TEKS EMCEE 3in1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

TEKS EMCEE

MAJLIS 3IN1 HARI GURU,HARI RAYA,HARI KAAMATAN


KETIBAAN IBU BAPA & JEMPUTAN
NYANYIAN LAGU SEBELUM KITA MEMULAKAN MAJLIS,
NEGARAKU,
LAGU SABAH Hadirin yang dihormati dijemput berdiri untuk menyanyikan 3 buah lagu iaitu , Lagu Negaraku,
TANAH AIRKU, Lagu Sabah Tanah Airku, dan Lagu sekolah.
LAGU SEKOLAH
Hadirin dipersilakan untuk duduk.
KATA ALUAN Dialah pemberi paling setia
PENGACARA Tiap akar ilmu miliknya
MAJLIS Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Menanam Tebu Di tepi sawah


Masak gula bercampur pandan
Aidilfitri berlalu penuh Meriah
Raikan pula Gawai dan Kaamatan

Yang dihormati,
YANG DIPERTUA PIBG SK BONOR, EN. JAMAIN KANDONG

1
Yang berusaha,
EN NAZRI HASSAN, GURU BESAR SK BONOR

Yang dihormati,

PN HANNIEFAH FOO
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK BONOR

EN KRESKIN HARRY
GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BONOR

EN VALENTINE N. JOUMMY
GPK KO-KURIKULUM SK BONOR

Barisan Exco PIBG, ibu bapa, Guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan serta murid-murid yang
dihormati sekalian.

Pada majlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun serta memeriahkan sambutan
Majlis 3 in 1 Hari Guru, Hari Raya dan Hari Kaamatan Peringkat Sekolah Kebangsaan Bonor.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat,

2
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.

Sebelum kita melanjutkan majlis ke acara seterusnya, untuk pengetahuan ibu bapa, pihak sekolah
ada membuat cabutan bertuah. No cabutan bertuah di belakang kerusi tuan dan puan. Untuk
mengelakkan kekeliruan, 1 orang hanya 1 kerusi ya kalau lebih mau bayar ya.

PERSEMBAHAN Dari Kedah ke Kuala Perlis


PEMBUKAAN Singgah bersantai di tepi jeti
Persembahan pembukaan memeriahkan majlis
Semoga hadirin terhibur di hati.

Hadirin yang dihormati , marilah bersama-sama kita menikmati persembahan pembukaan yang
sungguh istimewa daripada Murid-Murid Sk Bonor. Sama-sama kita saksikan. Dipersilakan.

Terima kasih di atas persembahan pembukaan yang cukup istimewa sebentar tadi. . Persembahan
itu tadi dibimbing oleh Cg Ericson.

UCAPAN WAKIL Hadirin yang dimuliakan,


MURID
Bukan rumput sebarang rumpun
Rumput penghias tepi halaman

3
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon sedikit ucapan..

Majlis kita dimulakan dengan menjemput adik AZLIE JALIUS selaku wakil murid untuk
menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN
PERASMIAN GB Daun semulur di pekan sari
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi
Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini, majlis mempersilakan EN NAZRI HASSAN GURU BESAR SK BONOR untuk


memberikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis 3 DALAM 1 bagi tahun 2023.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar Sk Bonor di atas perasmian sebentar tadi.

4
PERSEMBAHAN Awan bersua citra berkisah
KOIR Ukiran sukma kilauan kelisa
Bingkisan ucapan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

Hadirin sekalian, tidak lengkap rasanya majlis tanpa persembahan sebagai penyeri majlis. Oleh itu
bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dipersilakan murid-murid SK.Bonor untuk
menyampaikan persembahan KOIR. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan tadi. Untuk makluman hadirin,
persembahan itu tadi dibimbing oleh Cikgu Jainie.
CABUTAN Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan dengan acara cabutan tiket bertuah. Oleh itu, bagi
BERTUAH menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput YDP PIBG EN JAMAIN
KANDONG untuk membuat 10 cabutan bertuah yang pertama. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.


Penyampaian hadiah Untuk makluman hadirin sekalian, sepanjang minggu ini, sekolah telah mengadakan beberapa
pertandingan antaranya Pertandingan Kad Hari Guru, Pertandingan Mewarna dan Pertandingan
Menyanyi.

