Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

1.

2 TEORI DAN PRINSIP PENGURUSAN PENDIDIKAN

Terdapat pelbagai jenis teori pengurusan pendidikan yang digunakan sehingga kini. Antaranya
ialah :
1. Teori Tradisional / Analisis Kerja :
a) Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran – Henry Fayol (1841 – 1925)
2. Teori Peralihan :
a) Teori Pendekatan Hubungan Manusia – Elton Mayo (1880 – 1916)
3. Teori Sistem :
a) Analisa Sistem
b) Analisa Input – Output
c) Analisa PPBS (Planning Programming and Budgetting System)
d) Analisa Network

1.2.1 Teori Tradisional / Analisa Kerja

a) Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran – Henry Fayol (1841 – 1925)


Beliau digelar sebagai ‘Bapa Pemikiran Pengurusan’ kerana beliau telah menyusun satu
sitem pengurusan yang sehingga kini masih lagi diguna pakai. Beliau telah membezakan
antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan dan telah mengenal pasti 5
fungsi-fungsi pengurusan yang khusus iaitu :
 Perancangan
 Pengorganisasian
 Pengarahan
 Penyelarasan
 Pengawalan
Beliau telah mencadangkan sebanyak 14 prinsip pengurusan umum untuk
dijadikan panduan kepada pengurus dalam mengurus organisasi. Pemilihan prinsip ini
bergantung pada pengalaman pengurus. Antaranya ialah :

1
i. Pembahagian kerja :
Pembahagian kerja dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja menjalankan
tugas yang khusus dan dengan demikian mengurangkan beban dan
tanggungjawab pekerja.

ii. Autoriti :
Fayol mentafsirkan autoriti sebagai hak untuk memberi arahan dan sebagai kuasa
untuk menarik seseorang supaya menurut arahan itu.

iii. Disiplin :
Asas disiplin ialah menurut arahan dan prosedur serta menghormati persetujuan
yang telah dibuat diantara organisasi dan kakitangannya.

iv. Satu perintah :


Fayol percaya bahawa seseorang pekerja mesti menerima arahan-arahan daripada
seorang ketua sahaja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan
konflik di dalam penerimaan dan pemberian arahan.

v. Satu arahan :
Aktiviti yang mempunyai objektif yang sama hendaklah disatukan di dalam satu
rancangan dan diurus oleh seorang ketua sahaja.

vi. Mengutamakan kepentingan organisasi :


Kepentingan organisasi hendaklah diutamakan daripada kepentingan peribadi atau
individu. Objektif-objektif organisasi adalah paling penting daripada objektif
individu.

vii. Pembayaran upah :


Pekerja mestilah dibayar dengan bayaran yang sewajarnya. Kerjasama sokongan
dan ketaatan dapat diperolehi daripada pekerja yang diberi bayaran sewajar
dengan perkhidmatan mereka.

2
viii. Pemusatan :
Walaupun pengurus bertanggungjawab sepenuhnya ke atas organisasi, kakitangan
bawahan hendaklah juga diberi kuasa yang cukup untuk menjalankan tugas
dengan efektif.

ix. Rantai permerintahan :


Rantai ini menunjukkan hierarki autoriti bermula dari peringkat atasan sehingga
ke peringkat bawahan di dalam struktur organisasi. Rantai autoriti ini juga
menunjukkan arah aliran komunikasi formal di dalam organisasi.

x. Susunan :
Fayol menggunakan susunan material dan sumber manusia yang mana material
dan manusia itu hendaklah ditempatkan di tempat yang betul mengikut masa yang
tepat.

xi. Keseimbangan :
Pekerja hendaklah diberi layanan dan keadilan yang seimbang untuk melahirkan
ketaatan mereka kepada organisasi.

xii. Kestabilan personel :


Firma yang Berjaya mempunyai kumpulan pengurus yang stabil. Pihak
pengurusan atasan hendaklah mengimplementasikan amalan yang menggalakkan
penglibatan kakitangan kepada organisasi.

xiii. Inisiatif :
Kakitangan hendaklah diberi kebebasan untuk memajukan dan
mengimplementasikan rancangan.

xiv. Kekitaan :
Keharmonian di kalangan kakitangan mewujudkan perpaduan dan keteguhan
organisasi.

