Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 32

18/4/2023

6.4 – SISTEM RANGKA

Objektif Pembelajaran
Diakhir bab, pelajar seharusnya dapat :-
a) Mengenal pasti komponen sistem rangka.
b) Memerihalkan fungsi sistem rangka.
c) Mengklasifikasikan tulang mengikut bentuk.
d) Menyatakan keperluan asas untuk pertumbuhan
dan kesihatan tulang.
e) Menjalankan aktiviti menentukan lokasi tulang.
f) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi
berdasarkan fungsi dan struktur.
g) Menjalankan aktiviti membezakan jenis sendi
sinovial berdasarkan pergerakannya.

1
18/4/2023

Pengenalan Sistem Rangka


Sistem rangka manusia adalah satu sistem
yang terdiri daripada tulang-tulang bagi
membentuk satu kerangka tubuh yang kuat
dan fleksibel dengan peranan yang dimainkan
oleh sendi.
Selain itu, sistem rangka juga bertugas
sebagai alat tuas pada pergerakan. Ia juga
menyediakan permukaan untuk penyambung
otot-otot rangka.
Rangka terbahagi kepada dua :
Rangka Aksial = Paksi (tengkorak,
sternum, rusuk dan vertebra.
Rangka Appendikular = Hujung / keluar dari
badan (klavikel, scapula, radius dan ulna)

Tulang
• Tulang ialah sejenis tisu
penyambung yang terdiri
daripada binaan sel-sel hidup
dan bahan-bahan intrasel yang
tidak hidup yang sangat keras.
• Tulang terdiri daripada tisu
lembut di dalamnya dan tisu
keras (compact tissue) di
bahagian luarnya.
• Bahan yang terpenting dalam
tulang ialah garam, kalsium dan
gentian protein yang dipanggil
kolagen.

2
18/4/2023

Tulang
• Semasa bayi baru
dilahirkan, jumlah tulang
yang ada ialah lebih kurang
270.
• Apabila dewasa, jumlah
tulang berkurangan kepada
206.
• Perubahan ini berlaku
disebabkan pencantuman
beberapa tulang seperti
tulang sakrum dan tulang
koksik

Tulang sakrum dan koksik ialah contoh tulang


yang bercantum apabila meningkat dewasa.

3
18/4/2023

Struktur Tulang

Struktur Tulang ( Pandangan Melalui Mikroskop )

4
18/4/2023

Ligamen
Ligamen ialah sejenis tisu berfiber
kenyal yang berfungsi untuk
menghubungkan tulang dengan
tulang.
Ligamen juga berfungsi mengekalkan
dan menetapkan tulang pada
kedudukannya serta membolehkan
pergerakan pada sendi.
Walaupun ligamen ini kenyal, kuat
dan tahan lasak, ada antara atlet
mengalami kecederaan di bahagian
ini seperti ligamen terkoyak atau
putus.

Rawan
Rawan atau kartilaj ialah tisu yang bersifat
lembut tetapi kuat, elastik dan tiada salur
darah.
Rawan yang menyaluti hujung tulang yang
membentuk sendi, berperanan untuk
melancarkan pergerakan di antara dua
permukaan tulang yang berartikulasi.
rawan akan mengurangkan geseran antara
sendi dan melindungi tulang daripada cepat
haus.
Selain itu, rawan juga berperanan sebagai
penyerap daya hentakan, sebagai contoh
semasa seseorang itu berlari atau berjalan
yang dapat mengelakkan kecederaan pada
bahagian lutut.

5
18/4/2023

Tendon

Tendon ialah sejenis tisu berfiber yang


sangat kuat tetapi tidak kenyal.
Tendon yang berada di kedua-dua
hujung fiber otot akan melekatkan otot
pada tulang dan juga pada otot yang
lain.
Apabila berlaku kontraksi otot, tendon
yang terdapat pada hujung otot akan
menarik tulang dan berlaku
pergerakan.

Sendi

Sendi ialah struktur penting sebagai


tempat pertemuan antara dua atau lebih
tulang rangka yang berartikulasi.
Sendi bertindak sebagai fulkrum dalam
tuas pergerakan.
Struktur sendi ini menyebabkan manusia
dapat melakukan pergerakan dengan
pelbagai cara.

6
18/4/2023

Fungsi Sistem Rangka

Terdapat beberapa fungsi yang dilakukan oleh sistem


rangka. Antara fungsi – fungsi itu adalah:

• Sokongan
• Pelekatan Otot / pergerakan
• Perlindungan
• Stor Penyimpanan Bahan Mineral
• Tempat Penghasilan Sel Darah

Fungsi Sistem Rangka

Sokongan
Membentuk struktur kerangka
tubuh dan menyokong berat
tubuh badan.
Contohnya tulang kaki
menyokong berat tubuh badan
manusia sewaktu berlari,
berjalan dan berdiri.

