pelanggan secara dalam talian, beliau akan terus menghubungi pelanggan tersebut
melalui telefon. Kekerapan masalah gangguan talian internet semasa aktiviti
penjualan tudung secara dalam talian berlangsung ialah sebanyak 5 kali dalam
masa sebulan.

Seterusnya masalah yang dihadapi ialah karenah pelanggan yang pelbagai.


Masalah untuk berhubung dengan pelanggan melalui media sosial semasa proses
jual beli tudung secara dalam talian juga pernah dihadapi oleh informen. Antara
masalah untuk berhubung dengan pelanggan ialah semasa proses jual beli,
pelanggan tersebut offline menyebabkan proses tersebut tidak dapat diteruskan
kerana maklumat seperti alamat rumah, penghantaran barang dan sebagainya
tidak lengkap. Oleh itu, proses jual beli bersama pelanggan tersebut dibatalkan
atau proses tersebut menjadi lambat kerana informen terpaksa menunggu
pelanggan tersebut online dan memberi maklumat. Informen juga menghadapi
pelanggan yang terlalu banyak tanya mengenai jenis-jenis tudung yang dijual,
seterusnya pelanggan yang suka berbual keluar daripada topik perbualan yang
sepatutnya dan ada juga pelanggan yang meminta untuk merendahkan lagi harga

22
980702-12-5382

tudung yang telah informen tetapkan. Menurut informen, cara untuk


mengatasinya ialah dengan sentiasa mengingati pelanggan tentang tujuan
perbualan bagi pelanggan yang banyak karenah, seterusnya meyakinkan
pelanggan tersebut mengenai penetapan harga yang informen telah tetapkan
mengikut harga pasaran peniaga online dan kualiti tudung tersebut. Bagi
pelanggan yang terlalu banyak tanya, informen berusaha untuk melayan dan
menjawab pertanyaan pelanggan tersebut dengan baik. Kekerapan masalah
karenah pelanggan yang pelbagai semasa aktiviti penjualan tudung secara dalam
talian berlangsung ialah sebanyak 8 kali dalam masa sebulan.

Selain itu, cita rasa pembeli yang sering berubah juga menjadi masalah
kepada informen dalam menjalankan aktiviti penjualan tudung secara dalam
talian. Hal ini demikian kerana, perubahan cita rasa menyebabkan jenis tudung
yang dijual juga berubah mengikut cita rasa pelanggan. Oleh itu, informen
mencari stok jenis tudung yang baharu untuk dijual dalam talian dan jenis tudung
yang lama sudah kurang mendapat sambutan, ini menyebabkan informen
mengalami kerugian. Namun, cita rasa pelanggan selalunya mengikut fesyen jenis
tudung terkini. Informen juga harus bijak memilih warna tudung yang beliau ingin
niagakan kerana warna juga salah satu faktor cita rasa pembeli. Menurut informen
cara untuk mengatasi masalah ini ialah beliau mesti aktif mengetahui tentang
fesyen-fesyen jenis tudung terkini yang mendapat banyak permintaan daripada
pelanggan dan mempelbagaikan lagi warna tudung yang diniagakan. Kekerapan
masalah cita rasa pembeli yang sering berubah semasa aktiviti penjualan tudung
secara dalam talian berlangsung ialah sebanyak 7 kali dalam masa sebulan.

Akhir sekali, masalah yang dihadapi oleh informen dalam perniagaan


tudung secara dalam talian ialah waktu perniagaan beroperasi. Informen juga
menghadapi kekangan masa semasa menjalankan aktiviti penjualan secara dalam
talian. Informen terpaksa membahagi masa untuk bersama keluarga dan melayan
pelanggan di laman sosial. Terdapat juga pelanggan yang menghubungi informen
di laman sosial untuk berbincang jual beli tudung semasa informen menikmati

23
980702-12-5382

masa rehatnya. Oleh kerana perniagaan secara dalam talian tidak mempunyai
penetapan masa beroperasi seperti penjualan langsung, maka ia menjadi masalah
kepada informen dalam membahagikan masa. Setiap masa ada sahaja pelanggan
yang ingin berbincang sesi jual beli tudung di media sosial, oleh itu beliau harus
bijak membahagikan masa. Kekerapan masalah waktu perniagaan beroperasi
semasa aktiviti penjualan tudung secara dalam talian berlangsung ialah sebanyak
5 kali dalam masa sebulan.

