Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 66

[2023]

PANDUAN ASAS
MEMOHON SIJIL
HALAL JAKIM
PRODUK & PREMIS MAKANAN
KATA ALUAN

"Panduan eBook ini di hasilkan oleh Team Jom Mohon Halal


sebagai panduan kepada Usahawan industri F&B (Food &
Beverages) untuk mengetahui asas halal. Usaha ini, sedikit-
sebanyak dapat membuka minda usahawan untuk memohon
Pensijilan Halal Malaysia memudahkan proses dan
menggalakkan membuat permohonan pensijilan halal
sendiri."
Certified Halal Internal Auditor
Certified Halal Executives
Certified Coach
LATAR
BELAKANG
Menurut HDC, lebih 200,000 produk IKS
yang berpotensi mendapatkan halal tetapi
hanya 3% sahaja yang memohon dan di
iktiraf halal. Ini merupakan data pada
2019.

Ini adalah angka yang mengejutkan. Apa


yang menyebabkan usahawan tidak mahu
memohon pensijilan halal sedangkan
pasaran halal global bernilai Triliun USD?

Panduan ini akan menekankan manfaat


daripada pensijilan halal Malaysia, asas
skim pensijilan halal Malaysia, kos yang
terlibat dan proses yang berkaitan dalam
permohonan pensijilan halal.

Semoga dengan usaha ini, kita akan dapat


melihat peningkatan penglibatan
usahawan IKS dalam pasaran halal
Malaysia dan Global tahun demi tahun.
Hak Cipta Terpelihara

Ebook ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman team syarikat yang


terlibat secara langsung sebagai perunding & penyedia latihan sejak
2009.

PERHATIAN:

Tidak dibenarkan sama sekali untuk menyalin semula ebook ini dan
mengedarkannya secara percuma atau berbayar kepada sesiapa dalam
apa cara sekalipun sama ada secara bercetak, digital/elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman selain mendapat izin bertulis daripada
pihak penerbit.

Penerbit berusaha sedaya upaya memastikan buku yang diterbitkan


mengandungi maklumat yang tepat, terkini dan berautoriti daripada
segi subjek yang di bincangkan.

Penerbit dan buku ini tidak boleh di anggap memberikan khidmat


perundingan, perakaunan atau khidmat profesional yang lain kepada
pembaca.

Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat


dan khidmat profesional daripada individu yang berkelayakan dengan
menggunakan saluran yang betul.

Diterbitkan Oleh: Al Barakah Training Solution Sdn Bhd (2021)


ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
1
PART

Pengertian halal, latarbelakang halal &


kepentingan halal kepada pengguna muslim.

PASARAN HALAL
2
PART

Mengapa halal ini penting , berpotensi dan


peluang kepada Industri F&B di Malaysia.

SKIM HALAL MALAYSIA


3
PART

Apa yang perlu anda tahu tentang Skim Pensijilan


Halal Malaysia?

KOS PENSIJILAN HALAL


4
PART

Berapa kos yang terlibat dalam mendapatkan


pensijilan Halal Malaysia?

CARA MEMOHON HALAL


5
PART

Bagaimana cara memohon Halal? Apakan proses


yang terlibat dan komponen dalam halal?
[1] PENGENALAN
PENGENALAN
Apakah Itu Halal? Oleh yang demikian, konsep
Halal & Toyyiban yang di bawa
oleh skim pensijilan halal
Halal merupakan istilah di dalam
Malaysia bermaksud segala
bahasa arab yang bermaksud
produk yang telah di iktiraf halal
“Di benarkan” atau “Di
mempunyai “KUALITI YANG
bolehkan“.
TINGGI“
Makanan Halal bermaksud
makanan yang di bolehkan
makan oleh orang islam.

Toyyiban bermaksud “Baik” dalam


bahasa arab.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 7
"
" Wahai sekalian manusia!
makanlah dari apa yang ada
dibumi yang halal lagi baik; dan
janganlah kamu ikut jejak
langkah syaitan kerana
sesungguhnya syaitan itu ialah
musuh yang terang nyata bagi
kamu. "
~
Al-Quran: Al-Baqarah 168

Oleh di sebab kan ini, adalah wajib bagi


orang yang beragama Islam untuk
mencari yang halal sahaja.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 8
SEJARAH HALAL DI MALAYSIA
Penglibatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam
memberi pengesahan status halal kepada produk makanan dan
barangan gunaan Islam di negara ini bermula pada tahun 1974 apabila
Pusat Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
memberi surat pengesahan halal kepada produk-produk yang
memenuhi kehendak syarak.

