Sihir Complete Assignment Bss 3633 (b2110043)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

UNIVERSITI MELAKA

FAKULTI UNDANG-UNDANG, GOVERNAN & HUBUNGAN

ANTARABANGSA

BSS 3633

KAEDAH PEMBUKTIAN MELALUI KETERANGAN PENDAPAT DALAM

KES BERKAITAN SIHIR

DISEDIAKAN OLEH :

SYAHIRAH BINTI JOHAR (B2110043)

DISEDIAKAN UNTUK :

ENCIK MOHD SABREE BIN

NASREE

1
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3

2.0 KAEDAH PEMBUKTIAN SIHIR MELALUI


KETERANGAN PENDAPAT

2.1 PENDAPAT PAKAR FORENSIK / PAKAR SAINS


2.1.1 ELEMEN-ELEMEN FORENSIK DALAM ISLAM
2.2 PENDAPAT PAKAR PSIKOLOGI
2.3 PENDAPAT PAKAR PERUBATAN MODEN
2.4 PENDAPAT PENGAMAL PERUBATAN ISLAM
YANG DIIKTIRAF
2.5 PENDAPAT PAKAR PSIKOSPRITUAL 4-12
2.5.1 KONSEP PSIKOSPRITUAL ISLAM
2.5.2 PENGARUH MAKHLUK HALUS / SIHIR
2.5.3 PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT AKIBAT
MAKHLUK HALUS & SIHIR
2.5.4 SIMPTOM-SIMPTOM PESAKIT GANGGUAN
SIHIR / MAKHLUK HALUS

3.0 ISU KEDUDUKAN KETERANGAN PENDAPAT 13


PAKAR DALAM JENAYAH SIHIR
4.0 KAEDAH PENYELESAIAN DARI SUDUT
PERUNDANGAN SYARIAH
a) MEWUJUDKAN KATEGORI PENDAPAT
PAKAR YANG BERSIFAT KOMPREHENSIF
DAN MENYELURUH
b) PENDEKATAN HAKIM DALAM
MENGGUNAPAKAI KETERANGAN
PENDAPAT DAN MEMBUAT PENAFSIRAN
BERKAITANNYA
14-15
c) MEWUJUDKAN SATU PERUNTUKAN KHAS
UNTUK MENANGKAP BOMOH ATAU
PAWANG SERTA MENGADAKAN INTIPAN
DAN SIASATAN TERHADAP AKTIVITI
PERBOMOHAN &
MENGUATKUASAKANNYA
d) MENJADIKAN PUSAT-PUSAT RAWATAN
ISLAM SEBAGAI PANEL RUJUKAN YANG
DIIKTIRAF DAN MELAHIRKAN PAKAR-
PAKAR YANG DAPAT MENGESAN SIHIR
SERTA MERAWAT MANGSA SIHIR.
5.0 KESIMPULAN 16

RUJUKAN 17

2
1.0 PENGENALAN

Sihir merupakan suatu perbuatan jenayah yang membawa kesan penganiayaan


kepada mangsa dan menjejaskan institusi kekeluargaan. Ilmu dan amalan sihir
merupakan antara ilmu dan amalan yang tertua di dunia. Ilmu ini melibatkan
penggunaan khidmat jin dan syaitan dan diamalkan dengan tujuan-tujuan yang
tertentu. Ia sering digunakan untuk menghilangkan perasaan kasih sayang antara ahli
keluarga, memisahkan antara suami dan isteri, menghilangkan kewarasan akal,
menyebabkan penyakit sehingga ke tahap membunuh mangsa tanpa perlu di sentuh.
Maka tidak hairanlah jika timbul dakwaan wujudnya penggunaan ilmu sihir dalam
perceraian antara suami dan isteri.
Allah SWT telah menyatakan kemungkinan terjadinya hal ini melalui firmanNya
yang bermaksud: “Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka
berdua (Harut & Marut) ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami
dengan isterinya…” (Al-Quran 2: 102)
Di Malaysia, isu penggunaan ilmu sihir bagi mencerai beraikan pasangan
suami isteri ada dibangkitkan dalam beberapa kes dalam mahkamah Syariah.
Antaranya ialah kes Mustafa Batcha lawan Habeeba Abd. Rahman [1410] JH 41 dan
kes Re Wan Norsuriya [1418] JH 211 Malangnya, isu tersebut tidak mendapat
perhatian disebabkan ketiadaan garis panduan dan peruntukan undang-undang
berkaitan sihir. Selain itu, hukuman terhadap penjenayah sihir masih belum dapat
diwujudkan kerana terdapat segelintir pihak yang beranggapan bahawa sihir sukar
dibuktikan kerana ia bersifat ghaib dan mistik. Oleh yang demikian, peruntukan
seksyen 33 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah negeri negeri di Malaysia telah
memberi kuasa kepada mahkamah untuk memanggil seseorang yang pakar dalam
suatu sains atau seni untuk memberikan pendapat mereka di mahkamah. Ianya
dinamakan keterangan pendapat pakar. Konsep keterangan pendapat pakar ini
adalah, saksi akan dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah berkenaan
dengan apa-apa pengetahuan yang diketahui terhadap sesuatu kes atau kejadian dan
mempunyai asas kemahiran atau pengalaman dalam menjawab isu sesuatu kes.

3
2.0 KAEDAH PEMBUKTIAN SIHIR MELALUI KETERANGAN PENDAPAT

Pendapat pakar mula diterima di Mahkamah Syariah sejak tahun 1990 lagi dalam
menentukan kebenaran dakwaan suami bahawa dia disihirkan menurut Zulfakar
Ramlee. Begitu juga pandangan yang dikemukakan oleh Mahyuddin, beliau
mengatakan bahawa keterangan pakar merupakan satu kaedah pembuktian yang
mula mendapat tempat dewasa ini berikutan keperluan terhadapnya dalam bidang
yang melibatkan sains dan teknologi. Saksi pakar dianggap sebagai pembantu
kepada hakim dalam menilai bukti-bukti yang dikemukakan di hadapan mereka.
Memandangkan ilmu sihir ialah suatu ilmu yang sukar difahami oleh kebanyakan
orang, maka keterangan daripada seorang yang pakar merupakan elemen terpenting
dalam perbicaraan seseorang yang dituduh sebagai tukang sihir. Saranan oleh YAA
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Mustapha Batcha lwn Habeeba Abd
Rahman supaya dukun yang merawat perayu diminta memberi keterangan dan
diterima sebagai pendapat pakar (ra’yu al-khabir) menunjukkan keperluan pakar
dalam bidang ini. Terdapat beberapa kategori pendapat pakar dalam pembuktian
jenayah sihir. Pertama, pakar dalam bidang forensik / sains, kedua pakar psikologi,
ketiga pakar dalam perubatan moden, yang keempat adalah pengamal perubatan
Islam yang diiktiraf dan kelima pakar dalam bidang psikospritual.

