Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

BA-22NCvC-330-08/2021 Kand.

28
16/12/2022 13:58:21

DALAM MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM


DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN SIVIL NO.BA-22NCvC-330-08/2021

ANTARA

ALI RAMAN BIN BOHER


(NO. KP: 580429-10-6021)
[Berniaga di bawah nama dan gaya SENDI ENTERPRISE]
(No. Syarikat.: 00135616-H) ...PLAINTIF

DAN

SYARIKAT PERNIAGAAN PELADANG (MADA) SDN. BHD.

(No. Syarikat: 23635-H) …DEFENDAN

ALASAN PENGHAKIMAN

(Lampiran 15)

Pendahuluan

[1] Ini adalah permohonan Plaintif untuk memasukkan Penghakiman

Terus terhadap Defendan bagi hutang yang tidak berbayar daripada

perkhidmatan pembekalan benih padi Plaintif kepada Defendan di bawah

Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012).

1|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[2] Berdasarkan kertas kausa dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini

telah membenarkan Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan

setelah berpuashati bahawa Defendan gagal membangkitkan isu yang

perlu dibicarakan. Defendan tidak berpuashati dan membuat rayuan

terhadap keputusan Mahkamah ini.

Fakta kes

[3] Asas tuntutan Plaintif adalah perjanjian yang dipersetujui antara

Plaintif dan Defendan (melalui Pegawai-pegawai Defendan) untuk Plaintif

membekal dan menghantar benih-benih padi kepada Defendan dan

sebagai balasan Defendan akan membuat bayaran bagi perkhidmatan

yang telah disempurnakan oleh Plaintif tersebut dalam tempoh 14 hari

selepas invois-invois diisukan kepada Defendan.

[4] Plaintif merupakan pemilik tunggal Sendi Enterprise yang

menjalankan perniagaan penanaman benih padi dan percambahan benih

padi dan membekalkan benih padi melalui penjualan kepada Defendan

yang kemudiannya akan memberikan benih-benih padi ini kepada

pengguna akhirnya, pesawah-pesawah. Defendan merupakan syarikat

yang terlibat di dalam sektor agrikultur dan produk ladang.

2|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[5] Pada sekitar pertengahan tahun 2020, pegawai Defendan telah

meminta Plaintif membekalkan benih padi jenis MR220CL2 dan UKM

RC8 kepada mereka dan setelah perbincangan dilakukan, adalah

dipersetujui secara lisan penjualan benih padi dengan perincian harga

seperti berikut:

Harga benih MR220CL2 sekilogram : RM1.40

Harga benih UKM RC8 sekilogram : RM1.40

Upah penghantaran benih padi setiap kilogram : RM0.06

(Loji Benih Megat Dewa)

Upah penghantaran benih padi setiap kilogram : RM0.055

(Loji Benih Telok Chengai)

Upah penghantaran benih padi setiap kilogram : RM0.05

(Loji Benih Bumbung Lima)

[6] Plaintif dan Defendan pernah membuat urusan pembekalan benih

padi dengan Defendan di mana Plaintif telah mengambil tindakan undang-

undang terdahulu terhadap Defendan akibat kegagalan pembayaran

benih padi, iaitu Guaman Sivil No. BA-22NCVC-504-11/2019 yang turut

difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

[7] Dalam tindakan Guaman Sivil No. BA-22NCVC-504-11/2019

tersebut, pihak Plaintif dan Defendan secara aman menerusi

3|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Penghakiman Persetujuan bertarikh 22.01.2020 telah mempersetujui

antara lain, terma pembayaran jumlah keseluruhan bernilai

RM1,321,129.05 oleh Defendan kepada Plaintif dalam tempoh masa dua

belas (12) bulan berdasarkan jadual pembayaran.

[8] Plaintif pada awalnya merasa was-was untuk berurusan dengan

Defendan, namun kemudiannya telah diyakinkan oleh pegawai Defendan

bahawa mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan akan menjelaskan

bayaran dalam tempoh 14 hari setelah penghantaran benih dilakukan,

selain pihak Defendan turut mematuhi jadual pembayaran berdasarkan

Penghakiman Persetujuan bertarikh 22.01.2020 dalam Guaman Sivil No.

BA-22NCVC-504-11/2019 tersebut.