Bermula pada tahun 1994 pengesahan halal diberi dalam bentuk sijil
pengesahan beserta logo halal dan mulai 30 September 1998
pemeriksaan halal dilaksanakan oleh Syarikat Ilham Daya iaitu sebuah
syarikat yang dilantik oleh kerajaan.

Pada 1 September 2002, kerajaan telah memutuskan bahawa semua


urusan pengesahan halal dilaksanakan sepenuhnya oleh JAKIM melalui
Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam yang mempunyai
hanya 28 jawatan.

Dengan perkembangan pesat industri makanan di negara ini dan


keperluan semasa umat Islam, maka pada 17 November 2005 Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan sebanyak 165
perjawatan pelbagai skim dan gred dengan nama baru Bahagian Hab
Halal.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 9
KEPENTINGAN
PENSIJILAN HALAL
Seiring dengan perkembangan teknologi dan sains dalam industri
pembuatan makanan, semakin perlunya sistem kawalan untuk
memastikan produk makanan selamat dan halal. Sijil halal:

Memastikan sumber mentah Memastikan pengendalian


makanan adalah dari sumber produk adalah dalam
yang halal menurut garis keadaan yang bersih dan
panduan yang di tetapkan terjamin menurut Amalan
oleh Islam. Pengilangan yang Baik.

Mengawal-selia peniaga dari Memastikan rantaian halal


membuat perakuan / Self- (Halal supply Chain) terjamin
Claim halal sedangkan agar produk terjamin halal
produk yang di hasilkan dari sumber mentah ke
belum tentu di sahkan halal. pengguna (Farm-To-Fork)

Menjamin produk atau Mengawal dan mengasingkan


jenama yang telah di sahkan produk luar negara yang
halal adalah selamat untuk di halal dan tidak halal dengan
gunakan oleh orang Islam sistem pensijilan agar ia
kerana telah memenuhi mudah di kenalpasti oleh
standard Halal yang tinggi. pengguna.

Kesemua ini adalah untuk mencapai satu tujuan penting iaitu


MELINDUNGI pengguna Islam dari menggunakan produk yang tidak
halal.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 10
FROM FARM TO
FORK
Penting untuk memastikan rantaian
makanan (supply chain) dari sumber kepada
pengguna bebas dari sebarang bahaya dari
aspek keselamatan makanan (Food safety)
dan Halal.

arm
F

mers tics
su gis
n

Lo
Co

JK
M
P

ilers turer
ta fac
u
Re

Man

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 11
LOGO HALAL
MALAYSIA
Di Malaysia, hanya 1 logo halal sahaja yang di gunakan dan sah di pakai.
Perlu di ketahui ramai individu yang tidak bertanggungjawab
menggunakan logo halal buatan sendiri untuk mengelirukan pengguna
dan menjana keuntungan tanpa peduli hak pengguna.

Oleh sebab itu, JAKIM telah menjelaskan ciri-ciri yang terdapat pada logo
halal yang asli.

Bintang berbucu 8 di Perkataan "MALAYSIA"


tengah bulatan Dalam bulatan
2 Bintang kecil
berbucu 5 bagi
Perkataan "halal" dalam
memisahkan
bahasa arab di tengah
perkataan "Malaysia"
bulatan
rumi dan arab.

Tulisan "HALAL"
Contoh Nombor
dalam rumi di
Standard yang di pakai.
tengah.

Tulisan "Malaysia"
dalam bahasa MS1500
Arab. 1 200-5/2006
Nombor rujukan
permohonan Halal

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 12
[2] PASARAN HALAL
JOM MOHON HALAL

IMPAK LOGO
HALAL KEPADA
JENAMA
Logo halal adalah bersifat
"Sukarela" dan tidak wajib. Namun
begitu ia mempunyai nilai yang
tinggi kerana mampu memberi
kepercayaan kepada pengguna
bahawa produk jenama halal telah
menjalani proses pengesahan yang
ketat sehingga ia DI JAMIN halal
oleh JAKIM.
PASARAN HALAL
GLOBAL
Nilai Pasaran
Nilai pasaran halal global bagi Nilai Pasaran Malaysia
sektor makanan sahaja di Menurut Halal Development
jangkakan $USD 2.6 Triliun pada Corporation (HDC), pasaran halal
tahun 2023. di Malaysia pada tahun 2025 di
jangkan akan mencapai nilai RM
Ini di sebabkan pengguna 614.36 Bilion.
muslim di seluruh dunia
meningkat naik setiap tahun dan Dan sebanyak 70% daripada nilai
mereka mulai peka akan pasaran tersebut disumbangkan
kepentingan halal. oleh sektor makanan.

