Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SEM 1: Definisi konsep ALAM SKITAR FIZIKAL

TEMA 1 – SISTEM BUMI

Konsep system: Satu set angkubah atau perkara yang bersifat tersusun dan saling berinteraksi atau
saling bertindak balas untuk mencapai kerseimbangan.

Sistem terpencil: sistem yang tidak membenarkan tenaga atau jisim keluar atau masuk ke dalam
sistem tersebut.

Sistem tertutup: sistem yang ada perubahan tenaga di dalamnya, merima tenaga masuk tetapi tidak
ada perubahan jisim persekitarannya.

Sistem terbuka: sistem yang mebolehkan perubahan tenaga dan jisim antara sistem tersebut dengan
persekitarannya.

Sistem morfologi: elemen fizikal yang formal dan mewujudkan kombinasi membentuk satu bahagian
fizikal yang beroperasi.

Sistem lata: elemen fizikal dalam bentuk hubungan sehala

Sistem proses-tindak balas: gabungan elemen morfologi dan lata membentuk bahagian yang lebih
besar.

Sistem bumi: gabungan saling bergantung antara komponen atmosfera, biosfera, hidrosfera,
litosfera.

Atmosfera:terdiri daripada lapisan gas dan wap air yang melaputi bumi yang mengandungi pelbagai
campuran gas dan membekalkan gas yang perlu seperti oksigen dan karbon dioksida untuk haiwan
dan juga tumbuh-tumbuhan.

Litosfera: merujuk kepada bahagian lapisan kerak bumi iaitu lapisan yang terdiri daripada tanih dan
batuan yang mengalami proses luluhawa dan hakisan serta ianya menajdi medium kepada hidupan
di bumi.

Biosfera: terdiri daripada litupan tumbuhan dan hidupan yang menggunakan atmosfera, hidrosfera
serta litosfera bagi menggerakkan system ekologi.

Hidrosfera: terdiri daripada dua komponen utama iaitu air tawar dan air masin.

Sistem matahari: adalah salah satu system yang terdapat dalam galaksi bima sakti yang terdiri
daripada planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang berbeza
namum pada satah yang sama.

Tenaga: satu daya atau kemampuan seseuatu bahan objek yang boleh dipindahkan kepada bahan
lain ataupun ditukarkan dalam bentuk yang berbeza untuk melakukan atau menghasilkan suatu
proses.
Konsep geomorfologi: proses secara kimia, fizikal dan biotik terhadap alam sekitar fizikal yang
membentuk serta mengubah rupa bumi sama ada dari dalam bumi atau di permukaan bumi.

Tenaga endogenik: tenaga endogenik ialah tenaga yang berpunca dari dalam seperti pergerakan plat,
tenaga graviti, Tenaga haba dan tenaga magnetic bumi

Proses Endogenik : Merujuk kepada proses pembentukan bentuk muka bumi asas dengan sumber
tenaga berpunca dari dari dalam bumi. Proses pembentukan muka bumi terjadi melalui aktiviti :
gerakan bumi seperti lipatan dan gelinciran, ragam gunung berapi seperti gunung berapi, gempa
bumi dan tsunami.

.Proses Orogenis/ lipatan: Bentuk alunan/ kedutan/lipatan yang terdapat pada batuan kerak
bumi akibat kuasa mampatan pada kerak bumi.

Konsep Gelinciran: Gelinciran merujuk kepada retakan dan rekahan pada kerak bumi atau plat
tektonik akibat daya mampatan atau ketegangan pada kerak bumi yang terhasil akibat pergerakan
arus perolakan dalam dalam lapisan mantel. Daya mampatan dan ketegangan ini menyebabkan
berlakunya anjakan pada lapisan kerak bumi atau plat tektonik sama ada secara mendatar,
menegak, dan menggelongsor.

Tsunami:Berasal dari perkataan jepun iaitu “ombak besar” yang tehasil akibat gempa bumi di
dasar laut. Letusan gunung berapi di dasar laut secara hempasan meteor (komet) di laut
Proses metamorfosis

Konsep batuan:pepejal yang mengandungi pelbagai mineral yang berbeza mengikut jenis batuan.

Batuan igneus: terjadi melalui penyejukan dan pembekuan magma

Igneus rejahan: terbentuk akibat penyejukan dan pembekuan magma di dalam rekahan kerak bumi.
Juga dikenali sebagai Igneus jalar dalam.Contoh : granit, gabro dan diorite

Igneus terobosan – terbentuk akibat penyejukan dan pembekuan lava di luar permukaan bumi.Juga
dikenali sebagai Igneus jalar luar.Contoh : riolit, basalt, dan pumis

Batuan enapan: Batuan yang terbentuk secara berlapis-lapis akibat daripada proses pemendapan,
perekatan dan pemampatan serpihan batuan, kelodak, pasir, lumpur dan cengkerang oleh agen
seperti air mengalir, ombak, angin dan glasier.

