SIP Passport BM Web

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

Program Latihan Industri Berstruktur

(Structured Internship Programme/SIP)


Kandungan

03 Apakah Program Latihan Industri


Berstruktur?

04 Manfaat

06 Syarat-syarat Kelayakan

07 Soalan-soalan Lazim

09 Bagaimana Untuk Sertai Program


Latihan Industri Berstruktur
11 Mengenai TalentCorp
Apakah Program Latihan
Industri Berstruktur?

Program Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship


Programme/SIP) dirangka untuk menyediakan mahasiswa
dan para belia Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET) dengan pengalaman kerja yang sebenar melalui
latihan amali yang berkualiti.

Melalui SIP, syarikat akan memainkan peranan yang lebih


proaktif dalam membangunkan dan menyediakan bakat
dengan kemahiran yang tepat bagi memastikan mereka
menamatkan pengajian dengan kemahiran yang relevan
dengan industri.

Apakah Program Latihan Industri Berstruktur? 03


Manfaat

Bagi Pelatih

Berpeluang menimba pengalaman dalam


alam pekerjaan dan mempraktikkan apa
yang telah dipelajari

Menceburi industri atau syarikat pilihan


sebelum memulakan kerjaya

Mempamerkan pengetahuan dan


kemahiran untuk dipertimbangkan sebagai
calon pekerja

Memperoleh senarai kemahiran yang


diperlukan oleh industri

04 Manfaat
Manfaat

Bagi Syarikat

Meningkatkan kredibiliti organisasi melalui


program latihan amali

Mengukuhkan hubungan yang lebih erat


bersama pihak universiti

Insentif potongan cukai berganda bagi elaun


bulanan pelatih serta lain-lain kos yang
berkaitan

Manfaat 05
Syarat-syarat Kelayakan

Bagi Pelatih

Pemohon mesti memenuhi syarat-syarat berikut:

01 Warganegara Malaysia

Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda,


02 Diploma atau Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
Tahap 3 dan ke atas
Menamatkan program latihan amali yang
diluluskan sebelum menamatkan semester
03 akhir mana-mana kursus Ijazah, Diploma atau
Tahap 3 dan ke atas di bawah program TVET

Bagi syarikat

Organisasi hendaklah memenuhi syarat-syarat


berikut untuk layak menyertai program:

01 Menyediakan elaun bulanan sebanyak RM500


atau lebih

02 Menawarkan latihan amali


kurangnya selama 10 minggu
sekurang-

03 Memastikan latihan amali adalah relevan

04 Menetapkan dengan jelas hasil pembelajaran

06 Syarat-syarat Kelayakan
Soalan-soalan Lazim

Bagi Pelajar

Bagaimana pelajar boleh memohon latihan amali


dengan syarikat yang berdaftar di bawah Program
Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship
Programme/SIP)?
Pelajar boleh merujuk kepada senarai syarikat yang
diiktiraf SIP di www.sip.talentcorp.com.my dan
memohon terus kepada bahagian sumber manusia
syarikat tersebut.

Bagi syarikat

Bila dan bagaimanakah syarikat boleh mula


memohon?
Syarikat boleh mula memohon bila-bila masa melalui
laman sesawang kami di www.sip.talentcorp.com.my

Apakah yang perlu dikemukakan oleh syarikat dalam


permohonan mereka melalui portal SIP?
Syarikat hendaklah mengemukakan dokumen versi
pdf berikut:
i. Hasil carian profil syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) atau Borang 5 bagi Audit Firma
ii. Huraian terperinci mengenai rangka kerja program
latihan amali yang dicadangkan oleh organisasi.

Soalan-soalan Lazim 07
Bolehkah syarikat mengambil pelajar Malaysia di
luar negara? Adakah mereka masih layak untuk
insentif cukai berganda?
Tidak. Permohonon ini hanya sah kepada pelajar
warga Malaysia yang melanjutkan pelajaran di institusi
pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia sahaja
termasuk institusi TVET.

Bolehkah syarikat memohon insentif jika ia tidak


mempunyai program latihan amali?
Tidak. Syarikat mesti mempunyai program latihan
amali yang disahkan oleh TalentCorp untuk layak
menerima insentif cukai.