Sangat rugi jika sesuatu bisnes


makanan tidak ikut serta dalam
pasaran yang bernliai Triliun
$USD.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 15
20 SEBAB MENGAPA
USAHAWAN MAKANAN MESTI
DAPATAKAN SIJIL HALAL

Jenama yang mendapat pengiktirafan pensijilan Halal mempunyai


kelebihan (Advantage) berbanding produk nejama pesaing yang tidak
mempunyai pensijilan halal.

Berikut adalah 20 Advantage produk jenama yang mempunyai


pensijilan halal:

1 AKSES KEPADA PASARAN YANG LEBIH BESAR

Pensijilan halal membolehkan jenama anda memanfaatkan


pasaran pengguna Muslim yang luas, yang mempunyai jangkauan
global.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 16
2 PENINGKATAN KEPERCAYAAN PENGGUNA

Pensijilan halal menunjukkan bahawa jenama anda mematuhi


garis panduan dan standard kualiti yang ketat, yang membawa
kepada kepercayaan pengguna yang lebih tinggi.

Sekiranya ada 2 produk yang sama di tangan pelanggan, 94%


kajian mengatakan bahawa pengiktirafan seperti GMP, Halal dan
HACCP mempunyai pengaruh ke atas pelanggan untuk membuat
keputusan pembelian.

Pelanggan akan lebih cenderung untuk memilih jenama yang


mempunyai nilai tambah.

Mereka akan bandingkan mana yang lebih baik berdasarkan


pensijilan yang ada.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 17
3 REPUTASI JENAMA YANG DIPERTINGKATKAN

Mendapat pengiktirafan sijil Halal boleh meningkatkan reputasi


jenama anda sebagai satu yang di hormati dan memenuhi
keperluan budaya dan agama yang pelbagai.

Bagi jenama-jenama yang tidak pernah di dengar di pasaran,


pengguna akan lebih cenderung melihat lebih teliti tentang
kredibiliti jenama produk.

Buatan Mana? Jenama Kukuh? Ada website atau tidak? Ada


pensijilan Halal, MeSTI, GMP atau HACCP? Dikilangkan di mana?

Ini antara persoalan-persoalan yang bermain di fikiran pengguna


sebelum membuat keputusan untuk mencuba.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 18
4 KELEBIHAN DAYA SAING

Pensijilan Halal membezakan jenama anda daripada pesaing,


terutamanya dalam industri yang memerlukan pematuhan Halal,
seperti makanan, kosmetik dan farmaseutikal.

Terus-terang..

Berbisnes pada zaman sekarang sangat mencabar kerana


banyak pasaran yang dulunya tidak ramai yang berniaga
sekarang amat sukar untuk berniaga.

Terlalu ramai yang menjual produk yang sama!

Pasaran yang dulunya umpama lautan biru (Blue Ocean) kini


menjadi lautan merah berdarah (Red Ocean) disebabkan banyak
berlaku perang di antara pesaing termasuk perang harga dan
lain-lain.

Pensijilan dapat mebezakan produk anda dari pesaing yang lain.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 19
5 PENGIKTIRAFAN GLOBAL

Pensijilan halal dikenali dan diiktiraf di seluruh dunia,


membolehkan jenama anda berkembang di peringkat
antarabangsa dan mendapat pengiktirafan dalam pelbagai
pasaran.

Bukan sahaja itu, ada sesetengah negara meletakkan syarat


pensijilan halal sebagai WAJIB untuk memasarkan produk di
negara mereka.

Ini juga meletakkan pensijilan halal sebagai syarat untuk


mengeksport produk anda ke luar negara.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 20
6 KESETIAAN PENGGUNA

Pensijilan halal boleh memupuk kesetiaan di kalangan pengguna


Islam, yang sering memilih jenama yang selaras dengan nilai dan
keperluan pemakanan mereka.

Strategy mempupuk kesetian atau strategy pengekalan


pelanggan dalam bisnes adalah dengan memposisikan jenama
kita dengan mesra muslim dan halal.

Kerana kewajiban masyarakat beragama Islam untuk memilih


produk makanan yang halal sahaja, maka mereka akan
cenderung memilih produk yang ada logo halal.

Bukan sahaja mereka, tetapi mereka akan mempengaruh juga


keluarga dekat mereka dan juga kawan-kawan mereka.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 21
7 PENINGKATAN JUALAN DAN KEUNTUNGAN

Dengan mensasarkan segmen pengguna Muslim, jenama anda


boleh mengalami peningkatan dalam jualan, yang membawa
kepada peningkatan keuntungan perniagaan.

Ini merupakan matematik mudah.

Apabila pasaran semakin luas, sudah tentunya potensi jualan


akan bertambah dan ini akhirnya menghasilkan keuntungan
kepada perniagaan.