Enapan klastik – terbentuk melalui proses pemadatan dan penyimenan serpihan batuan. Contoh :
batu pasir dan syal

Enapan kimia – terbentuk hasil enapan bahan-bahan kimia atau mineral batuan yang terlarut dalam
air semasa luluhawa kimia.Contoh : batu kapur, gipsum, garam

Enapan organik – terbentuk daripada mendapan sisa tumbuhan dan haiwan yang telah mati.
Contoh : arang batu
Batuan metamorfosis: Terbentuk apabila batuan igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan
suhu yang tinggi menyebabkan batuan berkenaan berubah bentuk, warna dan komposisi mineralnya
menjadi batuan baru.

Metamorfisma serantau – terbentuk akibat tekanan dan himpitan terhadap batuan asal dalam
rekahan batuan. Kuasa himpitan disebabkan oleh pergerakan ke atas kerak bumi

Metamorfisma sentuhan – terbentuk apabila batuan asal dalam kerak bumi bersentuh dengan
magma atau lava yang sangat panas. Tindak balas kimia dan perubahan kandungan mineral
menjadikan batuan tersebut berubah menjadi metamorfisma.

Tenaga eksogenik: tenaga yang berpunca dari luar kerak bumi seperti tenaga ombak, tenaga angin,
tenaga matahari

Proses Eksogenik
Proses yang berlaku di luar bumi atau di permukaan bumi seperti proses luluhawa, hakisan,
pengangkutan, pemendapan serta gerakan jisim.

Luluhawa :Luluhawa merupakan satu proses pemecahan dan penguraian atau pereputan
batuan secara in-situ oleh agen seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros,
mikroorganisma ke atas batuan sehingga batuan terpecah kepada saiz yang lebih kecil.

Luluhawa fizikal
Definisi: proses penyepaian/ pemecahan batuan oleh agen spt air, suhu, manusia dll kepada
saiz lebih kecil tanpa menukar sifat-sifat kimia batuan.

Luluhawa Kimia
Proses pereputan dan penguraian batuan apabila mineral batuan tersebut bertindak balas
dengan air, asid, ion dan larutan sehingga mineral itu bertukar dari peringkat primer ke
peringkat sekunder. Tindakan ini boleh mengubah kandungan kimia batuan dan
menghasilkan bahan-bahan baru.

Luluhawa Biologi
proses pemecahan dan penguraian batuan kepada saiz yang lebih kecil proses ini berlaku
secara semulajadi dan in-situ oleh agen-agen hidupan seperti tindakan tumbuh-tumbuhan,
haiwan, mikroorganisma dan manusia.
Proses luluhawa kimia: proses pemecahan dan penguraian batuan secara semulajadi dan insitu yang
mengubah bentuk fizikal batuan dan kandungan kimia batuan.

Pengkarbonan: proses perubahan sebatian karbonat oleh larutan air hujan.

Pengoksidaan: proses tindak balas gas oksigen dan air dengan mineral ferum dalam batuan.

Hidrolisis: proses tindak balas air dengan mineral feldsfar dan mika dalam batuan granit.

Larutan: tindak balas air ke atas mineral batuan yang menyebabkan batuan menjadi poros dan
mudah pecah.
Penghidratan: proses sebatian air dengan mineral batuan yang mengakibatkan minerak batuan
menjadi poroi.

Proses luluhawa organik: proses pemecahan dan penguraian batuan secara semulajadi dan insitu
oleh agen-agen hidupan seperti tumbuhan , bacteria dan haiwan.

Gerakan jisim: Pergerakan regolit tanah seperti tanih pasir, batu kelikir, kelodak dll dari atas
cerun ke bahagian bawah cerun akibat daya tarikan graviti dengan dibantu oleh air sebagai
pelincir.

Regolit: serpihan batuan akibat proses luluhawa atau ketulan batuan atau tanih akibat proses
hakisan oleh aliran permukaan.

Aliran Lambat/ perlahan


Pergerakan regolit dan tanih secara perlahan-perlahan menuruni cerun. Proses pergerakan ini
tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia mengambil masa yang panjang. Kesan runtuhan
cerun cuma dapat dilihat melalui permukaan cerun seperti tiang elektrik,tiang telefon, pokok
yang condong daripada kedudukan asalnya yang tegak

Kesotan tanih: pergerakan tanih atau batuan secara amat perlahan dan beransur-ansur menuruni
cerun yang landai akibat tarikan graviti bumi.

Kesotan batu: pergerakan batu tongkol atau bongkah batu bersaiz besar menuruni cerun.

Gelangsaran tanah: pergerakan tanih dan batu tongkol secara perlahan dan beransur-ansur yang
berlaku di cerun kawasan beriklim sederhana sejuk akibat proses pencairan ibun atau salji dalam
taanh di kawasan cerun.

Pergerakan/ aliran cepat: pergerakan cepat bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal dan cecair
yang berlaku dengna pantas dan secara tiba-tiba.

Gelongsoran tanih: runtuhan tanih di cerun yang curam.

Aliran lumpur/ banjir lumpur: pergerakan tanih yang sangat lembap secara cepat dan tiba-tiba
menuruni cerun.

Geluncuran batu: pergerakan besar-besaran bongkah batu yang besar berserta tanah yan gberlaku
dengan cepat dan tiba-tiba

Geluncuran puin: pergerakan serpihan batu dan talus menuruni cerun yang curam.

You might also like