Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

BUKU

PERATURAN
AM DISIPLIN
SM I-MUSLEH
2023

smimmelaka@gmail.com
I EDU SERVICES BHD (128-1485-H)
NO.15-2, JALAN TU 49 A
75450 AYER KEROH, MELAKA
PERATURAN AM DISIPLIN SEKOLAH:

JENIS-JENIS SALAH LAKU

“Dan infakkanlah hartamu di jalan Allah Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri
kamu ke dalam bahaya kebinasaan, dan berbuat baiklah, sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang berbuat baik” (2:195)

KOD KATEGORI (A) KESALAHAN BERAT

A111 SOLAT
Meninggalkan solat dengan sengaja.

A112 DADAH
Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap, ataupun terbabit dalam kegiatan
dadah.

A113 ROKOK
Membawa, menyimpan, menghisap, mengedar rokok/vape/sisha/seumpamanya.

A114 MINUMAN KERAS


Membawa, meminum, menyimpan, ataupun mengedar minuman keras ataupun
sebarang benda yang memabukkan atau mengkhayalkan.

A115 PERGADUHAN
Melakukan, mengancam, memukul, mencederakan atau menyebabkan
pergaduhan atau kekerasan kepada guru, pengawas, murid ataupun pekerja am.

A116 KELAKUAN KASAR


Biadap kepada guru, pengawas, murid ataupun pekerja am.

A117 MEMERAS UGUT

1 | Mukasurat
Memeras ugut guru, pengawas, murid ataupun pekerja am.

A118 SENJATA
Membawa, menggunakan senjata ataupun alat berbahaya seperti pisau, kerambit,
pemutar skru, lastik atau apa-apa benda yang boleh mendatangkan kecederaan
fizikal.

A119 BAHAN LETUPAN


Membawa ataupun menggunakan bahan letupan.

A120 BULI
Melakukan buli (pelancoan), menakut-nakutkan, penderaan ataupun paksaan
secara lisan atau fizikal kepada murid lain.

A121 MENCURI
Mengambil sesuatu yang berharga tanpa kebenaran pemilik.

A122 MENCEROBOH
Memecah masuk atau menceroboh kawasan larangan seperti bilik khas, koperasi,
kantin, makmal semasa waktu persekolahan atau bukan waktu persekolahan.

A123 BERJUDI
Melakukan perjudian ataupun membabitkan diri dalam pertaruhan.

A124 SALAHGUNA MULTIMEDIA


a) Mencetak, menerbitkan, mempamerkan, mengedar, ataupun menyimpan
rencana, majalah, ataupun pita rakaman atau multimedia terlarang.

b) Menulis, mengeluarkan kenyataan, memuatnaik gambar yang boleh


mencemarkan nama baik sekolah.

KUMPULAN HARAM
Membabitkan diri ,menganggotai, atau membawa masuk kumpulan haram ke
A125 dalam kawasan sekolah.

KEMUSNAHAN
a) Merosakkan harta benda sekolah,kantin, koperasi, guru atau pelajar.
A126
b) Menyalahgunakan peralatan sekolah, alatan sukan/permainan, barang
elektik, elektronik ataupun bahan-bahan multimedia.
c) Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan kecederaan atau
mengganggu pengajaran dan pembelajaran atau peperiksaan atau ujian.

TINGKAH LAKU LUCAH

2 | Mukasurat
A127 a) Melakukan zina, liwat, onani atau seumpamanya.
b) Mencabul kehormatan guru ataupun murid.
c) Melacur, menjadi bohsia, bohjan, ataupun pondan.
d) Bersekedudukan (berkhalwat) ataupun membabitkan diri dalam kegiatan
berpasangan, tidak bermoral, di luar atau di dalam kawasan sekolah.
e) Berciuman.
f) Mengintai murid lelaki atau perempuan.
g) Memegang murid perempuan atau sebaliknya.
h) Menulis, melukis perkataan ataupun gambar lucah ataupun melakukan
perbuatan atau tanda atau menuturkan kata-kata lucah.
i) Membawa bahan-bahan lucah seperti majalah, gambar, cd, atau
menghasilkan bahan lucah dalam apa-apa bentuk.