Potensi pasaran halal bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh


dunia - di mana sahaja ada masyarakat beragama islam, di situ
ada pasaran halal.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 22
8 KEPELBAGAIAN PASARAN

Pensijilan halal membolehkan jenama anda mempelbagaikan


asas pelanggannya, mengurangkan pergantungan pada
kumpulan pengguna tertentu.

Produk yang tidak mempunyai pengiktirafan halal tidak


mempunyai daya pengaruh keatas pengguna muslim.

Sebaliknya produk yang mempunyai pengiktirafan halal mampu


untuk mensasarkan kesemua segmen pelanggan berlainan
agama.

Ini sangat memberi kesan kepada perniagaan F&B di mana


pelanggan muslim lebih memilih restoran yang mempunyai
pengiktirafan halal berbanding yang tiada.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 23
9 MEMENUHI KEPERLUAN KHUSUS

Di tempat atau negara yang mempunyai peraturan khusus


tentang produk Halal, pensijilan memastikan pematuhan kepada
undang-undang dan piawaian tempatan.

Contohnya ada sesetengah tempat seperti Expo atau bazar yang


hanya membenarkan produk yang telah di iktiraf halal sahaja
dibenarkan masuk.

KLCC dan Genting highlands mewajibkan semua premis


makanan mempunyai pengiktirafan HACCP.

Putrajaya sebelum ini pernah merancang untuk menjadikan


Putrajaya sebuah bandar Halal pada tahun 2020.

Ini bererti semua restoran hendaklah dipersijilkan halal oleh


JAKIM.

Program inni tergendala di sebabkan pandemik COVID19.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 24
10 PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN YANG
DIPERTINGKATKAN

Pensijilan halal menggalakkan jenama melaksanakan amalan


rantaian bekalan yang lebih baik, yang membawa kepada
kebolehkesanan, kebersihan dan kawalan kualiti yang lebih baik.

Ini juga merupakan penting bagi pembekal produk makanan


untuk ketahui. Sekiranya anda ingin menjual produk anda ke
dalam syarikat yang mempunyai pensijilan halal, produk anda
juga mesti mempunyai pensijilan halal.

Ini bererti, sekiranya anda tidak mempunyai pensijilan halal,


pintu akan terbuka kepada pesaing anda untuk melintas anda.

Ini banyak terjadi di hotel di mana hotel akan lebih memilih


untuk menerima produk yang ada halal berbanding yang tiada
halal. Ini adalah syarat wajib halal.

Dan kebanyakan hotel mempunyai pengiktirafan halal.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 25
11 KUALITI PRODUK YANG DIPERTINGKATKAN

Pensijilan halal menggalakkan pematuhan kepada langkah


kawalan kualiti yang ketat, menghasilkan kualiti dan keselamatan
produk yang lebih baik.

Ini adalah kerana pensijilan halal melihat kepada dua aspek


iaitu:

Halal sumber bahan dan proses


Keselamatan makanan (Food Safety)

Dengan adanya sistem jaminan halal, kualiti produk juga


terjamin halal dan juga selamat berkualiti untuk di nikmati.

Oleh sebab ini logo halal diterima baik di negara eropah bukan
sebab elemen halal tetapi elemen kebersihan dan kualiti produk
makanan.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 26
12 PENINGKATAN KETERLIHATAN PRODUK (BRAND
VISIBILITY)

Sebagai produk jenama yang di iktiraf Halal oleh JAKIM, anda


mempunyai akses kepada program dan acara tahunan sebagai
media pemasaran yang berkesan menjadikan produk anda lebih
di lihat oleh pelanggan.

Di malaysia sahaja terdapat banyak expo halal yang di


khususkan kepada produk makanan halal sahaja seperti:

Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)


Halal Festival (HALFEST)
Malaysia Halal Expo
Penang International Halal Expo & Conference
Selangor International Halal Convention (SELHAC)

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 27
13 AKSES KEPADA PASARAN PELANCONGAN HALAL

Pensijilan Halal boleh menarik pelancong Muslim yang mencari


produk dan perkhidmatan yang disahkan Halal semasa percutian
mereka.

Malaysia merupakan antara destinasi pilihan pelancong


beragama islam seperti negara timur tengah adalah kerana
kemudahan mencari makanan halal.

Mereka akan memilih restoran yang mempunyai tanda halal


JAKIM yang mereka kenal.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 28
14 ACARA RASMI KERAJAAN

Acara rasmi kerajaan meletakkan syarat halal bagi penyedia


katering. Ini perlu terutama di Malaysia di mana majoriti adalah
beragama Islam.

