Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SMK MALIM, MELAKA

MINIT MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN HOKI ‘CHAMPION SCHOOL’


SUKAN PRESTASI TINGGI SEKOLAH (SPTS) PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN
2016

TARIKH : 28 September 2016


HARI : Rabu
MASA : 3.00 petang
TEMPAT : Pusat Sumber SMK Malim

KEHADIRAN:

1. En Jasni bin Hassan - Penyelaras


2. Pn. Hjh. Nor Fazilah binti Hj Ab Rahman - GPK KOKU SMK Malim
3. En. R.Manogaran A/L Ramasamu - Melaka Tengah
4. Tn. Hj. Kamis bin Muhid - Setiausaha
5. En. Md Isa bin Othman - SMK Ade Putra
6. En. Mohd Farid bin Azalli - SMK Selandar
7. En. Ahmad Fitri bin Lias - Pengurus Teknik
8. Pn. Malihah binti Mat Yusuf - SMK Malim
9. Tn. Hj. Azlan bin Mohd Yunus - SMK Malim
10. En. Ghazali bin Husain - SMK Iskandar Shah
11. Pn. Norazila binti Nordin - Naib Setiausaha
12. Pn. Rosni binti Selamon - SMK Sri Kota
13. En. Muhammad Naim bin Abdul Shukor - SMK Malim
14. En. Hasiran bin Lemat - SMK Malim
15. En. Ibrahim bin Taib - SMK Malim
16. En. Nor Muhammad Fadzil bin Othman - SMK Malim
17. Cik Siti Nor Azira binti Ibrahim - SMK Malim
18. En. Rosman bin Omar - SMK Malim
19. Pn. Koh Huey Ning - SMK Malim

TIDAK HADIR:
1. SMK Durian Tunggal

1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengerusi Majlis Pn. Hjh. Nor Fazilah bt. Hj. Ab Rahman menyampaikan salam
dari Pn. Pengetua Pn. Hjh. Rosni bt. Hj. Rusli yang tidak dapat hadir dalam
mesyuarat kerana terlibat dengan mesyuarat Post-Moterm Percubaan SPM 2016
pada hari dan masa yang sama.
Makluman : Semua

1.2 Pn. Hjh. Nor Fazilah mengucapkan terima kasih kerana diberi kepercayaan
kepada pihak sekolah SMK MALIM untuk menjadi pengelola bagi Kejohanan Hoki
Champion School SPTS Negeri Melaka 2016.
Makluman : Semua

1.3 Pn. Hjh. Nor Fazilah meminta ahli membincangkan tentang tarikh dan lokasi
kejohanan ditetapkan kerana terdapat cadangan yang diutarakan pada mesyuarat
yang lalu.
Tindakan: Semua

2.0 EN. JASNI (PENYELARAS)


2.1 En. Jasni mengucapkan terima kasih kepada pengurus pasukan kerana hadir
untuk mesyuarat khas pada hari ini untuk menetapkan tarikh dan tempat serta
beberapa hal lain yang berkaitan.
Makluman : Semua

2.2 En. Jasni menyatakan bahawa pihak kementerian telah menurunkan sejumlah
peruntukan sebanyak RM 5000 kepada Pusat Latihan Daerah (PLD) menjalankan
6 jenis permainan untuk dipertandingkan.
Makluman : Semua

2.3 Kejohanan Hoki (SPTS) melibatkan 6 PLD iaitu 3 PLD untuk Hoki Lelaki dan 3
PLD untuk Hoki Perempuan.
Makluman : Semua

2.4 En Jasni menyatakan bahawa matlamat kejohanan yang akan dilaksanakan


adalah untuk memberi pendedahan kepada para pemain PLD dan secara tidak
langsung menilai prestasi pemainan masing-masing.
Makluman : Semua
2
2.5 Cadangan tarikh kejohanan dan tempat kejohanan telah ditetapkan iaitu pada 20
Oktober 2016 di Stadium Hoki MBMB yang akan ditempah oleh Unit Sukan JPNM.

Tindakan : En Jasni, Unit Sukan JPNM

2.6 Mengikut tentatif program, kejohanan akan bermula pada jam 8.00 pagi dan
dijangka tamat pada tengahari.
Makluman : Semua

2.7 En Jasni meminta Jawatankuasa Pengelola menguruskan berkenaan makanan


dan minuman untuk pemain, pegawai dan pegadil pada hari kejohanan. Selain itu,
untuk bajet yang diperuntukkan, Penyelaras memberi keizinan sekolah pengelola
untuk menguruskan bajet yang diberi mengikut kesesuaian kejohanan.

