Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL: 9/2000 dan BIL: 1/1995

Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah.

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 9/2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar
Kawasan Sekolah

https://www.moe.gov.my/pekeliling/2004-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-9-tahun-2000-panduan-
keselamatan-diri-pelajar-semasa-pengajaran-pendidikan-jasmani-dan-kesihatan-serta-kegiatan-
kokurikulum-dan-sukan-di-dalam-dan-di-luar-kawasan-sekolah/file

Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 1/1995 bertarikh 6 April 1995

https://www.moe.gov.my/pekeliling/2071-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-1-tahun-1995-
keselamatan-diri-pelajar-semasa-pengajaran-pendidikan-jasmani-dan-kesihatan-serta-kegiatan-
kokurikulum-dan-sukan-di-dalam-dan-di-luar-kawasan-sekolah/file

PENGURUSAN KOKURIKULUM AMAT PENTING DALAM MELAKSANAKAN AKTIVITI SESEBUAH


PROGRAM YANG BERKAITAN DENGAN SUKAN, KELAB ATAU BADAN BERUNIFORM, NAMUN DALAM
MELAKSANAKAN PROGRAM ASPEK KESELAMATAN JUGA PERLU DITITIKBERATKAN DALAM
KALANGAN MURID DAN GURU. SEBAGAI SALAH SEORANG PELAKSANA ATAU GURU YANG
TERLIBAT DALAM MENGURUSKAN PROGRAM, ASPEK KESELAMATAN DARI SEGI APA YANG PERLU
DIAMBIL KIRA?

Assalamualaikum wbt Dr Noorzaliza dan teman semua.


‘Murid mati dihempap tiang gol.’
(https://www.kosmo.com.my/2022/10/21/murid-11-tahun-maut-dihempap-tiang-gol/)
‘Pengakap meninggal dunia apabila sebiji takal jatuh menghempap kepalanya di tapak
perkhemahan.’
(https://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm )

‘Pelajar lelaki meninggal dunia ketika merentas desa di Terengganu.’

(https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-lelaki-meninggal-dunia-ketika-merentas-
desa-di-terengganu-360646)

Tajuk-tajuk berita seperti ini kerap muncul saban tahun di dada akhbar. Justeru, aspek keselamatan
perlu dititikberatkan dalam kalangan murid dan guru berdasarkan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL:
9/2000 dan BIL: 1/1995: Panduan Keselamatan diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani
Dan Kesihatan Serta Kegiatan Kokurikulum Dan Sukan dan Di Luar Kawasan Sekolah. Saya sebagai
seorang pelaksana dan guru yang terlibat dalam aktiviti sesebuah program yang berkaitan dengan
Kokurikulum melihat aspek keselamatan dari pelbagai segi seperti yang berikut:

1. Guru Kokurikulum/ Pelaksana

Sebagai guru atau pelaksana, antara langkah yang perlu diambil untuk menjamin
keselamatan ialah menjaga murid dengan rapi, mengawasi dan peka terhadap keselamatan murid di
dalam mahupun diluar kawasan sekolah.

2. Murid

Setiap murid perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga dan
pengetua atau guru besar untuk mengambil bahagian di dalam sukan dan aktiviti kokurikulum di luar
sekolah. Aspek keselamatan dan kebajikan murid perlu diberi keutamaan. Begitu juga dengan tahap
kesihatan murid yang mana murid-murid yang cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan
mengambil bahagian.

3. Peralatan sukan dan penyelenggaraan

Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah
Lembing, Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu Hoki, Kayu
Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah
dan Peralatan Gimnastik. Penjaga stor hendaklah memeriksa dan memastikan peralatan yang baik
sahaja yang boleh dikeluarkan. Peralatan sukan seperti Tiang Gol hendaklah ada ‘warranty’ daripada
pembekal selain daripada piawai yang diluluskan oleh undang-undang persatuan sukan.

4. Kawasan sukan/ permainan dan Kawasan larangan

Kawasan latihan, permainan atau sukan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan
terurus. Kawasan Larangan dan merbahaya adalah kawasan yang dibenarkan kepada guru/jurulatih
sahaja untuk mengawasi aktiviti sukan.

5. Cuaca / Musim

Demi keselamatan semua, adalah dilarang sama sekali menjalankan aktiviti sukan di tempat lapang
semasa cuaca buruk dan adanya kilat atau petir serta tidak dibenarkan mengadakan aktiviti sukan
semasa hujan dan ribut petir, sama ada di padang atau kolam renang. Para guru membeerhentikan
aktiviti sukan apabila keadaan menjadi gelap kerana hendak hujan
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru
(Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi
Latihan perguruan (Keperluan). Standard merangkumi tiga aspek iaitu:

1. Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan,

2. Pengetahuan dan Kefahaman

3. Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran

Standard 1; Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan memperincikan kompetensi amalan nilai


profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada
seseorang guru.

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara  Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

You might also like