Professional Documents
Culture Documents
CCCCCC
CCCCCC
Geografi
Rencana utama: Geografi Malaysia
Tanjung Piai yang terletak di negeri selatan Johor merupakan titik paling selatan di tanah besar
Asia.[33][34]
Semenanjung Malaysia dengan kepanjangan 740 kilometer (460 batu) dari utara ke selatan
manakala lebar maksimumnya adalah 322 kilometer (200 batu). Garis tepi lautnya berukuran
kira-kira 1,931 kilometer (1,200 batu) panjangnya. [35]
Sabah dibahagi oleh Banjaran Crocker di mana terletaknya Gunung Kinabalu iaitu gunung
tertinggi di Malaysia pada 4,095.2 meter (13,436 kaki). Gunung ini yang terletak di Taman
Negara Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.[36] Malaysia
mempunyai iklim khatulistiwa yang dicirikan oleh monsun tahunan barat daya (April hingga
Oktober) dan timur laut (Oktober hingga Februari), dan mempunyai purata curahan hujan
sebanyak 250 sentimeter (98 in).[35]
2/3 tanah Malaysia adalah berhutan, dengan sejumlah hutan "pamah" di bawah altitud 760 meter
(2,493 ka). Terdapat paya bakau yang meliputi kawasan seluas 1,425 kilometer persegi
(550 bt2).[35]
Putrajaya menjadi pusat pentadbiran persekutuan Malaysia. [37]