2.1 PENDAPAT PAKAR FORENSIK / PAKAR SAINS


Menurut Mahyuddin Ismail, keterangan pakar forensik amat diperlukan dalam
menentukan bahan-bahan yang biasa digunakan dalam ilmu sihir. Forensik adalah
ilmu yang berkaitan dengan pembedahan atau siasatan yang melibatkan sistem
keadilan, kehakiman undang-undang dan jenayah. Forensik merangkumi pelbagai
jenis bidang seperti:
i. Patologi forensik
ii. Serologi forensik
iii. Entomologi forensik
iv. Antropologi forensik
v. Odontologi forensik
vi. Toksikologi forensik
vii. Pegawai perubatan forensik
viii. Unit forensik PDRM
ix. Ahli kimia
Forensik merupakan perkataan baru yang digunakan pada zaman kini namun
tidak disebut secara khusus dalam Kitab Fiqh. Oleh itu, definisi forensik perlu
diterajui daripada kitab untuk menjelaskan maksud forensik dalam Islam.
Penjelasan definisi forensik dari sudut Islam ini memainkan peranan penting bagi
memahami sesuatu ilmu yang berkaitan dengan forensik. Menurut Tariq Soleh
(2009), tiada definisi yang lengkap bagi istilah forensik kerana dalam bahasa Arab
menggunakan pelbagai perkataan. Manakala, menurut Ibn Manzur (1962) dan
Khalid Muhammad (2008) menjelaskan bahawa forensik dalam bahasa Arab ialah

4
al-Tibb al Syar’ie yang dinamakan sebagai sains perubatan. Al-Tibb dari segi
bahasa membawa maksud mengubati, merawat, atau boleh diertikan sebagai
psikoterapi. Manakala dari sudut istilah pula bermaksud suatu perkara yang
memberi penjelasan tentang anggota badan manusia, sifat, bentuk atau keadaan
fizikalnya. Al-Tibb al-Syar’ie adalah satu bidang perubatan yang mempunyai
perkaitan juga dengan sistem keadilan dan badan kehakiman. Bidang tersebut
adalah bidang yang membantu dalam siasatan kes undang-undang jenayah
seperti autopsy mayat, mengenalpasti elemen-elemen jenyah dan mengenalpasti
punca kematian. Bidang al-Tibb al-Syar’ie ini melibatkan pelbagai pengetahuan
dan kepakaran perubatan bagi menyelesaikan kes-kes di hadapan mahkamah
dengan tujuan untuk mencapai keadilan khususnya keadilan dalam menentukan
pembuktian jenayah sihir. Terdapat juga istilah lain yang digunakan bagi perkataan
forensik iaitu anatomi. Istilah ini membawa maksud bedah siasat, menerangkan,
menjelaskan atau penjelasan yang berkaitan dengan sesuatu pendedahan (al-
Razi 2010). Dari sudut istilah pula adalah sains yang mengkaji komposisi
organisma hidup secara umum seperti tumbuhan, haiwan atau manusia.
Sebelum kedatangan Islam, zaman Rom dan zaman pertengahan di Eropah
yang disebut “zaman kegelapan” mempunyai korelasi dengan perubatan yang
menggunakan sihir, ilmu hitam dan menilik nasib (Ibn Nadim 1996, al-Aziz 1999).
Zaman Yunani pula mewarisi perubatan dari Mesir purba, Babylon, India dan Cina
pada awalnya juga mengamalkan sihir dan ilmu hitam.

2.1.1 ELEMEN-ELEMEN FORENSIK DALAM ISLAM

i. Pengecaman Kesan atau Tinggalan Jenayah


Hal ini bermaksud pengenalpastian jenayah adalah berdasarkan bukti yang
ditinggalkan oleh penjenayah dalam sesuatu kes khususnya kes sihir. Misalnya,
tinggalan seperti rambut, cebisan pakaian, air liur, air kencing, DNA, cap jari, cat, kayu,
kaca, minyak, kesan tayar dan alatan-alatan yang digunakan oleh penyihir. Elemen
forensik melalui pengecaman kesan atau tinggalan jenayah adalah sebagaimana
firman Allah SWT berdasarkan ayat 26 hingga 27 dalam surah Yusuf. Berdasarkan
peristiwa daripada ayat al-Quran di dalam surah Yusuf itu, dapat disimpulkan bahawa
kesan yang terdapat pada baju Nabi Yusuf menggambarkan keadaan sebenar yang
berlaku pada ketika itu. Baju yang koyak tersebut adalah satu-satunya bukti yang
menunjukkan berlakunya kejadian jenayah. Elemen forensik wujud pada kesan
koyakan baju itu yang dikatakan sebagai tinggalan jenayah dan boleh juga dikatakan
sebagai al-Qarinah.
ii. Pengecaman Kesan Darah
Ianya merujuk kepada bukti yang diambil daripada kes jenayah yang berlaku dan
kemudiannya diuji untuk mengenalpasti pemilik darah tersebut. Pengecaman kesan
darah dapat dilihat daripada beberapa kes iaitu kes penggunaan darah palsu dan kes
pengenalpastian pembunuh atau penggunaan darah dalam jenayah sihir berdasarkan