Potensi jualan bagi penyedia katering akan meningkat naik


sekiranya ada sijil halal.

Hotel akan mendapatkan pengiktirafan halal untuk memastikan


hotel mereka di pilih untuk acara-acara dari kerajaan
memandangkan halal merupakan syarat wajib.

Syarikat penyedia katering wajib mempunyai pensijilan halal


sekiranya ingin menyediakan perkhidmatan penyediaan
makanan kepada badan kerajaan.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 29
15 ACARA RASMI SYARIKAT KOPERAT

Syarikat koperat kebanyakannya telah meletakkan Halal sebagai


syarat wajib bagi syarikat katering yang ingin berurusan dengan
mereka untuk menydiakan makanan bagi acara-acara seperti :

Sambutan Hari raya


Sambutan Tahun Baru Cina
Sambutan Deepavali
Sambutan Hari Natal

Bagi acara rasmi begini yang melibatkan kesemua kakitangan, ini


adalah polisi halal mereka memandangkan majoriti kakitangan
mereka adalah beragama islam.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 30
16 TENDER MENGENDALIKAN KANTIN

Sesetengah kilang atau agensi kerajaan yang mempunyai kantin,


mereka meletakkan syarat halal sebagai syarat utama bagi
sesiapa yang ingin mendapatkan tapak tersebut.

Syarikat yang memenangi tender hendaklah memastikan syaikat


mereka di iktiraf halal oleh JAKIM

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 31
17 PASARAN "FOOD DELIVERY"

Perkhidmatan penghantaran makanan seperti Food PAnda dan


Grab mempunyai ciri khas di mana mereka mempunyai kategori
khas makanan yang Halal.

Peluang besar bagi syarikat F&B untuk menyenaraikan produk


mereka di dalam kategori tersebut kerana hanya sedikit jenama
yang halal di dalam kategori tersebut.

Ini adalah advantage yang cukup besar kerana pengguna aplikasi


ini adalah jutaan ramainya di seluruh Malaysia.

Tambahan lagi kini Food panda memperkenalkan jenama baru


bagi penghantaran produk halal iaitu 'BEKAL' yang fungsi nya
hanya membekalkan makanan halal sahaja.
18 MEMUDAHKAN UNTUK PERMOHONAN SIJIL MESTI, GMP
DAN HACCP

Apabila syarikat telah berjaya mendapatkan pensijilan halal


daripada JAKIM, sebenarnya lebih mudah proses untuk
mendapatkan pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab
Industri (MeSTI).

Ini adalah kerana pensijilan MeSTI menitik-beratkan elemen


keselamatan makanan yang di dalam pensijilan halal juga
elemen tersebut telah diuruskan.

Ini memudahkan kerja-kerja permohonan pensijilan MeSTI


sebanyak 50% kerana kebanyakan rekod-rekod dan dokumen
sokongan telah tersedia.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 33
19 MEMUDAHKAN UNTUK MENDAPATKAN PINJAMAN
KEWANGAN

Di mata bank, syarikat yang mempunyai pengiktirafan pensijilan


adalah syarikat yang 'Established', mempunyai sistem yang stabil
dan berdaya saing dalam pasaran.

Ini adalah kerana, lazimnya perniagaan yang kecil tidak ada


pensijilan halal. Dan mereka juga memahami untuk
mendapatkan pensijilan halal, ia bukan sesuatu yang mudah.

Pinjaman kewangan akan lebih cenderung diberikan kepada


bisnes yang mempunyai pensijilan halal berbanding yang tidak
ada.

Sudah tentu banyak lagi faktor lain dalam menetukan lulus atau
tidak pinjaman, tetapi pensijilan halal adalah satu 'Advantage'

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 34
20 NILAI KOMERSIAL

Sungguhpun pensijilan halal adalah bersifat sukarela iaitu tidak


ada paksaan kepada perniagaan samada mohon atau tidak,
namun pensijilan halal tetap menjadi keutamaan dan pilihan
utama.

Tidak seperti pensijilan MeSTI, GMP dan HACCP oleh


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bersifat WAJIB,
tetapi tidak begitu mendapat sambutan.

Ini adalah kerana pengguna akan bertanya status halal produk


tetapi sangat jarang mereka bertanya status MeSTI, GMP dan
HACCP.

Betul kan?