7
18/4/2023

Fungsi Sistem Rangka

Pelekatan Otot / Pergerakan

Sendi, tulang dan otot


membentuk satu sistem tuas
yang membolehkan individu
bergerak apabila berlaku
penguncupan otot yang melekat
di tulang bagi menghasilkan
pergerakan berpaksi pada sendi.

Fungsi Sistem Rangka

Perlindungan
Melingkari dan melindungi organ-
organ penting dalam tubuh badan
manusia:
Struktur tulang tengkorak
melindungi otak.
Struktur tulang rusuk yang
berbentuk seperti sangkar
melindungi jantung dan paru-paru.
Struktur tulang vertebra melindungi
saraf tunjang

8
18/4/2023

Fungsi Sistem Rangka

Stor Penyimpanan Bahan


Mineral
Berfungsi sebagai tempat
penyimpanan bahan mineral
terutamanya kalsium dan fosforus
dan juga sedikit lemak .
Kalsium dikeluarkan untuk
kegunaan tulang bagi
melaksanakan pelbagai fungsi
seperti penguncupan otot.

Fungsi Sistem Rangka

Tempat Penghasilan Sel Darah


Sumsum merah yang terdapat
pada beberapa tulang
berkebolehan menghasilkan sel
darah merah, sel darah putih
dan platelet. Proses ini dikenali
sebagai hematopoiesis atau
hemopoiesis.
Hematopoeisis adalah satu proses
pembentukan sel darah dan
platelet yang berlaku di dalam
sum-sum tulang.

9
18/4/2023

Klasifikasi Tulang
Tulang – tulang pada sistem rangka
diklasifikasikan mengikut bentuk dan
pembentukannya. Tulang terdiri daripada
pelbagai bentuk dan saiz.
Kepelbagaian ini membolehkan tulang-
tulang memenuhi keperluan khusus bagi
tulang tersebut. Terdapat enam jenis
tulang iaitu:
a)Tulang Panjang
b)Tulang Pendek
c)Tulang Pipih / Leper
d)Tulang Tidak Teratur / Tak sama
bentuk
e)Tulang Sesamoid
f)Tulang Pneumatik

Klasifikasi Tulang

10
18/4/2023

Tulang Panjang
a) Panjangnya melebihi kelebaran
atau ketebalannya;
b) Mempunyai dua hujung (epifisis)
dan badan (diafisis)
c) Badan dibentuk oleh tulang padat
dan dilapisi tulang spongiosa dan
terdapat rongga di tengahnya. Di
dalam rongga ini terdapat
sumsum
d) Bahagianhujungnya lebih besar
daripada bahagian badan.

11
18/4/2023

Tulang Pendek
a) Mempunyai dimensi yang
lebih kurang sama.
b) Komponen tulang pendek
adalah tulang spongiosa,
sumsum dan diliputi oleh
lapisan tulang padat yang
nipis.
c) Berkembang daripada tisu
rawan.
d) Contoh bagi tulang pendek
ialah tulang karpus tangan
dan tulang karsus kaki.

12
18/4/2023

Tulang Pipih / Leper


a) Terdiri daripada dua lapisan
tulang padat iaitu tulang
spongiosa dan sumsum.
b) Berkembang daripada tisu
mesenkima.
c) Contoh tulang pipih adalah
sternum, skapula dan
kebanyakan tulang tengkorak.

13
18/4/2023

Tulang Tidak Sama Bentuk


(Tidak Simetri)
a) Tulang yang tidak boleh
dikelaskan sebagai tuang
Panjang, pendek, dan leper
b) Sebagai tempat pelekatan
otot
c) Contoh tulang tidak sama
bentuk adalah veterbra dan
sfenoid

14
18/4/2023

Tulang Sesamoid

a) Sesamoid membawa maksud


biji.
b) Tulang sesamoid terbentuk
dalam beberapa tendon
c) Contoh tulang sesamoid
adalah tulang patela di
hadapan lutut yang terletak
dalam tendon kuadriseps
femoris.

Tulang Pneumatik

a) Dibentuk oleh tulang


spongiosa dan dilitupi oleh
tulang padat.
b) Terdapat kaviti berongga
atau sel-sel udara pada
tulang spongiosa.
c) Ringan kerana terdapat
udara dalam kavitinya.
d) Contoh bagi tulang
pneumatik termasuklah
tulang frontal, etmoid dan
temporal.