5
kesan darah. Penggunaan darah palsu merupakan unsur forensik juga berdasarkan
kisah Nabi Yusuf sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran ayat 18 surah Yusuf.
Darah palsu yang terdapat pada baju Nabi Yusuf dalam kisah tersebut dikatakan
sebagai elemen forensik kerana kesan darah tersebut boleh disiasat untuk
menentukan sama ada darah tersebut adalah darah binatang atau darah manusia.
iii. Pengecaman Bau
Pengecaman bau adalah berdasarkan daripada bukti yang ditemui di lokasi kejadian
jenayah atau bukti yang dikemukakan ketika siasatan dilakukan. Contohnya di dalam
kes melibatkan sihir, terdapatnya bau kemenyan, bau najis yang aneh, bau cecair
busuk, bau hancing atau bau darah ditambah lagi dengan bau tersebut orang lain tidak
dapat bau. Selain itu, elemen pengecaman bau juga terdapat di dalam al-Quran ayat
94 dalam surah Yusuf yang mana ayah Nabi Yusuf iaitu Nabi Yaakub dapat menghidu
baud an kehadiran Yusuf jauh sebelum Yusuf diserahkan kepadanya. Maka jelaslah
bahawa pengecaman bau yang terdapat dalam kisahtersebut dapat dikatakan
sebagai elemen forensik.
iv. Pengecaman Tapak Kaki
Ianya adalah satu cara untuk mengenalpasti nasab keturunan seseorang atau lebih
dikenali sebagai al-Qiyafah. Perkara ini juga adalah sebagai salah satu elemen
forensik. Ianya berdasarkan peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah yang
mana kisah tersebut menunjukkan bahawa pengecaman tapak kaki boleh digunakan
untuk membuktikan keturunan seseorang atau elemen bagi kesalahan jenayah.
Seterusnya menjadi bukti kewujudan asas forensik dalam Islam melalui elemen
pengecaman tapak kaki.
v. Pengecaman Air Mani
Peristiwa yang dikaitkan adalah berdasarkan kisah Saidina Ali bin Abi Thalib r.a yang
menjalankan analisis bahan yang disyaki sebagai bukti kesalahan jenayah. Melalui
analisis tersebut, beliau dapat mengenalpasti jenis bahan tersebut dan mendapati
bahawa dakwaan seorang wanita yang telah diperkosa sebenarnya adalah satu
pembohongan. Maka jelaslah pengecaman air mani adalah satu proses dalam
siasatan bagi menentukan penjenayah.
Dengan adanya keterangan daripada pakar yang menjalankan penyelidikan
terhadap bahan-bahan ini, maka penyiasat boleh mengenalpasti hubungkait antara
bahan-bahan yang digunakan dengan pelaku ataupun mangsa. Pengesanan yang
dilakukan dengan kaedah ini membolehkan penyiasat mengenal pasti penjenayah
sihir dengan mudah. Tambahan lagi, menurut Zulfakar Ramlee, keterangan forensik
merupakan kaedah pembuktian yang paling kontemporari bahkan mudah diperolehi
disamping ketetapan yang diyakini. Walaubagaimanapun, isu yang sering timbul ialah
sama ada ujian DNA ini diterimapakai di Mahkamah Syariah di Malaysia. Ini adalah
persoalan yang menarik dan amat relevan kerana kini kita berada di zaman yang
serba canggih yang mana penjenayah juga bijak dalam menyembunyikan bahan kes.
Maka jelaslah disini bahawa hasil ujian DNA boleh dikemukakan di Mahkamah
Syariah sebagai salah satu keterangan yang berupaya membuktikan sesuatu
dakwaan atau tuntutan.

6
Hasil ujian DNA juga boleh diterimapakai di Mahkamah Syariah sebagai satu
juzuk dari pandangan pakar. Ini jelas diperuntukkan di bawah Seksyen 33 Akta
Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 yang
menyatakan bahawa pakar terdiri daripada seorang yang mempunyai kemahiran
khusus terhadap perkara-perkara yang mana Mahkamah tidak mempunyai
pengetahuan mengenainya yang terdiri daripada undang-undang Negara asing,
sains, seni, identiti, ketulenan tulisan tangan atau cap jari, atau berhubungan dengan
penentuan nasab. Peruntukan ini dengan jelas memberi ruang yang luas untuk pihak-
pihak terbabit mengemukakan pandangan dari seorang pakar berdasarkan hasil
ujikaji sains termasuklah ujian DNA ini. Pembuktian berdasarkan analisa dari pakar
perubatan mengenai sesuatu kecederaan atau pembunuhan dapat menyelesaikan
kes-kes jenayah atau tuntutan pampasan di atas kecederaan yang dialami. Hasil ujian
forensik juga boleh diaplikasi dalam pembuktian jenayah sihir terhadap magsa dan
pada masa yang sama ia juga boleh menafikan penglibatan seseorang dalam sesuatu
kes yang didakwa. Selain itu, kegunaan pakar forensik di dalam beberapa kes
antaranya kes Pendakwa Raya lwn Mat Saad bin Mat Isa & 2 lagi 1 AMR 29 [2005]
yang mana kes tersebut mendengar keterangan pendapat seorang perunding patologi
forensik dan ahli kimia.
Seterusnya, forensik ini juga selain daripada pakar forensik perubatan, terdapat
juga pakar forensik daripada Pois Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh membantu
untuk membuktikan elemen-elemen di dalam jenayah sihir. Bagi mendapatkan
bantuan daripada pakar-pakar forensik berikut, boleh di dapati di:
i. Jabatan Perubatan Forensik
ii. Unit Forensik Hospital di Jabatan Hospital
iii. Institut Perubatan Forensik Malaysia
iv. Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

2.2 PENDAPAT PAKAR PSIKOLOGI


Keterangan pendapat pakar yang boleh diterima pakai dalam pembuktian
jenayah sihir adalah pakar dari sudut perubatan psikologi atau psikiatri. Ini bertujuan
bagi membantu mahkamah dalam mengenalpasti kesan penyakit yang dialami oleh
mangsa. Keterangan pakar psikologi juga boleh menyatakan perkaitan antara sihir
dan psikologi serta meneliti fakta kes sama ada penyakit tersebut berpunca daripada
sihir atau faktor-faktor lain. Menurut Mohamed Hatta Shaharom, terdapat sebahagian
penyakit yang mudah dikaitkan dengan pengaruh jin iaitu penyakit-penyakit yang
diklasifikasikan sebagai kecelaruan psikiatri. Rawatan penyakit psikiatri dianggap
suatu usaha yang sukar kerana pada kebiasaannya dukun, bomoh atau pawang
sering menumpukan perhatiannya ke arah aspek kerohanian sahaja, sementara para
doktor dilatih secara Barat mengabaikan aspek kerohanian. Beliau menyatakan
pendekatan yang boleh diambil dalam usaha merawat pesakit yang menghadapi
penyakit psikiatri adalah menerusi rawatan yang bersepadu, iaitu dengan merawat
secara ubatan (farmakoterapi), kejiwaan (psikoterapi), pendekatan sosial

