Garis Panduan Pertandingan Mewarna Dan Mencipta Dialog IMFREE 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

PROGRAM IMFREE PERAK

CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN


JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
__________________________________________________________________________________
Tel : 05-546 9355 Emel : hepili.prk@gmail.com
|_________________

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN MEWARNA DAN


MENCIPTA DIALOG KREATIF KOMIK KESIHATAN
PROGRAM IMFREE NEGERI PERAK 2023

PENDAHULUAN
Pertandingan MEWARNA DAN MENCIPTA DIALOG KREATIF KOMIK
KESIHATAN PROGRAM IMFREE NEGERI PERAK 2023 ini merupakan salah satu
aktiviti anjuran Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)
Perak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Pertandingan ini
diadakan sejajar dengan pelaksanaan Teras 1 Agenda Nasional Malaysia Sihat
(ANMS) dalam mempromosikan pembudayaan cara hidup sihat. Pertandingan ini
juga memberi fokus kepada aspek penyampaian maklumat dan informasi kesihatan
secara kreatif dan lebih efektif dalam kalangan kumpulan sasar.

TEMA
‘Speak Out: Express Your Right!’

Kempen ‘Speak Out: Express Your Right!’ merupakan inisiatif Kementerian


Kesihatan Malaysia dalam mengadvokasikan rakyat Malaysia untuk menegur
perokok yang merokok di sekeliling mereka dan menyatakan hak sebagai bukan
perokok.

Suarakan hak anda, nyatakan rasa tidak selesa anda kepada orang yang merokok di
sekeliling anda. Namun, tegurlah dengan cara yang paling sopan dan berhemah.
Bantulah kami menjadi sebahagian agen perubahan tingkah laku ke arah
menjadikan Malaysia sebuah negara yang bebas dari asap rokok!

Sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan dengan berhenti merokok, anda


boleh menghubungi QUITLINE di talian 03-88834400 atau kunjungi
PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK di klinik kesihatan atau hospital
terpilih seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://jomquit.moh.gov.my

OBJEKTIF
1. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam mencipta dialog
Kesihatan berdasarkan kepada tema pertandingan.
2. Meningkatkan keberkesanan pengajaran kesihatan dalam pelbagai kaedah.
3. Memperkasakan penglibatan murid sekolah rendah dalam penyampaian mesej
serta informasi kesihatan secara aktif.
4. Menyerlahkan bakat seni dalam proses mewarna lampiran komik yang
disediakan.

__________________________________________________________________________________
“KAMI GENERASI BEBAS ASAP ROKOK”
PROGRAM IMFREE PERAK
CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
__________________________________________________________________________________
Tel : 05-546 9355 Emel : hepili.prk@gmail.com
|_________________

KUMPULAN SASARAN
Terbuka kepada semua murid sekolah rendah yang melaksanakan Program
IMFREE berdasarkan kategori berikut:

 Kategori 1: Murid Tahap 1


 Kategori 2: Murid Tahap 2

KRITERIA PENILAIAN
1. Ketepatan maklumat/informasi/fakta
2. Persembahan maklumat/informasi/fakta
3. Kreativiti
4. Kekemasan
5. Kesesuaian pengunaan dan pemilihan warna

TERMA & SYARAT KHAS PERTANDINGAN

1. Penyertaan secara individu dan setiap peserta hanya dibenarkan untuk


menghantar SATU (1) PENYERTAAN SAHAJA.
2. Salinan lampiran komik disediakan dalam bentuk softcopy yang perlu dicetak
dalam saiz A4 sahaja. Bahan tersebut boleh didapati daripada penyelaras
IMFREE di Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing atau mengimbas kod QR
pada lampiran yang disediakan.
3. Pemilihan bahan mewarna adalah bebas dan mengikut kemampuan peserta.
4. Hasil hendaklah dalam bentuk HARDCOPY SAHAJA dan idea asal peserta.
5. Setiap penyertaan perlu dihantar bersama-sama dengan borang penyertaan
kepada penyelaras IMFREE di Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.
6. Maksimum 10 penyertaan terbaik bagi setiap kategori akan dipilih mewakili
daerah ke peringkat negeri.
7. Tempoh Pertandingan : Bermula 1 Jun 2023 dan tamat pada 25 Ogos 2023.
8. Tarikh tutup penyertaan
a. Peringkat Daerah : Sila berhubung dengan PKD masing-masing.
b. Peringkat Negeri : 25 Ogos 2023 (Jumaat)
9. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

__________________________________________________________________________________
“KAMI GENERASI BEBAS ASAP ROKOK”
PROGRAM IMFREE PERAK
CAWANGAN PROMOSI KESIHATAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Raja Ashman Shah, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
__________________________________________________________________________________
Tel : 05-546 9355 Emel : hepili.prk@gmail.com
|_________________
TUNTUTAN HAK CIPTA
 Semua penyertaan pertandingan akan menjadi hak milik bersama Jabatan
Kesihatan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
 Jabatan Kesihatan Negeri Perak mempunyai hak untuk mengunakan karya
poster tersebut bagi setiap aktiviti dan program kesihatan yang dianjurkan di
setiap peringkat.

PENGESAHAN
Setiap penyertaan yang dihantar mestilah disahkan oleh Guru Besar /Pengetua dan
Guru Penyelaras IMFREE masing-masing berserta dengan cop rasmi sekolah dalam
borang penyertaan yang dilampirkan.

PENGADILAN
Juri-Juri terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Mewarna dan
Mencipta Dialog Kreatif Kesihatan Program IMFREE yang dilantik dalam kalangan
Pegawai di JKN dan JPN Perak. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Setiap
peserta yang berjaya akan menerima cenderahati dan sijil pencapaian, manakala
yang tidak berjaya akan diberikan sijil penyertaan peringkat negeri.

PENUTUP
Adalah menjadi harapan Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak menerusi pelaksanaan Program
HEPILI agar pertandingan ini dapat menyumbang ke arah memantapkan serta
memperkasakan aktiviti Program IMFREE di sekolah rendah selain menjadi ejen
perubahan tingkah laku kesihatan di sekolah.

Disediakan oleh: Cawangan Promosi Kesihatan Negeri Perak


Tarikh: 10 Mei 2023

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hairullida Bin Suhaili (Pegawai
Pendidikan Kesihatan, CPK Perak) di talian 05-5469355 atau emelkan ke
hepili.prk@gmail.com

__________________________________________________________________________________
“KAMI GENERASI BEBAS ASAP ROKOK”

You might also like