Kertas Cadangan Pembelian Baju (Tah)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KLID/PLAJAU,

DALAT

KERTAS CADANGAN
PEMBELIAN BAJU MURID ASRAMA
(TRANSFORMASI ASRAMA HARIAN)
1.0 Pengenalan
1.1 Keseragaman pakaian murid asrama membantu dalam memudahkan
pelaksanaan serta penyertaan murid dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
Oleh yang demikian, Jawatankuasa Pengurusan Asrama berhasrat untuk
membuat tempahan untuk pembelian baju t-shirt berkolar dan baju sukan
untuk kegunaan murid-murid asrama di SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

2.0 Tajuk Kertas Cadangan


2.0 Pembelian Baju untuk Murid Asrama SK Kampung Klid/Plajau,
Dalat.

3.0 Matlamat
3.1 Menzahirkan rasa kekitaan dalam kalangan murid asrama melalui
keseragaman pakaian mereka.

4.0 Objektif
4.1 Menyediakan pakaian seragam yang sesuai digunakan untuk pelbagai
aktiviti bagi murid asrama.
4.2 Meningkatkan semangat kekitaan dan kekeluargaan dalam kalangan
murid asrama.
4.3 Meningkatkan motivasi murid asrama dalam penyertaan apa-apa
aktiviti yang disertai dengan menggunakan baju baharu.

5.0 Kumpulan Sasaran


5.1 Murid Asrama SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

6.0 Jawatankuasa Pengurusan Asrama


6.1 Pengerusi : PK HEM – Encik Abu Suffian Bin Perdus
6.2 Setiausaha : Penyelia Asrama – Puan Supiah Binti Masli
6.3 Ahli : Warden – Encik Raffi Bin Smail
: Warden – Encik Dave Bin Ason
: PPM – Encik Nor Alam Bin Jaani
: PPM – Cik Debbie Joseph
7.0 Anggaran Kos Perbelanjaan
7.1 Kos Pembelian Baju Murid Asrama ;
No. Item Harga/Unit Unit Jumlah
(RM) (RM)
1. Baju T-Shirt Berkolar 30.00 85 2550.00
(Jenis Kain - Microfibre)
3. Unisex Sport Singlet 15.00 12 180.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 2730.00

8.0 Penutup
8.1 Penggunaan pakaian yang seragam akan lebih meningkatkan
semangat murid asrama dalam menyertai apa-apa aktiviti yang
dilaksanakan sekaligus dapat meningkatkan keeratan hubungan antara
sesama mereka. Besarlah harapan agar kertas cadangan untuk
pembelian baju murid asrama SK Kampung Klid/Plajau, Dalat ini
dipertimbangkan dan diluluskan.

Disediakan oleh ;
_______________
(RAFFI BIN SMAIL)
Penyelaras Program Pembangunan Bakat Murid
Transformasi Asrama Harian
SK Kampung Klid/Plajau, Dalat

Disahkan oleh ;

____________________
(ASNAN BIN SULAIMAN)
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Kampung Klid/Plajau, Dalat.

Tarikh :

Cap Rasmi Sekolah :

You might also like