7
(kemasyarakatan) dan terapi spiritual (kerohanian). Menurutnya lagi, tanpa
pendekatan dan kefahaman yang seimbang dalam memahami penyakit psikiatri serta
gangguan jin, bukan sahaja pesakit akan terus merana kerana tidak mendapat
rawatan secukupnya, malahan kemurnian akidah pesakit turut tergugat. Antara kes
yang menggunakan keterangan pakar psikologi atau pakar psikiatri adalah kes Tan
Mui Choo & Anor v Public Prosecutor 1 MLJ 267 [1987] yang memanggil seorang
perunding psikiatri untuk memberikan keterangan bagi pihaknya berkaitan
pembunuhan ke atas dua kanak-kanak yang turut melibatkan upacara pemujaan dan
sihir. Untuk mendapatkan keterangan pendapat dari pakar psikologi atau pakai
psikiatri, boleh dirujuk di:
i. Hospital
ii. Pusat Kesihatan Mental
iii. Unit Psikologi Kaunseling Jabatan Kesihatan
iv. Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental
v. Kementerian Kesihatan Malaysia

2.3 PENDAPAT PAKAR PERUBATAN MODEN


Pembuktian sihir boleh dilakukan dengan mengikut metodologi perubatan
moden. Perubatan moden menerima kerasukan sebagai salah satu penyakit dalam
ICD 10 di bawah kod F44.3 Trance and Possession Disorders. Kerasukan ialah
keadaan di mana pesakit berada dalam keadaan peribadi yang berbeza dari sifat
pesakit yang sebenar. Jadi isu sihir karut dan tidak wujud di zaman sains dan teknologi
ini adalah disanggah berdasarkan penemuan yang dilakukan oleh saintis moden.
Terdapat juga kes polis seperti yang berlaku di Brazil serta wujudnya kod
antarabangsa pengkelasan penyakit dalam perubatan moden yang
mengklasifikasikan kerasukan sebagai satu penyakit.
Setiap kategori sihir mempunyai tanda dan simptom yang boleh mengaitkan
seseorang adalah mangsa sihir. Apabila tanda dan simptom tersebut wujud, maka
penyiasatan dilakukan terhadap mangsa dan seterusnya diagnosis sihir dibuat. Dari
sudut perubatan, jika seseorang yang sakit atau mengalami sesuatu yang Nampak
secara fizikal dan melakukan ujian darah, CT scan, X-Ray, ujian air kencing, dan ujian-
ujian makmal yang lain, tetapi semua ujian itu bercanggah dan tidak berkait antara
satu sama lain menyebabkan pakar perubatan moden tidak dapat mencapai kepada
satu diagnosis yang boleh mengaitkan sakit tersebut dengan sesuatu penyakit, maka
ia boleh diambilkira sebagai penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus. Apabila
dikatakan ia adalah penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus, maka penyiasatan
boleh dilakukan samada ia disebabkan oleh sihir atau bukan. Apabila penyiasatan
dilakukan, seseorang itu akan disiasat mengikut metodologi perubatan merawat sihir
yang diiktiraf oleh syariat bagi mengenalpasti jenis sihir yang terdapat pada si mangsa.
Setelah dikenalpasti jenis sihir yang berlaku pada si mangsa, maka diagnosis sihir
dicatatkan. Pakar perubatan moden ini boleh di dapati di:
i. Hospital
ii. Universiti yang bekerjasama dengan Hospital seperti (PPUM) & (PKU UPM)

8
2.4 PENDAPAT PENGAMAL PERUBATAN ISLAM YANG DIIKTIRAF
Individu yang mempunyai pengetahuan, pengalaman dan pemahaman yang
tepat mengenai selok belok ilmu sihir boleh dikategorikan sebagai pakar. Pakar yang
dimaksudkan ini juga perlu mempunyai pengalaman dalam menjalankan rawatan
pemulihan pesakit gangguan sihir seperti pengamal-pengamal perubatan Islam yang
diiktiraf. Walaubagaimanapun, menurut Mahyuddin Ismail, tidak semua kepakaran
tersebut boleh diterimapakai dan diiktiraf terutamanya bagi tujuan pembuktian di
Mahkamah. Pengakuan kepakaran ini boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang
kononnya mereka telah banyak pengalaman mistik, ritual dan spiritual, banyak terlibat
dalam rawatan dan banyak kemahiran yang dianggap luarbiasa. Sehubungan dengan
itu, pandangan berkaitan rawatan secara Islam telah diutarakan oleh Rushdi Ramli
dengan menyatakan bahawa kaedah yang utama dalam rawatan adalah berdasarkan
kaedah ruqyah syar’iyyah yang menekankan penggunaan ayat-ayat suci al-quran dan
Sunnah Rasulullah sepanjang rawatan dijalankan. Pendapat beliau juga disokong
oleh Khadher Ahmad yang menjelaskan bahawa selain kaedah ruqyah syar’iyyah,
kaedah yang tertentu seperti kaedah tepukan, pukulan, mandi dan sebagainya adalah
dibenarkan selagi tidak bertentangan dengan syarak dan tidak menyerupai amalan
perbomohan. Selain itu, bahan-bahan yang digunakan semasa rawatan dijalankan
hendaklah bahan yang suci, bersih dan halal. Oleh itu, rawatan secara Islam mestilah
memenuhi pendekatan yang digariskan tersebut untuk mengelakkan individu yang
menghadapi gangguan sihir terjerumus pada rawatan yang menyalahi syariat.
Dalam proses penyiasatan kes jenayah sihir, pendapat pakar rawatan Islam
diperlukan untuk mengenal pasti mangsa disihir atau sebaliknya. Selepas pakar
rawatan mengatakan mangsa disihir maka perawat boleh meneruskan rawatan
terhadap mangsa untuk memberi maklumat lanjut tentang sihir tersebut. Pada
dasarnya, pendapat pakar juga diklasifikasikan sebagai pendapat saksi pakar dan
diterimapakai dalam perbicaraan di mahkamah bagi kes jenayah termasuk jenayah
sihir. Apabila bahan dan kesan sihir pada mangsa sihir dapat dikenal pasti secara
sahih maka prosedur penyiasatan perlu dijalankan iaitu dengan menggabungkan
kaedah Syariah, iaitu pendapat pakar pengubatan Islam dan kaedah sains, iaitu
pendapat pakar forensik. Selain itu, penyiasatan kes sihir akan dianggap selesai atau
Berjaya apabila bahan atau alat sihir juga dapat dikenal pasti untuk dijadikan bahan
bukti di mahkamah. Dalam pendakwaan kes sihir, pendapat pakar ini hanyalah
sebagai penyokong kepada qarinah kerana qarinah itu adalah perkara yang nyata
berlaku yang ada kaitan dengan mangsa.
Dalam menentukan dan memilih pakar yang mahir tentang selok-belok ilmu
sihir yang diiktiraf, kriteria dan kemahirannya adalah tidak diragui lagi. Antara kriteria-
kriteria yang perlu dipenuhi oleh individu bagi diiktiraf sebagai pakar yang dapat
memberi keterangan dalam kes jenayah melibatkan ilmu sihir adalah seperti berikut:

I. Individu pakar perlu mempunyai kelayakan profesional sama ada dalam bidang
akademik atau berpengalaman, mempunyai reputasi dan penyelidikan dalam
bidang-bidang tertentu.

9
II. Beliau perlu mampu menerangkan selok belok ilmu sihir yang dianggap ghaib,
batin dan tersembunyi dengan mudah dan logik supaya menjadi nyata serta
dapat diterima oleh semua pihak dalam perbicaraan.
III. Dikenali sebagai seorang yang berakhlak mulia, berintegriti, mempunyai
reputasi yang baik dan berkemahiran tinggi serta mempunyai pengalaman
yang luas.
IV. Individu pakar perlu bersih daripada terlibat dalam apa jua bentuk
penyelewengan serta pemesongan fahaman agama dan akhlak, perbuatan
yang tidak bermoral ataupun bertentangan dengan adat kehidupan.
Oleh yang demikian, telah ditubuhkan satu badan yang dikenali sebagai
Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA). Tujuan
GGPPIMA ditubuhkan adalah untuk mengiktiraf individu tertentu sebagai pengamal
perubatan Islam dan ahlinya akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa oleh
Majlis Jakim dan Kementerian Kesihatan. Sekiranya didapati rawatan yang diberikan
terpesong maka pengamal tersebut akan diberi amaran sebelum tindakan dibuang
keahlian diambil jika tidak mendengar arahan tersebut.
Dalam Islam, individu yang dahulunya terkenal sebagai ahli sihir tetapi sudah
berhenti daripada menjadi ahli sihir dan bertaubat dari melakukan kejahatan itu boleh
dipanggil sebagai saksi bagi memberikan keterangan berkaitan selok belok ilmu sihir.
Perkara tersebut ada dinyatakan dalam kaedah fiqh yang bermaksud “Tidak boleh
disabitkan kecuali dengan iqrar dan tidak boleh disabitkan degan bayyinah”. Kaedah
ini terpakai bagi menentukan sesuatu sabitan perlu dikemukakan melalui iqrar sahaja
dan tidak boleh dikemukakan dengan menggunakan bayyinah atau keterangan.
Syarat bagi kaedah ini juga tertumpu kepada pengakuan ahli sihir yang telah bertaubat
dan tidak akan mengulangi kesalahannya itu. Kepakaran yang dimiliki oleh ahli sihir
yang telah bertaubat juga boleh digunakan untuk menerangkan selok belok ilmu sihir
di Mahkamah. Oleh itu boleh mendapatkan pengamal perubatan sama ada di agensi
kerajaan atau bukan kerajaan misalnya:
i. Gabungan Persatuan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
ii. Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia seperti
Darussyifa
iii. Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia
iv. Pusat Rawatan Darul Tawakkal Berdaftar dibawah suruhanjaya syarikat
Malaysia (SSM)

10
2.5 PENDAPAT PAKAR PSIKOSPRITUAL
Masalah spiritual merupakan salah satu gangguan yang dialami oleh mana-mana
individu tidak mengira umur, jantina, bangsa dan agama. Perkara ini juga dialami oleh
orang awam menerusi video seorang wanita yang tular di media sosial kerana
meracau dan mengaku sebagai iblis di sebuah wad hospital (Latifah Arifin 2020). Hal
ini mempunyai kaitan dengan kehadiran makhluk halus seperti hantu, jin, iblis dan
syaitan. Aspek spiritual atau kerohanian merupakan salah satu daripada elemen
kejadian manusia dan kepentingan memelihara aspek tersebut akan memberi impak
dalam kehidupan. Psikospritual Islam merupakan sebuah disiplin ilmu yang
menggabungkan elemen psikologi dan kerohanian berasaskan kepada prinsip Islam.
Psikospritual Islam memusatkan elemen tauhid sebagai landasan dalam pembinaan
dan perawatan penyakit berkaitan rohani manusia.

2.5.1 KONSEP PSIKOSPRITUAL ISLAM


Pendekatan agama dalam psikologi dengan menjadikan psikoterapi sebagai titik
kajiannya merupakan suatu kajian empirical yang menghubungkan manusia dengan
spiritual (Abdullah 2013). Menurut Timothy et al. (2001), elemen keagamaan dan
spiritual berperanan dalam mempengaruhi kesihatan fizikal. Psikospritual merupakan
kombinasi perkataan psikologi dan spiritual. Spritual merupakan suatu elemen rohani
yang berlawanan dengan aspek jasmani.