Oleh itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput Tuan Guru Besar di iringi Penolong Kanan
Satu untuk menyampaikan hadiah.
5
Bagi pertandingan Kad Hari guru :
1.
2.
3.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Seterusnya , majlis dengan sukacitanya menjemput Penolong Kanan HEM di iringi Penolong
Kanan Kokum untuk menyampaikan hadiah bagi kategori Pertandingan Mewarna.

Bagi kategori Tahap 1 pemenang-pemenangnya ialah :


1.Lessyadalia
2.Siti Suhasnah
3.Prettyoney
4.Rojeanah
5.

Bagi kategori Tahap 2 pemenang-pemenangnya ialah :


1.Rozze Yanneta
2. Chrisliyka
3. Marssah

6
4.Reyanno
5.Jefli
6. Valley
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pk Hem di atas penyampaian hadiah
sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Penolong Kanan 1 diiringi Cikgu Ludih bagi menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan Nyanyian.

3. Juarday Tujuh
2. Larry Lifat
1. Zerratifanny

Terima kasih kepada Cikgu Hannie di atas kesudian menyampaikan hadiah. Tanpa membuang
masa lagi, , majlis dengan sukacitanya menjemput Adik _____________ untuk mempersmbahkan
lagu nyanyiannya.

PERSEMBAHAN Awan bersua citra berkisah

SAJAK Ukiran sukma kilauan kelisa


Bingkisan ucapan selesai sudah
Persembahan pelajar menyusul pula

7
Hadirin sekalian, bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, dipersilakan adik ________ untuk
menyampaikan Deklamasi Sajak yang bertajuk ____________________ Majlis mempersilakan.

CABUTAN Hadirin yang dihormati, majlis kita diteruskan dengan acara cabutan tiket bertuah. Oleh itu, bagi
BERTUAH menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Timbalan YDP PIBG,
Puan Jalina untuk membuat 10 cabutan bertuah. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.


SESI BERGAMBAR Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan untuk
/ SESI HADIAH masa hadapan. Dengan itu, majlis menjemput Cikgu Ericson untuk menguruskan sesi bergambar.
MISTERI Dipersilakan..

Terima kasih kepada cikgu Ericson.

Hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan sesi Pertukaran Hadiah Misteri. Untuk makluman
semua, Hadiah ini adalah dari pemberi misteri dari kalangan guru-guru dan AKP. Pertama sekali
saya ingin menjemput GB untuk menerima Hadiah Misteri dari Insan Misteri. Cg Hanie, Cg
Kreskin, Sir Valentine, Cg Aishah, Cg Jainie, Cg Ludih, Ticer Shierly, Cg Salbiah, Cg Tracey, Cg
Zaki, Cg Eric, Abang Daus, Abang Jamir.

SESI HADIAH Hadirin yang dihormati

8
TERBUKA Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah terbuka. Untuk itu majlis menjemput mana-
mana murid yang ingin menyampaikan hadiah kepada guru-guru SK Bonor. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas pemberian hadiah yang sungguh
bermakna kepada para guru.
KIRAAN BIJI Baiklah hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan acara yang paling dinanti nantikan. Dijemput
HITAM PAPAYAS Pakar pertaniaan kita , abam Firdaus untuk membelah dan mengira bilangan biji hitam. Siapa yang
meneka tepat atau hampir dikira pemenang ya.. Kita persilakan abang Firdaus.

JAMUAN Hadirin yang dihormati,

Akhir sekali, sebelum kita menutup majlis , mari kita bergambar sebagai kenang-kenangan untuk
di masa hadapan. Dengan itu dijemput Cikgu Ericson untuk menguruskan sesi bergambar kali ini.

Hadirin yang dihormati,

Majlis kita sampai ke penghujungnya. saya selaku pengacara majlis pada hari ini menghulur 10
jari memohon kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang mengacarakan Majlis
ini. Majlis juga ingin menyampaikan kalungan bunga terima kasih kepada sekalian tetamu yang
hadir serta semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis permai pada hari ini dapat
dilangsung dengan jayanya..
9
Para tetamu jemputan ibu bapa, guru dan hadirin dijemput untuk menikmati juadah jamuan yang
telah disediakan

10

You might also like