Ini bermakna logo halal JAKIM mempunyai lebih besar nilai


komersial berbanding pensijilan lain.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 35
[3] SKIM HALAL
MALAYSIA
LOGO BERTARAF
DUNIA
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) kini diiktiraf sebagai badan
pensijilan halal bertaraf dunia
apabila memperoleh kelulusan
akreditasi ISO/IEC 17065 : 2012
9 SKIM HALAL
Produk Makanan & Produk Kosmetik
Minuman Bermaksud bahan dan sediaan yang
Bermaksud barang-barang yang dibuat untuk bersentuhan dengan
dibuat atau dihasilkan untuk manusia. pelbagai bahagian luaran badan

Produk Farmaseutikal Premis Makanan


Dalam bentuk dos siap termasuk Sebarang bangunan atau apa-apa
produk ubat-ubatan preskripsi dan struktur, kekal atau sebaliknya bagi
bukan preskripsi untuk kegunaan penyediaan, penyajian dan penjualan
manusia sebarang makanan

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 38
Pengilangan kontrak / Logistik
OEM Perkhidmatan pengangkutan
Pengilang yang mengeluarkan produk barangan dan/ atau perkhidmatan
secara OEM rantaian kargo atau penggudangan

Rumah Sembelihan Produk Barang Gunaan


Tempat atau premis untuk
Barang-barang bukan makanan dan
menyembelih dan memproses
minuman
binatang secara komersil.

Peranti Perubatan
Produk peranti perubatan yang berdaftar dengan
MDA, KKM meliputi apa-apa peralatan, radas,
perkakas, alat, implan, reagen atau kalibrator in
vitro, bahan atau barang lain seumpamanya.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 39
JAKIM PENGELUAR SIJIL
TUNGGAL DI MALAYSIA
Di Malaysia, tidak ada satu pun badan yang layak mengeluarkan
pengiktirafan halal melainkan JAKIM. JAIN & MAIS pula bertindak sebagai
mengurus dan memperoses permohonan pensijilan halal JAKIM.

PEMOHON MAIN / JAIN JAKIM SIJIL

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 40
Siapa yang layak
memohon halal?

PRODUK IKS/PKS

DAPUR HOTEL

RESTORAN

KILANG MAKANAN & MINUMAN

KIOSK / FOOD TRUCK

MEDAN SELERA

KANTIN SEKOLAH, PEJABAT

DAPUR HOSPITAL

LOGISTIK

GUDANG

UBATAN DLL.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 41
[4] KOS PENSIJILAN
HALAL
PREMIS KE ARAH
HALAL
Pelan susun atur premis hendaklah
di reka bentuk agar sebarang
kemungkinan untuk pencemaran
makanan yang mengakibaatkan
keselamatan makanan terancam
dapat di kurangkan sebaik mungkin.

Dalam aspek halal pula, ia harus di


reka agar tiada sebarang
pencemaran silang dengan produk
yang tidak halal berlaku sewaktu
operasi di jalankan.
FI PENSIJILAN HALAL
ASAS
Berikut merupakan kadar fi pensijilan halal Malaysia tidak termasu fi
pemperosesan yang baru berdasarkan garis panduan Manual
Permohonan Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) Domestik 2020.

Kadar Fi Pensijilan Produk dan Perkhidmatan Mengikut Kategori


Industri

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 44
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 45
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan (Hotel)

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 46
Kadar Fi Pensijilan Premis Makanan (Katering / Khidmat Penyajian
Makanan/ Dapur Pusat Konvensyen)

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 47
Kadar Fi Pensijilan Rumah Sembelihan

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 48
KOS LAIN

PEMPROSESAN

Setiap permohonan di bawah Pensijilan Halal Malaysia (Domestik)


hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua
Puluh (RM20.00) sahaja

PENAMBAHAN MENU

Setiap permohonan penambahan menu termasuklah menu promosi


bagi pemegang SPHM di bawah skim premis makanan hendaklah
dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus
(RM200.00) sahaja bagi tempoh dua (2) tahun

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 49
CETAKAN POSTER LOGO HALAL

Cetakan poster logo halal bagi pemegang SPHM skim premis


makanan hendaklah dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit
Malaysia Lima Puluh (RM50.00) sahaja bagi setiap keping poster.

CETAKAN SEMULA SIJIL

Setiap permohonan untuk mencetak semula SPHM hendaklah


dikenakan bayaran fi sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh
(RM50.00) sahaja bagi setiap keping sijil

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 18
[5] CARA MEMOHON
HALAL
FORMULA
3PDS™️
PENGURUSAN
HALAL
3 P D S ™️ F o r m u l a n i m e m u d a h k a n
pemohon halal untuk semak satu-
persatu elemen penting dalam
proses mohon sijil halal.

Mudah untuk permohonan ingat


elemen-elemen yang penting dan
dari sini juga terhasilnya senarai
semak permohonan halal.

ia juga boleh digunakan untuk


melaksanakan audit kendiri premis.
FASA PERMOHONAN
Sepanjang proses permohonan sijil halal baik baru ataupun
pembaharuan, pemohon akan melalui 4 fasa ini yang kebiasaannya
memakan masa dari 3 ~ 6 bulan.

