Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Yang dihormati tuan Pengerusi Majlis, Yang Arif panel hakim, dif-dif kehormat, rakan-rakan

pelajar, dan hadirin sekalian, assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri kerana menganjurkan
pertandingan syarahan peringkat kebangsaan ini bersempena dengan Hari Kanak-kanak sedunia.
Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Punca-punca dan Cara Mengatasi
Kes Penderaan Kanak-kanak”.

Hadirin sekalian,

Penderaan kanak-kanak kini tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di negara kita kerana
telah menjadi sesuatu perkara yang biasa di negara kita.Penderaan kanak-kanak ditakrifkan kepada
mereka yang berusia 18 tahun ke bawah.Penderaan kanak-kanak bukan sahaja penderaan melalui
fizikal,tetapi terdapat beberapa jenis bentuk penderaan kanak-kanak.Antara jenis-jenis penderaan
kanak-kanak ialah penderaan fizikal,penderaan seksual,penderaan emosi,pengabaian terhadap
kanak-kanak,termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.

Antara punca-punca kes penderaan kanak-kanak biasanya berlaku ialah disebabkan


masalah kewagan.Ibu bapa yang mengalami masalah kewangan disebabkan kos hidup yang tinggi
akan mengalami tekanan emosi akibat masalah tersebut sehingga melepaskan emosi kepadan anak-
anak mereka .Sebagai contoh, ibu bapa yang mengalami masalah kewangan tidak dapat mengawal
perasaan marah dan emosi mereka sehingga melepaskan emosi dan perasaan marah mereka dengan
cara yang salah iaitu dengan mendera atau memarahi anak-anak mereka.Kesannya,anak-anak yang
tidak bersalah menjadi korban terhadap kes penderaan ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Tekanan di tempat kerja juga,merupakan punca-punca berlakunya kes penderaan kanak-


kanak.Hal dikatakan demikian kerana,ibu bapa yang bekerja yang mengalami tekanan yang cukup
tinggi daripada majikan mereka akan mengalami tekanan emosi yang menjadi permulaan yang
menjerumus kepada kes penderaan kanak-kanak.Sebagai contoh,ibu bapa yang pulang ke rumah
setelah penat bekerja dan terpaksa melayan kemahuan anak-anak akan menyebabkan ibu bapa
mengalami tekanan emosi,ibu bapa yang tidak berfikir matang pasti melepaskan kemarahan dan
tekanan mereka kepada anak-anak mereka.Sudah terang lagi bersulu,tekanak emosi ibu bapa yang
tidak terkawal disebabkan tekanan yang tinggi di tempat kerja akan mengakibatkan kanak-kanak
menjadi mangsa penderaan.

Selain itu, kekurangan pendidikan agama dan moral dalam kalangan ibu bapa juga
merupakan punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak.Ilmu agama merupakan tunggak utama
yang menjamin keutuhan dan perpaduan seseubuah institusi keluarga.Setiap agama mengajarkan
dan memberikan panduan terbaik dalam menguruskan keluarga dan mewujudkan keluarga
bahagia.Ibu bapa yang tidak mempelajari dan mempraktikkan ajaran agama akan muda naik angin
dengan kesalahan-kesalahan kecil yang dilakukkan anak-anak sehingga menghukum anak-anak
dengan cara yang salah.Penghayatan ajaran agama yang tidak mantap akan menyebabkan ibu bapa
tidak dapat mendidik anak-anak dengan baik dan ibu bapa tidak dapat berfikir dengan baik sewaktu
melakukan sesuatu kepada anak-anak.Sebagai contoh,ibu bapa tidak berasa bahawa perbuatan
mendera anak-anak yang mereka lakukan adalah salah kerana kurangnya penghayatan
agama,sehingga ibu bapa tidak tahu perkara yang mereka lakukan adalah benar atau salah disisih
undang-undang dan agama.
Hadirin yang dihormati,

Penderaan kanak-kanak adalah perbuatan kejam dan tidak sepatutnya dilakukan.Oleh itu
Langkah-langkah untuku mengatasi masalah kes penderaan kanak-kanak harus dilakukan.Antara
cara-cara mengatasi kes penderaan kanak-kanak ialah mengadakan kelas bimbingan kepada ibu
bapa atau pasangan mudah.Kelas bimbingan tentang menguruskan keluarga dengan baik dapat
mengelakkan berlakunya konflik antara keluarga dan mengelakkan berlakunya penderaan kanak-
kanak.Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya kelas bimbingan pasangan mudah
terutamanya dapat mempelajari ilmu rumah tangga dengan lebih mendalam dan dapat melahirkan
keluarga bahagia.Kesanya konflik antara suami isteri dan kes penderaan kanak-kanak dapat
dielakkan.

Disamping itu,penguatkuasaan undang-undang terhadap individu yang mendera anak-


anak perlu dikuatkuasakan dengan lebih ketat.Hal ini demekian kerana,kes penderaan kanak-kanak
semakin berluasa kerana idividu yang melakukan penderaan kanak-kanak sudah tidak takut
melakukan perbuatan tersebut disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang semakin tidak
ketak.Oleh itu,pihak yang bertanggungjawab haruslah meningkatkan hukuman dan melakukan
Tindakan yang segera kepada individu-individu yang melakukan penderaan kanak-kanak agar kes
penderaan kanak-kanak dapat dikurangkan dan secara perlahan dapat dihapuskan.

Sebagai kesimpulan,orang ramai haruslah menganggap serius tentang kes penderaan


kanak-kanak yang semakin berluasa agar perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini dapat
dikurangkan dan dielakkan.Oleh itu,setiap pihak haruslah bekerjasama mencari cara dan mengatasi
masalah kes penderaan kanak-kanak.

Sekian terima kasih,

You might also like