Minit Mesyuarat JKS Bil 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

SK TANJUNG PATI
23000 DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN
BIL 3/2020

Tarikh : 12 Oktober 2020 ( Isnin )


Masa : 12.45 Tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat As-Sakeena

KEHADIRAN :

Bil. NAMA JAWATAN

1. En. Adnan b. Haji Awang Guru Besar


2. En. Saidi b. Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. Muhamad Farid b. Osman GPK Hal Ehwal Murid
4. Pn. Hajjah Zailina bt. Sepit GPK Kokurikulum
5. En. Ahmad Fazri b. Abdul Ghani GPK Pendidikan Khas
6. Pn. Muharini bt. Rozab
7. Pn. Fatimah Ramli
8. Pn. Rosmarina bt. Hamzah
9. Pn. Nor Hayati bt. Ismail
10. Pn. Fairuzzah bt. Mamat
11. En. Asmawi b. Sarifudin
12. En. Razali b. Abd Rahman
13. En. Che Mazlan bin Ab Rashid
14. En. Mohd Azri bin Reping@Ariffin
15. En. Mohd Hanafie bin Mohd Junaidi
16. Pn. Cik Ku Norlizawani bt. Che Wan Hussin
17. Pn. Fatimah@Norlina bt. Mustaffa
18. Pn. Marina bt. Abidin
19. Pn. Norhasniza bt. Mohd Nor
20. Pn. Norziana bt. Mamat
21. Pn. Rosnah bt. Bidin
22. Pn. Normariani bt. Mohd Noor
23. Pn. Zainab bt. Abdul Rahman
24. Pn. Aidatul Akmal bt. Alias
25. Pn. Zabedah bt. Omar
26. Pn. Siti Khairiah bt. Ismail
27. Pn. Salwa Abdul Haziz
28. Pn. Rosmawatee bt. Illias
29. Pn. Zainon bt. Awang
30. Pn. Anisah bt. Osman
31. En. Mohd Muhaimin b. Nur Anuar
32. Pn. Siti Nur Fatihah bt. Harun

Tidak hadir bersebab:

1. Pn. Roslina binti Bidin ( sakit )


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab al-Fatihah.


1.2 Mengucapkan terima kasih dan mengalukan kehadiran semua ahli.
1.3 Meminta semua ahli agar terus memberi kerjasama, komitmen serta komited
terhadap program dan aktiviti tahunan yang dianjurkan.
1.4 Penerangan ringkas mengenai agenda mesyuarat.
1.5 Meminta agar semua guru dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi,
bertanggungjawab dan menggiatkan lagi aktiviti selaras dengan program TS25.
1.6 SK Tanjung Pati merupakan sekolah TS25 kohort kelima.
1.7 Semua guru perlu memantapkan PLC dan PdPc abad 21.
1.8 Tujuan mesyuarat diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan
kurikulum, PBS iaitu hala tuju 4 komponen PBS iaitu: Pentaksiran PBD dan
Pentaksiran Pusat dibawah seliaan GPK Pentadbiran, Pentaksiran PSIKOMETRIK
dibawah seliaan GPK HEM, Pentaksiran PAJSK dibawah seliaan GPK Kokurikulum
serta pelaporan aktiviti sepanjang tahun setiap panitia.
Makluman

2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT BIL 1/2020

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bil. 2 tahun 2020 disahkan tanpa
pindaan.

Pencadang: Pn. Fairuzzah bt. Mamat


Penyokong: Pn. Zabedah bt. Omar

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

- Tiada -

4.0 PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN

4.1.1 Semua guru diingatkan agar membuat pentaksiran dan bersedia untuk mengisi
pelaporan PBD semua mata pelajaran selepas PKP. Pengisian data murid diisi melalui
pautan: gg.gg/PBDSKTP2020.
4.1.2 Semua guru perlu memberi bahan edaran kepada murid dan tinggalkan di pondok
pengawal. Selain bahan edaran inisiatif lain seperti video pdp di muat naik ke
whatssapp kelas masing-masing.