PERSEDIAN & PERMOHONAN


Pemohon mesti faham syarat dan garis panduan yang

01 telah di tetapkan dan membuat persiapan premis &


dokumentasi. Persiapan premis diterangkan dengan
lebih terperinci di dalam Formula 3PDS™️Mukasurat
107 eBook Mohon Halal DIY

SEMAKAN
Setelah permohonan di hantar, pihak pengurusan
02 halal akan menyemak dan mengesahkan segala
butiran-butiran yang di nyatakan. Setelah berpuas
hati, mereka akan mengeluarkan surat caj.

AUDIT
Pegawai akan datang ke premis pemohon untuk
menyemak pemohon telah mematuhi syarat-syarat
03 yang telah di tetapkan dan mengesahkan status halal
bahan mentah yang di isytiharkan. Senarai Semak
audit diberikan di dalam Folder Template Halal yang
disertakan bersama eBook Digital Halal Mastery

KELULUSAN HALAL
Jawatankuasa yang memberi kelulusan akan
04 bermesyuarat untuk meluluskan/menggagalkan
permohonan berdasarkan pemerhatian yang telah di
jalankan semasa lawatan audit di tempat pemohon.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 53
TIMELINE
Tempoh permohonan PHM bergantung kepada banyak faktor yang
secara umumnya mengambil waktu dari 3~ 6 bulan.

1~4 Bulan
MULA

SI
EM n
PR iaa

SE

RA
IS

LE

PE
ed

2-

RO
ny

BE
Pe

3-
1-

2~3 Bulan
an r

an a
on ta

ME

on ul
oh an

oh -M
KU
rm 6-H

4
DO
5-

rm
pe

Pe

1~3 Bulan
TAMAT
t

sa t
di

lu ra
NC
au

n
lu ua
8-
7-

ke esy
m
9-

Proses penuh dan penerangan yang lebih terperinci berkaitan [1], [5] [6],
[7] ada dinyatakan di dalam eBook Digital Halal Mastery

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 54
PROSEDUR
Prosedur ini menjadi rujukan kepada bahagian pengurusan pensijilan
halal JAKIM sebagai carta alir permohonan pensijilan halal.
SENARAI SEMAK
PERMOHONAN
HALAL

UMUM
Profil syarikat

Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan

Bahan ramuan yang digunakan

Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan

Status halal bahan ramuan beserta sijil halal atau spesifikasi produk

bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan)

Jenis bahan pembungkusan

Proses dan prosedur pengeluaran

Lain-lain dokumen seperti MeSTI, GMP, HACCP, ISO, FSSC dan

sebagainya (Jika ada)

Peta lokasi premis / kilang.

Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan

Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh

dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 56
SENARAI SEMAK LENGKAP
COMPANY AUTHORITY
SCHEME PERSON IN CHARGE

1 LATARBELAKANG PERNIAGAAN

Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Salinan Lesen PBT yang terkini

Penyata Untung & Rugi Syarikat (PNL)

Peta lokasi Premis


Perakuan pendaftaran premis BKKM (FOSIM)

2 DOKUMEN KAKITANGAN

Senarai nama kakitangan

Salinan Sijil Kursus Pengendali Makanan

Salinan surat pengesahan suntikan tifoid yang sah


Salinan sijil kursus kesedaran halal (Halal Awareness)

Salinan surat perlantikan bekerja Executive Halal

Salinan surat perlantikan 2 orang pekerja Islam Malaysia.

3 PRODUK & BAHAN MENTAH

Senarai produk & Bahan mentah beserta sijil halal

Salinan sample artwork pembungkusan produk

Carta alir pemperosesan produk

Keputusan ujian makmal (Optional)

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 57
4 PREMIS

Lakaran Susunatur premis

Sumber Air / Spesifikasi Water Filter

Salinan laporan Kawalan Serangga

Mekanisma pembersihan premis

Cara pengasingan produk siap dan produk tidak siap

Salinan laporan Kawalan Serangga

5 HAS / IHCS

Penubuhan Jawatankuasa Halal Dalaman

Polisi Halal syarikat

Amalan halal yang baik organisasi

Standard Operating Precedure (SOP)

Latihan kesedaran & Kompetensi Halal

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 58
Belajar cara mohon halal sendiri...
Gunakan Kod VOUCHER25
untuk potongan RM25.

ANDA
MAMPU
membuat permohonan halal sendiri
Dapatkan Akses eBook Digital Halal Mastery
dan Kit Template Halal untuk permulaan
mendapatkan logo halal untuk bisnes anda.