Masalah yang terdapat dalam Kekerapan masalah yang


perniagaan tudung secara dalam talian dihadapi oleh informen pada
oleh informen bulan Januari
Gangguan talian 5
Karenah pelanggan yang pelbagai 8
Cita rasa pembeli yang sentiasa berubah 7
Waktu perniagaan beroperasi 5
Jumlah 25

Jadual 2: analisis data kekerapan masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung
secara dalam talian oleh informen pada bulan Januari
Sumber: kajian lapangan 2017

24
980702-12-5382

KEKERAPAN MASALAH YANG DIHADAPI DALAM PERNIAGAAN


TUDUNG SECARA DALAM TALIAN OLEH PUAN JULIANAH PADA
BULAN JANUARI TAHUN 2017
9

0
gangguan talian karenah pelanggan yang cita rasa pembeli yang waktu perniagaan
pelbagai sentiasa berubah beroperasi

Graf bar 1: kekerapan masalah yang dihadapi dalam perniagaan tudung secara
dalam talian oleh informen
Sumber: kajian lapangan 2017

Graf bar 1 menunjukkan kekerapan masalah yang dihadapi dalam perniagaan


tudung secara dalam talian oleh informen pada bulan Januari tahun 2017.
Berdasarkan kajian, masalah yang paling kerap dihadapi oleh informen ialah
masalah karenah pelanggan yang pelbagai dengan kekerapan sebanyak 8 kali
sebulan. Manakala, masalah yang kurang dihadapi oleh pelanggan ialah masalah
gangguan talian dan waktu perniagaan beroperasi dengan kekerapan sebanyak 5
kali dalam masa sebulan.

25
980702-12-5382

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dalam rumusan pengkaji akan menghimpunkan segala maklumat yang telah


dibuat.

Keseluruhannya, jenis-jenis tudung yang dijual oleh informen secara


dalam talian adalah mengikut fesyen terkini dan mengikut cita rasa pelanggan.
Namun, terdapat juga jenis tudung yang paling banyak mendapat sambutan dan
yang paling kurang mendapat sambutan daripada pelanggan secara dalam talian di
Taman Sejati Ujana, Batu 7, Sandakan.

Seterusnya, terdapat beberapa faktor yang mendorong penjualan tudung


secara dalam talian oleh informen. Antara faktor tersebut ialah keuntungan yang
diperolehi oleh informen daripada penjualan tudung secara dalam talian ini.
Selain itu, penjualan tudung lebih mudah dikendalikan daripada penjualan produk
lain bagi informen. Seterusnya, aktiviti penjualan tudung secara dalam talian ini
telah menjadi minat dan sedikit sebanyak membantu informen dalam menambah
pendapatan keluarganya.

Akhir sekali, perniagaan secara dalam talian juga mempunyai masalah dan
memberi cabaran kepada informen dalam menjalankan aktiviti penjualan tudung
secara dalam talian. Antara masalah yang terdapat dalam perniagaan secara dalam
talian ialah gangguan talian internet, perubahan cita rasa pengguna dan karenah
pelanggan yang pelbagai serta waktu perniagaan beroperasi.

Kesimpulannya, aktiviti penjualan tudung secara dalam talian yang


dijalankan oleh informen memberi kebaikan dan masalah kepada beliau. Masalah
tersebut dijadikan semangat untuk terus berusaha dan tidak berputus asa dengan
penjualan tudung secara dalam talian ini.

