Laporan PISPA Perjumpaan Ke-2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN AKTIVITI ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Hari: Rabu

Tarikh: 17.05.2023

Masa: 2.30 hingga 4.00 petang

Kaedah: Secara atas talian Laporan:

Aktiviti amali sains diadakan pada 17 Mei 2023 yang lalu. Berdasarkan taklimat yang
diberikan oleh pakar PBSM ( Persatuan Bulan Sabit Merah) secara dalam talian, kami perlu
menyediakan sebuah laporan yang perlu merangkumi info dan maklumat tentang beberapa
kaedah pertolongan cemas. Antaranya ialah, kaedah pertolongan DRAB, kaedah untuk
merawat pesakit yang patah tulang atau kecederaan tulang dan kaedah merawat pesakit yang
luka yang sedang mengalami pendarahan.

Asas pertolongan cemas bermaksud bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberikan
kepada seseorang mangsa di tempat kejadian sebelum ketibaan ambulans atau pakar medik.
Objektif utama pertolongan cemas atau “first aid” untuk mengurangkan kesakitan pesakit,
menyediakan mangsa sebelum dihantar ke hospital, menyelamatkan nyawa mangsa ketika
berlaku kecemasan serta menggalakan pemulihan dan rawatan mangsa dengan segera.

Kaedah pertolongan DRABC ialah merupakan kaedah bantuan CPR untuk menilai dan
menguruskan atlet yang lemas. Sebagai pembantu pertama, apabila ada mengalami korban
jiwa, kita perlu melakukan prosedur DRABC awal atau dikenali tinjauan utama. Pertolongan
cemas DRABC amat penting kepada kita dalam kehidupan seharian. Teknik pembelajaran ini
juga dapat menyelamatkan mangsa yang memerlukan bantuan pernafasan dan boleh
mengelakkan daripada sistem respiratori tersumbat.

Seterunsya, pertolongan cemas untuk merawat luka juga amat penting yang perlu dipelajari
oleh setiap individu. Luka merupakan kecederaan pada permukaan kulit yang menyebabkan
ianya koyak. Faktor utama yang menyebabkan keadaan ini berlaku adalah disebabkan terkena
dengan alatan yang tajam yang akan menyebabkan lapisan epidermis kulit koyak dan berlaku
lebam atau mengalami pendarahan. Terdapat dua jenis luka iaitu, luka tertutup dan luka
terbuka. Kedua-dua luka ini perlu dirawat mengikut prosedur yang betul sebelum tindakan
selanjutnya. Hal ini dikatakan kerana, lebam yang berlanjutan pada sesuatu tempat atau
pendarahan yang yang banyak boleh menyebabkan pengangguan pengaliran darah dan isu ini
boleh menyebabkan seseorang itu pengsan.

Akhir sekali, pertolongan cemas untuk merawat kecederaan patah tulang. Patah tulang
terjadi ketika salah satu tulang atau lebih retak atau pecah menjadi beberapa bahagian. Selain
itu, patah tulang boleh juga berlaku akibat barah tulang atau osteoperosis. Kemalangan jalan
raya adalah punca yang paling banyak menyebabkan kepatahan atau retak tulang. Hal ini
biasanya terjadi pada seseorang akibat cedera olahraga, kecelakaan, atau tindak kekerasan.
Terdapat kriteria- kriteria yang tertentu yang perlu diikuti oleh pemangsa serta ahli PBSM
supaya prosedur dapat dijalankan dengan teratur dan baik.

Kesimpulannya, ilmu pertolongan cemas amat membantu ketika berada dalam kecemasan.
Walaupun ia bertujuan sementara tetapi ia dapat menyelamatkan atau membetulkan keadaan
mangsa yang panik. Oleh itu, semua warga disarankan untuk mempelajari pengetahuan ini
kerana dapat membantu pada bila-bila masa sahaja.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,

_____________________

(PRIYA DHARSHINI THIVAKARAN)

Ahli Kelab PISPA,

SMK Ibrahim.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

LAPORAN PERTOLONGAN CEMAS

NAMA: PRIYA DHARSHINI THIVAKARAN

KELAS: 6A2

You might also like