Ini je panduan yang ada bila


google. Ikut panduan ini dan
tambah sikit lagi info beserta
tindakan alhamdulillah boleh
buat sendiri permohonan halal.
Nurul
SUMBER RUJUKAN
MPPHM (DOMESTIK) 2020
Garis panduan baru yang telah di kemaskini oleh
pihak JAKIM yang berkuatkuasa 1 Januari 2021

RUJUK

www.halal.gov.my

LAMAN WEB RASMI JAKIM


Hebahan & Maklumat terkini berkaitan
permohonan pensijilan halal Malaysia

LAWATI

www.halal.gov.my

HDC
HDC atau Halal Developement Corporation
mengeluarkan kenyataan bahawa 200,000 produk
IKS yang kurang dalam pasaran halal.

LAWATI

www.malaysiakini.com/news/504728

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 60
DIREKTORI
BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL NEGERI

Setiap permohonan pensijilan halal mestilah berurusan dengan bahagian pengurusan halal negeri masing-
masing.

WP PUTRAJAYA BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


WP KUALA LUMPUR
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
WP LABUAN
Aras 6 & 7, Blok D,
Kompleks Islam Putrajaya (KIP),
No. 3 Jalan Tun Abdul Razak,
Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.
Telefon : 03-8892 5000

SELANGOR BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Bangunan Sultan Idris Shah,
No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
Telefon : 03-5514 3600/3400/3724/3725/3684/3573/3724
email: norfarani@jais.gov.my

PENANG BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG
Lebuh Pantai, 10300 Pulau Pinang
Telefon : 04-684 7000
email: jheaipp@penang.gov.my

PERAK BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN AGAMA ISLAM PERAK (JAIP)
Bahagian Pengurusan Halal
No. 2A, Jalan Labrooy, Taman Pari,
30100 Ipoh, Perak.
Telefon : 05-5060450
email : halaljaipk@gmail.com

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 61
KEDAH BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI
KEDAH
BANGUNAN WAN MAT SAMAN, JALAN RAJA
05676 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN
Telefon : 04-7745515 / 5525
Emel : halalkedah@gmail.com

NEGERI SEMBILAN BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI
SEMBILAN (JHEAINS)
Tingkat 3, Jalan Yam Tuan, 70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Telefon : 06-7664221
email: asniza.ahmad@ns.gov.my

MELAKA BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA (JAIM)
No. 53-1, 55 Jalan Kpaa 2, Kompleks Perniagaan Al-Azim,
75150 Jalan Bukit Baru, Melaka
Telefon : 06-281 2635
email: jaim@melaka.gov.my

JOHOR BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,


JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (JAINJ)
Aras 1, Blok A, Pusat Islam Iskandar Johor, Jalan Masjid Abu
Bakar, Karung Berkunci 725, 80990 Johor Bahru, Johor.
Telefon : 07-2076360 / 07-2076361
email : jaj@johor.gov.my

PERLIS BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN HUB HALAL,


JABATAN HAL EHAL AGAMA ISLAM PERLIS (JAIPS)
Kompleks Islam, Persiaran Jubli Emas 01000 Kangar, Perlis
Telefon : 04 9794400
email : jaips@perlis.gov.my

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 62
KELANTAN BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL,
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM
KELANTAN (JAHEAIK)
Kompleks Islam Darulnaim,
Jalan Sultan Yahya Petra,15200, Kota Bharu, Kelantan
Telefon : 609- 744 3633 / 7446221
Emel : jaheaik@kelantan.gov.my

TERENGGANU BAHAGIAN HALAL,


JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU
(JHEAT)
Pusat Pentadbiran Islam,
Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamed,
20676 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.
Telefon : 6096252525
Emel : adminjheat@terengganu.gov.my

SABAH MUIS HALAL HAB (MHH)


MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)
Tingkat 5, Blok A, Wisma MUIS, Peti Surat 11666,
88818 Kota Kinabalu,
Sabah, MALAYSIA.
Telefon : 088-279100
Emel : muis@sabah.gov.my

SARAWAK UNIT PEMBANGUNAN HALAL,


JABATAN AGAMA ISLAM SARAWAK (JAIS)
Aras 14, Majma, Tuanku Abdul Halim Mu\'Adzam Shah
Lorong P.Ramlee Off Jalan P.Ramlee
93400 Kuching, Sarawak
Telefon : +6082 244525
email: kgjaishq@sarawak.gov.my

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 63
TERIMA
KASIH

w w w . j o mmo h o n h a l a l . c o m Page 64
www.jommohonhalal.com

You might also like