Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU


SMK SERI MACHAP

ETA Teks Que


Ketibaan:

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna.

Bersama kita di majlis Sambutan Hari Guru Peringkat


Sekolah SMK Seri Machap.

BismilLahir Rahmanir Rahim


1. Ketibaan
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Pengetua & MC1
guru-guru
Yang Dihormati, En. Suhaimi bin Paiman, Penolong Kanan
Pentadbiran SMK Seri Machap,

Yang Dihormati Puan. Hj. Azlina binti Selamat, Penolong


Kanan Kokurikulum SMK Seri Machap,

Seterusnya
Barisan GKMP, barisan guru, murid-murid, hadirin dan
hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Mohon sidang hadirin bersedia untuk menyanyikan lagu


Negaraku.
2. Lagu
MC2
Negaraku ********Selepas nyanyian********

Terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang


penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan
3. Bacaan Doa oleh MC2

..................................................................................
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada ............................. atas bacaan doa itu tadi.

1
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK SERI MACHAP

ETA Teks Que


Sidang hadirin yang dihormati,

Sekarang majlis menjemput dan mempersilakan:


4. Ucapan Wakil
MC1
Murid .............................................................

Wakil murid untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan.

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
5. Bacaan
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan
Perutusan
pengorbanan yang dilakukan oleh para guru SMK Seri
Ketua Pengarah MC1
Machap dalam dunia pendidikan.
Pendidikan
Malaysia
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Bagi meneruskan majlis, sekarang dipersilakan Cikgu Uda


untuk membacakan perutusan daripada Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia sempana hari guru pada tahun ini.

Seterusnya dijemput cikgu Suhaimi bin Paiman untuk


membacakan perutusan daripada Menteri Pendidikan
6. Bacaan
Malaysia seterusnya merasmikan
Perutusan
Menteri
SAMBUTAN HARI GURU MC2
Pendidikan
SMK SERI MACHAP TAHUN 2023
Malaysia
Dengan segala hormatnya dipersilakan
7. Lafaz Ikrar Hadirin sekalian, MC2
Hari Guru
Sesungguhnya pelajar itu umpama batu-batu, dan guru itu
umpama sekumpulan arus lembut yang mengukir batu keras
menjadi kerikil dan pasir. Sekolah pula umpama sungai
yang sarat dengan hasrat dan amanat, membawa pasir dan
kerikil ke laut bebas, agar suatu hari nanti bisa menjadi
pulau yang teguh menongkah ombak ganas. Begitulah
analoginya.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan Ikrar Hari Guru.

2
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK SERI MACHAP

(Tunggu barisan ikrar sedia)


*****************
Dipersilakan:

Yang Berusaha Cikgu Rosli

bagi memimpin bacaan ikrar. Majlis juga mempersilakan


semua warga pendidik untuk sama-sama berdiri dan
melafazkan ikrar. Dipersilakan.
Sudah teradat pahlawan negeri
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat
8. Persembahan
MC1
Koir Bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan para guru
diminta semua guru bersedia untuk menyanyikan lagu Kami
Guru Malaysia

(Tunggu lagu habis dimainkan)


*****************
Begitu bersemangat guru-guru kita menyanyikan lagu itu tadi
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian


cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
yang bergelar guru. Untuk itu dipersilakan semua guru
menerima cenderamata sempana hari guru
daripada ...............................................

Seterusnya majlis mempersilakan Murid-murid untuk


menyampaikan hadiah dan cederamata jika ada kepada
guru-guru mereka
9. Penyerahan
MC2
cenderamata
Kita akan mulakan dengan kelas.

Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5

Terima kasih kepada semua yang menyampai cenderamata


sebentar tadi.

3
Teks Akhir - Teks Pengerusi Majlis
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
SMK SERI MACHAP

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di


pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


10. Bersurai MC1
Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh.

You might also like