2.5.2 PENGARUH MAKHLUK HALUS / SIHIR


Memandangkan makhluk tersebut memiliki kemampuan tertentu yang diberikan oleh
Allah bahkan rata-rata berusia panjang, dapat menembusi ruang alam manusia,
bersigat ghaib, mistik, boleh menjelma dalam pelbagai rupa bentuk dan sebagainya,
maka kehadiran mereka menjadi suatu ancaman terhadap keharmonian hidup
manusia. Allah menciptakan mereka sebagai ujian ke atas manusia, sebahagian
melakukan kejahatan, kezaliman, memporakperandakan hubungan kekeluargaan
dan rumahtangga serta mencetuskan permusuhan dalam kalangan manusia, tidak
lupa juga mendorong manusia melakukan kesyirikan dan kekufuran serta menjauhi
Allah dan syariatNya. Berhubung penyakit mistik, misteri atau buatan manusia, ramai
doktor dan pakar perubatan tidak dapat mengenalpasti punca sesuatu penyakit
tertentu walaupun terdapat tanda dan gejala yang jelas. Pelbagai ujian dilakukan
namun mereka gagal menentukan jenis penyakit yang dialami. Inilah yang dikatakan
penyakit misteri dan mereka sukar menentukan kaedah rawatan yang sesuai.
Sebahagian pakar perubatan alternatif pula, setelah meneliti tanda dan simptom yang
dialami, membuat kesimpulan bahawa terdapat campurtangan makhluk halus.
Hampir semua penyakit medis ini boleh melibatkan campurtangan jin memandangkan
mereka adalah makhluk ghaib yang boleh memasuki dan menceroboh sistem anatomi
manusia termasuk saluran darah dan pernafasan, sistem perkumuhan, sistem
reproduksi, malah sistem saraf dan otak manusia sehingga boleh menjejaskan fungsi
sebahagian atau keseluruhan organ dan tubuh badan manusia, mental dan jasmani.

11
Antara penyakit yang lazim terjadi akibat campurtangan makhluk halus ialah asma,
batuk, penyakit jantung, buah pinggang, fibroid cycst, reumatik, hemangioma, prostat,
psoriasis, strol, koma dan lumpuh serta penyakit buta dan bisu. Dalam rawatan Islam,
terdapat kombinasi kaedah rawatan menerusi ruqyah dan terapi psikospritual.

2.5.3 PUNCA BERLAKUNYA PENYAKIT AKIBAT MAKHLUK HALUS DAN SIHIR


i.Sihir
ii.Penggunaan jampi mentera, tangkal azimat, wafaq, menyimpan benda-benda
mistik, beramal dengan ilmu kebal, metafizik (tenaga ghaib)
iii.Akibat jin saka

2.5.4 SIMTOM-SIMTOM PESAKIT GANGGUAN SIHIR & MAHKLUK HALUS


Simptom gangguan sihir antaranya menggigil dan menggeletar, muka kelihatan
bengkak, mata merah dan berpinar atau berair. Selain itu kulit panas dan terbakar,
mulut berbuih, muntah-muntah, pendarahan dan anggota badan terasa sakit.
Simptom dari segi pertuturan pula ialah memaki hamun, suara berubah dari suara
asal, mendengar bisikan, melihat benda ghaib atau ketawa mengilai-ngilai. Kaedah
menghilangkan pengaruh sihir dengan cara ruqyah pembatal sihir, azimat atau rajah
dalam bentuk tulisan di kertas dan kain boleh dibakar atau banteng diri dengan aqidah
sahih. Kaedah psikospritual yang baik akan melahirkan manusia yang sihat daripada
sudut jasmani dan rohani.

Pihak Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) dengan kerjasama Persatuan Psikospritual Islam Malaysia (IPSA) dan
Persatuan Kaunseling Syarie Malaysia (PAKSI) mengambil langkah ke hadapan
dengan menubuhkan KSKCare Center di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang
menggabungkan kepakaran terapis Psikospritual Islam dan pengubatan Islam. Antara
badan-badan yang mempunyai pakar psikospritual adalah:
i. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
ii. Pertubuhan Kesejahteraan Psikospritual Malaysia (PKPM)
iii. Persatuan Psikospritual Islam Malaysia (IPSA)

12
3.0 ISU KEDUDUKAN KETERANGAN PENDAPAT PAKAR DALAM JENAYAH
SIHIR
Ilmu sihir merupakan ilmu yang sukar difahami oleh kebanyakan individu serta
sesuatu yang bersifat kompleks dan berada diluar pengetahuan kebanyakan
pengamal undang-undang. Idea mewujudkan draf undang-undang jenayah sihir
merupakan satu langkah yang proaktif. Elemen terpenting adalah dari aspek
keterangan dan pembuktian bagi memastikan jenayah ini benar-benar dapat
direalisasikan. Keterangan pendapat pakar merupakan elemen penting dalam
perbicaraan yang melibatkan kes sihir. Hakikatnya, golongan pakar dalam ilmu sihir
sukar dikenalpasti dan sukar diwujudkan melalui satu pihak sahaja. Hal ini kerana
pembuktian dalam jenayah sihir memerlukan golongan pakar dalam pelbagai bidang
kerana ianya melibatkan aspek-aspek sains, teknikal dan amalan-amalan ritual yang
berkait rapat dengan akidah. Selain itu, terdapatnya kesukaran untuk mengenalpasti
mereka yang betul-betul pakar dalam ilmu sihir kerana tiada badan yang berautoriti
untuk mengiktiraf mereka sebagai pakar serta tiada standard rujukan yang khusus
dari aspek syarat dan kelayakannya (Mohd Sabree, 2015: 55).
Walau bagaimanapun, terdapat usaha untuk memastikan pakar sihir ini releven dan
boleh diterima di Mahkamah Syariah. Pendekatan undang-undang untuk memenuhi
seksyen 33 yang dicadangkan adalah dengan menambah satu lagi kategori pendapat
pakar berkaitan ‘sihir’, dan pendekatan kedua adalah dengan mentafsir dan
mengkategorikan ilmu sihir sebagai salah satu cabang seni okultisme (Mahyuddin
Ismail, 2015: 6). Menurut Kamus Dewan, okultisme ialah istilah yang merujuk kepada
pelbagai kepercayaan dan amalan yang melibatkan ilmu ghaib atau kuasa di luar
dunia tabii manusia yang normal. Okultisme meliputi ilmu nujum, tilik nasib, ilmu sihir,
dan spiritualisme, iaitu kepercayaan bahawa roh orang mati berkomunikasi dengan
orang yang hidup. Orang yang mempercayai okultisme menganggap bahawa ia
berasaskan ilmu halus yang tidak dimiliki oleh orang biasa. Dalam kes yang
melibatkan jenayah sihir di Mahkamah Syariah, hakim syarie seolah-olah telah
mengiktiraf mereka yang mahir dalam ilmu sihir sebagai salah satu pendapat pakar di
Mahkamah Syariah. Keputusan yang dibuat oleh 3 orang panel hakim syarie di
peringkat Mahkamah Rayuan Syariah dalam kes Mustafa Batcha lwn. A Habeba Abd
Rahman adalah seperti berikut:
“Dalam keadaan ini kami berpendapat kes ini belum didengar dan dibicarakan
sewajarnya di hadapan mahkamah rendah itu kerana saksi-saksi tidak dipanggil untuk
memberikan keterangan, pendapat “rā’yu al-khabīr” tidak diminta, sama ada benar
atau tidak sihir telah digunakan tidak disebut, iqrar yang digunakan sebagai asas
hukuman bukanlah mutlaq dan latar belakang, suasana dan keadaan kes yang
diiqrarkan itu tidak dibincangkan oleh mahkamah. Dengan ini kami memerintahkan
kes ini dibicarakan semula di hadapan seorang kadi lain.”
Hakim Mahkamah Rayuan Syariah meminta supaya dukun yang merawat perayu
dipanggil untuk memberikan keterangan dan diterima sebagai pendapat pakar atau
rā’yu al-khabīr. Perkara ini menunjukkan Mahkamah Syariah mengiktiraf golongan
tersebut sebagai pakar dalam bidang ilmu sihir dan sekaligus mahkamah berusaha
untuk menilai sesuatu pembuktian yang bukan hanya bersifat zahir sahaja.

