Contoh Laporan Webinar

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK SUNGAI BESAR

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORAN E-PEMBELAJARAN WEBINAR (WEB SEMINAR)

1. NAMA GURU: SITI NURUL ASHIKIN BT MOHAMAD NASIR


2.TAJUK : WACANA ILMU KPM “Cikgu Jom Sambung Belajar”
3. PENGANJUR: Bahagian Profesionalisme 4. TARIKH SIARAN : 7 Januari 2022
Guru dan Bahagian Tajaan Pendidikan
5.ULASAN VIDEO:
KPM telah menawarkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) separa biasiswa untuk mengikuti
pengajian peringkat sarjana dan PHD secara separuh masa bagi pegawai pendidikan pengajian
tinggi (PPP). Guru-guru digalakkan meningkatkan kompetensi dan menambah amalan mendidik.
Pihak KPM telah membuka permohonan pada 24/12/2021 sehingga 29/1/2022.
Syarat-syarat permohonan:
1) PPP mempunyai ijazah pertama
2) Merupakan warganegara Malaysia
3) Jenis pengajian : HLP sepenuh masa / HLPS sepenuh masa
4) Pegawai mestilah berumur tidak lebih daripada 45 tahun bagi pengajian peringkat
kedoktoran (Ph.D) dan 50 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana.
5) Berkhidmat secara tetap dan disahkan dalam skim perkhidmatan terkini
6) Purata PBPPP 85% ke atas bagi 3 tahun berturut-turut
7) Mendapat sokongan daripada ketua jabatan
8) Bebas dan bersih daripada pertuduhan / tindakan tatatertib dan kes mahkamah
9) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh cuti belajar
10) Bebas daripada senarai hitam (pinjaman bank)
11) Pegawai telah diluluskan permohonan cuti belajar

Program HLP ini ditawarkan kepada PPP gred 41 dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di
peringkat Sarjana dan Ph.D. Bagi pegawai dibawah kumpulan sokongan, program yang
ditawarkan pada masa ini adalah tawaran Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) Tanpa
Biasiswa. Bidang yang ditawarkan dalam peringkat sarjana dan PHD:

1) Kejuruteraan Awam
2) Kejuruteraan Mekanikal
3) Kejuruteraan Elektrik
4) Teknologi Maklumat
5) Teknologi Makanan
6) Rekabentuk dan Komunikasi Visual & Multimedia
7) Hospitaliti
8) Perdagangan
9) Pendidikan

Calon tidak wajib menduduki ujian TOEFL atau IELTS lagi ketika permohonan program HLP ini
tetapi calon hendaklah lulus ujian Bahasa Inggeris dengan skor minimum sebelum memulakan
pengajian. Penerima elaun & kemudahan akan dimaklumkan di dalam surat tawaran.

KPM juga menawarkan Program Ijazah Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) [SPADA]
kepada guru-guru kaunseling bertujuan melahirkan guru terlatih dan berkepakaran menangani
pelajar bermasalah dengan dadah. Kursus ini akan dikendalikan oleh Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM)  secara
sepenuh masa. PPP yang berminat untuk menyambung pengajian perlu membuat kajian tentang
bidang yang ditawarkan sebelum membuat pilih dan sentiasa bersedia dengan cabaran yang
bakal dihadapi semasa menyambung pengajian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................................... ......................................................
(SITI NURUL ASHIKIN BT MOHAMAD NASIR)

You might also like