15
18/4/2023

Keperluan Asas untuk Pertumbuhan dan


Kesihatan tulang.

Proses Perkembangan dan Pembentukan


Tulang
Sel – Sel Tulang (Osteoblas dan Osteoklas)
Sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral
padat. Terbentuk daripada sel osteoblas. Osteoblas yang
matang dikenali sebagai osteosit. Sel Osteoklas pula
berperanan melarutkan mineral dalam tulang, Kedua-dua
sel ini berperanan membentuk ketumpatan tulang.
Osteoblas aktif Ketika usia muda, dan osteoklas aktif Ketika
dewasa.
Osifikasi Tulang
Ketika peringkat embrio tulang tulang-tulang lembut
terbentuk dari rawan hialin. Tulang lembut ini membentuk
tulang keras melalui proses osifikasi. Iaitu osifikasi primier
dan osifikasi sekunder.
Tumbesaran Tulang
Sel – sel pada plat epifisis membahagi secara mitosis dan
memanjangkan tulang.

16
18/4/2023

Keperluan KetumpatanTulang

Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan


mengekalkan ketumpatan tulang.
Senaman-senaman itu adalah senaman bebanan / rintangan
impak tinggi atau rendah.
a) Senaman Bebanan / Rintangan – impak tinggi
Contohnya – berlari, mendaki, menari, tenis dan bola sepak.
b) Senaman Bebanan / Rintangan – impak rendah
Contohnya – berjalan, aerobik (rendah), berkayuh dan
senaman ringan.

Keperluan Mineral, Vitamin dan Hormon

Bahan Mineral - Kalsium dan Fosfat untuk


tumbesaran tulang
Vitamin – Vitamin A, D, dan C diperlukan untuk
tumbesaran tulang. Vitamin D merangsang
penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke
dala tulang. Vitamin A dan C diperlukan untuk
tumbesaran dan membaiki tisu –tisu tulang yang
rosak.
Hormon – Hormon–hormon tiroid, estrogen dan
testosterone diperlukan untuk merangsang proses
tumbesaran tulang.

17
18/4/2023

Lokasi Tulang dalam tubuh

Lokasi Tulang dalam tubuh

18
18/4/2023

Lokasi Tulang dalam tubuh

Lokasi Tulang dalam tubuh

19
18/4/2023

Lokasi Tulang dalam tubuh

Lokasi Tulang dalam tubuh

20
18/4/2023

Lokasi Tulang dalam tubuh

Lokasi Tulang dalam tubuh

21
18/4/2023

Lokasi Tulang dalam tubuh

Lokasi Tulang dalam tubuh

22
18/4/2023

Sendi

Seperti yang diketahui umum, tulang adalah struktur yang


begitu keras dan tidak boleh membengkok. Namun begitu,
tulang adalah berasingan di antara satu sama lain dan terikat
di antaranya dengan sendi melalui tisu perantara yang mudah
lentur (fleksibel).
Sendi bertanggungjawab terhadap semua pergerakan dan
perubahan kedudukan tubuh. Boleh dikatakan di sini bahawa
sendi adalah titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara
rawan dengan tulang.
Dua fungsi asas sendi:
a) membenarkan pergerakan (mobiliti)
b) menyatukan tulang-tulang

Sendi

23
18/4/2023

Sendi Berdasarkan Fungsi


• Sendi Sinartrosis
Sendi yang tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai
contoh : Tulang-tulang pada tulang tengkorak.
• Sendi Amfiatrosis
Sendi yang dapat melakukan pergerakan yang terhad.
Sebagai contoh : Sendi antara tibia dan fibula. Sendi
veterbra.
• Sendi Diatrosis
Sendi yang membenarkan pergerakan berlaku secara bebas.
Sebagai Contoh : Sendi siku dan lutut yang melakukan
pergerakan fleksi, ekstensi dan hiperekstensi.

Sendi Berdasarkan Struktur


• Sendi Sinartrosis
Sendi yang tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai
contoh : Tulang-tulang pada tulang tengkorak.

• Sendi Amfiatrosis
Sendi yang dapat melakukan pergerakan yang terhad.
Sebagai contoh : Sendi antara tibia dan fibula. Sendi
veterbra.

• Sendi Diatrosis
Sendi yang membenarkan pergerakan berlaku secara bebas.
Sebagai Contoh : Sendi siku dan lutut yang melakukan
pergerakan fleksi, ekstensi dan hiperekstensi.

