Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

TERAPI SOSIAL (WAYANG)


PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK LANCHANG

TARIKH:
06 JULAI 2022 (RABU)

TEMPAT:
GSC STARMALL
28400 MENTAKAB PAHANG
1. PENGENALAN

Program Menonton Wayang ini merupakan aktiviti dalam Tahunan Pendidikan Khas.
Program ini tercetus hasil perkongsian idea dengan guru-guru yang berpengalaman dan
permintaan ibu bapa murid Pendidikan Khas. Sehubungan itu, usaha ini dilaksanakan sebagai
wadah dalam aktiviti pemupukan, pengayaan dan pengembangan budaya seni dalam diri individu
murid khas berdasarkan penyertaan murid-murid dalam program terapi wayang ini.

Secara tidak langsung, program ini dapat meningkatkan aspek budaya seni dalam diri
murid-murid. Diharapkan program menonton wayang ini dapat memberi impak yang positif
kepada murid-murid Pendidikan Khas sebagai akses kepada pemerolehan ilmu yang menjadi
prasyarat bagi kelayakan taraf pendidikan dan tidak disterotaipkan sebagai murid buta huruf dan
buta seni budaya bangsa.

2. MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Memperkasakan aspek kognitif dan pengamatan murid melalui Pembelajaran tidak
formal.
2.2 Memberi peluang, penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dalam
mengembangkan potensi diri, bakat, minat dan kebolehan mereka.
2.3 Mendedahkan murid dengan persekitaran dan menyesuaikan diri dengan masyarakat.
2.4 Meningkatan kemahiran berbahasa, komunikasi, pengamatan dan sosial iaitu,
mendengar, bertutur dan menganalisis melalui tayangan wayang.
2.5 Menarik penyertaan murid dalam aktiviti seni
2.6 Merangsang minat murid bertutur dan mendalami ilmu pengetahuan tentang seni.

3. TARIKH
06 Julai 2022

4. TEMPAT
GSC Starmall, Mentakab

5. PENYERTAAN (LAMPIRAN A)
5.1 18 orang murid PPKI SMK Lanchang.
5.2 4 orang guru PPKI SMK Lanchang.
5.3 2 orang Pembantu Pengurusan Murid PPKI SMK Lanchang.
6. JAWATANKUASA

Jawatankuasa Pengangkutan Pn. Aida binti Abd. Rahman

En. Syaiful Nizam bin Khirudin

Jawatankuasa Makanan Dan Pn. Farah Syaiha binti Akhbar


Minuman

Jawatankuasa Dokumentasi Pn. Nurul Syazwani Binti Che Kob

Jawatankuasa Keselamatan / Pn. Siti Nordilawati Binti Omar


Pertolongan Cemas

Jawatankuasa Kebersihan Pn. Masara Binti Sarif

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

7.1 TIKET MASUK


BIL PERKARA KUANTITI KOS JUMLAH
1. Tiket Wayang 24 orang RM 10 x 24 orang RM 240.00
2 Makan minum 24 orang RM 8 x 24 orang RM 192.00
JUMLAH RM 432.00

8.TENTATIF PROGRAM

MASA PERJALANAN AKTIVITI

07.30am – 08.15am Berkumpul di kelas PPKI SMK Lanchang

08.00am – 08.30am Taklimat ringkas

08.30am – 09.00am Sarapan di SMK Lanchang

09.00am – 09.30am Bertolak ke Starmall Mentakab

10.00am – 12.00pm Terapi Wayang bermula

12.00 pm Bertolak pulang ke SMK Lanchang


9. PENUTUP

Diharapkan dengan berjalannya program lawatan sambil belajar ini akan dapat membuka
minda murid-murid dan mewujudkan kesungguhan dan tumpuan dalam diri guru-guru bagi
melaksanakan aktiviti agar dapat memberikan satu inspirasi dan semangat kepada murid-murid
bermasalah pembelajaran supaya bersemangat dan bersikap proaktif sejajar dengan prinsip-
prinsip dalam bidang pendidikan
Semoga perjalanan program ini berjalan dengan lancar dan dapat membantu murid-murid
dapat mencapai objektif yang telah digariskan.

Disediakan oleh :

…………………………………..
(AIDA BINTI ABD. RAHMAN)
Setiausaha,
SMK Lanchang,
28500 Lanchang,
Pahang.

Disahkan oleh :

………………………..
(ZALILAH BINTI ZAINUDIN)
Pengetua,
SMK Lanchang,
28500 Lanchang,
Pahang.

You might also like