Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0  PENGENALAN

       Kanak-kanak berpendidikan khas atau Murid Berkeperluan Khas (MBK) merupakan
golongan kanak-kanak yang mempunyai kekurangan daripada kanak-kanak biasa dari
fizikal ataupun mental. Kumpulan ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana
sebahagian mereka kurang kemampuan mengendalikan kehidupan sendiri. Mereka perlu
diberikan kasih sayang oleh masyarakat dan keluarga dengan sepenuhnya. Mereka juga
diasingkan daripada kanak-kanak biasa apabila belajar kerana mereka tidak
berkeupayaan untuk mengikut status pembelajaran murid-murid seperti biasa. 

        Menurut Mohd Zuri Ghani (2011), pendidikan khas ialah satu program yang
dibentuk untuk memenuhi keperluan pendidikan murid-murid yang berkeperluan khas.
Pendidikan khas juga merujuk pada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi,
kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid kerana mereka tidak berupaya untuk
mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.

       Pelbagai terapi yang telah dirancang dan diaturkan untuk membantu kanak-kanak
berpendidikan khas ini dapat lebih menguruskan kehidupan mereka sendiri dan
mempunyai kejayaan seperti orang biasa. Terapi-terapi ini berperanan
mengembangkan domain kognitif, emosi, sosial dan psikomotor kanak-kanak tersebut
dan dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian. Di sekolah guru- guru akan
membantu memberikan terapi kepada murid dalam bentuk asas bantuan sokongan dan
intervensi.

Berdasarkan keperluan murid, intervensi akan dijalankan supaya dapat


membantu murid meningkatkan potensi diri. Di Pendidikan Khas Integrasi intervensi
akan dijalankan selepas murid melalui saringan LINUS Pendidikan Khas. Aktiviti
intervensi domain boleh dijalankan pada waktu PdPc secara gabungjalin dalam setiap
mata pelajaran atau aktiviti dalam projek khas. Aktiviti sokongan dengan jelas dalam
perancangan intervensi dan dilaksanakan semasa proses PdPc ataupun semasa aktiviti
projek khas. Contoh aktiviti sokongan dalam intervensi domain ialah aktiviti dengan
bantuan muzik, bantuan haiwan seperti kuda, aktiviti di air seperti berenang, memanah
dan sebagainya.

2.0  TAJUK 
Program Pengembaraan Linus Domain Dan Bantuan Sokongan (Terapi) Untuk PPKI SK.
Tunku Munawir.

3.0  DIKELOLAKAN OLEH
PPKI SK. Tunku Munawir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

2
4.0  ASAS PERTIMBANGAN
Program ini bertujuan untuk membantu MBK PPKI SK. Tunku Munawir mengatasi
kekeliruan serta mengawal emosi dan tekanan dalam menghadapi proses pengajaran
dan pembelajaran dalam kehidupan seharian. Program ini dijalankan dengan harapan
dapat menpengaruhi diri MBK mengembangkan potensi diri selain dapat
mengembangkan kemampuan psikomotor dan memberikan impak positif dalam domain
tingkahlaku dan sosioemosi.

5.0  RASIONAL
        Terapi atau asas bantuan sokongan dalam pendidikan khas merupakan salah satu
kaedah dalam pendidikan khas yang dapat membantu murid-murid berkeperluan khas
mencapai perkembangan yang memuaskan. Murid-murid yang berkeperluan khas ini
mempunyai kekurangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial
atau psikomotor jika berbanding dengan kanak-kanak yang biasa. Terapi ini
menyebabkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dapat melahirkan isi hati
mereka sendiri melalui idea serta penglibatan mereka dalam aktiviti yang disediakan.
       Selain itu juga dapat menyelesaikan konflik emosi yang dialami oleh kanak-kanak
pendidikan khas serta meningkatkan kesedaran dan semangat kendiri dalam diri setiap
murid pendidikan khas.
       
6.0  OBJEKTIF
6.1  Memberikan bantuan sokongan kepada murid berkeperluan khas.
6.2  Aktiviti intervensi LINUS untuk murid berkeperluan khas; domain kognitif, bahasa dan
komunikasi, sosioemosi, tingkahlaku, motor halus dan motor kasar.
6.3  Membina jalinan kasih sayang antara murid dengan guru, antara murid dengan
pembantu murid, dan antara murid dengan murid.
6.4 Memupuk semangat patriotisma dikalangan murid- murid PPKI SKTM.

7.0  KUMPULAN SASARAN
BIL PERKARA JUMLAH
.
1 Murid-murid PPKI SK. Tunku Munawir 17 orang
2 Guru pendidikan khas 6 orang
3 Pembantu guru 2 orang
JUMLAH 25 orang

8.0  TARIKH DAN HARI


27 hingga 30 Ogos 2018 ( Isnin hingga Khamis)

9.0  TEMPAT
PPKI SK. Tunku Munawir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

3
10.0      JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Hjh Noor Fadilah binti Mohd Yasin – Guru Besar


Pengerusi : Pn. Ramlah binti Kamazan – Penyelaras PPKI
Naib Pengerusi : Pn. Julia binti Othman – GPK 1
En. Mohd Sabirin bin Abdullah – GPK HEM
En. Mazafar bin Mansor – GPK Kokurikulum
Penyelaras Program : Pn. Kartini Binti Abidin
Bendahari : Pn. Safwah Binti Abu Samah

AJK PELAKSANA
AJK Buku Program : Pn. Kartini Binti Abidin
AJK Hadiah : Pn. Ruslina Binti Zainudin
AJK Dokumentasi : En. Mohd Noorkamarul bin Mohd Zulkifli
AJK PA Sistem : En. Zulkarnine bin Md Deany

AJK Persiapan : Pn. Siti Suhaila binti Md. Din


Tempat Pn. Siti Fazila binti Mohd Fadzil

11.0 TENTATIF
Rujuk lampiran A.

12.0 PERBELANJAAN
Rujuk lampiran A.

13. PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang positif dan mencapai objektif yang
telah digariskan kepada murid- murid PPKI SK. Tunku Munawir, Kuala Pilah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

4
…………………………………………………………………. ………………………………………………………………
KARTINI BINTI ABIDIN
Penyelaras Program Pengembaraan LINUS
Domain dan Bantuan Sokongan (Terapi)
PPKI SK.Tunku Munawir
Kuala Pilah
Negeri Sembilan

You might also like