Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

AGAMA TUN AHMADSHAH


Jabatan Pendidikan Negeri Sabah,
Peti Surat A-235, Inanam,
88857 KOTA KINABALU Tel: 088-429050
SABAH Faks: 088-432346
E-mel: xra4002@moe.edu.my

Rujukan Kami : SMKATUNAS.


Tarikh : 08 OGOS 2022
Pengarah,
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah
Jalan Bundusan, Penampang
Beg Berkunci No. 2013
88620 Kota Kinabalu
Sabah.

U/P: Ketua Unit Komuniti Kemasyarakatan

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI JURULATIH KAWAD KAKI SEMPENA UPACARA


PERBARISAN HARI JADI RASMI KE-69 TUAN YANG TERUTAMA TUAN YANG DI-
PERTUA NEGERI SABAH PADA BULAN OKTOBER 2022

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Ahli Pasukan Kadet JPJ SMK Agama Tun
Ahmadshah telah terpilih untuk menyertai upacara istiadat perbarisan sempena Hari Jadi
Rasmi ke-69 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 6 Oktober 2022 di
Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

3. Oleh yang demikian, besarlah harapan kami sekiranya tuan dapat


merpertimbangkan untuk bersama-sama menjayakan program ini. Segala Jasa baik dari
pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan teriama kasih. Semoga
tuan akan memperoleh kebaikan dan keberkatan dengan kerjasama serta sumbangan
yang diberikan. Bersama-sama ini saya sertakan jadual latihan kawad kaki ahli pasukan
Kadet JPJ SMKA Tun Ahmadshah.

Kesudian tuan menerima undangan dan menyokong program ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ROSNANI BINTI SIDIN)


Pengetua

S.k Fail
JADUAL LATIHAN KAWAD KAKI AHLI PASUKAN KADET JPJ MALAYSIA
SMK AGAMA TUN AHMADSHAH

BIL TARIKH HARI MASA

1 17 OGOS 2022 RABU 1.45 – 3.30 PETANG


2 25 OGOS 2022 KHAMIS 1.45 – 3.30 PETANG
3 14 SEPTEMBER 2022 RABU 1.45 – 3.30 PETANG
4 22 SEPTEMBER 2022 KHAMIS 1.45 – 3.30 PETANG
5 28 SEPTEMBER 2022 RABU 1.45 – 3.30 PETANG
6 5 OKTOBER 2022 RABU 1.45 – 3.30 PETANG

You might also like