Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PEREMBA

JALAN KILANG TEBU,05050 ALOR SETAR.


KEDAH
TEL : 047771500
__________________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
BILANGAN 1TAHUN 2021

Tarikh : 08 Mac 2021


Hari : Isnin
Masa : 1.30 tengah hari
Tempat : Bilik Seni SK Peremba

Kehadiran
Hadir :

BIL. NAMA JAWATAN


1. Pn,Norhapipah binti Ansor Guru Besar
2. Pn. Nor Afiza binti Adni PK. Pentadbiran
3. Pn. Wan Nurasilah binti Wan Ahmad Nahar Ketua Panitia PSV
4. Pn. Sarimah binti Ibrahim Setiausaha PSV
5. Pn. Azizah binti Ahmad Guru Penolong
6. Pn. Hazwani binti Hairoman Guru Bahasa Inggeris
7. Pn. Norliza binti Mohamed Nor Guru Kaunseling
8. Pn. Nurul Ilyana binti Ahmad Zamri Guru Penolong
9. Pn. Norliza binti Mohamed Nor Guru Penolong
10. Cik Marini binti Yusuf Guru Penolong
11. En. Mohd Suhaimi bin Ismail Guru Kaunseling
12 Pn Rohani binti Ahmad Guru Penolong
Tidak Hadir :

1. Pn Nor Hafizah binti Hamzah PK Hem Urusan Keluarga


2. Pn Nazira binti Saidin Guru Penolong Temujanji Hospital

I. ALUAN KETUA PANITIA

1. Ketua panitia iaitu Pn.Wan Nurasilah binti Wan Ahmad Nahar memulakan mesyuarat dengan
mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang menghadiri mesyuarat Pantia Pendidikan
Seni kali pertama bagi sesi 2021. Beliau juga berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dalam
hal panitia pengurusan fail mahupun aktiviti panitia. Pengerusi berharap agar setiap perancangan yang
dibuat dapat dijalankan dengan lancar.

Makluman : Semua Guru

II. PERUTUSAN PENGERUSI

2. Penolong Kanan Pentadbiran ( PKP ) iaitu Pn. Nor Afiza binti Adni mengalu-alukan kehadiran
semua guru dalam mesyuarat panitia Pendidikan Seni Visual kali pertama bagi tahun 2021. Beliau
juga berharap semua ahli panitia dapat bekerjasama dalam hal panitia pengurusan fail mahupun
aktiviti panitia.
Makluman : Semua Guru
III. PBD dan PAK 21
3. Ketua panitia memohon guru-guru menghantar karya murid yang terbaik untuk ditampal di
bilik seni Selain itu,guru-guru juga perlu menampal hasil karya murid di dalam kelas.
4. Pn.Nor Afiza binti Adni menyatakan bahawa guru-guru perlu membuat justifikasi sekiranya
murid-murid mendapat Tahap Penguasaan 1 dan 2 dalam Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD ).
5. Semua rekod PBD dan kerangka standard prestasi perlu diletakkan di dalam fail rekod PdPC
.
Makluman : Semua Guru

IV. PKB/Pemantauan PdPc (Standard 4 SKPMg2)


6. Guru-guru perlu mengajar murid-murid mengikut sukatan yang ditetapkan dalam DSKP.
7. Pn. Nor Afiza binti Adni menyatakan bahawa pemantauan PdPC guru akan dijalankan
mengikut jadual yang terdapat di dalam Buku Inspirasi Peremba.
8. Guru-guru juga perlu mengisi borang kendiri SPMg2.

Makluman : Semua Guru

V. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA

9. Keceriaan bilik seni akan dijalankan dari bulan Januari hingga Februari.
10. Ketua Panitia meminta guru-guru menghantar karya murid yang terbaik untuk ditampal di di
dalam bilik seni.
11. Pn. Nor Afiza binti Adni meminta agar satu laluan diambil oleh Panitia Pendidikan Seni
Visual dan dihias.
12. Panitia Pendidikan Seni Visual akan bergabung dengan Panitia Sejarah pada bulan Ogos
dan September untuk mengadakan pertandingan seni iaitu pertandingan melukis dan
mewarna.

VI. PERANCANGAN TAHUNAN AKTIVITI / PROGRAM PANITIA 2021

13. Berikut merupakan perancangan panitia dari Bulan Januari hingga November 2021.

Program Ja Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov
n
Mesyuarat Panitia √ √ √
PSV
Pameran Hasil √ √ √ √ √ √ √ √ √
Seni Murid
Program Bulan √ √
Kemerdekaan
Program Bulan √
Anti Dadah
Program √ √
Sempena Hari
Raya
Program Sempena √
Hari Guru
Pengemaskiniaan √ √
Stok
Pembelian Alatan √ √
VII. PERBELANJAAN TAHUN 2021
14. Ketua panitia menyatakan bahawa peruntukan kewangan belum dikeluarkan.
15. Guru-guru boleh dapatkan bahan sedia ada di bilik seni.
16. Pn. Nor Afiza binti Adni menyatakan bahawa pesanan barangan perlu dibuat mengikut
prosedur yang ditetapkan iaitu membuat kertas kerja sekiranya melibatkan program , nota
minta dan persetujuan daripada guru besar.
17. Guru-guru yang hendak memesan barang kegunaan seni boleh memaklumkan kepada ketua
panitia atau setiausaha panitia seni.
Makluman : Semua Guru

VIII. HAL-HAL LAIN

18. Pn.Norhapipah binti Ansor selaku guru besar mengingatkan guru-guru agar menggunakan
bilik seni ketika pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual.

19. Beliau juga meminta agar buku pinjaman peralatan seni disediakan bagi merekod
penggunaan bahan tersebut.

Makluman : Semua Guru

IX. UCAPAN PENANGGUHAN

Tuan Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama yang
diberikan.Beliau berharap agar guru-guru memberi komitmen yang baik agar segala perancangan
berjalan dengan lancar pada tahun 2021. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Makluman : Semua Guru

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

………………………………… ……………………………… …………………..


(PN SARIMAH BINTI IBRAHIM) (PN WAN NURASILAH BINTI (PN NORHAPIPAH
WAN AHMAD NAHAR) BINTI ANSOR)
Setiausaha Ketua Panitia Guru Besar
Panitia Pendidikan Seni Visual Panitia Pendidikan Seni Visual SK Peremba
SK Peremba SK Peremba

You might also like