26
980702-12-5382

RUJUKAN

Sumber internet
1. Google map, ( http://maps.google.com )
2. Sandakan town map ( www.wonderfulmalaysia.com )
3. Sejarah Sandakan ( https://sandakankini.wordpress.com )
4. Perniagaan atas talian (www.utusan.com.my)
5. Amalan pembelian secara atas talian ( https://www.researchgate.net)
6. Media sosial dalam perniagaan ( http://omar2015uum.blogspot.my)

Buku ilmiah
1. Pengajian perniagaan penggal 1, oxford fajar, terbitan edisi ke 2 tahun
2015, Mokhtar Pet
2. Mikroekonomi penggal 1, ilmu bakti, terbitan tahun 2016,
Theng Kock Leing

27
980702-12-5382

LAMPIRAN

Gambar1: lokasi kajian (kediaman Puan Julianah)


Sumber: kajian lapangan 2017

Gambar 2: gambar pengkaji bersama Puan Julianah


Sumber: kajian lapangan 2017

28
980702-12-5382

Gambar 3: temu bual bersama Puan Julianah


Sumber: kajian lapangan 2017

Gambar 4: stok jualan tudung Puan Julianah


Sumber: kajian lapangan 2017

29
980702-12-5382

Gambar 5: Instagram Puan Julianah


Sumber: media sosial Instagram

Gambar 6: promosi jualan tudung Puan Julianah


Sumber: laman sosial Instagram

30
980702-12-5382

Contoh soalan temu bual bersama Puan Julianah.

Mengenal pasti jenis-jenis tudung yang dijual oleh Puan Julianah secara dalam
talian

1. Apakah jenis tudung yang puan jual secara dalam talian?


2. Jenis tudung yang manakah yang menjadi pilihan ramai para pelanggan secara
dalam talian?
3. Pada pendapat puan, mengapakah jenis tudung tersebut mendapat banyak
sambutan dari pembeli?
4. Apakah pula jenis tudung yang kurang mendapat sambutan daripada pelanggan
secara dalam talian? Mengapa?
5. Adakah puan menjual jenis tudung mengikut fesyen tudung terkini? Mengapa?

Mengkaji faktor-faktor yang mendorong penjualan tudung secara dalam talian

6. Sejak bilakah puan menceburi perniagaan tudung secara dalam talian?


7. Adakah penjualan tudung secara dalam talian memberi keuntungan kepada puan?
8. Adakah penjualan tudung lebih mudah diniagakan daripada produk lain?
Mengapa?
9. Adakah puan menjalankan aktiviti penjualan tudung secara dalam talian ini
kerana minat puan? Mengapa?
10. Adakah kos penjualan yang lebih murah secara dalam talian juga menjadi
pendorong kepada puan untuk menjalankan aktiviti ini?

Mengkaji masalah yang terdapat dalam perniagaan tudung secara dalam talian.

11. Pernahkah puan mengalami gangguan talian semasa menjalankan aktiviti


perniagaan tudung secara dalam talian?
12. Adakah puan mendapat kesan daripada gangguan talian tersebut?
13. Apakah cara puan untuk mengatasi masalah gangguan talian tersebut?
14. Adakah puan mengalami masalah untuk berhubung dengan pelanggan melalui
media sosial yang digunakan? Mengapa?

31
980702-12-5382

15. Pada pendapat puan, adakah perubahan cita rasa pembeli dapat memberi masalah
terhadap perniagaan tudung secara dalam talian yang puan jalankan?
16. Apakah cara puan untuk memenuhi cita rasa pembeli secara atas talian?
17. Pernakah puan menghadapi pelanggan yang banyak karenah semasa berhubung
dengan pelanggan tersebut secara dalam talian?
18. Apakah cara puan untunk mengatasi pelanggan tersebut?
19. Adakah puan menghadapi kekangan masa semasa menjalankan aktiviti penjualan
tudung secara dalam talian? Bagaimana?

32

You might also like