Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Mengumumkan ketibaan … Yang Berusaha En.

Ahmad bin Tajab, pengetua, guru-guru penolong


kanan SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Hadirin diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku, Selamat Sultan dan Di siniku Berbakti.

Hadirin dipersilakan duduk.

Bismillahirahmanirrahim

Yang Berusaha, En Ahmad bin Tajab

Pengetua SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Yang Berusaha, Cik Hjh Paridah binti Ali

Penolong Kanan Pentadbiran, SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Yang Berusaha, En Anuar bin Mohd Noor

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SM Sains Tg Muhammad Faris Petr

Yang Berusaha, En Hafizi bin Mohamad

Penolong Kanan Kokurikulum, SM Sains Tg Muhammad Faris Petra

Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.

Hadirin sekalian,

Syukur ke hadrat Ilahi dapat kita sama-sama berkumpul pagi ini bagi Pelancaran Program
Kecemerlangan Akademik tahun 2023/2024.
Tetak buluh Panjang sepuluh,

Jadikan galah jangan disimpan,

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa dipinta penuh harapan.

Untuk ini majlis dengan hormatnya menjemput saudara ________________________ untuk


memimpin bacaan doa.

Dipersilakan.

*****************************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara _________________________ atas


pimpinan doa sebentar tadi.

Bagi menyusuri acara bagi melangsungkan bicara

Tanpa melengahkan masa untuk meneruskan majlis

Dengan ini dijemput

Yang Berusaha Tn. Hj Azaman bin Zakaria

Penyelaras Program Kecemerlangan Akademik untuk menyampaikan ucapan alu-aluan sempena


Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik tahun 2023.

Dipersilakan.

*************************************************

Terima kasih kepada Tn. Hj Azaman bin Zakaria atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya,

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,

Tak lengkaplah majlis jika tuan pengetua tidak berbicara.


Tirai ucapan pada pagi ini diteruskan dengan ucapan perasmian sempena Pelancaran Program
Kecemerlangan Akademik tahun 2023/2024 daripada Yg Berusaha En. Ahmad bin Tajab, Pengetua SM
Sains Tengku Muhammad Faris Petra.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

****************************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha En. Ahmad bin Tajab atas ucapan
perasmian sebentar tadi.

Seterusnya, dipersilakan Yang Berusaha, Tuan Pengetua En. Ahmad bin Tajab, diiringi oleh Tn. Hj
Azaman bin Zakaria bagi melancarkan gimik Pelancaran Program Kecemerlangan Akademik tahun
2023/2024. Dipersilakan.

***************************************************

Terima kasih diucapkan atas kesudian Tuan pengetua menyempurnakan majlis sebentar tadi.

Seterusnya, dijemput saudara _______(Headboy)______ untuk mengetuai lafaz ikrar Akademik.

Dipersilakan.

******************************************************

Dengan berakhirnya lafaz ikrar akademik itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada pagi ini.

Bagi pihak majlis, kami Menyusun sepuluh jari seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang
kami mengendalikan majlis ini.

Semoga segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan lancer dan bermanfaat kepada semua murid.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

You might also like