3
1.2.2 Teori Peralihan

a) Pendekatan Hubungan Manusia – Elton Mayo (1880 – 1916)


Beliau ialah seorang ahli psikologi yang merupakan pengasas kepada pendekatan
hubungan manusia dan sosiologi industri. Dalam kajiannya di Universiti Harvard, beliau
mendapati bahawa kumpulam mempengaruhi tingkah laku individu dalam kerja. Beliau
menyarankan 6 ciri birokrasi iaitu :
 Pengkhususan kerja
 Hierarki autoriti
 Peraturan dan tatacara yang formal
 Pemilihan kakitangan
 Berdasarkan ketulusan teknik
 Impersonaliti pentadbir tertakluk kepada peraturan dan disiplin.

1.2.3 Teori Sistem

a) Analisa Sistem
Tujuannya ialah untuk memahami dengan lebih berkesan lagi tingkah laku bagi
keseluruhan dalam proses pentadbiran dalam sebuah organisasi. Terdapat 5 komponen
yang penting dalam analisa sistem iaitu :
 Objektif sistem secara menyeluruh dan alat-alat pengukuran prestasi sistem.
 Iklim sistem.
 Sumber-sumber sistem.
 Kompone-komponen sistem seperti aktiviti, matlamat, alat-alat pengukuran, dan
penilaian.
 Pengurusan sistem dijalankan.

4
b) Analisa Input – Output
Tujuannya ialah untuk menggalakkan anggota-anggota bertindak dengan rasional dan
sistematik terutama dari segi memperuntukkan sumber-sumber kepada bahagian-
bahagian tertentu dalam sesebuah organisasi.

Input Proses Output

Ditakrifkan sebagai jenis- Ditakrifkan sebagai hasilan


jenis sumber yang dapat daripada sistem
Cth : Sumber-sumber Cth : Dasar-dasar sekolah, Cth : Pencampaian murid-
wang kemudahan sekolah kurikulum, strategi murid dalam aspek
taraf sosio ekonomi murid, pengajaran, kepimpinan akademik, keupayaan
guru-guru guru besar menyesuaikan diri dalam
masyarakat moral diri.

c) Pendekatan Analisa (Planning-Programming-Budgeting System – PPBS)


Ia merupakan satu pendekatan untuk membuat keputusan. Ianya juga menerangkan
dengan jelas kos dan akibat sesuatu jalan tindakan yang dipilih oleh seorang pentadbir.
PPBS memerlukan aspek-aspek seperti berikut :
 Kenyataan tentang matlamat sistem dengan jelas.
 Alat-alat pengukuran yang baik untuk menilai pencapain sistem.
 Rancangan-rancangan yang dianggap sebagai rancangan alternatif bagi mencapai
matlamat sistem.
 Anggaran-anggaran tentang kos sesuatu rancangan yang boleh dipercayai.

d) Pendekatan Analisa Network


Analisa rangkaian atau network merupakan suatu alat yang boleh digunakan untuk
merancang dan mengawal sesuatu projek. Contoh analisa network adalah :
 Program Evaluation Revie Thecnique (PERP)
 Critical Path Program (CPM)

5
RUJUKAN

1. Ebby Firdaos Sufian. (2012). Unit1 : Sejarah Pengurusan. (atas talian)


http://sumbanganku.blogspot.com/2009/04/mahzab-pengurusan.html
2. Ajiman. (2009). Mazhab Pengurusan. (atas talian)
http://sumbanganku.blogspot.com/2009/04/mahzab-
pengurusan.html?showComment=1278320047051#c7776691240010604146
3. Ckg Nizam. (2014). Peranan Pengurus dan Pendekatan Pengurusan. (atas talian)
http://www.slideshare.net/smklbting6/peranan-dan-pendekatan-pengurusan
4. Baharom Mohamad. BBG 2233 Teori dan Prinsip dalam Pengurusan Pendidikan. Ed.
Dalaman Sahaja. Fakulti Pendidikan Teknikal. Johor : Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
5. Diti Masnor Idanita. (2013). Tugasan 1- Aplikasi Teori Pengurusan (atas talian)
http://pariwartaku.blogspot.com/2013/03/tugasan-1-aplikasi-teori-pengurusan.html

You might also like