Bagaimana syarikat boleh menuntut potongan cukai


berganda?
Tuntutan potongan cukai berganda perlu diserahkan
oleh Bahagian Kewangan Syarikat dan difailkan
dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDN). TalentCorp hanya menyelaras proses
pengesahan untuk majikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sip.talentcorp.com.my


*

08 Soalan-soalan Lazim
Bagaimana Untuk Menyertai SIP

Pelatih perlu:

Semak senarai SIP yang diiktiraf melalui


www.sip.talentcorp.com.my

Memohon terus kepada bahagian sumber


manusia syarikat yang dipilih

Tunggu jawapan daripada bahagian sumber


manusia syarikat

Sekiranya pelajar menerima penempatan


untuk latihan amali dengan syarikat yang
tidak mengambil bahagian dalam SIP tetapi
menawarkan elaun minimum sebanyak
RM500 sebulan dan tempoh latihan
minimum selama 10 minggu, pelajar boleh
meminta syarikat tersebut berdaftar dengan
TalentCorp bagi menikmati manfaat yang
ditawarkan.

Bagaimana Untuk Menyertai SIP 09


Bagaimana untuk menyertai SIP

Syarikat perlu:

Mendaftar akaun melalui


www.sip.talentcorp.com.my

Semak kelulusan pendaftaran akaun baharu


dalam tempoh 14 hari bekerja

Setelah menerima kelulusan, muat naik


laporan SSM syarikat/Borang 5 bersama-
sama rangka kerja latihan amali dan
kemukakan permohonan anda melalui
portal SIP

Semak kelulusan permohonan dalam


masa 14 hari bekerja

Apabila permohonan anda telah


diluluskan, anda boleh mengambil pelatih

Maklumkan kepada TalentCorp bilangan


pelatih yang diambil dan kemukakan
dokumen sokongan sebelum bulan Disember

TalentCorp akan menyediakan


Surat Pengesahan (LOE) setelah menerima
dokumen sokongan

10 Bagaimana untuk menyertai SIP


Mengenai TalentCorp

Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) merupakan


agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia yang memacu
strategi modal insan Malaysia ke arah menjadi hab modal
insan yang dinamik.

Untuk mencapai matlamat ini, kami secara aktif berusaha


untuk melaksanakan inisiatif untuk menarik, memupuk dan
mengekalkan kepakaran yang tepat sebagaimana diperlukan
bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja pada hari ini
dan masa akan datang.

Program kami yang dipacu oleh pasaran (market-driven)


bertumpu kepada penyediaan bekalan modal insan Malaysia,
memudahcara mobiliti dan menghubungkan bakat dengan
peluang kerjaya, serta intervensi dasar-dasar di tempat kerja
melalui kepelbagaian kumpulan modal insan Malaysia.

Mengenai TalentCorp 11
Hubungi Kami

Adakah syarikat anda mempunyai program latihan


industri? Hubungi kami hari ini dan ketahui bagaimana
anda boleh meraih manfaat daripada Program
Latihan Industri Berstruktur (Structured Internship
Programme/SIP).

Talent Corporation Malaysia Berhad (919577-H)


Level 6, Surian Tower
1, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
T +603 7839 7000 F +603 7839 7001
E info@talentcorp.com.my W talentcorp.com.my

TalentCorpMsia TalentCorpMsia

TalentCorpMsia Talent Corporation


Malaysia Berhad

©2019 Talent Corporation Malaysia Berhad (“TalentCorp”). Hak milik terpelihara.


Maklumat yang terkandung dalam buku kecil ini merupakan ringkasan sahaja dan
mungkin tidak lengkap kerana ia hanya bertujuan untuk maklumat umum sahaja. Oleh
itu, sebarang kebergantungan terhadap maklumat tersebut adalah atas risiko anda
sendiri. TalentCorp, atau mana-mana kakitangannya, tidak bertanggungjawab ke atas
mana-mana kerosakan khas, langsung, tidak langsung, berbangkit, atau sampingan yang
timbul atau berkaitan dengan penggunaan maklumat dan kandungan buku kecil ini.

You might also like