Tindakan : Pengelola SMK Malim

2.8 En Jasni menetapkan untuk bayaran pengadil sebanyak RM60 untuk 1


perlawanan (2 Pengadil). Selain itu, sepanjang kejohanan tersebut memerlukan 4
orang pembantu teknik dan 6 orang urusetia yang terdiri daripada guru.

Tindakan : Pengelola SMK Malim

2.9 En Jasni memaklumkan bahawa Sekolah Sukan Negeri ada membuat


permohonan penyertaan tetapi keputusan sebulat suara tidak bersetuju.
Makluman : Semua

2.10 En Jasni menetapkan bahawa jumlah daftar pemain telah ditambah dari 12 orang
kepada 15 orang.
Makluman : Semua

2.11 Hadiah untuk pemain seramai 90 orang akan disediakan oleh unit sukan JPNM.
Manakala untuk tambahan hadiah tempat petama dan kedua setiap PLD telah
bersetuju membeli 4 biji buah hoki yang diambil dari peruntukan pembelian bola
latihan untuk dijadikan hadiah. Hasil perbincangan bersama juga, semua

3
bersetuju untuk memberi hadiah kepada Penjaga Gol Terbaik, Pemain Harapan
dan pemain Terbaik.
Makluman : Semua

2.12 Sijil untuk peserta dan petugas disediakan oleh unit sukan JPNM.

Tindakan: Unit Sukan JPNM

2.13 Penyelaras mencadangkan surat dihantar kepada Jabatan Kecemasan (Bomba


dan Penyelamat Negeri) untuk bantuan kecemasan dan diminta bersedia di
Stadium MBMB. Makanan dan minuman petugas disediakan.

Makluman : Semua
3.0 EN. FITRI (PENGURUS TEKNIK)

3.1 En Fitri mengingatkan bahawa bilangan pemain telah ditambah kepada15 orang
dan setiap sekolah mesti membawa first aid kit sendiri.

Makluman : Semua

3.2 Jadual perlawanan telah ditetapkan. Kejohanan akan bermula jam 8.30 pagi
untuk pelawanan pertama selama 40 minit. Jangkaan perlawanan kedua pada jam
9.30 pagi. Perlawanan dijangka tamat pada jam 11.30 pagi.

Makluman : Semua

3.3 En Fitri mengingatkan tentang borang pendaftaran yang perlu diisi nama pelajar.
Borang penyertaan perlu diemail kepada Setiausaha sekolah pengelola manakala
pada hari pertandingan juga perlu bawa bersama hard copy borang penyertaan.

Tindakan : Pengurus Pasukan

3.4 En Fitri memaklumkan bahawa perlawanan dijalankan secara liga. Pasukan yang
mendapat mata tertinggi akan dinobatkan juara. Jika mata pasukan sama,

4
jaringan terbanyak akan dikira juara. Manakala jika mata dan jaringan juga sama,
penalti SHOOT OUT akan dijalankan untuk menentukan juara.

Makluman : Semua

3.5 En Fitri mengingatkan bahawa membawa minuman dan bola hoki sendiri ketika
perlawanan. Manakala pengadil dan bib akan disediakan oleh sekolah pengelola.

Makluman : Semua

3.6 En Fitri mengingatkan lagi tentang tarikh kejohanan pada 20 oktober 2016 dan
pasukan sekolah mesti berada di Stadium MBMB pada jam 8.00 pagi.

Makluman : Semua

4.0 TN. HJ. KHAMIS (SETIAUSAHA)

4.1 Tn Hj Khamis mengutarakan tentang pembayaran pengadil dibuat mengunakan


cek.
Tindakan : Unit Sukan JPNM

4.2 Tindakbalas dari soalan Tn Hj Khamis, En Jasni menegaskan bahawa arahan dari
Unit Sukan JPNM supaya sekolah pengelola untuk menguruskan tunai kepada
pengadil dan juga bajet yang diberi mengikut kesesuaian kejohanan.

Tindakan : Sekolah Pegelola

5.0 PENUTUP
Mesyuarat ditangguhkkan pada jam 4.30 petang.

DISEDIAKAN OLEH, Disemak Oleh:

.................................................... ………………………………
PN. NORAZILA BINTI NORDIN PN. HJH. NOR FAZILAH BT. HJ AB RAHMAN
(Pen. Setiausaha) (GPK Kokurikulum)
5
Disahkan Oleh:

…………………………………
PN. HJH RUSNI BINTI RUSLI
Pengetua smk malim

You might also like