13
4.0 KAEDAH PENYELESAIAN DARI SUDUT PERUNDANGAN SYARIAH

a) Mewujudkan kategori pendapat pakar yang bersifat komprehensif dan


menyeluruh

Bagi memastikan setiap pakar adalah releven untuk dikemukakan di


mahkamah, peruntukan pada seksyen 33 undang-undang keterangan di
Mahkamah Syariah seharusnya dipinda. Kategori pendapat pakar perlulah
bersifat komprehensif dan mencakupi setiap pakar yang berada disetiap
industri dan bidang lapangan. Idea pindaan ini turut dicadangkan pada Akta
Keterangan 1950 (Ramalinggam, 2017: 12). Peruntukan yang sedia ada dilihat
bersifat terhad dan terbatas, malahan terdapat juga beberapa kategori yang
sedia ada seolah-olah tidak relevan atau tidak pernah diaplikasikan di
Mahkamah Syariah. Manakala terdapat pula beberapa kategori yang “dianggap
pakar” dan seringkali dirujuk, tetapi tidak terangkum pada mana-mana kategori
yang sedia ada di Mahkamah Syariah, seperti contoh panel-panel pakar dalam
bidang syariah, muamalat, akidah, falak dan tasawuf yang diiktiraf oleh pihak
JAKIM. Singapura merupakan antara negara yang melaksanakan pindaan
berkaitan keterangan pendapat pakar dan berkuatkuasa pemakaiannya pada
1 Ogos 2012 (Rafiah Salim, 2013: 246). Pindaan yang dilakukan pada seksyen
47, adalah daripada menyenaraikan beberapa kategori pakar (sama seperti
Akta Keterangan 1950) kepada kategori yang lebih bersifat komprehensif.

b) Pendekatan hakim dalam menggunapakai keterangan pendapat &


membuat penafsiran berkaitannya

Selain tindakan untuk membuat pindaan pada peruntukan undang-undang,


pemakaian keterangan pendapat pakar di Mahkamah Syariah boleh
diharmonikan lagi dengan pendekatan hakim untuk membuat penafsiran pada
peruntukan sedia ada dengan lebih tepat dan konklusif (Mohd Sabree et. al,
2017: 84). Pendekatan ini dilihat lebih mudah berbanding pendekatan untuk
meminda peruntukan yang melibatkan beberapa prosedur dan jangka masa
yang agak panjang. Sebagai contohnya para hakim boleh menafsirkan kategori
sains dan seni dengan sangat meluas. Bukan itu sahaja, kategori undang-
undang asing juga boleh ditafsirkan dengan meluas. Oleh yang demikian, para
hakim seharusnya mengambil pendekatan yang lebih berani untuk
menggunapakai keterangan pendapat pakar dan seterusnya membuat
penafsiran secara terperinci bagi memastikan setiap pendapat pakar yang
dikemukakan di mahkamah adalah merangkumi salah satu kategori pendapat
pakar yang telah dinyatakan oleh peruntukan. Kes yang banyak
menggunapakai keterangan pendapat pakar di Mahkamah Syariah adalah
berkaitan dengan pakar perubatan bagi tujuan penentuan nasab dan jantina.
Didapati masih terdapat beberapa kategori pendapat pakar yang kurang
digunapakai di Mahkamah Syariah seperti kategori undang-undang negara
asing dan seni.

14
c) Mewujudkan satu peruntukan khas untuk menangkap bomoh atau
pawang serta mengadakan intipan dan siasatan terhadap aktiviti
perbomohan dan menguatkuasakannya

Selain daripada mewujudkan peruntukan bagi kesalahan jenayah sihir,


disarankan agar dikuatkuasakan satu rang undang-undang yang berkaitan
dengan penangkapan bomoh atau pawang yang dapat membasmi aktiviti
perbomohan daripada berleluasa. Relevannya rang undang-undang ini
ditubuhkan adalah untuk mengekang individu daripada terlibat dengan
kesalahan jenayah sihir yang pada kebiasaannya dilakukan oleh bomoh atau
pawang.

d) Menjadikan pusat-pusat rawatan Islam sebagai panel rujukan yang


diiktiraf dan melahirkan pakar-pakar yang dapat mengesan sihir serta
merawat mangsa sihir

