Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

3.

0 PENGURUSAN RISIKO

Dalam dunia perniagaan yang semakin bergantung kepada ledakan perkembangan


teknologi yang membawa kepada longgarnya halangan perdagangan serta penurunan
kos komunikasi, risiko perniagaan semakin melangkaui sempadan negara. Ianya turut
menjadi pemangkin kepada krisis kegagalan perniagaan. Justeru, pengurusan risiko
adalah ciri penting keusahawanan serta dalam pembangunan perniagaan. Pengurusan
risiko perniagaan yang lemah sering membawa kepada kehilangan daya saing akibat
kegagalan perniagaan dan sebaliknya, ia meningkatkan kemampanan perniagaan
apabila risiko diuruskan dengan berkesan.

Risiko dalam perdagangan terbahagi kepada beberapa sudut. Ketahanan produk


merupakan aspek utama dalam perniagaan. Kami sangat menumpu dan menitikberat
kepada ketahanan dan kualiti produk supaya pelanggan dapat menggunanya dengan
lebih selesa dan selamat. Ketahanan dan kualiti produk juga menjadi keutamaan kami
dalam perniagaan ini. Sebagai contoh, minyak wangi “Air Freshener” merupakan
produk yang mudah dan cepat hilang baunya selepas dua bulan. Oleh itu, kami
membuat kajian dengan lebih mendalam bertujuan memanjangkan tempoh bau
minyak wangi tersebut supaya mereka dapat mengguna produk itu dengan selesa dan
memenuhi kepuasan mereka secara berkesan. Dengan itu, kami bercadang untuk
menambah sedikit jeli petroleum atau “Petroleum Jelly” ke dalam minyak wangi
kereta itu supaya dapat mengekalkan wangiannya dengan lebih lama.

Kini, kami sebagai peniaga mendapati bahawa majoriti komuniti di Malaysia ini
kerap kali menggunakan media sosial sebagai alat perantaraan komunikasi. Oleh
sebab itu, kami menjual produk minyak wangi kereta dengan menggunakan internet
untuk berhubung serta menjalankan aktiviti promosi produk yang ditawarkan serta
mengambil inisiatif untuk memudahkan hubungan dua hala berlaku iaitu melalui
penggunaan perkhidmatan pos untuk mengedarkan produk kami kepada pelanggan.
Tidak boleh dinafikan bahawa risiko pasaran turut wujud dalam perniagaan. Risiko
pasaran ini melibatkan jumlah permintaan daripada pelanggan yang kurang
memberangsangkan. Risiko ini dikaitkan dengan bilangan pembeli yang agak sedikit.
Namun begitu, penggunaan kaedah pemasaran yang lebih kreatif dan menarik seperti
video telah menarik minat pelanggan untuk membeli. Bukan itu sahaja, kaedah
pemasaran dengan melakukan penjualan dan promosi produk kami secara atas talian
atau live juga boleh menarik ramai pelanggan untuk membelinya. Malah, kami juga
memaparkan maklum balas pelanggan untuk meyakinkan pengguna baharu untuk
membeli produk yang kami tawarkan. Malah, kami kerap memuat naik iklan atau
hebahan tentang produk yang dijual di beberapa platform media sosial seperti
“WhatsApp”, “Instagram”, “Facebook”, dan “Carousell”. Kaedah ini adalah sangat
berkesan kerana pelannggan dapat melihat kami mempromosi produk dan mereka
dapat membeli segera dengan hanya komen di ruangan bawah sahaja.

Persaingan yang tinggi juga merupakan risiko dalam pasaran. Bagi mengurus risiko
ini, kami mewujudkan kelainan iaitu melalui kaedah pemasaran yang menarik seperti
cara mengguna mintak wangi kereta tersebut. Kami juga menawarkan harga yang
berpatutan tetapi pada masa yang sama, kami tidak mengetepikan kualiti produk yang
ditawarkan supaya dapat memuaskan hati pelanggan.

Akhir sekali ialah pengurusan risiko reputasi. Risiko reputasi ini merujuk kepada
ketidakpuasan hati pelanggan iaitu kegagalan produk atau penyebaran berita negatif
berkenaan produk yang ditawarkan. Oleh itu, , kami sentiasa memantau maklum balas
pelanggan tentang produk yang ditawarkan dan bersedia membantu mengatasi segala
masalah pelanggan bagi meningkatkan kepuasan mereka untuk mengelakkan reputasi
perniagaan ini terjejas. Kami juga sentiasa berusaha memberikan layanan yang terbaik
dan memastikan produk yang ditawarkan kepada pelanggan adalah berkualiti.
Jelaslah, pelbagai risiko akan timbul sepanjang menjalankan sesebuah perniagaan
sama ada risiko dalaman mahupun risiko luaran. Oleh itu, usahawan atau peniaga
perlulah sentiasa peka dengan masalah-masalah tersebut untuk memastikan sebarang
risiko boleh dielakkan dan diatasi dengan segera dan baik.

You might also like