24
18/4/2023

Sendi berdasarkan Fungsi


(a) Sendi Berfiber (b) Sendi Rawan (c) Sendi Sinovial
(Fibrous) (Cartilagenous)

(a) Sendi Berfiber (Fibrous)


Tulang bercantum dengan tisu fiber secara tetap. Sendi ini
tidak membenarkan pergerakan berlaku.

25
18/4/2023

(b) Sendi Rawan


Tulang – tulang disambung dengan kartilej (rawan). Jenis
sendi ini membenarkan pergerakan secara terhad.

(c) Sendi Sinovial


Sendi sinovial adalah sendi yang paling banyak
berfungsi pada tubuh badan. Sendi ini membolehkan
pergerakan bebas berlaku antara tulang – tulang yang
terdapat di dalamnya. Terdapat pelbagai jenis sendi
sinovial dan mereka mempunyai ciri-ciri yang serupa.
Ciri-ciri tersebut adalah:
a) Rawan artikular atau hialin
Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan
hialin. Ini membolehkan sendi dan tulang ini
menampung berat tubuh seseorang.
b) Kapsul Ligamen
Sendi sinovial dikelilingi dan diselaputi oleh sarung
tisu berfiber yang berfungsi memegang tulang.
Keadaan tisu berfiber ini sangat longgar, maka
pergerakan bebas pada sendi ini boleh dilakukan. Ia
juga berfungsi melindungi sendi daripada mengalami
kecederaan. Kapsul ligamen ini biasanya melekat di
sepanjang batas permukaan artikular.

26
18/4/2023

(c) Sendi Sinovial


c) Kaviti sendi
Terletak di antara permukaan artikular tulang,
khususnya di dalam kapsul.

d) Membran sinovial
Merupakan lapisan epitelium ringkas yang
menutupi permukaan dalam kapsul termasuk
permukaan tulang di dalam sendi yang tidak
diselaputi rawan hialin. Bendalir sinovial
dirembeskan oleh sendi sinovial. Tujuannya
untuk membolehkan sendi sentiasa basah dan
membekalkan nutrien kepada rawan artikular.
Setiap sendi mempunyai kandungan bendalir
sinovial yang berbeza. Tujuan utama bendalir
sinovial adalah untuk melicinkan pergerakan
sendi.

Jenis Sendi Sinovial

Terdapat enam jenis sendi


Sinovial :-

1) Sendi gelungsur
2) Sendi engsel
3) Sendi paksi / sendi putar
4) Sendi kondil
5) Sendi pelana
6) Sendi lesung / sendi soket

27
18/4/2023

Sendi Gelungsur

Tidak mempunyai paksi, maka


dua permukaan datar tulang
saling melongsor di antara satu
sama lain.
Tidak boleh melakukan
pergerakan fleksi, ekstensi,
abduksi, aduksi atau putaran.
Contoh, sendi karpus dan
tarsus.

Sendi Engsel

Mempunyai hanya satu paksi


transvers.
Pergerakan terbatas kepada
satu satah sahaja. Pergerakan
ini menyerupai pergerakan
pada engsel pintu iaitu tutup
(fleksi) dan
buka (ekstensi).

Contoh, sendi siku.

28
18/4/2023

Sendi Paksi /
Sendi Putar
Mempunyai satu paksi yang
membolehkan pergerakan
putaran tulang.

Contoh, putaran kepala radius


pada sendi radioulna proksimal.

Sendi Elipsoid

Pergerakan hampir sama


dengan sendi engsel tetapi
sendi ini boleh bergerak dalam
dua arah yang lateral iaitu ke
belakang dan ke depan dalam
dua paksi.

29
18/4/2023

Sendi Pelana

Permukaan artikular kedua-dua


tulang berbentuk pelana.
Permukaan satu tulang
berbentuk cembung dan satu
lagi berbentuk cekung.
Merupakan sendi elipsoid yang
terubah suai dan boleh
bergerak dengan lebih bebas.

Contoh, metakarpus ibu jari.

Sendi Lesung /
Sendi Soket
Permukaan artikular tulang
berbentuk bulat dan boleh
dimasukkan ke dalam soket
tulang lain yang berbentuk
seperti cawan.
Sendi ini boleh bergerak dalam
tiga satah: pergerakan fleksi dan
ekstensi; abduksi dan aduksi;
dan putaran dan sirkumduksi.

Contoh, sendi bahu.

30
18/4/2023

Sendi dalam tubuh manusia

Semester 2 (2016)

31
18/4/2023

Ulangan 2 (2017)

Ulangan 2 (2018)

32

You might also like