Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MAT KGBS 2021/2023.

Ucapan Presiden KGBS.

Yang Dihormati Ustaz Mohamad Hafiz Hasrin Pengerusi KGBS Cawangan Limbang

Yang Dihormati Tuan Haji Mat Zinan bin Wahit Pegawai Pendidikan Daerah Limbang

Semua Pesara KGBS Cawangan Limbang

Semua AJK KGBS Cawangan Limbang

Dan Semua ahli KGBS Cawangan Limbang, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan Terima kasih kepada KGBS Cawangan Limbang atas
jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan KGBS Cawangan pada hari ini .

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha bersungguh-sungguh
untuk menjayakan MAT ini kerana ini merupakan kali pertama saya bersua muka bersama ahli KGBS
Cawangan Limbang.

Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini merupakan salah satu agenda penting dalam perjuangan
persatuan kerana semasa mesyuarat ini lah kesatuan akan menerima pelantikan baharu bagi setiap
AJK cawangan setelah cukup tempoh sesi bagi jawatankuasa di peringkat cawangan.

Hadirin sekalian, KGBS merupakan salah satu kesatuan pekerja yang dianggotai oleh guru yang
menjaga dan memperjuangkan kebajikan guru. Pelbagai inisiatif kesatuan telah dibawa ke peringkat
nasional bagi memastikan penjawat awam khususnya guru selesa dan dijaga kebajikannya.

Pelbagai isu semasa yang melibatkan beban tugas guru dalam dunia Pendidikan yang viral di media
sosial diambil maklum diperingkat kesatuan dan kesatuan telah menyatakan pendirian khusus
terhadap isu tersebut. Kita sebagai ahli kesatuan sebolehnya menyokong pendirian atau suara
kesatuan agar perkara tersebut mendapat perhatian khusus di peringkat KPM.

Tahniah kepada AJK KGBS Cawangan Limbang sesi 2021 – 2023 atas pelbagai usaha mengukuhkan
silaturahim antara ahli dan sentiasa cakna dan menyokong keperluan ‘Guru Bahagia’, keistimewaan
buat guru dalam perjawatan perguruan dan kesinambungan arah tuju Pendidikan negara .

KGBS Pusat turut mengucapkan tahniah kepada semua AJK Cawangan yang berjaya dilantik semasa
pemilihan nanti. Semoga kepimpinan baharu terus menerajui kelestarian pejuangan kesatuan .
Selamat Maju Jaya dan terus bersemangat dalam menyuarakan pandangan untuk kebajikan guru di
Limbang dan Sarawak Umumnya.

Sekian , terima kasih.


SAMBUTAN MUHIBAH RAYA KGBS 2023.

Ucapan Presiden KGBS.

Yang Dihormati Ustaz Mohamad Hafiz Hasrin Pengerusi KGBS Cawangan Limbang

Yang Dihormati Tuan Haji Mat Zinan bin Wahit Pegawai Pendidikan Daerah Limbang

Semua Pesara KGBS Cawangan Limbang

Semua AJK KGBS Cawangan Limbang

Dan Semua ahli KGBS Cawangan Limbang, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan Terima kasih kepada KGBS Cawangan Limbang atas
jemputan untuk menghadiri majlis ramah tamah gawai raya yakni MUHIBAH RAYA KGBS Cawangan
pada hari ini .

Masih tidak terlambat untuk kami KGBS Pusat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Selamat hari
Gawai , Gayu Guru Gerai Nyamai kepada semua hadirin pagi ini. Sesungguhnya, saya secara peribadi
ingin menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada KGBS Cawangan Limbang dan semua ahli
KGBS Cawangan yang telah sudi menjemput saya dan AJKT ke Majlis Sambutan Muhibah Raya ini.

Pada hemat saya, Majlis Sambutan perayaan seperti ini amatlah bermakna kepada semua ahli. Ini
adalah kerana, ia merupakan peluang untuk rakyat kita yang berbilang kaum, agama dan budaya
dapat bersama-sama berkongsi keceriaannya. Melalui amalan seumpama ini, pelbagai lapisan
masyarakat dapat berkongsi budaya dari sudut pakaian, makanan, adat resam dan lain-lain.

Pada masa yang sama, jika kita perhatikan menerusi amalan seumpama ini seperti amalan ‘open
house’ yang diamalkan di negara kita, ia dapat mengeratkan lagi perhubungan di antara semua kaum
di negara kita. Ambillah kesempatan ini untuk bertegur sapa dan beramah mesra sebagai tanda
hormat menghormati dan saling bermaafan. Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran
semua pesara guru pada pagi ini.

Saya yakin, amalan ini akan dapat menjadi satu pelaburan yang memberikan impak yang besar sekali
gus menyumbang kepada kejayaan perjuangan kesatuan. Untuk menjadi sebuah organisasi yang
terbilang, kunci utama ialah kerjasama dan bersatu tidak kira pangkat, bangsa, agama dan fahaman
politik. Kita semua sedia maklum, ‘we are not perfect’, tetapi jika kita bersatu maka kelemahan itu
dapat dibendung dan akhirnya kelemahan itu akan menjadi satu kelebihan. Moga-moga komitmen
yang padu semua pihak yang tidak mengira bangsa akan dapat menjadi penggerak bagi kesatuan.

Adalah menjadi harapan saya dengan adanya majlis seperti ini, ianya dapat mewujudkan satu
semangat muhibah dan harmoni di antara ahli dalam cawangan dan antara cawangan jika ada majlis
seumpamanya ini.

Tahniah sekali lagi buat KGBS Cawangan Limbang atas penganjuran majlis berkonsepkan semangat
kerjasama ini.

Sekian , Terima Kasih.

You might also like