Tindakan: Semua ahli

4.1.3 PLC adalah singkatan kepada program Profesional Learning Communities yang
merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan. Antara aktiviti PLC ialah: Lesson study, peer coaching, learning walk,
teacher sharing sessions dan Video critiques of teaching moments.
4.1.4 Sudut-sudut panitia perlu dikemaskini dengan maklumat yang bermanfaat.
4.1.5 Setakat ini,maklumat untuk Pentaksiran Psikometrik belum lagi ada.
4.1.6 Pendaftaran semua murid tahun 4,5 dan 6 ke dalam sistem online Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ( PAJSK ) telah selesai.
4.1.7 Pelaporan aktiviti panitia yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020.
Meskipun diselubungi pandemik Covid-19, namun terdapat aktiviti secara bersemuka
yang telah dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga dalam
talian.
4.1.8 Pn. Salwa Binti Abdul Haziz, Penyelaras PBS, memohon kepada semua guru agar
mengisi tapak offline PBS yang telah disediakan mengikut mata pelajaran masing-
masing pada komputer di bilik guru sebelum berakhirnya sesi persekolahan 2020.
4.1.9 En. Che Mazlan b. Ab Rashid selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu memaklumkan
untuk tahun ini guru-guru terpaksa mengambil inisiatif dengan mengadakan
pertandingan secara dalam talian. Ada juga aktiviti lain yang diadakan secara
bersemuka.
4.1.10 Pn. Aidatul Akmal bt. Alias selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris menyatakan
guru-guru subjek Bahasa Inggeris turut memainkan peranan dengan inisiatif
mengadakan kuiz untuk kelas masing-masing. Selain itu, mengadakan Storytelling
Competition dalam talian dan ia mendapat sambutan yang baik di kalangan murid Tahap
2. Ada juga aktiviti mewarna dan Crossword Puzzle Solving bagi Tahap 1 yang diadakan
secara bersemuka.
4.1.11 Pn. Norhasniza bt. Mohd Nor selaku Ketua Panitia Matematik juga memaklumkan
aktiviti bagi panitia tersebut telah dilaksanakan secara bersemuka iaitu membina kotak
sifir dan Pertandingan Sudut Matematik yang berinformasi bagi setiap kelas.
4.1.12 En. Mohd Muhaimin b. Nur Anuar selaku Ketua Panitia Sains memaklumkan
aktiviti yang telah dilaksanakan adalah menjawab soalan kuiz Sains secara dalam talian.
4.1.13 En. Asmawi b. Sarifuddin memaklumkan aktiviti bagi Panitia Pendidikan Islam
juga ada yang dijalankan secara bersemuka dan dalam talian.

Tindakan: Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1.1 En. Saidi b. Abdullah, GPK Pentadbiran memaklumkan bahawa Peperiksaan Akhir
Tahun 2020 akan bermula pada 9 November 2020 selama 4 hari. Mata pelajaran yang
terlibat ialah BM, BI, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Jawi dan Sejarah.
5.1.2 Meminta guru mata pelajaran yang terlibat menyediakan soalan peperiksaan.
5.1.3 Pn. Zabedah bt. Omar selaku Guru Penyelaras Buku Teks memaklumkan kepada
guru Bahasa Inggeris Tahun 1 supaya menggunakan Buku Teks yang lama (warna
merah), selain daripada buku teks Superminds sebagai sumber bahan PdPC.

Tindakan: Semua guru

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan dengan ucapan terima kasih oleh pengerusi kepada semua ahli
mesyuarat atas perkongsian idea dan sentiasa saling membantu antara ahli dalam menjayakan
semua program. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 02.45 petang. Tarikh mesyuarat akan
datang akan dimaklumkan kemudian.

SETIAUSAHA
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (JKS)
SK Tanjung Pati

Bertarikh: 12 Oktober 2020

s.k :

1. Fail JKS

You might also like