[9] Hal ini telah membuatkan Plaintif yakin untuk membuat urus niaga

terbaru bersama Defendan tersebut. Selanjutnya, bagi tujuan kontrak dan

perjanjian ini, Plaintif telahpun membekal dan membuat penghantaran

benih padi kepada Defendan.

[10] Semua penghantaran benih-benih padi di atas telahpun

disempurnakan pada bulan Oktober dan November tahun 2020

sepertimana permintaan Defendan. Jumlah keseluruhan nilai

penghantaran benih padi yang telah dilakukan oleh Plaintif kepada

4|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Defendan mengikut perjanjian antara Plaintif dengan Defendan adalah

mengikat Defendan untuk memberi balasan sebanyak RM1,517,047.06

kepada Plaintif seperti mana yang dipersetujui.

[11] Defendan berjanji untuk membuat pembayaran dalam tempoh 14

hari selepas setiap lori membawa benih padi MR220CL2 dan UKM RC8

tersebut sempurna dihantar oleh Plaintif kepada Defendan. Pembayaran

segera diperlukan kerana Plaintif telah membuat pembayaran kepada

setiap pemilik sawah/pengusaha sawah padi yang berkenaan sebelum

boleh mengambil biji benih tersebut untuk dihantar kepada Defendan.

[12] Namun demikian, selepas beberapa kali menghubungi pegawai

Defendan secara lisan/telefon supaya Defendan menunaikan janji

membuat pembayaran dalam tempoh 14 hari daripada tarikh setiap

penghantaran, Defendan gagal membuat pembayaran menyebabkan

Plaintif mengalami masalah untuk mendapatkan kembali bayaran untuk

dibuat modal pusingan membeli benih padi daripada pengusaha sawah

padi seperti yang lazim dilakukan.

[13] Permohonan Penghakiman Terus oleh Plaintif di bawah Aturan 14

KKM 2012 ini disokong dengan invois-invois yang dikeluarkan oleh Plaintif

kepada Defendan, bil-bil belian benih padi yang dikeluarkan oleh

5|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Defendan selepas menerima benih-benih padi daripada Plaintif, Notis

Tuntutan oleh Peguamcara Plaintif bertarikh 9.8.2021 kepada Defendan

bagi menuntut tunggakan hutang berjumlah RM1,215,570.70 daripada

Defendan serta pengakuan bertulis melalui surat bertarikh 14.8.2021

yang diisukan oleh Defendan kepada Plaintif.

[14] Plaintif merujuk kepada prinsip undang-undang berkenaan

permohonan injunksi interim bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 yang

dinyatakan dalam kes National Company for Foreign Trade v Kayu

Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 MLK 300 seperti berikut;

“We think it appropriate to remind ourselves once again that in every


application under Order 14 the first considerations are (1) whether
the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has
satisfied the preliminary requirements for proceeding under
Order 14. For the purposes of an application under Order 14 the
preliminary requirements are:

(i) the defendant must have entered an appearance;


(ii) the statement of claim must have been served on the
defendant; and
(iii) the affidavit in support of the application must comply
with the requirements of Rule 2 of Order 14”

6|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
[15] Plaintif menghujahkan bahawa Plaintif telah memenuhi kehendak-

kehendak (preliminary requirements) untuk mendapatkan Penghakiman

Terus terhadap Defendan bawah Aturan 14 Kaedah 2 KKM 2012 seperti

berikut:

(a) Pernyataan Tuntutan perlu disampaikan kepada Defendan;

(b) Defendan mestilah memfailkan kehadiran;

(c) Afidavit Sokongan Plaintif mesti mematuhi kehendak Aturan

14 iaitu;

(i) Plaintif perlu menentusahkan tuntutan mereka dalam

Afidavit Sokongan; dan

(ii) Plaintif perlu menyatakan bahawa Defendan tidak

mempunyai apa-apa pembelaan dalam Afidavit

Sokongan

[16] Seterusnya, Aturan 14 kaedah 3 KKM 2012 telah memperuntukkan

bahawa;

“3. Judgment for Plaintiff (O.14 r 3)”