TIDAK JUJUR
Menipu yang melibatkan wang, selain wang, membuat aduan palsu, menjadi saksi
A128
palsu dan apa-apa perbuatan tidak amanah.

LARANGAN PENGLIBATAN
a) Menganjur ataupun membabitkan diri dalam acara atau kebudayaan yang
A129
bertentangan dengan biah sekolah.

b) Menganjur ataupun membabitkan diri dalam acara atau kebudayaan tanpa


kebenaran pihak sekolah.
PONTENG
A130 a) Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30 hari
b) Ponteng berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari selama satu tahun
sesi persekolahan.

MENGGANGGU KETENTERAMAN
A131 a) Merusuh, tunjuk perasaan, berpiket, atau membuat kekecohan di sekolah.
b) Mengganggu ataupun menjejaskan kuasa guru besar, pengetua, ataupun
guru yang menjalankan tugas.
Mencemarkan nama baik sekolah dengan perbuatan dan perkataan.
A132
Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.
A133
Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.
A134

SENARAI DENDAAN BAGI KESALAHAN KATEGORI A:


3 | Mukasurat
Dendaan bagi kategori ini bergantung kepada keputusan dan budibicara pengetua
dan ibubapa berdasarkan panduan menangani salah laku disiplin murid
Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Kes dibentangkan di dalam persidangan ahli lembaga disiplin sekolah.


2. Digantung persekolahan.
3. Dirujuk kepada pihak polis.
4. Dirotan.
5. Bayaran gantirugi.
6. Dibuang dari sekolah.
7. Melakukan kerja amal.
8. Ibu bapa dipanggil - Akujanji
9. Program Pemulihan.
10. Menghadiri sesi kaunseling.
11. Diberi mata demerit 50, 30 atau 20.

KOD KATEGORI (B) KESALAHAN SEDERHANA

B111 SOLAT
a) Tidak solat Zohor berjemaah di surau.

b) Bermain-main/Melengah-lengahkan solat.

B112 SALAHGUNA SUMBER ELEKTRIK


Menyalahgunakan ataupun menggunakan sumber bekalan elektrik sekolah tanpa
kebenaran.

KELUAR KAWASAN SEKOLAH


B113 Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

B114 KEKEMASAN DIRI


a) Fesyen rambut keterlaluan seperti punk, ataupun skin head ataupun
berwarna.

b) Memakai barang kemas keterlaluan seperti menindik telinga dan memakai


subang berlebihan daripada satu pada satu cuping telinga.

B115
KURANG SOPAN

4 | Mukasurat
a) Ingkar arahan guru.
b) Melawan guru secara lisan atau gerak badan.
c) Tidak menghormati guru seperti mempermainkan nama guru,
mengutuk, mencela di laman social, menyentuh guru dengan tujuan
mengaibkannya dan seumpamanya.
d) Tidak menghormati lagu-lagu, bendera, ataupun jata sekolah, negeri
atau kebangsaan.

B116 KENDERAAN PELAJAR


a) Tidak meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan untuk kenderaan
pelajar.

b) Membawa kenderaan dengan cara yang tidak selamat/tidak betul atau


bising.

B117 KEBERSIHAN
Markah kebersihan kelas mingguan di bawah 50%.

B118 KESALAHAN TINGKAH LAKU


a) Nafas berbau rokok atau minuman keras.
b) Meniru atau memberi tiru ketika ujian atau peperiksaan.
c) Ponteng sebarang aktiviti atau acara rasmi sekolah.
d) Menconteng pada harta benda sekolah.
e) Berada bersama-sama pelajar atau kumpulan yang melakukan
perlanggaran peraturan sekolah.
f) Membawa orang luar seperti bekas pelajar sekolah ke kawasan sekolah
tanpa kebenaran/bukan atas urusan rasmi/tanpa kad pelawat.
g) Tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut-turut tanpa makluman.
h) Membuat jamuan di dalam kelas tanpa kebenaran PK HEM.

