Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

JPN KEDAH

(S22) Sistem pencapaian perkhidmatan awam ditambah baik dengan memantapkan


integriti. Oleh itu, setiap penjawat awam perlu memainkan peranan untuk meningkatkan
integriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara ini. Jelaskan.

Isu : ) Sistem pencapaian perkhidmatan awam


Fokus isu : Peranan untuk meningkatkan integriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan
awam di negara ini
Kata tugas : Jelaskan
Kombinasi jawapan : 5+0

Pendahuluan
Sistem penyampaian perkhidmatan awam perlulah ditambah baik dengan memantapakan
intergriti dalam mentadbir urus sesebuah negara yang berdaulat. Oleh itu , setiap penjawat
awam perlu memainkan peranan untuk meningkatkan intergriti dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam di dalam sesebuah negara .

Isi 1
Antara contoh peranan untuk meningkatkan intergriti dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam ialah penjawat awam mestilah bekerja dengan jujur dan amanah
dalam menjalankan tugas atau tanggungjawab yang telah diamanahkan serta menolak
amalan rasuah . Contohnya , seorang penjawat awam mestilah mengelakan diri daripada
melakukan amalan tumbuk rusuk dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan . Hal ini
kerana , sikap jujur dan amanah dalam diri seseorang penjawat awam dapat meningkatkan
intergiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam di dalam negara . Jelaslah
bahawa , sikap amanah dan jujur dalam diri setiap penjawat awam amat penting dalam
meningkatkan intergiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam negara .

Isi 2
Selain itu , setiap penjawat awam mestilah mengamalkan nilai moral dan etika yang tinggi
dalam menjalankan tugas . Hal ini kerana , nilai moral dan etika yang tinggi amat penting
dalam meningkatkan Intergiti sistem penyampaian perkhidmatan awam di sesebuah
negara . Dalam pada masa yang sama , nilai moral dan etika ini juga melambangkan imej
sistem pentadibaran yang cekap dalam sesebuah negara. Terbuktilah bahawa nilai moral
dan etika yang tinggi dalam diri setiap penjawat awam akan memberi kesan yang positif
terhadap sistem penyampaian perkhidmatan awam .

Isi 3
Seterusnya , dalam diri setiap penjawat awam hendaklah mematuhi undang -undang dalam
melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Dengan mematuhi undang -undang yang
telah ditetapkan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan Intergiti dalam sistem
penyampaian perkhidmatan awam di dalam negara . Sebagai contoh ,jika salah seorang
penjawat awam yang melanggar peraturaan atau undang - undang yang telah ditetapkan
maka penjawat awam tersebut akan diambil tindakan disiplin disebabkan melakukan
kesalahan menyalahi undang-undang yang telah dikuatkuasakan .Hal ini kerana undang -
undang yang telah ditetapkan oleh semua kaki tangan penjawat awam mestilah dipatuhi
bagi melincinkkan pentadbiran sesebuah negara . Secara tuntasnya , setiap penjawat awam
yang telah dilantik mestilah mematuhi undang -undang yang telah ditetapkan dalam
meningkatkan Intergiti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam di negara .

Isi 4
Mengutamakan kepentingan awam melebihi kepentingan diri juga antara peranan penjawat
awam bagi meningkatkan integriti dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam. Ini
adalah disebabkan jika kepentingan diri diutamakan ia akan menimbulkan ketidakpuasan
hati. Sebagai contoh, penjawat awam lebih mementingkan urusan keluarga menyebabkan
perkhidmatan diabaikan. Hal ini akan menjejaskan perkhidmatan yang diberi kepada
masyrakat. Sudah terang lagi bersuluh penjawat awam perlulah mementingkan kepentingan
awam berbanding kepentingan diri bagi meningkatkan integriti dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam serta menjaga kemaslahatan bersama.

Isi 5
Akhir sekali, peranan lain bagi meningkatkan integriti dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam di negara adalah dengan mengukuhkan pegangan agama. Hal ini
demikian kerana pegangan agama yang utuh mampu menjamin personaliti terbaik bagi
individu yang bergelar penjawat awam. Tamsilnya, setiap penjawat awam disarankan untuk
bersikap jujur dan amanah sewaktu bekerja bagi kemaslahatan bersama. Kesannya,
wujudnya suasana bekerja yang sihat dan harmoni dalam kalangan penjawat awam. Sudah
terang lagi bersuluh, pegangan agama merupakan peranan penting bagi meningkatkan
integriti dalam kalangan penjawat awam

Penutup
Kesimpulannya,

You might also like