TEKS SYARAHAN Muhibbah Dan Perpaduan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TEKS SYARAHAN “Perpaduan ”

1.Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia dengan waktunya, guru-guru, rakan-rakan pidato,
seterusnya warga dewan yang dihormati. Salam perpaduan, salam muhibbah, dan
salam sejahtera saya ucapkan. “Perpaduan ” inilah tajuk syarahan saya pada hari
ini.

Hadirin yang dihormati,

2.Sebelum saya meneruskan bicara, moleklah saya memberi pengertian kepada


maksud tajuk syarahan saya terlebih dahulu. Perpaduan merujuk kepada satu
bentuk penyatuan pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang, agama,
budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional.

Pengerusi majlis yang dihormati,

“Perpaduan Menyatukan Kaum”

3.Perbezaan latar belakang antara kaum tidak menghalang pemupukan muhibbah


demi perpaduan rakyat. Bak kata pepatah “bersatu teguh bercerai roboh”. Moto
jata negara iaitu bersekutu bertambah mutu eloknya dihayati bersama. Kita harus
belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini
agar pisang tidak berbuah dua kali. Sejak merdeka sehinggalah ke hari ini, pelbagai
usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Antaranya ialah pelaksanaan Hari Sukan
Negara di semua peringkat institusi kerajaan dan swasta mampu menyemai
semangat perpaduan kaum.
Pengerusi yang dihormati,
“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”

5.Perpaduan bukan sahaja pemangkin untuk mengintegrasikan warga negara kita,


malahan merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara. Kecemerlangan
dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Justeru, dengan
wujudnya perpaduan dalam negara yang aman damai, kita mampu mencapai
kejayaan dalam pelbagai bidang. Sudah banyak kejayaan yang dicapai Malaysia
dalam pelbagai bidang.

Hadirin yang dihormati,

6.Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan


rakyat sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini. Negara ini
adalah tanggungjawab kita bersama. Sejarah telah membuktikan bahawa tanpa
perpaduan negara akan menemui kehancuran. Maka itu, kita harus sentiasa
bersatu-padu dan hidup dalam harmoni.

Hadirin sekalian,

7.Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan, apa lagi yang kita tunggu? Mari,
marilah kita bersatu hidup dalam perpaduan dan muhibah demi keutuhan negara
tercinta.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan serangkap pantun;

Datang belayar kapal dari Arakan,


Singgah berlabuh di tepi muara;
Perpaduan dan muhibah mari amalkan,
Rakyat bahagia negara sejahtera.

Sekian terima kasih

You might also like