B119 Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi (3) kali.

B120 Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

SENARAI DENDAAN BAGI KESALAHAN KATEGORI B:


Dendaan bagi kategori ini bergantung kepada keputusan dan budibicara Unit
Disiplin sekolah berdasarkan panduan menangani salah laku disiplin murid
Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Kes dibentangkan di dalam mesyuarat unit disiplin sekolah.

5 | Mukasurat
2. Amaran bertulis direkod sebagai kesalahan kali pertama dan diberi mata
demerit 15 atau 10 dan dirotan satu kali.
3. Rujuk dendaan Kategori A bagi kesalahan kali ketiga.
4. Bayaran gantirugi.
5. Barang/bahan bukti diambil.

6. Ibu bapa dipanggil – Akujanji/Pemulangan barang


7. Program Pemulihan
8. Menghadiri sesi kaunseling.
9. Mata “Anugerah Merit Kelas” akan dipotong.

KOD KATEGORI (C) KESALAHAN RINGAN

C111 TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN MASA


a) Datang lewat ke sekolah.

b) Lewat bergerak ke perhimpunan, kelas, bengkel, ataupun makmal.


C112
TINGKAH LAKU TIDAK MEMENTINGKAN KEKEMASAN
a) Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap/tidak mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh sekolah.

b) Rambut pelajar lelaki yang panjang:


● Di belakang sehingga menyentuh kolar baju
● Di depan sehingga melebihi garisan tengah dahi
● Di tepi kepala sehingga menutup telinga
● Di atas kepala melebihi 5 cm

c) Menyimpan dan tidak mengurus misai, janggut dan jambang.

d) Berkuku panjang/diwarnai.

e) Memakai barangan kemas, alat solek atau barang perhiasan kecuali jam.

C113 PERBUATAN TANPA KEBENARAN


a) Berada di kantin pada waktu pembelajaran

6 | Mukasurat
b) Berada di kelas pada waktu rehat.

c) Membawa kenderaan persendirian ke dalam kawasan sekolah.

d) Bermain di dalam bilik darjah, koridor ataupun kawasan yang dilarang.

e) Menggunakan/membawa keluar sebarang peralatan biik darjah.

f) Keluar dari bilik darjah.

g) Menyimpan ataupun menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah.

h) Menggunakan alat hiburan ataupun elektronik sekolah.

i) Memasuki ataupun tidak mematuhi arahan makmal, bengkel, bilik khas.

j) Makan selain waktu rehat.

C114 TINGKAH LAKU TIADA ADAB & DISIPLIN PEMBELAJARAN

a) Bising di dalam bilik darjah sehingga mengganggu murid/kelas lain.

b) Tidak membuat gerak kerja yang ditugaskan.

c) Mengganggu kelas/kawasan sekolah.

d) Mengganggu guru.

e) Mengotorkan kelas.

f) Tidak duduk setempat.

g) Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa buku,


tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-lain)

7 | Mukasurat
h) Membawa barang-barang larangan sekolah seperti telefon bimbit, alat
elektronik, alat muzik, cecair pemadam, mancis, pemetik api, cd, vcd dan
dvd, novel – rujuk pekeliling unit disiplin.

C115 i) Melakukan pembaziran air ataupun elektrik.

Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini.

SENARAI DENDAAN BAGI KESALAHAN KATEGORI C:


Dendaan bagi kategori ini bergantung kepada keputusan dan budibicara Guru
Disiplin sekolah berdasarkan panduan menangani salah laku disiplin murid
Kementerian Pelajaran Malaysia.

1. Amaran lisan dan direkod sebagai kesalahan kali pertama.

2. Amaran lisan dan direkod sebagai kesalahan kali kedua.

3. Amaran direkod dan diberi 5 mata demerit (kesalahan kali ketiga)

4. Rujuk dendaan Kategori B bagi kesalahan kali keempat.

5. Barangan berharga yang dirampas akan dipulangkan pada akhir


tahun pembelajaran (kad sim dipulangkan).

6. Lain-lain dendaan yang sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

8 | Mukasurat

You might also like