[1] Unless on the hearing of an application under rule 1 either the


Court dismisses the application or the defendant satisfies the Court
with respect to the claim, or the part of a claim, to which the
application relates that there is an issue or question in dispute which
ought to be tried or that there ought for some other reason to be a
trial of that claim or part, the Court may give such judgment for the
plaintiff against that defendant on that claim or part as may be just
having regard to the nature of the remedy or relief claimed

7|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Analisis dan Dapatan Mahkamah ini

[17] Merujuk kepada National Company for Foreign Trade (supra)

dan Aturan 14 Kaedah 3 KKM 2012 di atas, beban membuktikan terdapat

isu yang wajar dibicarakan terletak di pihak Defendan untuk menentukan

tuntutan-tuntutan Plaintif kepada Defendan tersebut. Sekiranya Defendan

gagal berbuat demikian, maka permohonan Penghakiman Terus di

bawah Aturan 14 KKM 2012 oleh Plaintif ini adalah sewajarnya

dibenarkan oleh Mahkamah.

[18] Berdasarkan kertas kausa dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini

mendapati bahawa Defendan berpendirian bahawa kes ini tidak sesuai

dilupuskan secara terus kerana terdapat kelompongan fakta-fakta kes,

isu-isu yang harus dibicarakan dan pembelaan yang bermerit bagi pihak

Defendan. Mahkamah ini telah meneliti satu persatu isu yang

dibangkitkan oleh Defendan. Defendan berhujah bahawa keterangan

Plaintif adalah tidak sempurna dan dipertikaikan dan memerlukan

keterangan saksi material semasa perbicaraan.

Keterangan dokumentari Plaintif tidak mencukupi

[19] Tiada sebarang nota pesanan, ‘delivery order’ serta invois dengan

pengesahan dan penerimaan dengan chop syarikat Defendan dan

8|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
tandatangan wakil syarikat Defendan. Dokumen-dokumen yang

diekshibitkan adalah invois yang tidak bertarikh serta tiada pengesahan

penerimaan Defendan. Plaintif gagal untuk menunjukkan bagaimana

kedua-dua dokumen invois dan bil belian Defendan adalah berhubung

kait dan merujuk kepada kontrak perjanjian penghantaran benih padi.

Percanggahan fakta dalam keterangan dokumentari

[20] Dokumen yang diekshibitkan tidak menyokong jumlah tuntutan

dalam permohonan Penghakiman Terus. Jumlah keseluruhan bagi invois

Plaintif adalah berbeza dengan bil-bil belian Defendan serta tidak

mengambil kira jumlah bayaran yang telah dibuat Plaintif. Plaintif tidak

menghiraukan isu-isu mengenai perbezaan yang telah dibangkitkan oleh

Defendan dengan meneruskan tindakan di Mahkamah.

[21] Mahkamah ini mendapati isu utama yang dipertikaikan oleh

Defendan sebagai isu yang wajar dibicarakan ialah jumlah tuntutan

Plaintif tidak disokong dengan bukti. Disamping itu, Defendan juga

membangkitkan isu tiada apa-apa perjanjian yang telah dimasuki antara

kedua-dua pihak.

[22] Mahkamah ini menyokong hujahan Plaintif bahawa isu ketiadaan

perjanjian yang ditimbulkan Defendan adalah pemikiran semula

9|BA-22NCvC-330-08/2021
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
(‘afterthought’) kerana kaedah dan tatacara urusan jual beli benih padi

yang diamalkan Plaintif dan Defendan adalah sama sejak dari awal

apabila kedua-dua pihak terlibat iaitu Plaintif sebagai pembekal benih padi

dan dibekalkan kepada Defendan dimana Plaintif akan menghantar bil

belian kepada Defendan seperti yang diekshibitkan.

[23] Defendan membangkitkan isu amaun tertunggak tetapi tidak

menafikan kebertanggungannya (liabiliti) terhadap hutang yang belum

berbayar kepada Plaintif. Mahkamah ini mengambil maklum perkara

yang sama telah berlaku terdahulu di mana tindakan undang-undang

yang serupa telah diambil oleh Plaintif terhadap Defendan atas pecah

kontrak kegagalan membayar hutang yang tertunggak kepada Plaintif.