Dicadangkan agar pihak berwajib memberikan kuasa kepada Mahkamah


Syariah untuk mengiktiraf para pengamal perubatan Islam sebagai pakar yang
boleh memberikan keterangan berbentuk pendapat mengenai selok belok ilmu
sihir di Mahkamah. Apabila isu berkaitan pengaruh ilmu sihir dibangkitkan
dalam sesuatu kes, maka pengamal perubatan Islam dirujuk dan dipanggil
untuk memberikan keterangan di Mahkamah. Secara tidak langsung, ianya
mampu menjadikan pusat-pusat rawatan Islam sebagai panel rujukan yang
diiktiraf dan mendapat pentauliahan daripada Sultan atau raja-raja. Oleh yang
demikian, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama
Islam negeri-negeri (JAIN) perlu melakukan pemantauan secara berkala dan
mengambil tindakan undang-undang terhadap pusat-pusat rawatan yang
didapati mengamalkan kaedah rawatan yang meragukan dan boleh
memesongkan akidah umat Islam. Ini disebabkan terdapat banyak pusat
rawatan Islam yang muncul kebelakangan ini sering didakwa menggunakan
nama pusat rawatan Islam namun menjalankan rawatan yang bertentangan
dengan sunnah Rasulullah dan syariat Islam. Justeru, pemantauan secara
berkala amat penting untuk mengelakkan masyarakat mendapatkan rawatan
yang menyalahi syarak. Selain itu dicadangkan agar pihak berwajib seperti
JAKIM, JAIN dan pusat rawatan Islam bekerjasama dengan pihak Kementerian
Pengajian Tinggi bagi menghasilkan tenaga pakar melalui penawaran
program-program dalam bidang rawatan Islam. Usaha untuk menghasilkan
tenaga pakar perlu dimulakan dengan mewujudkan bidang pengajian ataupun
subjek khusus dalam bidang undang-undang jenayah sihir. Contohnya,
mewujudkan subjek undang-undang jenayah sihir, undang-undang keterangan
bagi kes-kes jenayah sihir atau seumpamanya.

15
5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbahasan di atas berkaitan kategori keterangan pendapat


pakar di Mahkamah Syariah, ternyata terdapat beberapa isu yang timbul. Antara
punca utama terjadinya permasalahan ini adalah kerana terdapatnya lakuna pada
peruntukan statut iaitu pada seksyen 33 Enakmen Keterangan di Mahkamah Syariah.
Justeru itu, cadangan penambahbaikan dan pindaan kepada peruntukan statut
mampu menyelesaikan beberapa isu yang timbul. Peruntukan berkaitan pemakaian
kategori keterangan pendapat pakar pada masa kini seharusnya dipinda dengan
menyatakan kategori tersebut secara umum seperti yang dinyatakan pada Akta
Keterangan Singapura.
Jenayah sihir bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dibuktikan walaubagaimanapun
hasil kajian mendapati bahawa jenayah sihir adalah sukar untuk dibuktikan apabila
berhadapan dengan kekangan-kekangan seperti jenis kesalahan jenayah sihir yang
boleh dirangkumkan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah(Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 1997 atau enakmen yang berkaitan, jenayah sihir tidak dapat dikaitkan
kesannya secara langsung dan bukti-bukti yang dikemukakan tidak kelihatan secara
zahir yang mana bertentangan dengan prinsip keadilan di Mahkamah yang
memerlukan kepada bukti-bukti yang zahir. Walaubagaimanapun, keterangan yang
dicadangkan iaitu berdasarkan pendapat pakar merupakan keterangan yang relevan
dalam pembuktikan jenayah sihir dan pemakaian kedua-dua keterangan ini boleh
diterima selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang yang terpakai dan
hukum syarak.

16
RUJUKAN

Muhd Afiq Abd Razak, Mohd Syukri Zainal Abidin. 2020. Psikospritual Islam
Menurut Perspektif Maqasid Al-Syariah. Universiti Malaya.

Nor Ezdianie, Mohd Tajudin. 2019. Teori Kaunseling Psiko-Spritual Al-Ghazali:


Suatu Pendekatan Alternatif dalam Intervensi Kaunseling.

Siti Nur Aafifah Hashim, Wan Norhaniza Wan Hasan. 2022. Aplikasi Kaedah
Pengurusan Kesihatan Mental Psikospritual Islam Untuk Sokongan Talian
Berpusat Masjid. Jurnal Sains Sosial Jilid 7 (1) 2022 30-39.

Athirah Mahussin, Nurbazla Ismail, Abdul Basir Mohamad. 2021. Asas Forensik
Dalam Islam Berdasarkan Sejarah dan Elemen. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Siti Zafrina Mohd Zahari, Tengku Nazatul Shima Tengku Paris, Fauzi Azmi,
Muhammad Muzakkir Othman@Seman, Siti Norma Aisyah Malkan@Molkan,
Nurul Hidayah Che Hassan. 2022. Pencapaian Ilmu Perubatan Islam Dalam
Proses Pendidikan di Universiti Tempatan Malaysia. Journal of Multidisciplinary
Islamic Studies Vol 2 (1) 2022 29-42.

Dr Abdullah Yusof. 2017. Islam Dan Alam Mistik: Pengaruh Makhluk Halus
Terhadap Penyakit Fizikal (Medis) dan Psikospritual.

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor. 2020. Kategori Keterangan Pendapat


Pakar Di Mahkamah Syariah: Isu dan Cadangan Pelaksanaan Undang-Undang.
Journal of Shariah Law Research (2020) Vol 5 (1) 35-54.

Muna Hamzan, Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin & Tengku Fatimah
Muliana Tengku Muda. 2021. Keterangan Pakar Pengubatan Islam Sebagai
Pendapat Pakar Bagi Kes Melibatkan Sihir Di Mahkamah Syariah. Fakulti
Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin Terengganu
Malaysia.

Mohd Sabree Nasri, Ruzman Md Noor. 2020. Keterangan Pendapat Pakar


Sebagai Kaedah Pembuktian Dalam Kesalahan Jenayah Syariah Di Alam Siber.
Journal of Law Governance Vol 3 (1) 2020 84-95.

Mohd Sabree Nasri, Mohamad Afandi Md Ismail, Mohd Al Adib Samuri. 2017.
Keterangan Pakar Sebagai Cara Pembuktian di Mahkamah Syariah.

Dr. Mahyuddin bin Ismail. 2012. Kene Sihir sebagai satu Pembelaan dalam Kes
Penceraian: Analisis Dari Sudut Hukum Syara dan Pengaplikasiannya di
Mahkamah Syariah di Malaysia.

17
18

You might also like