Tindakan tersebut telah diselesaikan melalui satu penghakiman

persetujuan di mana Defendan perlu menjelaskan hutang secara ansuran

dalam tempoh yang dipersetujui. Malahan, Mahkamah maklum akan

kedudukan Plaintif yang agak skeptikal untuk terlibat sekali lagi dalam

urusniaga yang sama dengan Defendan tetapi hanya bersetuju setelah

diyakini oleh Defendan dengan merujuk kepada pembayaran bagi

penghakiman persetujuan yang telah dibuat dengan secara teratur.

[24] Berdasarkan modus operandi yang sama ini, Mahkamah ini

berpandangan terdapat hubungan undang-undang melalui bil dan invois

10 | B A - 2 2 N C v C - 3 3 0 - 0 8 / 2 0 2 1
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
yang dikeluarkan oleh Plaintif di atas penyempurnaan sesuatu bekalan

pada harga yang telah dipersetujui bersama. Hujahan tiada penafian

liabiliti ini disokong oleh surat Defendan bertarikh 14 Ogos 2021 kepada

Plaintif yang memaklumkan pembayaran akan dibuat secara

berperingkat. Percakapan melalui WhatsApp antara Plaintif dengan wakil

Defendan juga menunjukkan tiada penafian dan bantahan dibuat kepada

tuntutan Plaintif.

[25] Oleh kerana Defendan sendiri gagal untuk membuktikan terdapat

kesilapan jumlah tuntutan di pihak Plaintif atau pertikaian dari segi fakta,

Mahkamah ini bersetuju bahawa bantahan yang dibangkitkan hanyalah

bare denial semata-mata untuk mengelak pembayaran hutang tertunggak

Defendan.

Kesimpulan

[26] Berdasarkan perkara-perkara di atas, Mahkamah ini memutuskn

bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan undang-undang di bawah

Aturan 14 KKM 2012 untuk memasukkan Penghakiman Terus tehadap

Defendan. Adalah jelas secara plainly and obviously, Defendan tiada

pembelaan yang bermerit dan dengan itu tiada keperluan untuk tindakan

ini diputuskan melalui perbicaraan penuh. Penghakiman Terus adalah

sesuai dan wajar diberikan kepada Plaintif tanpa perlu melalui proses

11 | B A - 2 2 N C v C - 3 3 0 - 0 8 / 2 0 2 1
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Mahkamah seperti mana yang berlaku kepada tindakan terdahulu. Ia

merupakan prosedur segera (prompt) dan ringkas tanpa perbicaraan,

yang sesuai bagi kes sebegini dimana tidak terdapat pertikaian dari segi

fakta dan undang-undang (UNP Plywood Sdn Bhd v HSBC Bank

Malaysia Bhd [2010] 5 CLJ 177).

[27] Oleh yang demikian, atas dasar imbangan kebarangkalian,

Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif untuk memasukkan

Penghakiman Terus terhadap Defendan dengan kos.

Date: 16hb. Disember 2022

signed
(ROHANA ABD MALEK)
Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi NCVC 2
Shah Alam

12 | B A - 2 2 N C v C - 3 3 0 - 0 8 / 2 0 2 1
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Counsels:

Peguamcara Defendan/Perayu:
Tetuan M.S. Nizam & Co.
No. 1 L-2 Kompleks Perniagaan Jelatek,
Jalan Langgar,
05460 Alor Setar, Kedah
(Encik Muhamad Samsul Nizam Bin Sohhimi)
Tel: 04-7372567
E-mel: msnizamco@gmail.com

Solicitor for the Plaintif/Responden


Tetuan Mohaji, Hazuri & Ismail
Peguambela dan Peguamcara
No. 32M, Tingkat 1
Jalan Zirkon E, 7E, Seksyen 4
40000 Shah Alam, Selangor
(Encik Mohaji bin Selamat)
Tel: 03-33442099
E-mel: mhipartners19@gmail.com

13 | B A - 2 2 N C v C - 3 3 0 - 0 8 / 2 0 2 1
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal
Legislation Referred:

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, A.14 kaedah (1), (2), (3).

Cases Referred:

1. National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn. Bhd.


[1984] 2 MLK 300

2. UNP Plywood Sdn Bhd v HSBC Bank Malaysia Bhd [2010] 5 CLJ
177

14 | B A - 2 2 N C v C - 3 3 0 - 0 8 / 2 0 2 1
S/N i7HWlx1KUqflBVbZhieVA
**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal

You might also like